Saturday, 1 October 2016

Abang Aku Dan PhD

PengakuanKu

assalamualaikum,

setelah timbul isu tentang Aziz Osman dan gelaran Dr. tu. banyaklah benda yang naik dekat facebook. Ada yang mengecam dan ada lah yang support.

aku just nak share pasal abang aku dapat phD umur 32. Nak dikatakan pelajar cemerlang, memang bukan. Dari form 1 sampailah dia form 3, dapatlah juga 3D camtu. Masa form 4 camtu dia berusaha, dapat 5A SPM. Bayangkan gembira gila lah kitaorang semua. Dia masuk Asasi dia berusaha sampaikan memang orang cakap dia ulat buku lah.

Masa dia dapat phD tu, dia sambung ke luar negara. kitaorang semua macam banggalah. Dari sekolah menengah, form 1 sampailah form 3 di kelas yang ke 3 camtu, dia boleh sambung phD. Abang aku kuat agama, sayang mak ayah . selalu call setiap hari . Time buat phD dia tertekan, tidur tidak cukup, smpaikan jumpa doktor lah orang cakap. cerita pasal depression dia. Mak aku memang bimbang gila lah kat dia. sebab d luar negara dgn isteri dia ja. lepas cuti sem 3 bln dulu, parents cakap nak pergi melawat abang di United Kingdom. kitaorang pergi dalam sebulan camtu guna duit persaraan parents. Nampaklah kehidupan dia dan family macam mana.

Korang tahu tidak. Abang aku dah lama tak jumpa family sendiri 3 tahun lamanya. kalau sembang pun samada call atau skype je. keluarga kitaorang tak mampu nak tanggung pergi dan balik. Jadi mak aku cakap, janganlah balik sangat sebab mahal. korang yang cakap “dah tu kenapa belajar luar?” korang tahu apa. Abang aku berusaha siap minta university prestij smua. yg abg aq kaji tak ada di university Malaysia . Kira memang mak aku suruh jangan

Kitaorang sampai saja di airport, aku nampak abang terus aku peluk. time makan, dia makan cepat-cepat sebab katanya ada kerja. time malam, dia tidak cukup tidur. Dia keluar pukul 9 balik pukul 7 setiap hari. Itu pun minum kopi. Makan nasi sehari sekali, selepas pukul 7. dah beberap bulan lepastu nak dekat setahun, dia tamatlah phD.

tiba-tiba sekarang timbul isu phD palsu. abang aku dulu pun nak ambil phD siap jumpa doktor, mkn sehari sekali lain tu minum saja, tidur pun tak cukup. korang ingat Imam Malik dan semua tu belajar pasal ilmu lepastu tulis buku semua tu tak kaji dulu kah sahih atau tidak maklumat pengamal ilmu dahulu. main hentam belajar dengar semua, lepas tu, belajar hadis. filter dulu kot semua maklumat. lagi sakit hati, yang sokong Azizan Osman itu. “dia dah banyak tolong”. aku memang tidak kisah dia tolong banyak. Baguslah. Tetapi menipu gelaran bukan sesuatu yang patut dibiarkan. Gelaran diberikan atas usaha orang-orang yang dah lama tak cukup tidur, makan, kena potong biasiswa sebab extend. senang je ambil. orang lain pun satu, memandang title terus ok. Kenapa?kenapa Nak kena pergi ceramah beribu,baru naik semangat? Nak kena satu dunia , baru nak berubah? Bila senang lupa Allah? Ingatlah satu perkara, Allah akan menghitung setiap perkara yang kamu lakukan. Tiada yang tersembunyi dari-Nya. Niat tidak menghalalkan cara. hargailah orang yang dah lama berusaha.

Maafkan aku kalau aku emotional sangat. Belajar kerana Allah. Bukan kerana lain. assalamualaikum

– mumtaz inshaAllah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.