Saturday, 13 January 2018

Pointer 3.5+ Gifted? No!

PengakuanKu

Pointer 3.5+ gifted? No!

Assalamualaikum and hai. Aku A. Sebelum ni aku ada la hantar confession kat sini dalam 2 3 kali la jugak. Tapi tak tahu la admin dah approve ke belum. Sebelum tu, kalau admin approve confession aku ni, terima kasih banyak-banyak.
Warning : Kalau tak suka rude words jangan baca. Okay terima kasih. Boleh bash kalau nak bash. Tak kisah pun. Sebab manusia sentiasa ada je tak puas hati. Macam aku la.

Aku nak luah la satu benda kat korang ni kan. Aku pelik and tak faham la kenapa orang cakap yang dapat pointer 3.5++ ‘tanpa belajar’ ni gifted. Hello pundek sekalian! Korang ingat orang yang dapat pointer 3.5+ ni tak belajar ke hanat? Dorang belajar la gila. Dorang belajar senyap-senyap. Mostly orang yang macam ni tak suka belajar ramai-ramai sebab dia rasa macam terganggu sebab selalunya dah belajar ramai-ramai ni bising nokharom. Aku tahu la sebab aku jenis macam tu. Aku bukan nak riak yang aku dapat pointer 3.5+ tapi aku nak cakap yang korang ni tak tahu pun aku struggle nak dapat 3.5+ tu.

Aku bersyukur gila dapat pointer macam tu. Dengan harapan bila aku dapat pointer macam tu mak ayah aku akan gembira. Tapi sangkaan aku tu hanya mimpi especially kat mak aku. Mak aku tak gembira langsung. Kau tahu tak aku ni struggle nak dapat 3.5+ tu dengan mak aku push aku lagi. And actually, time aku nak amik course tu pun mak aku tak bagi. Mak aku bising kenapa tak nak amik STPM ke jurusan guru ke? Ya Allah, sumpah itu first time aku gaduh dengan mak aku and rasa serba salah gila sampai sekarang. Aku tak boleh bagi apa yang dia nak. Lepastu korang sedap-sedap je cakap aku ni gifted? Kepala otak kau. Elok sikit eh. Gifted apa nya.

Sepanjang aku first sem sampai sem 4 aku punya gpa 3.5+ tapi time aku sem 5 jatuh mendadak sebab satu subjek tu aku tak dapat perform. And guess what time aku dapat result tu mak aku cakap apa? “Ini je?” dengan muka tak puas hati. Weh sumpah aku cakap time tu aku start murung yang teruk. Dengan family problem lagi. Ha korang tak tahu lagi behind the scene sepanjang aku kat kolej tu. Weh sumpah stress gila, ya Allah.

Ada kawan pun jenis tak faham bahasa. Ada kawan aku ni dia selalu cakap kat aku, “Kau pandai, boleh la buat itu ini. Aku ni tak tahu pape weh” “Kau mesti boleh jawab kan tadi?” “Weh kau pandai takpe la, even kau tak suka pun kau still boleh buat.” HELLO BRADER SISTER SEKALIAN! Aku masuk kolej tu satu apa pun aku tak tahu pasal course aku tu tahu tak? Aku bukan nak cakap apa la, usaha la weh. Buat kerja tu usaha dulu. Cari bahan-bahan tu sendiri dulu, bila betul-betul tak jumpa baru tanya. Tanya ye bukan mintak jawapan. Faham ke tak faham? Ni tak, kerja nak mintak jawapan je. Aku penat-penat buat, kau mintak jawapan. Kau ingat zaman sekolah ke nak tiru-tiru kerja orang ni. Kalau dah masuk alam universiti tapi perangai macam budak sekolah lagi, pergi masuk sekolah balik la. Aku bukan kedekut ke apa. Itu je cara nak belajar. Eh mana ada istilah lepas tiru nak belajar balik. Takde maknanya. Kalau kerja pun kau tiru orang, malas nak fikir, ni nak belajar balik? Serious la ni? Belajar balik? Aku rasa tak.

Ha lagi satu, kau jangan expect ‘orang pandai’ ni tahu semua benda. Kau kalau tak faham time lecturer ajar dalam kelas, tanya la lecturer tu. Bukan tanya kawan kau, lahanat. Kau tanya kawan kau yang ‘pandai’ tu macam dia tahu semua benda je. Dia pun baru je belajar benda tu mana la dia tahu. Lepas tu tak pasal-pasal aku yang kena tanya lecturer. So, ilmu dapat kat aku. Bukannya dapat kat kau. Then, bila aku ajar kau, kau cakap aku pandai gila. Aku macam defak gila kau ni. Kau yang suruh aku tanya lecturer tu tadi kan. Tolong la jangan jadi macam ni.

Ha lagi satu, dalam kelas tu jangan nak bergantung sangat dengan kawan, nanti kau yang tak dapat pape. Sepanjang aku kat kolej tu, hari-hari aku stress. Ye la orang anggap aku ni ‘pandai’. Pastu semua benda nak tanya aku. Padahal ada je orang lain yang lagi pandai. Budak yang dapat 4 rata tak de pulak kau nak tanya. Actually aku punya otak ni lambat berfungsi sebab banyak sangat fikir benda lain. Aku nak dapat ilmu tu pun susah sampai tertembus screen projector tu. Aku mostly kena dengar lecture je and salin nota sikit-sikit. Itu je cara nak buat aku faham. Nak baca balik time kat balik tu memang susah la nak buat.

Aku nak bagi tips sikit, kalau nak senang dapat pointer 3.5+ ni. First, time lecture tu tumpukan la perhatian sikit. Aku tahu kalau dengar lama-lama ngantuk tapi at least dengar la. Tak perlu la nak main phone and borak-borak dalam kelas. Macam budak sekolah la. Dah besar tu buat cara orang besar sikit. Second, jaga hubungan kau dengan lecturer kau. Jangan nak kurang ajar sangat. Walaupun lecturer tu tak ingat kau, jangan nak kurang ajar. Behave sikit. Third, tak tahu, tanya. Bukan mintak jawapan. Fourth, jaga carry mark. Ni paling penting. Quiz and test tu buat betul-betul. Sebab carry mark ni banyak. Selalunya 60%. If korang dapat 55/60 tu ada potensi yang tinggi untuk dapat A dalam certain subjek tu. Jangan ingat lepas dah jaga carry mark tu boleh dapat A kalau tak study time final. Study la even sikit pun. Fifth, yakin la yang kau tu boleh buat. Jangan tengok orang. Tukar mindset tu. Kalau kepala tu pun dah cakap tak boleh, sampai bila nak jadi boleh? Sixth, Jaga hubungan kau dengan mak ayah dan paling penting dengan Allah. Jangan jadi macam aku, dengan parents pun tak dengar kata. Anyway, kalau ada parents yang baca confession aku ni, please la support anak-anak. Walaupun tak dapat nak bagi dorang apa-apa, tapi support korang tu penting. Support je apa yang dia nak buat. Tak salah pun. Selagi tak bercanggah dengan agama, support je.

Fuh, panjang pulak confession aku kali ni. Sebelum ni pendek je. Hahah. Sampai sini je kot confession aku kali ni. Aku nak mintak maaf la sebab bahasa aku ni macam biadap sangat. Eh bukan macam, memang biadap pun kan. Sebab orang yang tak faham bahasa memang patut ditegur dengan bahasa-bahasa yang macam tu pun. Senang sikit dorang faham kan? Okay la bye. Assalamualaikum wbt.

-A-

– A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.