Saturday, 1 October 2016

Pesanan Buat Kaum Lelaki Dan Wanita

PengakuanKu

Assalamualaikum. Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih bebanyak buat page ni sbb sudi siarkan confession aku ni. Bagus jugak ada page ni yg asalnya utk student to now dh jd notice board utk org ramai supaya kita boleh improve diri masing2.

Aku nak cakap pasal sikap kebanyakan lelaki bila dh berkahwin. Wahai org lelaki, aku harap korg baca dgn minda yg terbuka dan berlapang dada. Ilmu ni bersepah kat sekeliling kita tp jd satu kerugian bila ditampan dgn ego.

suami aku seorang pegawai kerajaan. Aku pulak keja di company swasta. Kerja memang sentiasa dikelilingi lelaki. Jadi adela beberapa pemerhatian yg dapat aku buat pasal sikap sesetengah lelaki ni.

Orang lelaki ni, bila dah berumahtangga, semacam ada satu ‘suara ghaib’ yg membimbing diorg bahawasanya satu dah setel, bila lg nk tmbah dua, tiga & empat. Melalui suami sy, sy dpt tgk group2 whatsapp tempat keja, group taman smua asyik bergurau pasal tambah bini, malam jumaat, share gmbr2 akak polis cun2, gmbr x senonoh. Seolah2 kalau lelaki tu pilih utk tak terjebak dgn perbualan semacam ni, dia tak man enough. Korang mgkin akan jawab balik, alaaaa biasa la lelaki memang macam tu.. hello, kalau semua orang buat pun, tak menjadikan benda salah tu betul. Salah tetap salah. Kita ada agama.

Jangan terpngaruh dengan generasi pakcik2 kedai kopi zaman dulukala. Diorg pun dh dimomokkan zaman berzaman yg lelaki ni raja, isteri tu hamba. Isteri berhempas pulas buat semuanya tapi suami balik keja mesti nak singgah lepak dulu. Kalau tak, dikata dikongkong isteri. And lelaki sgt takut dilabel takut bini. Dan group pakcik2 ni takde pun fb. So xder siapa boleh tegur kesalahan diorg. Biar jela dia terus hidup macam tu, bini dia pun terus diperhambakan sampai meninggal besok. Bab syg sgt umno tu pun kita tak mampu ubah dah generasi tanpa fb ni.*out topic

Aku tak cakap suami aku baik. Dia pun sama naik jer. Tapi tak guna aku tegur dia sorang je kalau teguran aku tak sampai kat lelaki lain. Mula2 kawen dulu, topik perbincangan suami aku dan rakan sekerja mahupun org bawahan dia takde topik lain melainkan topik PEREMPUAN. mcm mn nk kawen banyak, stok2 pelacur tiptop yg diorg knal, share contact pmpuan tu perempuan ni. Mmg rumahtangga aku berantakan sbb semua benda ni. Suami aku pun lambat matangnya. Sampai dh berkali2 rumahtangga huru hara skrg ni baru nampak ada akai sikit. Sikitttt lagi dah nak bercerai.

Tapi benda tak habis kat sini. Even sampai sekarang pun staf bawahan selalu invite whatsapp group pastu sharr gambar2 lucah. Yg buat pulak geng2 tua ganyut dh pun. Orang cakap rumah kata pergi kubur kata mari. Masihhhhh lagi gah dengan topik perempuan. Bila suami remove dia invite balik. Bila saya tlg remove balik, dia invite lagi. Sampai bila nak hidup dalam dosa dan berbangga korang part of this?

Berubah la. Fikirkan balik kenapa korang kawen dgn wife korang dulu. Kenapa lepas kawen korang biar kawan2 luar hasut korang ke arah benda2 yg melukakan hati suri hati korang? Korang igt kami perempuan tak kecik hati ke bila korang perkotak katikkan kami seolah2 kami barang hiasan dalam rumah kamu?
Kamu lupa ke kamu mintak kami daripada ibu bapa kami dengan cara elok, dgn janji korang akan jaga kami elok2?

Aku yakin suatu masa dulu korang kahwini isteri korang kerana perasaan cinta yg teramat. Tapi lelaki sembang pasal perempuan dh jd satu tradisi yg x dapat dibuang. Dah membarah and saya percaya ni la punca keruntuhan rumahtangga yg makin menjadi2 skrg ni.

Tak rugi pun malah untung dunia akhirat kalau korang jd lelaki yg odd. Aku cakap odd sbb skrg ni payah nk jmpak lelaki yg jg pergaulan dan hormatkan perempuan.

Aku sebagai seorang perempuan, aku sedar terlalu ramai perempuan yg level bitch zaman sekarang ni. Selalunya diorang ni kalau belajar ke laut, tau nak menyundal jer. Kami sebagai isteri2 memang nak jaga diri kami elok2 supaya suami kami beruntung ada isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata penawar hati penajam fikiran. Tapi malangnya perempuan2 murah yang belajar tak habis ni jugak la yg suami2 kita ni nk cari. Walaupun untuk stok geli2 tapi percaya la, bagi kami, stok geli2 tetap pencabar kami. Sbb murah mcm mana pun dia, dia mampu ‘gantikan’ tempat kami walaupun sejam dua. Benda ni sgt melukakan hati. Korang tau x, wife korang yg cantik manis tu pun kalau dia nak boleh jer dia mnyeksi and bitch around tapi dia masih waras. Tak mcm kekasih gelap korang tu.

Think wisely. Teruk2 wife korang jaga nama baik keluarga supaya anak2 x dpt tempias malu besok2, knp korang lelaki yg ketua keluara ni pulak yang taknak jaga diri? Nak ke besok2 jiran tuding jari kat anak kamu sambil cakap ohh bapak dia tu dulu ligatt. Byk kali kna tgkap khalwat..

So kpd kita2 yg dah berkahwin kat luar sana, tlg la jg diri. Tak kisah la laki ke perempuan.

sekian bebelanku

– suria baja hitam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.