Saturday, 1 October 2016

Bekas Pelajar Sastera

PengakuanKu

Assalamua’laikum dan Salam Satu Malaysia. Terlebih dahulu aku sekarang adalah seorang pelajar IPTA yang hanya sekadar bernasib baik diterima masuk utk melanjutkan pelajaran. Bidang yang aku dapat utk IPTA ini adalah bidang Kejuruteraan di mana bidang ni sangat luar biasa bagi budak sastera macam aku. Dahulu nya result SPM aku takda laa gempak mana pun. Memang aku katakan peluang aku utk belajar ni hanyalah nasib jika nak di banding kan dengan result aku yang tak seberapa tu.

Setelah aku masuk pada minggu pertama dan kedua di IPTA ni, mula nya biasa2 jaa. Dan pada minggu ketiga, bermula lah penceritaan hidup aku. Aku telah di perkenal kan subjek teori yang aku tak pernah belajar dan rata2 nya di ambil oleh budak Sains dan Teknikal seperti Kimia Fizik Add Math dan sebagainya. Untuk di jadi kan cerita lecture aku tak pernah mengajar pun dalam kelas dan mereka hanya beri Kuiz dan Test sahaja bila sampai masanya. Memang aku yang tak pernah belajar subjek tuh jadi gila sat dalam kelas.

Boleh kata 95% kawan dalam kelas aku ni bekas budak MRSM SBP dan Teknik. Sebab tu lecture aku ambik mudah jaa. Aku ni pulak dah laa sekelumit ilmu subjek tu pun tak ada.Nak harap kan member, lagi laa semua malas nak ajar. Jadi untuk sem 1 proses pembelajaran aku cukup slow. Aku ni tadak ilmu setinggi member2 aku yang lain. Member aku ni dah dua tahun belajar subjek tuh boleh laa nak score, aku ni yg tak cukup masa utk belajar keseluruhan subjek tu bermula dari basic sebagaimana dua tahun belajar untuk di cover beberapa minggu sahaja. And then bila aku dpt tau result test n kuiz aku yg cukup2 makan smpai kan waktu final dua kali gak aku kena repeat paper yang sama atas desakan lecture aku sebab aku tak cukup markah untuk lulus. Memang aku boleh rasa overall result sem 1 aku ni msti teruk. Sampai satu tahap aku menangis sorang2 kenang kan nasib. Jiwa rabak mental koyak hati sebak. Memang takleh nak go dah. Asyik terfikir kenapa aku belajar sini. Sini bukan tempat aku. Aku tak layak. Rasa nak berhenti ja.

That time during cuti sem aku banyak muhasah diri. Last2 aku redho mungkin ada hikmah kenapa Allah rezeki kan aku dekat sini. Masuk sem kedua aku dah mula mengatur langkah, belajar sendiri dari nak mengharap kan kawan yang Jual Ikan. Walaupun dalam kelas aku mcm di awang awangan, balik dr kelas ja aku terus ulang kaji. Aku cuba paham sendiri setiap subjek yang aku belajar. Aku banyak bertanyakan Encik Google kalau aku confius. Even bila terjatuh aku dah boleh bangkit balik. Hati aku makin kental jiwa makin menebal. Makin aku sedar aku pun boleh buat apa orang lain boleh buat.

Akhirnya result sem dua aku ni meletop. Even tak dekan tapi aku bersyukur cgpa aku lebih dari sebahagian rakan kelas aku lain. Dan begitulah jugak untuk sem ketiga dan ke empat aku berpeluang naik ke pentas untuk menerima anugerah kecemerlangan akademik. Walaupun ada kala nya pada setiap Semester aku berasa susah nak belajar. Aku usaha semampu boleh even tak ada laptop nak buat assignment, terpaksa jugak aku guna words dalam phone. Susah jugak la beb.

Tips biasa dari aku kepada semua, always mintak doa dan rstu dari kedua ibu bapa yakni bagi memudah kan kita untuk belajar dan faham. Suka untuk aku hebahkan bahawa doa ibu bapa adalah yang terbaik untuk kita sebab ia berhasil untuk aku walaupun aq lemah jugak bab belajar teori ni tapi dengan doa mereka, Allah mudah kan hidup aku. Bahkan juga kita perlu ada kesedaran walaupun lain bidang pembelajaran pada asal nya jangan jadi cuak macam aku even last2 aku boleh jugak bawak diri dalam bidang ni. Kepada adik2 di luar yang bakal sambung belajar ke IPTA atau IPTS mahupun yang sedang belajar, aku yakin pasti ada yang bakal dan senasib macam aku.

Pesanan selanjutnya untuk hampa semua daripada cebisan pengalaman aku ni, Perbetulkan niat untuk belajar. Even kau asal sastera jangan takut belajar bidang lain. Dan jugak pada sebalik nya kalau kau budak sains jangan takut belajar di pondok. Seterus nya jangan ngorat anak dara and anak teruna orang sebab ramai aku tengok habit orang kita kot ceruk mana pun asal ada jantan ja ada betina. Means ko datang untuk belajar bukan nya nak buat yang ringan2. Bab halal haram ni pikir sendiri. Yang paling penting jangan sesekali seru toyol masa exam. Beringat lah sekarang kita belajar adalah untuk pekrjaan masa hadapan. Keberkatan tu penting. Hampa nak kaa gaji yang hampa dapat tu tadak keberkatan? Nak ka bagi anak bini mak ayah makan benda dari hasil x berkat. Tak jadi kat hampa takpa kot jadi kat anak. Seterus nya bab attitude pulak please datang awal ke kelas. Kalau kau dah lewat memang kot mana pun mesti ada menyusah kan orang lain jugak. Even bunyi kerusi pun dah rase macam nk rimbuk ja muka orang tu. Hilang fokus belajar tahu dak. Perangai tuh kasi ubah. Kalau boleh yang datang lewat ni kasi pijak berjemaah sampai lumat. Dan akhir sekali jangan masuk MLM. Sekian dari saya Anonymous.

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.