Sunday, 14 January 2018

Aku Yang Kuli

PengakuanKu

hai . nama aku nur, umur dalam lingkungan 22 tahun .aku guna nama depan sahaja sebab ramai orang nama nur kan . aku ini jenis bukan ramai kawan . ada pun diaorang tak tahu menahu langsung pasal aku . family ? hahaha jangan harap dia orang nak baca pengakuan2 ini semua lebih lebih lagi yang panjang berjela. so i guess orang tak akan tahu confession ini aku yang punya .

aku just nak luahkan apa yang ada dalam hati aku sekarang nie . sebab aku tak tahu nak luahkan kat siapa . nak pergi masuk masjid . tak boleh . (faham faham lahh bendera merah) percaya tak yang aku tulis confession nie kat atas satu bukit ? saja nak duduk sini nak tenangkan fikiran . sumpah best woo sejuk sejuk macam nie duduk layan perasaan seorang . sekarang kan musim sejuk. harap aku turun nanti tak sesat lah sebab pernah ada kes .

panjang dah intro aku . aku just fed up dengan fikiran typical melayu yang perempuan SAHAJA yang kene uruskan rumah . yang kena bangun awal pagi , kemas kan rumah , jaga anak lagi , uruskan hal semua itu ini . yang teruna ini buat apa ? mostly bangun tengah hari dan mesti dah kena ada juadah kat atas meja .

aku anak kedua dan belum khawin dan still stay dengan parents aku . bawah aku ada 3 lelaki yang dah besar panjang . bukan budak2 yee tuan puan . akak aku dah khawin awal masa aku masih sekolah menengah. khawin muda katakan .jadi tinggal lah aku sorang anak perempuan kat rumah itu .

tuan dan puan cuba bayangkan , aku bangun pukul 7 lebih itu pun mak aku dah cukup maki hamun membebel semua . siap kata aku anak yang tak kenang budi lah yang tak hargai jasa mak bapak lah di sebab kan HANYA aku bangun lambat .siap menangis nangis hanya disebabkan aku tak buat keje pagi pagi. member perempuan aku yang lain bangun pukul 10 parents depa cool sahaja . why not my parents ? kalau aku buat sarapan awal pun diaorang tak akan makan disebabkan depa bangun dah tengah hari , confirm2 nak makan yang berat . so sarapan yang aku masak kadang buang macam itu jee . adik2 aku ? hahahah engkau orang tak payah cakap lah . dia orang bangun pukul 12 pun mak aku masih bangga . boleh kejut baik baik lagi siap bersayang . adik2 bukan bekerja pun. masih sekolah lagi . yee aku dengan adik aku jauh beza umur .

dalam rumah ini . semua benda , perempuan iaitu AKU seorang yang kene buat keje . dari basuh tandas , masak kemas dapur , kemas rumah dari tingkat atas sampai bawah , lap kipas hatta sekali najis kucing pun aku kene buang . padahal itu kucing depa . kalau aku keje , sampai ke petang lah najis kucing itu kat tandas tak bercuci . padahal jirus jee dengan air . bukan kene pakai tangan pun . kau cakap jee ape yang aku tak kene buat ? adik2 aku ? hahaha tak payah cakap . bangun pukul 12 tengok ada lauk atau tiada . lepas tue keluar lepak mana malam malam baru balik . muka aku jugak lahh yang kene buka pintu untuk dia orang . dulu aku selalu pertikaikan kenapa Allah jadi kan aku perempuan bukan lelaki . tapi lama lama aku malas nak fikir . nanti dah macam tolak qada dan qadar pulak.

aku dah kerja . isnin sampai sabtu . so ahad itu mesti lah rehat nak baring atas katil layan media sosial ke . sebab kerja aku memang aku tiada masa nak buka media sosial semua itu .memang sangat sibuk. balik pun dah malam dan penat . kira dalam seminggu berapa kali sahaja aku bukak facebook and so onn . so memang aku nak spend ahad itu nak rehat . tapi apa kan daya . pemikiran typical mak aku ini yang buat aku rasa stress sepanjang hari . yelah dah lah penat kerja . lepas itu hal rumah semua aku yang kene buat . padahal adik aku ada jee kat rumah . balik sekolah lepak jelah dia orang tahu . dapur melekit kalau aku tak kemas sampai sudah dapur itu terus kotor . pinggan tak berbasuh . sampai aku rasa nak cabut jee dari rumah lantak dia orang nak jadi apa .sampai aku rasa takut nak khawin . takut dapat suami yang sejenis adik aku . yang tak reti nak membantu . benda ini kadang adalah salah satu factor penceraian . perempuan penat guys . kami pun mencari rezeki juga.

natijahh nya kalau tuan puan yang ada anak perempuan dan anak lelaki didik lah seadil nya .kalau perempuan kene bangun pukul 8 lelaki pun kene bangun pukul 8 . sama sama membantu . lepas settle semua kerja kau nak sambung tidur lantak kau . ajar anak bujang untuk kemas kan rumah sekali . kemas dapur . ajar menu yang ringkas2 . bukan tahu isi perut sahaja . kesian dekat anak perempuan . mereka pun nak berehat jugak . agihkan tugas supaya mereka lebih bertanggungjawab . adik2 aku dah tak boleh buat apa dah . mak aku pun backup depa . memang nasihat aku tak pandang langsung lah . aku suruh depa buat kerja sikit last last aku yang kene buat . hahaha

okay lah . aku nak turun dah . berapa lama aku kat atas ini . maaf lah kalau ayat aku kat atas banyak tunggang langgang sebab fikiran tengah bercelaru sangat dan guna kan perkataan ‘aku’ . kalau nak komen harap readers boleh lah komen yang positif bagi aku semangat sikit nak hidup . kalau tak waras nak jee aku terus terjun kat bawah . hahaha

astaga balista .

– nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.