Assalamualaikum dan hai. Nama aku Nana dan aku selalu juga jadi ‘silent reader’ di page ni tapi tiba-tiba aku rasa terdetik untuk menulis selepas baca confession “Kawanku Insecure”.
Maafkan aku ya andai penulisan aku agak kurang hebat. *susun sepuluh jari*
Oh ya, aku berusia 16 tahun dan aku semestinya lah perempuan. Nama pun Nana kan? :)
Baiklah, balik pada cerita. Selepas je aku baca confession akak tentang kawan dia yang insecure tu, yang sering tanya dia macam-macam, mengingatkan aku tentang kawan aku. Zuppp, terus otak aku ligat teringat memori-memori aku yang hampir sama dengan jalan cerita confession tu. Memori yang takkan aku lupakan.
Nama kawan aku Aina (bukan nama sebenar) dan dia sama baya dengan aku. Kami sama kelas dan dia duduk sebelah aku. Maksudnya, tiap hari juga lah aku kena hadap muka dia tu. Baik orangnya, cantik dan bijak. Ya, dia sangat bijak dan rajin. Rajin belajar. Bukan macam aku ni, pemalas nak study dan buat kerja sekolah. Di sekolah je aku ni rajin buat kerja sekolah, tugasan yang cikgu beri tapi bila di rumah aku tak tahu lah kenapa aku jadi malas. Mungkin sebab terlalu banyak gangguan iaitu telefon, televisyen dan paling susah nak elakkan ialah katil kecil ku yang gebu.
Kawan aku ni mulanya dia berada di kelas yang agak ‘corot’ dan kebelakang. Iaitu kelas 5 ke atas atau lebih senang dikatakan, ‘kelas murid yang kurang minat belajar’ tapi dia akhirnya dinaikkan kelas nombor ke-2 atas segala usaha dia sebab dia kata dia berasa malu dan rasa terpinggir bila di kelas belakang jadi dia belajar sungguh-sungguh sampai lah dia dapat kelas nombor 2 iaitu kelas murid bijak. Tahniah Aina! Sejak tu, aku mula kenal dan rapat dengan dia sebab kami mempunyai minat yang sama iaitu lagu rock dan metal. Aku dan dia dikira ‘ngam/sama kepala’ lah sebab dia pun gila-gila sama macam aku. Cuma pelangi tak selalu ada, tentu akan ada hujan dan petir-petir (maaf, saya lupa peribahasa jadi terpaksa reka peribahasa sendiri). Dia sebenarnya mempunyai sifat cemburu yang sangat tinggi dan dia agak ‘bossy’ berbanding dengan aku ni yang banyak ikut saja arahan dia. Orang kata aku ni lurus bendul tapi sebenarnya tidak. Aku cuma tak reti nak bergaduh dan aku bukan jenis yang boleh bergaduh mulut. Aku akan senyap je dan angguk bila dia mintak aku tu, ini dan tu dan ini. Dia sering mengarahkan aku itu dan ini. Aku sabar je dan cepat-cepat istighfar. Aku bersangka baik. Dia juga selalu pinjam duit aku sampai kan kadang aku tak makan sebab nak tengok dia kenyang. Aku faham, dia ada family yang ‘broken’ dan dia agak susah berbanding aku yang agak senang ni jadi aku selalu lah hulurkan dia duit untuk dia makan sampaikan aku tak ada duit untuk makan. Biarlah aku yang lapar, asalkan dia kenyang. Kadang tu kalau betul aku takde duit sekali pun dan ibu bekalkan aku makanan, aku akan kongsi dengan dia. Tapi bila aku susah, aku tak ada duit, kadang tu ada lah dia hulur tapi jarang sangat dia hulur. Aku diam je. Ada jugak aku bagi dia hint masa dia makan. Aku kata, “sedapnya weh, nak sikit boleh tak. Aku tak bawak duit lah, aku lapar..” itupun dia merungut dan dia kata, “Aku lapar lah weh, aku tak makan pun” dan dia buat tak endah je aku. Ya Allah, sedihnya aku tapi aku diamkan aje. Aku istighfar dan pendam. Aku mengadu bersungguh pada Allah sebab itu sahaja cara untuk aku tenang dan lupakan. Nak mengadu pada kawan? Aku tak nak aib kan Aina jadi aku akhirnya pilih untuk pendam.
Tahun lepas aku dan Aina menduduki peperiksaan tingkatan 3 dan alhamdulillah, aku berjaya mendapat keputusan yang cukup buat aku gembira iaitu 4A. Walaupun tak banyak, tetap aku bersyukur tapi tuhan sahaja tahu disebalik kejadian sebelum nak periksa. Aku mengaku aku tak study sangat pun, aku banyak main je (maafkan saya ibu dan abah) tapi aku selalu aktif dalam kelas. Bila cikgu tanya soalan, aku pasti akan jawab. Boleh dikatakan semua soalan yang cikgu tanya, aku boleh jawab lagi-lagi dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Cikgu Inggeris aku sering memuji aku pandai dan aku tahu, Aina cemburu dengan ku. Dia SELALU sangat mesej aku bila tamat sesi persekolahan. Dia akan tanya apa aktiviti aku, “kau buat apa tu?”. Banyak kali sangat. Mula-mula aku okay je, layankan lah dengan balas “aku makan, mandi semua-semua lah” tapi bila hampir setiap hari, setiap masa dia tanya aku macam tu dan tanya “kau dah study ke?” aku jadi pelik. Bila aku cakap dah study, dia akan tanya aku bertubi-tubi lagi, “kau study apa?”, “muka surat berapa?”. Paling aku terkilan ialah bila dia tiba-tiba tanya aku study apa dan aku semestinya lah jawab study subjek yang aku lemah dan tiba-tiba dia kata, “kau mesti study main-main kan?”. Fuh, terasa aku. Sedih. Marah. Semua ada. Apa masalah dia ni? Hari tu betul-betul aku rasa dah kurang sabar, aku balas balik “takde masa lah aku nak study main-main, lebih baik aku bakar je semua buku aku” dan Aina ni gelak sebab mungkin dia ingat aku ni buat kelakar. Ya Allah, moga kau berikan kesabaran pada ku dan alhamdulillah lama-lama kami macam dah jarang chat sebab masing sibuk nak menduduki peperiksaan sampai lah masa dah dapat result, baru lah dia mesej aku itupun dia sibuk tanya aku dapat result berapa. Aku enggan jawab sebab aku tahu, result aku ni tak sehebat dia pun. Aku sedar diri dan merendah diri tapi dia paksa-paksa aku juga untuk beritahu result ku. Aku masih dengan pendirian ku, aku tak nak beritahu dia sebab dulu dia pernah burukkan aku dekat keluarga dia. Mak dia, kakak dia kata aku ni busybody dan macam-macam lagi lah sampai kan aku tak tahu apa salah aku, kakak dia mesej aku dan maki-maki kata aku ni busybody, hati busuk dan suruh aku alim sorang-sorang. Mungkin dia ingat, pakai handsock, pakai stokin, tudung labuh tu alim tapi sebenarnya aku tak alim pun cuma aku hendak menjadi yang lebih baik. Remuknya hati aku lepas kakak dia maki-maki aku. Aku demi Allah tak buat salah apa pun. Aku cuma keluar outing dengan sahabatku Maria tanpa mengajak dia sebab waktu tu Maria tumpang kereta keluargaku. Ya, Aina cemburu sebab aku outing tanpa mengajak dia. Aku nangis walaupun aku ni susah nak nangis tapi aku tewas bila kakak dia tuduh-tuduh aku. Kata aku ni kacau adik dia, kata aku ni ustazah. Kakak-kakak Aina semua perli-perli aku di ruangan komen instagram Aina dengan menggelarkan aku, “ustazah wannabe”. Aku sabar. Aku acah-acah tenang, kuat tapi sebenarnya aku tak kuat pun. Aku lemah. Mak Aina ni juga pernah mesej aku direct marah-marah dan suruh aku jangan kacau Aina. Puncanya? sebab aku tak ajak Aina ke seminar di UIA. Aku pergi seminar dengan sahabatku, Maria tanpa mengajaknya dan dia cemburu. Sekali lagi. Dia perli-perli aku dan aku? seperti biasa lah aku text dan mohon maaf dekat dia dan… mak dia rupanya yang balas mesej. Mak dia kata pada aku yang anak dia tak perlukan seminar dan anak dia boleh naik kelas atas usaha sendiri tanpa perlukan seminar. Mak dia merendah-rendahkan aku. MashaAllah, sedih sangat. tapi takpelah, benda dah berlaku. Aku pun dah maafkan mak dan kakak dia cuma itulah, susah untuk aku lupakan. Ya Allah, moga aku dan semua pembaca menjadi kuat apabila menerima ujian dariMu ya Allah.
Aku ingatkan dia tak kisah bila aku tak nak bagitahu result aku tapi rupanya habis semua kawan rapat aku, Aina serang dengan bertanya keputusan ku. Ya, akhirnya Aina tahu juga keputusan pt3 aku itupun setelah ramai kawan rapat ku yang dia tanya. Aku? sedih dan marah sebab kenapa lah dia begitu sibuk nak tahu pasal diri aku? dia kata aku busybody sedangkan aku rasa aku bukan lah busy-body sebab aku ni introvert orangnya tapi tak apalah, orang nak cakap kan. Aku redha. Semoga kau akan berubah menjadi yang lebih baik, Aina. Aku sayangkan kau. Kau pernah menjadi sahabatku. Kau buat aku gembira tapi itulah, bila aku sakit, kau tinggalkan aku. Aku sakit sebab baru habis pembedahan di lutut, kau tinggalkan aku. Kau buat tak tahu je. Sebaliknya, orang yang aku tak berapa nak rapat dan jarang bertegur lah yang banyak tolong aku masa aku sakit kaki nak berjalan. Ya Allah, sedihnya aku.
Sekarang ni, aku tengah tunggu nak dipanggil temuduga oleh KV Sepang. Aku harap sangat aku dapat masuk Kolej Vokasional. Aku tak tahan duduk sekolah tu. Pembaca semua doakan aku (confesser) dapat dan dipermudahkan untuk masuk KV ya. Terima kasih semua.
Maaf andai confession aku ni agak teruk atau berterabur tapi aku rasa aku dah cuba sebaik mungkin. Hehe, harap admin dapat publish kisah ku ini ya? terima kasih admin! :)
– Nana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment