Assalamualaikum w.b.t. Saya Dee(bukan nama sebenar). Disini saya akan perkenalkan seorang sahabat saya iaitu Nab( bukan nama sebenar). Dah baca tajuk mesti tahu kan? Hidayah yang Allah berikan melalui sahabat saya iaitu Nab. Minta maaf jika ayat saya berterabur.
Ceritanya bermula ketika saya berada di tingkatan 4. Nab pindah sekolah ke sekolah saya. Saya sudah lama berkawan dengan Nab sejak dari umur 6 tahun. Memang rapat lah dengan dia. Kehidupan saya berjalan seperti biasa. Solat mungkin sekali dalam sebulan. Perkara normal yang saya buat dari tingkatan 1-4. Bulan berganti bulan, tibanya bulan 9 saya ingin berubah. Terdetik di hati ‘aku ingin berubah’. Maka Allah permudahkan.
Saya cuba solat subuh dalam masa 3 bulan. Saya nekad tak nak tinggalkan solat subuh. Saya buat benda yang mudah. Time nak exam, saya akan solat penuh. Dasyat kan? Kalau tiap2 hari ada exam, mungkin saya akan solat sepenuhnya…hahaaha… tapi selepas tamatnya exam, saya nekad nak solat penuh. Fuh…Ya… Allah permudahkan. Saya solat penuh. Seronok saya.
Sejak saya solat penuh, saya cuba perlahan2 untuk menutup aurat sepenuhnya seperti memakai handsock, stokin… memang best. Sehari memang tak boleh tinggal handsock, stokin. Sebab akan rasa malu bila keluar tak pakai stokin dan handsock. Kecuali bila keadaan yang memerlukan saya tidak memakai stokin contohnya seperti di dalam perpustakaan yang tidak mengizinkan pelajarnya memakai stokin. Tetapi kadang-kadang saya pakai juga.
Ya, Allah bagi hidayah melalui Nab. Kenapa Nab? Sebab dia bawa pengaruh yang cukup besar tentang Islam. Dia ajar saya mengenali Islam. Ajar saya bersabar dan macam2 lagi. Untung siapa yang berkawan dengan Nab. Nab ni baik,lemah lembut,sopan. Saya nak ikut cara dia. Saya mendalami Islam dengan lebih banyak. Nab banyak menceritakan soal akhirat. Katanya nak ke Syurga. Nak bawa kawan-kawannya masuk syurga. Saya suka sangat cerita yang diceritakan.
Ketika di tingkatan 5 saya dijemput oleh Allah untuk menjadi tetamunya ke tanah haram. Best sangat. Ketika berada di sana, saya nekad nak belajar Al-Quran. Yaaa.. Allah permudahkan. Allah lembutkan lidah saya yang telah sekian lama saya tidak membaca kitab suci. Lama. Sekarang saya tengah mendalami Al-Quran. Semoga Allah permudahkan. Terima kasih Nab kerana menjadi sahabat yang terbaik untuk saya.
Semoga Allah merahmati persahabatan kita sehingga ke Jannah.
– Sahabat dunia akhirat
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment