Saturday, 31 December 2016

My Dirty Job

PengakuanKu

Assalamualaikum.

Terima kasih admin jika ‘cerita’ ini diterima dan dikongsi.

Hai, saya seorang jururawat. Mungkin sekadar jawatan biasa-biasa dan sering dipandang hina dan kotor. Setaraf dengan pekerja-pekerja bawahan. Tapi maaf ye, jururawat sekarang dah sampai PhD. Kalau tak, macam mana la boleh ada lecturer nursing kan? Dah lama. Tapi terkejut jugak ada tuan-tuan dan puan-puan yang masih belum sedia maklum. Bila saya kata kata jururawat boleh sambung belajar, ada sesetengah yang terkejut.

Okay, abaikan benda ni. Dan terima kasih untuk yang bakal menghakimi dan mengadili confession ini.

Sepanjang saya bertugas, saya lihat pelbagai ragam manusia dan kerenah mereka. Saya pernah bertugas di wad eksekutif/vvip. Dan sekarang ini di wad biasa sahaja. I mean open ward. Medical ward. Saya pernah merawat orang-orang yang bergelar Dato’ dan Datin tapi sangat humble. Saya selalu berjumpa dengan pakar yang begelar Prof. Tapi saya tak la dikenali mereka pun. Siapa lah saya ni kan.

Sebenarnya, apa yang nak saya sampaikan kat sini, adalah tanggungjawab kita sebagai anak. Bila kena tahan wad, tanggungjawab seorang anak tidaklah terlepas begitu sahaja kepada jururawat. Saya hairan dengan sikap sesetengah manusia. Dekat wad, tugas jururawat terbahagi. Ada yang jadi team leader, incaj ubat, dan incaj pesakit. Dan incaj pesakit adalah mengikut kubikal. Lain hospital lain pengurusan.

Ni kadang, misi tengah bagi ubat, boleh pulak diganggu kata, “misi, cadar kotor, nak tukar.” “Misi, mak saya berak la.” “Misi, bla bla bla”. Bukan apa, tak salah semua tu, tak salah. Tapi tengah bagi ubat. Kan silap bagi ubat kat orang lain, jadi isu besar. Reaction ubat dan macam-macam. Nampak kecil, tapi besar. Kita kat hospital ye.

Tak salah nak mintak tolong, tapi tolong jugak tengok misi tu tengah buat apa, kalau nampak sibuk, cari misi lain. Ada yang akan cover. Tapi kalau misi tu buat tak tahu, misi tu sendiri yang bermasalah.

Lagi, apa yang saya nampak, kalau tengok relatives, ni saya terasa hati jugak, tapi saya berusaha untuk redha. Kadang, nampak educated, asyik-asyik speaking, nampak macam bagus la datang cium mak ayah bagai, tapi kebanyakannya, bila tiba mak ayah berak semua panggil misi. Kata saya tak reti, tak pandai. Kadang dah ajar pun, masih buat-buat tak reti. Tengok anak-anak mak cik pakcik gagah perkasa, ramai hero, tapi tak pandai. Jaga body dan muka pandai. Curious jugak saya sebenarnya. Kadang, saya pernah cakap, nanti kat rumah siapa nak buat? Nak upah misi private ke? Tapi tengok family, tak mampu dari segi kewangan. Ermmm. Tak la. Saya gurau je.

Ya, at least kalau boleh saya nak tolong semua, tapi dengan kudrat berat saya 45 kg, dan tinggi 152 cm apa lah sangat. Saya tangan ada dua. Kaki dua je. Awak beramai-ramai, saya minta jasa sikit untuk tolong orang sakit. Dapat pahala tau. Tu mak ayah awak ye. Mak ayah awak. Okay?

Kadang, yang sakit tu isteri, si suami ada, tapi apa-apa hal nak tukar pampers isteri, misi jugak yang kena. Eemmmm awak tu suami tau. Tolong isteri dapat pahala. Awak tahu? Ini tak, bagi tahu misi, lepas tu blah je macam tu. Terkial -kial misi kecil ni buat. Emmm dalam hati saya cakap, dulu masa nak bini buat anak boleh. Tapi sekarang tengok la. Maaf, bukan nak berkasar. Maafkan saya. Kalau sayangkan isteri, tolonglah jangan buat macam tu.

Tak kisahlah siapa-siapa pun. Tanggungjawab awak tak terlepas bila di hospital. Kadang, saya sedih. Ada anak 8 orang, tapi mak ditinggalkan di hospital. Bila dah boleh discaj, terkial-kial misi nak call siapa. Lepas tu, mak cik tu cakap. “Macam mana mak cik nak balik? Anak pun takde nak mari.”

Tu baru bab tukar pampers, pada hal dalam skop tugas kami takde pun pasal cuci berak je. Skop tugas kami lebih besar. Kalau takde misi, siapa nak buat? Doktor? Doktor pun mintak tolong kami. Dos ubat pun tanya misi. Kami membantu mana yang memerlukan.

Lagi satu, pasal waktu melawat. Saya tengok rata-rata ada pendidikan. Taraf phd gitu. Tapi peraturan hospital pun tak mampu nak ikut. Bila waktu melawat habis, it means a time for patient to get rest and for us to do work.

Hari tu ada mak guard naik atas wad, tanya ada pesakit tenat ke. Saya jawab ada. Lepas tu dia tanya, boleh ke waris naik bergilir-gilir? Saya jawab boleh. Masa tu lagi satu lagi nak pukul 5 petang. Tapi, bila waktu melawat. MasyaAllah, terkejut saya, waris dah la ramai. Kata nak melawat. Tapi saya tengok majoriti duk berbual sambil bergelak tawa. Emmm. Langsung tak menghormati pesakit lain. Sebab ada pesakit lain mengadu tak boleh nak rehat. Sampai semput dada pesakit lain. Ada komplen pening-pening. Kesian saya tengok. Tapi mereka ni tak mengadu masa orang ramai, bila dah reda baru mereka luahkan.

Saya pun tak faham. Kalau ditegur, dikatanya melawat orang sakit. Tapi saya tengok dah macam pesta je. Awak tahu tak? Dalam Islam, kalau nak melawat orang sakit adalah sekejap je. Baca doa kat dia. Ni tak. Sambung bergelak tawa. Haaa masa ni jangan harap nak cari misi. Sebab misi dah tahu time macam ni lah duk sibuk tanya itu ini, panggil itu ini. Saya harap awak faham kenapa time waktu melawat misi malas nak layan. Bukan apa, kadang kena menghadap orang macam awak yang tidak reti bahasa.

Misi pun ada yang tak reti bahasa. Tapi kadang. Kena tahu punca salah siapa? Susah nak jumpa family yang cool down dan selamba. Yang ni best nak rawat sebab tak stress. Jadi happy go lucky je kerja walaupun tengah busy memanjang.

Saya masih ingat kerja waktu tengah mengandung. Stress kut. Bayangkan sepanjang 7 jam kerja tak duduk. Balik rumah selalu nangis sebab kaki cramp. Awak apa tahu. Dengan alahan saya yang teruk.

Saya harap, manusia yang selalu menghina pekerjaan orang lain, akan diberikan hidayah. Moga-moga bakal bini awak bukan misi walaupun dalam hati saya harap bini awak adalah bakal misi dan doktor. Saya doakan moga Allah bukakan pintu hati kita semua u tuk belajar mensyukuri. Syukur Malaysia masih aman. Kalau jadi macam Palestin dan Syria tu dan negara-negara yang ditindas, saya harap awak belajar bersyukur mulai sekarang.

Apa pun jawatan awak, apa pun pangkat dan darjat awak. Seluas mana pun harta awak, ingatlah Allah lagi Maha Kaya, lagi Maha Berkuasa.

Akhir sekali, maafkan saya kalau ayat dalam confession tunggang terbalik. Maklumlah lama dah tak belajar penggunaan bahasa yang betul dan mengikut isis-isinya.

Saya tak single. Saya dah kahwin. Saya ada anak dan suami. Saya ada mak ayah. Mak ayah saya cikgu. Tapi telah bercerai 10 tahun dulu. Saya ada abang yang lari dari rumah tapi bukan kena halau pun. Adik-beradik saya semua hebat. 3 orang dapat belajar overseas. Siapa kata saya hidup senang. Saya pun merasa susah dan senang. Orang nampak bahagia luar kita, tapi parut di dalam tiada siapa tahu. Sekian, terima kasih. Maafkan saya jika ada typo.

Mrs. N

– Silent Reader

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kita Tak Betul

PengakuanKu

Assalamualaikum. Aku ucapkan terima kasih kat admin kalau luahan aku yang tak seberapa ni disiarkan.

Kalau korang perhati dalam kehidupan seharian atau pun kat media sosial sikap suka cakap kasar, pandang rendah orang lain,kecam mengecam,doakan orang lain dengan kata-kata yang buruk makin menjadi-jadi. Contohnya kalau orang buat benda yang tak baik bukan main segelintir orang kecam. Kalau orang buat benda yang baik atau pun dapat benda yang happy pun ada jugak yang kecam.

Lumrah hidup manusia la kan. Macam-macam ragam ada dalam dunia ni. Tapi sebenarnya kalau korang nak tau seseorang tu boleh bagi apa yang dia ada sahaja. Kalau kita hanya ada kata-kata nista dan keburukan itulah sahaja yang boleh kita bagi. Kalau kita ada hati yang baik, doa yang baik itulah yang kita akan bagi. Kalau dalam hati kita ada kemuliaan dah tentu la kita pandang orang lain mulia kan?

Kadang-kadang kita rasa kita betul dah nasihat orang. Tapi kita tak sedar kata-kata kita kasar,bahasa yang tak sedap didengar. Tu tak buat kita nampak betul pun sebenarnya. Doa yang baik-baik kat orang sepertimana kita mengharapkan doa yang baik dari orang lain. Kita ni pun bukan tau kita berjaya hari ni berkat doa dari siapa. Entah-entah berkat doa mak ayah kita yang tak putus-putus berdoa. Entah-entah dari orang yang pernah kita tolong satu masa dulu. So, doakanlah orang lain dengan kata-kata yang baik. Mudah-mudahan benda yang baik-baik jugak balik kat kita.

Pernah tak korang dengar orang cakap “cakap la, esok kena kat diri baru tau.” Sebenarnya Allah akan uji apa yang kita cakap. Makin banyak kita cakap makin besar lah pintu ujian terbuka kat kita. Contohnya kita bukan main kutuk orang tu jahat, tup-tup kita pulak Allah uji jadi macam tu. Ha jangan main-main.

Sebab tu la Rasulullah pun ada pesan kalau takde benda baik nak cakap lebih baik diam. Sekurang-kurangnya lidah kita pun terjaga. Terhindar dari dosa. Aku minta maaf banyak-banyak kalau ada tersilap kata. Sama-samalah kita muhasabah diri kita. Bukan untuk korang sahaja, untuk diri aku sendiri jugak. Sekian.

– Ikin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Cerai Bukan Jalan Terbaik

PengakuanKu

Hi admin, saya harap admin sudi paparkan confession saya. Niat saya cuma nak berkongsi cerita dan semoga dapat dijadikan pengajaran.

Saya seorang ibu muda yang mempunyai seorang anak lelaki umur setahun dan baru saja bercerai selepas setahun lebih perkahwinan. Masa cerai anak masih bayi, sudah takdir Allah tentukan jodoh dgn bekas suami tak panjang. Siapa yang nak rumahtangga roboh kan,siapa yang nak anak hidup dalam ‘broken family’. Masa aku masih seorang isteri dulu aku diuji, rasanya normal kot bila lelaki curang. Betul kata mak zaman sekarang kes suami curang tu macam dah perkara biasa. Mungkin kes aku ni lain, kes curang yang sampai buat aku jadi pendendam dan suka mengungkit dan sampai akhirnya cerai, rasanya tak perlu kot share kat sini. Kalau nak diikutkan kes aku ni tak lah seteruk mana, ada kes yang lagi teruk lagi tapi rumah tangga masih bertahan. Macam mak aku sendiri pun dulu pernah diuji, walau seteruk mana pun sikap ayah garang, panas baran ,miang n suka menengking tapi mak tetap bersabar sampai lah ke harini. Mungkin dah akhir zaman, memang susah nak cari lelaki yang setia, kes suami curang bukan perkara biasa. Dan zaman sekarang perempuan ramai yang berpendidikan dan pandai berdikari, jadi bila suami buat hal mulalah nak mintak cerai, seolah2 syaitan tu kuat menghasut untuk cerai, time tu memang kita fikir cerai lagi bagus ,baik hidup sendiri dari ada suami yang tak guna.

Tapi pernah tak korang fikir kehidupan lepas cerai tu. Especially yang ada anak.Mungkin sebelum cerai korang rasa itula benda paling bagus sekali. Actually untuk orang yang pernah merasa macam aku ni, cerai tu benda paling buruk pernah aku lalui. Bila dah cerai nak rujuk balik susah, lagi2 bila dua belah family dah tau cerita masing2. Yang si suami cerita buruk bini kat family dia n yang si isteri cerita buruk suami kt family sendiri. Time tu memang susah dah, family kita memang akan halang kita dari balik dengan bekas pasangan. Sebab apa, sebab diorang mestilah tak nak anak diorang kawin dengan pasangan yang teruk seperti yang dah buruk2kan. Sebenarnye, if kita ada masalah rumah tangga kalau boleh jangan share pada family lagi2 mak ayah. Seeloknya pergi ke pejabat agama untuk kaunseling ataupun cari orang tengah yang pandai ilmu agama. Kena dengar cerita dari dua belah pihak, semua orang ade buat silap kan, tapi bila pasangan kita buat silap seolah2 dosanya besar tak boleh diampunkan. Dan akhirnya cerai lah sebagai penyelesaian. Bila dah gaduh memang masing2 ego n merasa diri tu je yang betul, time tu memang dah x boleh berbincang n kene cari orang tengah.

Bila dah cerai, anak akan tinggal samada dengan mak atau ayah. Macam aku ni, anak tinggal dengan aku. Kecik lagi dah jauh dengan ayah sendiri. Kecik lagi dah tak dapat rasa kasih sayang seorang ayah, tak dapat rasa tido peluk ayah dia. Memang mostly kes cerai, sama ada mak atau ayah yang akan berkorban jaga anak. Yang lagi satu akan lepas tangan. Ada yang kes bagi nafkah makan pakai je jenguk anak langsung tak ada. Dan yang paling teruk ada yang xbagi nafkah langsung jenguk pun tak. Aku pun tak faham orang yang hatinya kering tak ada rasa rindu langsung x jenguk anak.

Sekarang aku rasa menyesal, kesian tengok anak. Budak2 lain tidur sebelah ayah dia, main dengan ayah dia. Makan disuap ayah dia. Tapi anak aku tak rasa semua tu. Kalau lah aku bertahan dulu mesti anak tak jadi mangsa. Ramai jugak kawan yang selalu cakap nak cerai bila ada masalah dengan suami. Aku selalu nasihat, cerai tu tak semudah yang kita sebut. Bila kita cerai bermakna kita cerai dengan family dia sekali. Ada kes yang sampai jadi musuh. Aku betul2 halang kalau ada kawan yang cakap pasal cerai, percayalah.. cerai tu bukan jalan terbaik. Hanya orang yang pernah merasa je tau sakitnya macamane. Kesannya bukan pada pasangan tapi jugak pada anak2 dan family. Kesannya bukan sementara tapi selamanya. Bila tengok family lain bahagia keluar dengan anak2 tapi bukan kita, itu lagi sakit. Kadang2 anak sakit kene bawa ke hospital pun kene kita sendiri. Kes aku ni bila dah cerai aku memang susah nak mintak tolong bekas suami, ada saja alasan dia. Pernah jugak aku tanya kenapa tak nak jenguk anak, jawapan dia malu lah dengan mak ayah, kadang2 busy kerja ada hal lah…sampai lah aku malas nak mintak tolong apa2. Sekarang ni memang aku jaga anak sorang. Yang bekas suami lepas tangan. Aku memang dah tak boleh nasihat dia even bekas mak mentua pun tak ambik tau dah, yerla mungkin bekas mak mentua aku tu pun dah bencikan kan aku..kadang2 orang tua ni bila dah benci mak ,anak pun dia tak suka. Sekarang ni aku lalui hidup aku dengan tabah sabar dan redha. Even ex aku sedap tidur lena, cuti ke sana sini hidup senang lenang..aku dah tak boleh buat apa selain berserah. Memang tak adil kan, kita penat kerja penat uruskan anak tapi ex kita relax je life macam orang bujang tak ada komitmen,aku cuma tunggu mahkamah akhirat insyaAllah ada keadilan untuk aku disana.Confession aku ni bukan nak kata cerai tu the worst thing in your life, actually aku cuma nak sampaikan kalau kita diuji sebaiknya kita kembali pada Allah. Bila rumah tangga goyah syaitan bertepuk tangan tengok drama dari kita yang khilaf sombong dan ego ni. Think it a thousand time before you do. Tak salah kan kita buang ego..tak salah kita mintak maaf..darjat kita tak jatuh pun malah mulia di sisi Allah. Dalam kes aku ni aku cerai bukanlah sebab aku mintak..tapi sebab aku langgar taklik..taklik yang tak sepatutnya bekas suami aku ucapkan. Time tu memang aku rasa x ingat diri, yang si suami seolah2 naik darah lupa diri n aku pulak macam dirasuk syaitan. Last2 dekat mahkamah kene ceramah depan hakim sebab kekhilafan kami yang memang susah nak diterima. Apa2 pun nasik dah jadi bubur. Hanya mampu redha dan tabah hadapi semuanya. Pesan aku pada yang dah bercerai tu yang tak ingat dah kat anak, ingat2lah hidup kat dunia ni sementara. Kalau kita abaikan anak esok kita mati tak ada siapa yang nak doakan kita. Anak tu kan saham akhirat kita. Jangan sampai bila kita dah sakit n dah tua baru nak sedar silap kita. Time tu dah terlambat dah, entah2 anak pun tak nak mengaku kita ni parent dia lagi. Yang pada masih bergelar suami or isteri, perbanyakkan bersabar dalam melayan kerenah pasangan korang, memang bila dah kawin ni pasangan kita tu lah yang akan jadi ujian paling besar dalam hidup kta, yang akan uji setinggi2 kesabaran kita. Tak rugi kita berkorabn segala2nya demi kebahagiaan keluarga. Wallahualam…semoga yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan. Sekian.

– Umiey

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Bukan Free Uber

PengakuanKu

Hi. Aku Elle, sudah bekerja dengan gaji yang biasa-biasa kat tengah ibu kota ni. Alhamdulillah aku mampu untuk beli dan guna kereta. Berdasarkan tajuk di atas, aku terdetik untuk menulis bila melihat persekitaran manusia yang kurang ‘common sense’.

1. Ajak pergi merata tanpa hulur apa-apa.
Kalau ajak tempat yang dekat atas dasar keperluan tidak apa, ini ajak jalan-jalan untuk dia nampak lebih bergaya. Please have some common sense people! Harga minyak pun semakin naik, so jangan la buat-buat tidur kalau kawan tu dah sampai station minyak.

2. Even bayar parking pon nak berkira. Ni lagi la tak faham. Parking tu range RM5 je kalau lepak biasa-biasa. Time nak bayar parking boleh pulak menonong macam dia yang pegang kunci kereta.

3. Buang sampah merata dalam kereta. Dah la tumpang, pastu tinggal segala ‘harta’ macam tu je. Please ambik balik even sehelai tisu, rambut dan sewaktu dengannya. Boleh tumpang lori Alam Flora kalau nak buang gitu aje.

4. Don’t act like you are in your own car. Buka radio ikut sedap telinga dia, air-cond sesuka hati nak tahap mana dll. The worst thing, siap complaint cara kita bawak kereta, sedangkan dia duduk belakang macam raja.

Please bear in mind, tak semua orang yang ada kereta tu kaya. Dia beli sebab nak guna atas dasar keperluan SENDIRI. Bukan untuk memenuhi kehendak orang lain.

Nak guna kereta tapi tiada kereta, bukan pinjam kat kawan. Pergi sewa kat tempat sepatutnya.
Nak ada orang pick up or drop off mana-mana, kita ada taxi, grab car, uber dll.
Jangan nak jimat sehingga membebankan orang lain.

– Elle

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Hani & Driving Skills

PengakuanKu

As Salam WBT.
Hii followers iiumconfession!
Happy New Year, everyone!
Thank you so much admin!

First of all, i’m Hani, a 20 years old girl, who loves car, drive & speed!!!

Actually kan, Hani baru je belajar drive lepas SPM hari tu jadi lepas da dapat lesen tu, bawaklah kereta bapak Hani. Lama2 jadi mahir. Xsampai setahun da tanggalkan sticker “P” ha3. Siap bawak macam2 kereta saudaralah kawanlah. Paling best bawak Pajero. Jadi, orang selalu puji kita, Alhamdulillah! Maybe sebab kita cepat pick up kot, entahlah kan. Tapi kadang dengar orang lain macam bertahun pun still xmahir, xconfident, rileks okay? Hani pun takes time nak mahir semua tu. Mungkin sebab Hani minat kereta, bila bawak kereta rasa enjoy sangat2! Hani suka. He3

Jadi skrg, Hani nak share dgn semua di luar sana, be confident with yourself. Yes, kat jalan raya tu apa yang dipertaruhkan adalah nyawa. Nyawa sendiri atau orang lain. Tapi, ingat. Yang jaga kita ialah Tuhan kita Allah SWT. Just do your best okay?

Sambil tu, Hani ni terasa nak share-lah sikit pendapat Hani. Hani ni muda lagi, baru 20 tahun, masih lagi belajar mengenal dunia, asam garam kerenah manusia etc tapi Hani nak share pendapat Hani, sebagai salah seorang generasi muda zaman ini he3

Apa yang Hani perhatikan ialah, signal. Yes, masyarakat kita selalunya sgt bermasalah dalam memberi signal. Ingat, memberi signal tu dapat mempermudahkan orang lain dan kiranya kita membawa kereta, kita dapat ‘memberitahu’ kepada penunggang motosikal. Kesian tau kat penunggang motor, kadang jadi mangsa. Tukar lane pun, xkiralah jarak dekat atau jauh, tolonglah bagi signal tu. Hani bukan nak berlagak, tapi Hani menjadi seorang pemandu yang berhemah tau. Kadang tu, Hani bagi signal, da belok etc, Hani akan tutup signal tanpa tunggu stereng jadi normal. Sebab, bila kita lupa tutup signal pun, mendatangkan masalah. Kenderaan lain confuse, kesian mereka. Hani bila drive tu, Hani akan cuba jadi sgt2 relaks dan buat sehabis baik, untuk semua. Bagi laluan pun, Alhamdulillah masyarakat Malaysia memang terkenal dengan sifat suka membantu. Soal beri laluan, tiada masalah. Marilah kita bersama-sama kekalkan nilai2 murni ini.

Kemudian. Hani nak tegur sikit. Hani ni bawak kereta macam lelaki, komen bapak Hani. Maksudnya, lasak. Suka bawak laju. Tapi bapak okay je sebab bapak Hani kata, Hani bawak laju tapi masih boleh dikawal, tidak membahayakan. Jadi, mungkinlah Hani da terbiasa bawak laju kan. Jadi, bila jumpa someone yang bawak slow tu, Ya Allah Ya Tuhanku Ya Rabbal ‘Alamin…………..! Awak, awak tahu tak awak slow tu, boleh menyebabkan traffic jam? Boleh menyebabkan kereta belakang berhenti tiba2? Tolonglah confident sikit dan bawa laju sikit at least 40km/j hu3. Terlalu laju pun xboleh, sangat membahayakan ya.

Lagi satu. Hit. Yes semua nak cepat, nak laju. Tapi boleh x jangan hit orang dekat2? Dibuatnya kita brek tiba2, nak ke langgar orang depan? Hani tahulah Hani bawak Axia je skrg, tapi Hani bawak laju tau at least 100km/j selalunya or more than that. Jadi, takpayahlah hit kita dekat sgt. Kadang, kita yang lagi laju dari awak, bukan kita sengaja xnak bagi awak lalu lane kanan tu tapi kita pun laju jugak.

Act, sikap memandu rakyat Malaysia adalah tidak terlalu membimbangkan. Mungkin sebab pada Hani, Hani boleh adapt dengan driving culture sini. Cumanya kadang bila ada isu apa2 takperlulah perbesarkan dan make it viral. Cuba selesaikan secara baik, okay? Didik hati untuk sentiasa husnudzon.

Contoh, orang tukar lane kat TNG ke lane biasa. Mungkin TNG cardnya kehabisan kredit dan dia perlu tambah nilai. Kadang, orang akan soal kenapa tak check awal2. Contoh macam situasi ni yang dialami oleh guru Hani, guru Hani memang selalu sediakan card TNG dalam keretanya tapi hari tu, maaflah Hani tak ingat kenapa tapi guru Hani bawa kereta lain dan terlupa langsung pasal card TNG tu. Jadi, kita semua ni, kita taktahu situasi orang. Usahlah terlalu judge ya?

Hani pun pernah alami. Hari tu kereta kena langgar dari belakang sampai bumper kereta jatuh sikit dan seret ke tayar. So Hani xboleh drive laju macam biasa dan memang terpaksa slow namateylah. Bila Hani bawak slow tu, adalah orang bawak lori ni dia hit kita, walaupun tu kat lane kiri kot. Lepas tu dia tukar lane tengah, dia tengok2 kita, geleng2 kepala. Mungkin pada dia “apalah perempuan bawak slow” macam tu. Brader, awak xtahu situasi kita tau. Time tu geram jugaklah, rasa nak je kejar, potong lori tu tapi sabar jelah mampu sebab kereta macam tu kan.

Kpd perempuan di luar sana,be confident with yourself okay? Perempuan memang selalu kena judge. Perempuan era ni da sangat berdikari, bawak bus bawak jet bawak airplane. So, dengan izin Allah kita akan baik2 sahaja hendaknya.

Hani suka drive. Balik kampung kat Terengganu pun Hani akan ambil alih kerja bapak Hani, biar bapak rest, Hani drive. Kadang xpayah bergilir pun. Allah bagi pinjam kudrat kat Hani, Hani cukup bersyukur, Hani nak bakti dengan baik kepada kedua ibu dan bapak Hani serta keluarga. Jadi, Hani naklah kita semua hidup dalam suasana yang menyeronokan, yang berhemah.

Tanamkan diri kita untuk menjadi seorang pemandu atau penunggang motosikal yang berhemah, yang mendatangkan manfaat kepada orang lain. Ibadah tu sangat simple. Memandu, menunggang notosikal pun, boleh menjadi ibadah tau.

He3. Hani ni macam ni. Jadi salah satu ciri bakal suami yang Hani nak cari ialah, dia mestilah lagi pandai drive dari Hani. Hani ingat lagi, time tu dekat Shah Alam pernah racing dengan a Malay guy dengan parter dia ni bawak van kat lane kanan, Hani masuk lane kanan, kita pun laju and dia pun laju jugak. Tengok2 dari lane kanan tu dia masuk lane paling hujung dan masuk semula lane kanan, potong kita. Wow! I’m so impressed with you driving skill, brader! You made my day! Thank you so much for the experience!

Lagi satu kat MRR2, kat roundabout dengan flyover tu pun macam racing dengan a Chinese guy drive Honda Jazz ni, sekejap2 tukar lane, potong2, siap sempat look each other macam “lets safety compete”. He3. At the end, Hani masuk jalan lain, turunlah tingkap kan, waving2 kat dia & dia pun lambai balik kat kita siap flying kiss. Ha3. To that guy, thank you for such amazing competition, we are the winner in our own life.

Life is simple as that. Buat sehabis baik. Give & take. Improve. Sebelum ni kita xbagi laluan, cuba belajar memberi. Sebelum ni kita xalert dgn signal, cuba paksa diri untuk alert tentang bagi dan tutup signal. Bawak kereta, tenang, rileks, sematkan dalam diri, nak jadikan pemanduan ini pemanduan yang mendatangkan pahala, yang bermanfaat untuk masyarakat dan rakyat negara ini.

Tak kira siapapun kita, kita semua pengguna jalan raya. Semoga kita semua menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Terima kasih, bapak Hani dan guru yang telah mengajar Hani kemahiran memandu ini.

Wassalam WBT.

– Hani

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Anak Yang Terpinggir

PengakuanKu

Salam admin, terima kasih kalau luahan saya dipost.

Ok saya nana tinggal dengan familyyang sederhana saja saya bukan anak yang baik, bijak pandai macam adik beradik saya yang lain. Boleh dikatakanbengong jugakla ha ha. Mak ayah tak pernah bangga pun dengan apa yang saya dapat even dalamsukan pun, belajar lagi la kelaut cina selaut tak cekap,nak katabodoh tu takda la,atleast Spm ai A bm nak dibandingka dengan kakak ai yang bjak pandai tu haha. Tapi kalau nak dapat satu pujian u punya la payah,rasa memang takkan dapat pun. Tapi tak mintak pun. (Hati ni selalu nangis sorang2) apalah nasibku. Sobsob

Adik lelaki ai,otak boleh dikatakan bernas jugak bijak pandai la. Mak selalu dahulukan dia berbanding adik perempuan ai sorg lagi, dia tu sealu kena marah seban mintakitu mintak ini semua nak bantah, yelah kadang2 permintaan dia memang mengarut pun macam budak2 besar semut padahal umur dah masuk 15tahun dh uolls. Belajar tak pandai jugak jenis benak macam ai, yelah ai sedarwalaupun bab2 belajar ni kurengg sikit tapi ai ada cita cita jugak, orang dalam rumah ni apa tahu,tahu nak mengejek mengutuk mengumpat je haihhh la malangkan hidupk huhuhu.

O bebalik cerita adik ai yang laki tuh,yela belajar pandai parent’s mana tak happy kan. Umphhh! Boleh dikatakan anak emak la dia nih. Mak puji sokmo sokmo la dia ni,bangga sangat sangat. Cita cita dia siap mak yang tentukan huhu na suru jadi cikgu kot besar nanti. Belajar je pandai, solat apa tah kemana,tapi mak tetap puji dia pasal dia bijak bestari sangat! Mak pu tak pernah hairan pun dia tinggal solat ke tak, tanya pun ak, harap kakak2 jela yang selalu menanyanya tuh pun dia jawab @#$%&*-?! pandai2 korang la. Ai ni selalu je makan hati terasa hati kecil hati semuanya la (maklumla ai jenis sensitif) sebabnya mak tak pernah pedulik pun pasal ai, even ai sakit pun. Timemakan ramai2 mana pernah nak diajaknya ai ni(oi marila makan ni) ai sengaja duduk depan tv nak tengok diorang akan panggilke tidok, memang tidak lerr haremmm langsung tak hirau entah hidup enth tak anaknya ni. Kalau adiklelaki ai duduk dalam bilik tutp pintu lampu. dipanggilnya 3batu dengar. YaAllah kalaunak kat sedih memang sedih diperlakukan macam ni macam bukan datang dari keluarga ni. Hatiku merana meraung mana ada orang tahu,mana ada orang nak ambil kisah. Huhu sedihkan masuk bilik nangis sorang2.

Takpa la , satu hari nanti ai akan buktikan pada family ai (kalau dipanjangkan umur) ai boleh berjaya walaupun ai belajar dalam bidang kemahiran je pun. Rezeki Allah sape tahu kan? semoga ai mampu beli kereta,rumah hasil titik peluh ai sendiri biar diorang sedar tak bawk balik segulung ijazah tak semestinya “useless” ai sayang family ai. Muahhhh

“loving daughter”

– kekna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Cantik Dan Nyawa

PengakuanKu

Assalamualaikum. Aku harap sgt admin boleh siarkan cofession ni dan Aku berterima kasih kalau admin sudi menyiarkan confession aku ni. Aku cuma nak bgtau satu benda yg aku rasa masyarakat mungkin kurang peka ataupun kurang tahu. Iaitu dgn product.

Tapi sebelum tu jgn lah korang hentam aku. Maaf kalau aku silap. Tlg betulkan kalau ada kesalahan dari info aku ni.

Korang mesti tau kan ada mcm2 product yg keluar skrg. Tak kira lah kosmetik , supplement,sabun atau apa apa saja lah. Dah berlambak kan kt insta ,fb , twitter .Ok kat sini aku cuma nk nasihat beberapa perkara yg aku rasa kita sebagai penguna harus peka. Maybe boleh jadikan panduan.

Pertama: CEK KKM

kalau nk beli sesuatu product tu, tlg lah cek kkm. Bukan apa. Kenapa kkm perlu luluskan sesuatu product? Yes untuk tgk kandungan bahan di dlm product tu sendiri. Mercury ni adalah satu bahan logam yg bahaya . Cth, kalau sesuatu supplement tu ada kandungan mercury yg tidak sepatutnya, apa jd kt muka? Yes muka akan rosak. Pernah tgk tk bila sesuatu kes iaitu tumpahan mercury, kenapa bomba siap pakai alat perlindungan yg sgt lengkap? sbb bahaya sgt. 

Kedua : jangan percaya testimoni.
Percaya atau tak, kkdg testimoni tu menipu. Aku tak kata lah semua. Tapi jgn percaya 100%. Jgn tertipu dek kerana nak sgt cpt cantik atau kurus.

Ketiga : banyakkan membaca dan bertanya.
Yg ni pun penting, kita ni jgn lah malas untuk baca atau tanya dgn org yg lebih tahu. Cek fakta yg sahih.

Yg terakhir : baca label.
Ok yg ni penting, sbb apa nk tahu? Sbb ada sesetgh ubat ada mengandung porcine (dlm bahasa lain babi) so mana yg muslim tu kena lah peka dgn baca kandungan yg tertulis.

Kalau ada yg aku tertinggal maaf. Boleh kita kita share2 info yg berguna.

Harap krg boleh ambik ni dgn positif. Aku bkn nk tutup periuk nasi sesiapa tp aku cuma mahu membantu supaya tiada lg org yg tertipu. Kpd founder , cukup cukup lah, kesian kt org lain. Awak mmg lah dpt untung, kesian kt org yg tanggung akibat. Jgn tipu org. Belajar untuk jujur.

Ada sebab kenapa team medical sibuk untuk fight dgn benda mcmni. Sbb kkdg kita suka ambil remeh temeh. Kita sanggup memperjudikan nyawa kita sendiri.

Dah masuk tahun baru, so aku harap masyarakat skrg lebih peka dan berfikir lebih baik tentang penjagaan kesihatan masing2 . Be alert. Dan akhir sekali harap tidak tertipu dgn penjual yg tidak berdaftar dgn kkm. Igt nyawa kita tak boleh dibeli. Mencegah lebih baik dari merawat. #jomsihat

-Team Medical

– Team M

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Gejala Suka Menunjuk Di Media Sosial

PengakuanKu

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana post confession aku. ” Orang bahagia tak akan tunjuk kebahagiaan di media sosial” Ini yang aku dapat ringkaskan daripada pemerhatian aku di media sosial fb dan instagram. Minta maaf kalau post menyinggung perasaan mana mana pihak. Siapa makan cili, dia terasa pedasnya.

1. Post/Printscreen Results Exam
Apa yang aku perasan, kalau musim result exam keluar, mesti akan ada orang yang akan post gambar result exam dia. Yang paling gigih siap printscreen lagi. Bukan setakat yang straight As je, malahan yang ada B je pun siap post. Tujuannya barangkali nak bagitahu yang dia dah achieve good results. Tapi dia tidak sedar yang dia sebenarnya attention seeker yang dahagakan kepujian. Of course lah makcik makcik pakcik pakcik kau akan comment kat post kau, “Tahniah, dapat straight As.” ” Tahniah dapat dekan”. Kau expect apa kalau post gambar result kau? Mesti nak orang puji kau, takkan kau post nak orang comment, “Usaha lagi.” Malu lah kan? Silap silap kau delete je comment tu sebab malu. Tapi kau tak tahu, dalam ramai ramai kawan fb yang kau ada, segelintirnya mesti akan cakap yang kau riak suka menunjuk-nunjuk. Orang yang sebenarnya bijak dan pandai ni, dia segan nak post results results dia ni. Sebab dia HUMBLE. Eventhough results cantik, still jadi humble sebab dia tahu ada certain kawan kawan sebaya dia yang maybe tak ada A langsung or maybe fail. And orang jenis macam ni yang orang lain salute dalam diam.

2. Post gambar scan baby
Ini dah jadi satu benda trend kat media sosial. Selalunya mak mak muda yang post gambar scan baby dengan caption bertulis “See you soon, baby.” Pendapat aku lah kan, golongan macam mungkin terlebih excited dapat baby dalam perut. Aku pernah jumpa satu couple ni, baru berkahwin dan isteri dia mengandung. Yang si suami ofc excited lalu dia pun update gambar scan bayinya. Tak lama lepas sebulan, kandungan isterinya gugur. Sejak dari tu, si parents dah stop main fb. Ini semua takdir Allah, aku tahu tapi perkara sekecil macam ni boleh menyumbang juga kan? Ada juga couple yang tup tap tup tap tiba tiba dah beranak. Sebab ibu bapanya humble dan sedar bahawa tidak semua marriage couple boleh mempunyai zuriat. Siapa yang taknak zuriat kan? Niat post gambar scan baby barangkali bertujuan untuk share happiness. Bagi aku itu adalah benda yang terlalu peribadi di mana benda macam ni biarlah the parents je yang share each other. Cara yang lebih tepat adalah umum nama bayi selepas hari ke 7 dia dilahirkan.

3. Post gambar bf/gf
Yang ni aku rasa korang pun sedar benda ni. Aku malas nak sentuh pasal wechat sebab bagi aku apps tu apps Maksiat. Tapi aku nak tekankan pasal post gambar awek/balak korang yang belum kira halal lagi. Benda ni ikut individual masing masing lah sbb maybe korang punya fb mesti ada family, cousins, kawan kawan sekolah lama, cikgu sekolah menengah, jiran blablabla yang friends ngan korang. Lepastu kau pun post gambar bf/gf dengan caption, “sayang, rindu nak main main pipi sayang. Tak sabar nak jumpa second date. #myfuturehusband #alahsayang” Lepas tu bila friends kat fb kau jumpa gambar kau kat timeline dorang, kau tak rasa diorang menyampah ke dengan kau? Kau rasa kan, ada tak sifat malu dalam diri kau yang kau sebenarnya tengah sebar fitnah pasal diri kau. Golongan macam ni harus dihapuskan sebab kau sebenarnya memalukan diri kau dan pasangan kau. Ppl be like EWWWWWWWWWW. Lepastu orang pun gossip pasal kau. Aku lebih kagum dengan couple yang dalam diam diam, tiba tiba dapat kad kahwin. Fuh. Couple yang tunjuk kebahagian dalam media sosial ni lebih terdorong untuk terikat dengan relationship dorang. Maksudnya, bila kau dah heboh kau couple ngan si dia, kau mesti kena update pasal korang dua sebab kalau tak, nanti orang kata kau dah break up, bila dah break up, kau mesti malu. Kau bercinta diam diam jela. Nanti tak jadi, malu je.

Ini je yang aku dapat ringkaskan pasal certain golongan yang suka show off dekat media sosial. Mungkin korang ada cadangan lain nak tambah, boleh tambah. Sekian.

– Mr. Z

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Cabaran Breastfeeding

PengakuanKu

Assalamualaikum semua pembaca IIUM. Saya ingin kongsi kisah cabaran breastfeeding saya dan anak saya dan bagaimana kami menyelesaikannya. Saya memilih medium ini kerana yakin ramai yang akan dapat memperoleh ilmu di sini berbanding laman laman lain.

Anak saya lahir pada September 2016 dan terus ditahan di NICU kerana sedikit masalah pernafasan, alhamdulillah sekarang sudah sihat. Tetapi, 2 minggu di NICU berat anak saya turun sebanyak 200g dan ia membimbangkan doktor. Sehingga doktor mencadangkan “Either mother has to breastfeed more frequent or we top him up with formula”. Saya nekad untuk exclusive breastfeeding sekurangnya 6 bulan pertama, jadi saya tegas menjawab “No, I will breasfeed even when he is NOT demanding it”. (hospital galakkan breastfeeding-on-demand)

Pulang ke kampung untuk berpantang saya mula perasan, anak saya menyusu terlalu kerap dan terlalu lama tempohnya (berbanding pengalaman ibu lain di blog dan forum). Satu sesi penyusuan anak saya memakan masa hampir 1 jam sehingga dia tertidur, tetapi tidak sampai 1 jam lepas itu mesti bangun semula merengek kelaparan. Situasi ini berlaku setiap kali penyusuan, sehingga saya sangat keletihan, kurang tidur dan rehat. Tetapi saya positifkan diri, aku ibu baru, aku masih belum pandai, anak masih belum mahir menyusu.

Genap 1 bulan, pemeriksaan di klinik kesihatan mendapati anak saya hanya naik berat sebanyak 270g daripada berat lahir! Sedangkan bayi baru lahir perlu naik berat dalam +-200g seminggu! Seminggu ye, bukan sebulan! Risaunya hati, macam macam terlintas di fikiran. Susu badan tak cukup?Susu badan kurang zat?

Habis pantang 44 hari, saya pulang ke rumah sendiri untuk membiasakan diri menjaga anak tanpa bantuan, persediaan bekerja nanti. Rutin yang sama berulang, menyusukan anak selang 1 jam, satu sesi memakan masa 40min-1jam. Disamping itu saya juga mula mengepam susu untuk membuat stok EBM, tapi aduhai susahnya nak dapat 1oz pun. Masa mengepam dah kurang sebab anak sering nak menyusu, bila pam pula hasilnya sedikit sangat. Hati mula risau, sudah mula Google susu formula mana yang sesuai untuk bayi bawah 6 bulan. Sedih sangat sangat.

Umur bayi 2 bulan, beratnya hanya naik 1kg dari lahir. Saya hampir putus asa dengan breastfeeding, tambahan pula stok EBM yang berjaya saya buat telah saya gunakan kerana anak lapar sangat, meraung menangis kerana tidak dapat susu walau menghisap. Bukan itu sahaja, bila anak marah tak dapat susu, dia meronta dan mencabut nipple semasa menyusu, sehingga luka dan merekah. Apa boleh saya buat waktu itu?

Hampir buntu, saya Google bantuan untuk ibu menyusu di Malaysia, kerana kebanyakan website yang saya baca untuk memahami masalah breastfeeding menyarankan berjumpa dengan “lactation consultant”, pakar laktasi. Alhamdulillah berjaya jumpa seorang pakar berhampiran rumah saya. Beliau sanggup datang ke rumah pada hari Ahad dengan caj RM60, untuk berikan personalised consultation.

Bermula sesi konsultasi, beliau minta saya susukan anak dihadapannya (perempuan juga, jangan risau). 30 saat menyusu, beliau minta saya berhenti dan minta izin untuk pegang anak saya dan buka mulut anak saya. Beliau berkata “Puan, saya rasa anak puan ada masalah “tongue-tie” selama ini.”

“Tongue-tie” atau orang Melayu panggil “pendek lidah”, keadaan dimana lapisan lutsinar di bawah lidah (frenulum) yang menyambungkan lidah kepada dasar mulut terlalu pendek dan ketat. Ia menyebabkan lidah tidak dapat dijulur melepasi bibir bawah, atau lebih teruk tidak melepasi gusi bawah pun. Untuk pengetahuan semua, penggunaan lidah amat penting dalam breastfeeding. Lidah yang bertanggungjawab memicit salur susu di kawasan aerola supaya susu keluar melalui nipple ibu. Bila adanya “tongue-tie”, lidah hanya dapat memicit nipple itu sendiri, menyebabkan susu tidak keluar dan nipple akan luka.

Selama ini saya pernah baca pasal “tongue-tie”, tapi dek tiada pengalaman, saya gagal mengesan keadaan itu pada anak saya. Antaranya;
1) Sewaktu menyusu kedengaran bunyi berdecit (clicking sound) iaitu bunyi lidah ditarik oleh frenulum yang pendek.
2) Nipple sakit ketika menyusu walaupun setelah seminggu penyusuan bermula.
3) Nipple kerap tercabut dengan sendirinya dari mulut bayi kerana lidah pendek menyebabkan poor latching.
4) Bayi meragam ketika menyusu kerana terlalu lapar dan marah tidak dapat susu walau berusaha menghisap.
5) Bayi gagal menaikkan berat badan seperti panduan +-200g seminggu.

Dan yang paling sedih ketika pakar konsultasi menerangkan keadaan itu pada saya, “Puan, selama ni anak puan cuba minum tapi tak dapat. Sampai sejam, anak puan tertidur kan? Tapi dia tertidur bukan sebab kenyang, tapi kerana keletihan mencuba”. Menangis terus saya masa itu. Anak saya rupanya selama 2 bulan tidak pernah merasa kenyang susu ibu.

Pakar laktasi menyarankan untuk anak saya menjalani “frenectomy”, satu prosedur mudah memotong sedikit frenulum supaya lidah lebih bebas bergerak. Malangnya prosedur tersebut tidak dibuat di hospital kerajaan kerana “tongue-tie” boleh selesai dengan sendirinya bila bayi mula membesar, jadi prosedur itu dianggap tidak perlu. Namun bagi ibu seperti saya yang berkeras mahu breastfeeding kami berjaya, prosedur ini sangat penting! Jadi saya pergi ke klinik pakar kanak-kanak yang disarankan untuk anak saya jalani “frenectomy”.

Di klinik tersebut, doktor pakar itu juga seorang pakar laktasi dengan pengiktirafan antarabangsa. Beliau adalah salah seorang paeditrician yang sedang berusaha kearah kesedaran “tongue-tie” pada bayi dan prosedur “frenectomy” boleh dijalankan di hospital kerajaan. Beliau mengambil masa 10 minit untuk mengenalpasti adakah betul anak saya ada “tongue-tie”. Kaedah pengenalpastian sangat teliti, ada skala dan skor tertentu seperti “sucking strength”, “sucking motion” dan sebagainya.

Setelah dipastikan anak saya mempunyai “tongue-tie”, prosedur “frenectomy” dijalankan. Sangat sekejap, hanya 10 saat menggunakan gunting yang sudah steril. Darah sangat sedikit, dan selepas prosedur anak boleh terus breastfeed (tapi anak saya tidur terus hehe). Bayaran RM100 sahaja.

30 minit selepas pulang dari klinik, anak saya bangun mahu menyusu. Mula sahaja penyusuan, aduhai tak terkata perasaannya. Lain sangat rasanya, tiada sakit tiada pedih, dan anak menghisap tanpa henti tanpa tercabut nipple. 15 minit menyusu, anak mencabut sendiri nipple dan tertidur kekenyangan. Syukur sangat, RM100 yang sangat berbaloi bagi saya!

Selepas itu, perjalanan breastfeeding kami berubah 180 darjah. Saya sangat menantikan waktu anak saya merengek lapar kerana rindukan rasa breastfeeding itu. Betul rupanya kata orang, nikmat breastfeeding itu lain sangat. Indah. Hanya untuk ibu. Anak saya mula menyusu 2-3 jam sekali, dengan satu sesi mengambil masa 15-20 minit sahaja. Ketika anak saya jaga dan tidak menyusu, dia sangat aktif, ceria dan tenang. Tidak lagi menangis seperti dulu. Berat anak saya naik 200g dalam 3 hari pertama selepas prosedur!

3 bulan, berat anak bertambah 2kg dari lahir! Pertambahan mendadak dari bulan ke2 sebanyak 1kg! Syukur tak terkata. Stok EBM pun dapat saya kumpul kerana anak mula tidur nyenyak kekenyangan, sekali pam mula dapat 3-4oz.

Sekarang anak sudah mencecah 4 bulan, berat sudah bertambah 3kg dari lahir, iaitu pertambahan tetap 1kg setiap bulan, melebihi panduan +-200g seminggu. Saya sudah 1 bulan masuk kerja, masih exclusive breastfeeding, tiada masalah untuk dapatkan EBM setiap hari dan masih boleh tambah stok. Syukur!

Bagi ibu ibu di luar sana, saranan saya dapatkan nasihat pakar laktasi berdekatan anda. Google sahaja, pasti ada nama yang keluar. Bukan semua masalah breastfeeding berpunca dari “susu ibu tak cukup”. Kajian mendapati hanya 5% ibu di dunia ini yang benar mengalami masalah susu tidak cukup untuk bayinya. Selebihnya banyak lagi komplikasi lain yang tidak kita ketahui. Pokok pangkalnya, kita cuba sehabis baik usaha untuk menjayakan breastfeeding, demi anak kita tercinta. Bagi saya, kos yang telah saya keluarkan (RM60 konsultasi + RM100 frenectomy) adalah terlalu kecil berbanding khasiat exclusive breastfeeding yang dapat kami lalui sekarang ini. Semoga kisah saya dijadikan ilmu untuk ibu dan bakal ibu semua. Mohon juga doakan breastfeeding kami terus dipermudah sehingga 2 tahun.

Saya tidak mahu letak nama mana-mana website atau klinik di sini, risau dikatakan promosi. Siapa-siapa mahu bantuan mungkin, boleh tulis di komen, jika berkesempatan saya akan PM.‎

– Ibu Baru

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Construction Site Untuk Wanita

PengakuanKu

Salam.

Aku nak bg tips untuk perempuan yang nak kerja site sebab lately ni sister2 yang ambil engineering ni mostly taknak kerja site. Ramai pilih consultant. Maybe tak didedahkan atau taknak panas ke apa aku taktahu.

Kerja site tak lah se-seram yang di bayangkan.

Ada yang taknak kerja site sebab takut kena kacau dengan bangla/indon/general workers. Meh nk bagi tips. Memang kerja site penuh lelaki. Nk jumpa perempuan agak jarang. Tapi pandai2 lah jga diri.

First kau jangan nak hipster sangat pakaian kau ke site. Jangan duk pakai ketat2. Mata lelaki kita taktahu dorg pandang dan bayang apa. Yang mana masih belajar tu kau jangan buang baju2 persatuan, baju masa minggu orentasi, baju kolej kediaman atau apa2 baju free. Baju tu semua berguna masa kau kerja site. Sebab apa? Site bukan lah tempat bersih. Ada habuk, kotor dan nyamuk banyak. So baju2 tu kau boleh pakai sebab tak pernah lagi aku nmpk baju2 kolej kediaman, baju universiti ke baju persatuan ni ketat2. Mostly besar melainkan kau yang gatal pergi alter.

2nd, jaga perangai. Jangan duk bertepuk tampar atau menggedik ngn staff lelaki kau. Ye memang kena friendly tapi limit la. Sebab kalau yang jenis terlebih friendly ni yang selalu kena kacau. Yang pekerja tgk eh budak ni boleh bawak bergurau lalu dikacau nye kau. Seram kan? Jaga perangai.

3rd. Nak pergi mana2 pastikan berteman. Boleh bincang dengan superior masing2 bgtau nak asistant lelaki sorg utk assist kau. Kalau kau engineer, normally bawah kau akan ada sorg supervisor. So mana2 kau pergi pastikan dengan dia atau staff. Kat site akan ada safety supervisor, incase kalau kena kacau ke atau apa2 kau boleh report kat dia.

4th. Kerja site takyah diet2. Kenapa takpayah diet? Sebab kau akan guna sangat banyak tenaga. So klau kau diet tak makan, ada yang senang pengsan. Minum air banyak2. Kalau pengsan kat dlm site cabin/ offce takpa. Kalau pengsan kat dalam site ntah celah mana2 siapa nk cari kau? Ingat sayang diri tu lebih dari sayang badan cantik.

5th. Sadokan hati ye sister sekalian. Kadang bos ni tak fikir kau ni laki ke perempuan, kalau nk maki situ jugak la dia maki. Yang mana hati mudah terusik tu kentalkan mental. Bonus yang mana tahan lasak dan sekali pakej lasak mental. Sebab dekat site macam macam ada. Macam istana takeshi tu. laluan kau dlm site macam2 ada. Kalau kau tak alert memang akan langgar banyak benda.

6th. Jgn senang putus asa. Kadang kadang kita ambil masa nak biasa kan dengan environment baru. Jangan baru kerja sebulan dah nak give up. Rilek dulu sis. Kau bagi masa kat diri kau dlm 3 bulan. Bila kau boleh adapt, kau akan rasa ok dan seronok. Bila nak give up,motivate diri kau. Bgtau diri sendiri pengalaman kat site ni susah nak dapat. Pengalaman ni nnt sangat berharga utk kau.

Ok tu je tips aku. Aku harap lepas ni sister2 sekalian jangan reject kalau ada company construction offer kerja. Kesian kat kami2 wanita yang rakan sekerja semua lelaki. Hehe kudos to all female engineer.

– Cik engineer

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Bila Duit Jadi Kiblat

PengakuanKu

Asalamualaikum, terima kasih admin.

Benda ni sekadar pendapat aku saje. Ikut korang la nk terima ke tidak. Ada pendapat lain komen la ye.

Aku rasa ramai dari kita ni yang letak duit sebagai keutamaan dalam hidup. Bila ada apa-apa hal yang timbul, duit jadi persoalan utama dulu. Dan aku rasa benda ni yang buat kita jadi buta dan alpa dengan tujuan hidup atas dunia ni.

Contoh paling femes sekarang hal hantaran kawin. Banyak laki memang suka yang murah. Sebab fitrah laki tu hidup dia simple. Tapi bagi aku, soal hantaran ni selagi mana mak ayah perempuan tu mintak jumlah yang tak melebih-lebih dan tak ada unsur belagak, kita ikut ajela. Macam aku october haritu bajet hantaran + mas kawin dulu aku ada 6k je. Yang bini aku (dulu awek la) okay je tapi parent dia kata 6k sikit sangat. Diorang nk 10k. Lepastu aku cek dengan awek aku dan katanya jemputan 1k and menu RM 9 utk 1 kepala. Maka lepas congak memang kau boleh terus agak yang 10k tu bkn utk berlagak. Sebab apa? tu belum masuk kemah, n bla2 remeh2 lagi. Makanya aku yang gatal nk kawin ni, cari la duit lebih sikit. Bagi aku itu tanda kita hormat perasaan gementarnya seorang ayah nak lepaskan anak perempuan dia dekat budak kanyaq yang dia tak kenal. Sebab yang penting bukan duit habis bro. Happy-nye mak ayah (selagi bersederhana) ni pun faktor rahmat rumah tangga.

Kemudian bab makan luar. Aku selalu nasihatkan nafsu ni kalau nk beli mkn luar, jangan beli sebab nak mkn sedap. Tapi beli sebab nak tolong orang Islam berniaga. Dan aku sangat bersyukur sebab bini aku boleh terima dan ikut nasihat aku. Sebab bagi aku sebagai laki yang suka hidup simple ni, aku makan utk kenyang, bukan nk sedap tekak. Jadinya selagi boleh telan, aku hadap semacam je. Aku lagi takut kalau beli dari kedai yang ramai orang (sebab orang kata sedap). Sebab aku pernah jumpa frame pendinding/pelaris kt depan kedai2 mcmtu. Kalau kita pegi kedai dan ditakdirkan air dia tawar ke, makanan xcukup garam ke janganla terus kutuk. Biasanya masa nak bayar tu aku cakap je depan2 elok2 apa yang xkena. Kali kedua pergi xubah jugak so kedai tu aku terus xpegi la. Dan sudah tentu bab komen makanan ni bukanlah jadi tabiat aku.

Dan betul2 aku cakap, banyak-banyak lah sedekah bro dan sis sekalian. Allah janji kita xkan miskin.

Doakan aku weh, aku nak final exam dah

– bro ipoh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sakit Daripada Tandas

PengakuanKu

Assalamualaikum admin, terima kasih kalau ruangan ini dipost. Okey semua, saya gelarkan nama saya Mimi. Berusia 20-an. Saya nak cerita Masa saya kecik pd berusia 8tahun saya pernah terjatuh terbaring di tandas, tidak pasti samada lantai licin atau ada makhluk yg menolak sebab pada Masa itu saya terasa seperti ada yang menolak saya. Wallahualam. Kuat dentuman saya terjatuh itu sehinggakn mak sy boleh dgr Dr luar tnds.

Mak saya terus panggil bidan datang urut saya sebab saya berasa sakit sangat. Sesudah urut itu saya berasa lega. Kemudian Masa saya berusia remaja sy aktif sukan bola jaring, memang sy kerap jatuh la sebab lasak sangat lpstu sy main pancaragam jgk. Main bass drum yg berat tu. Memang effect tlg blkg la. Tp sbb minat sgt sy xheran sgt psl sakit tu. Masa Ni sy xtau lg sy ada penyakit tp kerap skit blkg.

Dhlama lpstu, sy kerap pengsan diskla, muntah, rse tidak bermaya Dan Rahim sy kerap jatuh jika sy angkat benda berat. Jenuh pergi mengurut. Pada satu haritu sy ada appointment dgn doc, sy cerita kan masalah sy, doc suruh sy masuk wad utk pemeriksaan lanjut. Setelah berbincg dgn pakar mereka menyuruh sy membuat pemeriksaan scan MRI tlg blkg.

Setelah mendpt keputusan MRI, doc sahkan penyakit sy. Sy mempunyai penyakit saraf Dan di tlg blkg sy terdpt Stu cecair yg disbbkan Luka di tlg blkg sy dlu. Doc cakap penyakit Ni xbole buat Operation kerana tidak jamin sembuh, 50 50 samada mati atau lumpuh kerana ini melibatkn Saraf di tlg blkg. Jika terlalu sakit Baru doc akan operation.

Doc juga mengesahkan bahawa segala otot badan saya lemah, terutama otot pada Rahim. Jika saya ada mengangkat berat atau terhentak Rahim sy akan mudah jatuh. Doc ada ajar sy buat senaman kagel tp otot sy xkuat utk membuatnya. Jenuh la setiap kali jatuh Rahim tu kena urut. Sy ada bertnya pada bidan ada tk ubat atau herba yg bole dimakan, tetapi bidan kata Masih anak Dara jd tdk sesuai Utk mengambilnya.

Sy buntu xtau nk buat mcm mana. Ada sesiapa boleh Bantu suggest kan pada sy ubat traditional atau apa saja Cara yg ada utk Bantu sy kuatkan Rahim ini ? Sgt memerlukan Bantuan Dan pandangan Dr anda semua.

-mimi

– Mimi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tabah Seorang Isteri

PengakuanKu

Assalamualaikum rakyat marhain sekalian. Terima kasih buat admin kalau sudi postkan tulisan aku ni. Aku doakan admin iium confessions dengan semua yang masih hidup semoga kome tabah menjalani tahun 2017. Aku ni 20an dan bekerja di sebuah sekolah sampai pukul 5 petang. Aku nak cerita pasai kakak sulung aku. Aku namakan dia kaklong jelah. Kak aku ni kahwin dah 9 tahun. Laki kak aku ni army dan orang berpangkat lah jugak. Kak aku ni housewife. Depa ada 3 orang anak semua hero belaka. Anak first kak aku autism yang hyper punya tu. Aku banyak geram dekat anak anak kak aku terutama yang autism tulah. Barang-barang aku banyak rosak sebab anak² kak aku ni. Oh btw aku duduk dengan mak aku. Kak aku ni duduk dengan kami sejak bulan 4 lagi. Sebab laki dia kena kursus dekat kl. Sebelum ni depa duduk rumah sendiri dekat pulau. Jadinya dia nak hadap anak dia 3 orang tu masalah sikit. So dia baliklah duduk dengan mak aku.

Jujur cakap, bila dia dan anak² dia stay sini aku macam geram kekadang. Yalah pi hantar anak dia sekolah pepagi, ambik anak dia pepetang semua mak aku kena teman. Fyi kakak aku ni sejak kahwin tak pernah drive. Lesen ada tapi yalah nak pi mana semua dengan laki dia kan. So sepanjang 7 tahun lah tak drive. Tetiba bila laki dia kursus lama gitu, nak taknak dia kenalah drive. Kalau dak sapa nak hantar. Aku? Memang taklah. Bila depa duduk sini aku rasa tak aman. Aku geram, menyampah sebab aku rasa keamanan aku kat rumah ni dah hilang. Anak² dia asyik bising,mengamuk,cry sokmo. Rumah aku 2 tingkat so atas papan. Depa selalu lompat kat atas tu pungpang pungpang. Aku tak boleh nak sabar kekadang. Oh aku juga seorang makcik yang garang and I dont like children. Bila anak² dia buat hal or menggeramkan aku, aku akan marah, cubit, rotan tapak kaki takpun gigit tangan budak bertiga tu. Cumanya taklah kekuat sampai berbekas lebam bagai. Bila dah kak aku kena drive hantar anak² dia sekolah, taska bagai. Kena ada orang teman. Dia tak boleh handle sensorang takut anak dia mengamuk tetiba. Jadinya mak aku lah kena teman. Serius aku kesian dekat mak aku. Dengan kerja, layan cucu yang hingaq bagai semua. Sekolah si abang tu 30 minit dari rumah kami. Yang lagi 2 beradik tu hantar taska ja dekat area sini.

Dan dalam lepas raya ritu katanya tahun 2017 depa akan pindah duduk kl. Time tu aku rasa macam lega gila. Aku selalu kata dekat diri takpa sabar sikit lagi ja depa dah nak keluar. Dan tuptup laki dia apply pi oversea. Nak kerja dengan pertahanan sanalah. Selama 3 bulan. Aku time tu adoii stress. Baru ingat nak lega tapi lain pulak jadi. Aku ada tanya kak aku dia tak halang or cakap ka dekat laki dia tak payah lah pi. Pasai anak dia tu autism. Perlu perhatian bapak dia kot haaa. Lagi 2 orang tu pun sama. Aku faham tugas suami, ayah ni cari nafkah. Tapi tak fikir ka aku biar anak bini aku duduk dengan inlaw aku family depa okay ka? Selesa ka? Ipar aku, mak mentua aku larat ka nak hadap semua tu? Kak aku kata dia dah bagitau laki dia. Tapi laki dia still nak pi jugak. Laki dia apply ya dan dapat. Bukan laki dia terima offer ke oversea. Dan kak aku kedua bersalin awal disember ritu. Kiranya dia pun balik mai berpantang dekat rumah mak aku ni selama 100 hari. Dan bertambahlah bebudak dalam rumah ni jadinya dan bertambahlah sakit kepala aku haha. Kak kedua aku anak dah 3 orang termasuk yang baru lahir. bermulalah episod abg yang autism ni akan masuk sekolah khas. Dan mak aku pun suruhlah aku teman kakak aku pepagi buta tu hantar anak dia sekolah. Aku terus cakap kat mak aku kenapa pulak aku? Dekat ja pun. Pi lah sendiri blablabla. Bukan payah pun. Dan mak aku cakap tak larat nak teman. Terus aku diam dan kata yalah. Takkan mak aku nak teman dah tak larat. Jaga kakngah pantang lagi bagai. Layan cucu yang memacam hal lagi.

Hang bayangkan anak dia dok bising, lompat,jerit bagai dia tak marah weyhhh. Tu antara sebab kenapa aku yang dok marah. Aku rasa nak lempang ja bebudak ni kekadang. Si abg yang autism tu 7 tahun. Abg kedua 5 tahun. Last sekali 4 tahun. So kome boleh bayangkan kak aku nak jaga anak² dia yang semua lelaki, jarak umur dekat dan suka mengamuk, hyper, tantrum bagai. Laki dia mestilah kursus dan lani selamat kat oversea dah. Dan keluarlah cerita yang kaklong aku ni lama dah pendam rasa dengan laki dia dan mentua dia. Tapi dia diam ja. Kakngah aku ja yang tau. Cumanya tak semua dia cerita. Kakngah aku bagitau time kak aku pantang anak kedua, kak aku stay rumah sendiri. Mentua dia mailah melawat semua. Dan time dia dalam keadaan tak larat lepas bersalin mak mentua dia suruh dia buat semua kerja rumah bagai haaa. Kesian kak aku weyhh. Dengan si abg lagutu. Anak kedua baru lahir. Syukur kak aku tak stress sampai meroyan ka apa. Dia ada mengadu kat laki dia dan laki dia suruh kaklong aku dengar cakap mak dia. Buat ja semua kerja yang disuruh perghhh. Dan mak mentua kak aku ni selalu suruh kak aku kerja bagai. Bila dah jadi housewife dia pertikai awat kak aku hantar anak² dia pi taska, hantar si abg pi terapi, sekolah khas bagai. Katanya kak aku jagalah dah housewife. Dulu zaman dia boleh ja jaga anak 7 orang sendiri blablabla. Kak aku diam ja. Kalau aku mampuih aku menjawab. Yang si abg walaupun autism tapi dia pandai haaa. Cumanya hantar depa pi taska sebab nak bagi depa pandai berkawan, belajar urus diri semua haaa. Kalau kat rumah memang kak aku tak boleh buat satu kerjapun. Sat anak mengamuk, sat yang ni cry, sat yang tu benjol haaa. Dah namapun duduk dengan mak aku, takkan nak bagi mak aku yang buat kerja rumah semua. Mak aku pun tak berapa sihat.

Kak aku ni nafkah setiap bulan dari potongan gaji laki dia. Tetapi kad bank dia laki dia pegang haaaa. Dan kalau dia perlu barang apa² or duit kena mintak laki dia. Tu pun keperluan sahaja. Kalau dia teringin apa² susah sikit nak dapat ler. Sejak kak aku balik duduk sini baru laki dia bagi kad bank tu. Tu pun sebab yalah kak aku nak guna duit untuk anak semua bagai haaaa. Dan laki dia bagi duit untuk yuran taska, dan beli keperluan makanan untuk anak macam jajan, biskut haaa. Untuk minyak dan tol dekat kak aku. Kekadang tak cukup pun semua tu. sesikit haaa. Aku baru tau kak aku duduk sini tak bagi duit dekat mak aku or bayar duit air/api bagai. Aku ada tanya laki dia tak bagi duit untuk rumah ka? Dia kata dak. Bila abg aku mintak, kak aku bagilah dalam rm50 gitu. Weyhh bayangkan anak dia tengok tv tengok komputer bagai semua. Laki dia tak fikir ka nak kena hulur duit untuk kelengkapan rumah? Makanan basah, kering semua. Abg dengan mak aku yang keluarkan duit untuk tanggung makanan seharian anak bini dia kat rumah ni. Bukan nak berkira sangat tapi ada batas jugaklah sesuatu hal tu.

Dan serius laki dia memang tak tolong sangat bab anak. Bab hal rumah lagilah. Setakat apa rosak dia repair adalah. Cumanya membasuh, cuci, jaga anak semua krik krik krik. Dan laki dia seorang yang tak percaya bila kak aku kata dia lenguh badan, sakit kaki bagai semua. Mintak tolong urut pun laki dia tak buat. Bagi laki dia semua tu benda kecik. Jangan mengadalah nak sakit sangat bagai haaa. Depa laki bini kurang komunikasi sangat. Laki dia balik kerja tengok fon semua. Kaklong aku buat kerja kat dapur, laki dengan anak² dia kat depan. Tau² anak nangis sebab gaduh dan laki dia dok belek fon, bagusnya perangai. Tu pun anak hang jugak woi. Mak laki kak aku ni kiranya macam kuat boleh buat semua. Jadi laki kak aku ni mengharapkan kaklong aku kenalah jadi macam mak dia yang tak mengeluh dan boleh jaga 7 anak sampai semua besar berjaya haa gitu. Tapi dia silap. Sebab mak dia besarkan depa adik beradik normal. Kak aku nak jaga anak depa yang special. Mana nak sama cara didikan bagai. Pernah aku dok drive tetiba si abg tu mai depan dan baring dekat atas stereng dan dashboard tu weyhhh. Time tu aku terkejut terus aku jerkah. Dah lah aku time tu dekat trafic light. Bayangkan tu dahlah. Dengan aku makcik dia yang garang pun dia buat perangai. Apatah lagi dengan mak dia yang tak marah anak² dia tu.

Dan lepas kakngah aku cerita aku diam dan muhasabah diri sikit. Aku terfikir acano oneday kalau aku pulak lalui semua tu? Aku suami isteri dan anak² kat tempat kak aku. Ada tak orang nak tolong? Jadi Aku akan cubalah ikhlaskan hati untuk tolong kaklong aku lepasni walaupun aku tak puas hati dekat anak dengan laki dia kekadang haaa. Sebab dia dah basuhkan baju aku, masak kat rumah ni, setel semua kerja rumah. Jadi maybe ni cara untuk aku balas jasa kaklong aku sementara dia duduk dekat rumah ni. Tambah pulak kawanbaik aku Hani ada cakap si abg tu special. Anak syurga. Aku kenalah sabar dan cuba bertolak ansur dengan depa. Bebudak lagi tak reti apa sangat. Aku cubalah hadam nasihat tu insyaAllah. Dan aku tabik kak aku sebab mampu bertahan. Kalau aku jenuh mengamuk silap haribulan jodoh tak berpanjangan.. Huishhh jangan buat main. Aku doakan kaklong dan kakngah aku mampu lalui segala asam garam dalam rumah tangga. Terutamanya kaklong akulah. Aku hope dia kuat untuk terus jadi isteri yang tabah disamping jadi mak dan ayah untuk anak² dia buat masa lani sebab laki dia kat luar kawasan kan.

Aku share ni sebab aku nak pembaca dan kaum adam akan tanggungjawab sebagai suami dan ayah haaaa. Rajinkanlah tolong isteri kalau takmau buat kerja rumah pun. Tolong tengokkan anak² pun jadilah sementara wife kome sibuk buat kerja rumah, masak bagai. Jugak buat kaum hawa supaya kuatlah demi rumahtangga, suami dan anak anak. Aku respect semua suami dan isteri yang mampu bertolak ansur dan menjaga kepentingan,kebajikan dan tanggungjawab memasing. Hope nanti kalau aku dah kahwin aku jugak akan boleh melalui alam perkahwinan dengan baik. Aku tau ada orang lain lagi memacam ujian rumah tangga. Kena maki sepak terajang, kena curang semua bagai. Aku doakan semua suami isteri kuat melalui ujian yang Allah kirimkan. Salam satu Malaysia, salam Perak Amanjaya.

-Bell

– Bell

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kekejaman Sihir

PengakuanKu

Sebelum tu, sis nak share sikit mengenai family background side ayah. Parents ayah dah lama meninggal dunia dan 2 orang kakak ayah juga dah meninggal. Now tinggal lah mereka 4 beradik. Pembahagian harta-harta nenek mula dibahagikan kepada 4 orang. Jadi dapat mereka harta sorang sikit. Okay yang pasal part harta dah habis. Sambung balik, nak dijadikan cerita ada sorang pakcik A ni datang ke rumah, then ayah mula lah cerita dekat dia yang kakinya bengkak dan sakit-sakit. Pakcik A bagitahu yang ayah pergilah berubat tradisional, ni bukan sakit yang biasa-biasa and dia ada suggest suruh pergi berubat dekat satu tempat ni.

Terdetik lah dekat hati ayah untuk pergi berubat dekat tempat tu. Kali pertama ayah berubat, pakcik M kata ayah yang sudah terkena sihir oleh manusia yang tak berhati perut yang dikalangan ahli keluarga ayah sendiri. Bermula lah sesi berubat, ayah berulang-alik ke rumah nya untuk berubat. Bermacam-macam si tukang sihir tu hantar ‘barang-barang’ dekat ayah termasuk juga dekat dalam rumah. Tukang sihir hantar pocong dekat dalam rumah, dalam bilik ayah, dan semua bilik. Tak cukup dengan itu, dia hantar spider yang dilekapkan dekat aircond, untuk bagi ayah tidur dalam kepanasan. Tak cukup dengan tu lagi, dia sejukkan batang lidi satay dan cucukkan ke sendi-sendi tulang ayah dan kesannya hampir sebulan ayah kesejukan , berselimut setiap malam. Kadangkala, ayah sampaikan tak boleh tidur menahan sakit dan ibu lah yang berjaga tiap malam dan ibu lah tempat mengadu untuk ayah. Hampir tubuh badan ayah sakit sakit disebabkan oleh perbuatan sihir ni. Selepas ayah berubat, ayah mula sembuh dan selang beberapa hari ayah mula sakit lagi. Beberapa kali ayah dituju dengan sebesar penumbuk di belakang ayah dan kesanya ayah tak boleh tidur tahan sakit. Dalam tempoh beberapa bulan ni, bermacam macam cara si tukang sihir ‘menghantar’ ilmu-ilmu ke ayah.

Ayah sudah dapat mengagak siapa yang punya angkara semua ini. Ini semua berpunca daripada si dia yang tidak puas hati dengan ayah pasal kekayaan ayah. Si dia anggap ayah dapat lebih harta nenek. Jadi, sebabtu ayah mampu nak nak beli apa apa. Sis nak nyatakan di sini, pembahgian harta sama banyak. Sis tak faham kenapalah wujudnya manusia seperti dia di muka bumi ini. Kenapa nak cemburu dengan rezeki orang. Masing-masing Allah dan tetapkan rezeki masing-masing. Betul lah kata orang, pasal harta sanggup berbunuh sama sendiri. Ayah telah menghantar gambar selfienya pergi ke open house anak buahnya dekat whatsapp group family, dan petang tu juga ayah sakit. Si dia tak pernah berhenti malah terus terus ‘menghantar’ kepada ayah. Perkataan yang paling sesuai buat ayah adalah ‘hari ni berubat, esok sakit balik’ dan berpanjangan sampai ayah telah dimasukkan ke hospital. Ayah warded dkt hospital disebabkan oleh bisul di punggungnya. Sis menghadap saat saat getir ini ya allah sangat pahit. Tak cukup dengan sakit berpunca sihir ayah diuji dengan sakit sebegini. Menurut doctor, pembedahan perlu dijalankan dan result pembedahan kemungkinan 50/50.

Pada ketika itu, ibu dan kami adik beradik tak putus putus doa agar pembedahan lancar dan alhamdulillah urusan ayah dipermudahkan. Pembedahan ayah berjaya. Sepanjang ayah berada di hospital, ayah telah dikunjungi oleh si dia yang tidak berhati perut. Ayah dan ibu terkejut. Yes, sangat terkejut. Kenapa lah manusia yang buat jahat dengan ayah dengan tak tahu malunya tunjukkan muka di hadapan ayah. Kami adik beradik beranggapan yang si dia mahu siasat sama ada ayah sihat lagi ke tak bertujuan memudahkan urusan si dia untuk ‘menghantar’ lagi dekat ayah. Alhamdulillah, sepanjang ayah berada di hospital tiada lagi sakit-sakit sihir yang mengganggu ayah. Si dia berulang alik menziarah ayah hampir 4 kali. Pada ketika itu, ibu dan kami adik beradik beranggapan mungkin si dia sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Kalau begitu, alhamdulillah.

Ayah akhirnya pulang ke rumah, alhamdulillah. Selera makan ayah berkurangan, badannya mula susut, mukanya pucat, jalan tak bermaya dan pada suatu hari Allah sekali lagi telah menghantar hamba-hamba yang berhati mulia ke rumah. Makcik S menasihati ayah supaya ayah berubat lagi kerana ada sesuatu dalam badan ayah. Ayah mula berubat di tempat lain, dan alhamdulillah ‘benda’ itu berjaya di buang dan ayah perlu meneruskan membuat pendinding diri pada hari yang lain. Sejak itu, selera ayah meningkat dan beratnya mula bertambah. Ku sangkakan panas berpanjangan rupanya gerimis mengundang. Pada sabtu 8/10/2016, ayah telah ditakdirkan meninggal dunia semasa mengelap kereta. Pada ketika itu, hanya nenek (belah ibu) dan adik lelaki yang berada di rumah. Nenek yang melihat bagaimana ayah pada saat itu sedang mengelap kereta, tercampak ke belakang dan rebah di atas tanah. Adik lelaki yang memangku ayah dan pada saat itu, nafas ayah berhenti. Innalillah, ayah kembali ke Maha Pencipta. Dunia sis gelap seketika mendapat perkhabaran dari kampung yang ayah sudah tiada. Sis seakan tak percaya sebabnya ayah baru sahaja berwhatsapp, baru sahaja berjalan jalan di kawasan rumah dan pengakhirannya sebegitu.

Ayah baru sahaja duduk di rumah hampir 2 minggu sejak balik dari hospital. Tidak ku sangka pengakhirannya sebegitu di tangan manusia yang kejam sekejamnya. Allah sebaik-baik perancangan. Si dia yang telah ‘menghantar’ tepat ke jantung ayah dan perkara itu diizikan oleh Allah S.W.T. Maka, kun fayakun. Sis sangat ralat tidak peluang berjumpa dengan nya sejak dia balik dari hospital. Sis tak call bertanya khabar, sis tak sempat nak buat apa apa sepanjang 2 minggu itu. Kesedihan itu sampai ke hari ini. Sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa, hargailah mereka, peluklah mereka selalu, berilah kebahagiaan kepada mereka. Di hari-hari tua mereka, mereka tidak menginginkan harta, mereka cuma mahu kasih sayang dari anak-anak. Sis doakan si dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan serta mendapat hidayah dari Allah. Semoga ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman beramal soleh dan di permudahkan urusan di sana. Al fatihah ayah :(

p/s; sis mengharapkan doa doa kalian supaya kami sekeluarga dilindungi dari kekejaman sihir dan doakan kesihatan buat pakcik sis yang sedang menanggung sakit yang sama. amin. mudah mudahan.

– sis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Oh Pencuri!

PengakuanKu

Oh Pencuri !

Hai semua. Thankd admin kalau cerita nie diapprove.
Ok start dari sini aku intro dulu bagi korang semu senang faham. First aku pratikal di hotel dekat PD then disediakan hostel. Hostel die macam asrama satu bilik 8 org. Bilik aku ade tingkap dan ade jalan belakang tingkap tu (korang kena faham benda nie sbb die ade kaitan dgn cerita aku dkt bawah nanti) Bilik aku semua budak pratikal. 7 org tu semua dr geng yg sama then aku sorg je org luar dlm tu.

Cerita die bermula, baru 3 hari duduk sini dah ade kes kecurian. Ye ye tahu mmg normal la duduk hostel ade kecurian tapi kes nie macam misteri sikit. First bilik yg kena bilik aku. Time tido tgh malam si fatin ( bukan nama sebenar) cas hp die dekat tepi katil then bila bangun subuh tengok dah hilang. Time tu satu bilik tuduh aku curi sebab aku org luar. Kesian kan. Tapi aku biar berlalu pergi sebab aku tak buat. Then kehilangan hp tu senyap macam tu tanpa ade ape2 tindakan ( guard dtg buat spotcheck tapi tak jumpa) .

Senyap beberapa minggu muncul cerita baru bilik sebelah aku pulak kena curi. Kali nie kena curi duit. Banyak jugak la dlm rm200. Time nie masing2 dah ketakutan sebab kes berlarutan kan. Sma jugak spotcheck dibuat tapi tak jumpa jugak. Kes nie berlarutan setiap minggu and care die curi sama je. Utk hp time charge hp bangun pagi dah tak ade. Sepanjang kes nie berlaku tak pernah jumpa pon brg yang hilang and benda tu senyap je

Klimaks nya, satu hari tu aku kerja pagi balik dlm pukul 3ptg then terus tido. Time tgh tido tu tetiba pintu bilik aku diketuk dgn kuat. Jeng jeng.. Aku pon dlm sedar tak sedar buka la pintu. Korang tahu spe yg dtg? Guard dtg bgtau bilik sebelah ade kes curi duit rm250 dan semua locker dikopak dan brg2 semua selerak. Oh lupa jugak tilam dorg disimbah air ( tak sure air ape la ) Nie kira kes paling gempak la. Then guard masuk dlm bilik aku utk buat bual bicara dgn aku yg sedar tak sedar nie. Then guard pergi ke tingkap bilik aku utk tgk keadaan. Tetiba nampak kesan tampak kasut dan pisau dekat tepi tingkap. Lepas ambik gambar semua guard pon bla. Malam tu guard dtg bgtau pencuri tu masuk ikut bilik aku (pintu bilik aku berkunci) then panjat keluar ikut tingkap bilik aku lepastu panjat tingkap bilik sebelah ( korang faham tak nie). Dah malam sikit polis dtg semua and semua org atasan turun buat siasatan. Cap jari dgn bahan bukti semua kena ambik.

Oh ye sebelum tu jugak, barang aku jugak ade hilang macam duit dgn kad bank. Yg pelik lepas kes curi duit tu, esoknya budak bilik sebelah jumpa barang aku dlm bakul barang die. Then budak bilik aku jugak ade hilang hp sekali lagi. Time tu hp die charge tepi katil aku je dan malam tu aku tido lambat pukul 3am mcm tu tapi tak ade ape2 pon.

Kes nie sangat misteri sebab die curi tanpa kteorang sedar bila die mencuri. Waktu die mencuri pon tak dpt nak agak sebab siang atau malam pon boleh hilang tanpa sedar. Sampai ke hari nie kes nie jadi tanda tanya kteorang semua siape yg mencuri. Dan kes curi nie jadi bilik aku dgn bilik sebelah aku je. Setakat nie brg yg hilang handphone (6 biji) dan duit (rm800) dlm masa sebulan. Aku syak org yg curi nie dah kaya kot.

Terima kasih youalls sebab sudi baca cerita nie. Sorry kalau panjang dan tak menarik.

si muk

– si muk

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sedih Tengok Nenek

PengakuanKu

Assalamualaikum w.b.t,

Aku nak berkongsi pengalaman hidup nenek aku yang menyedihkan. Nenek aku ni ada ramai anak, ada anak lelaki dan perempuan. Masing-masing dah mendirikan rumahtangga, dan ada yang dah ada cucu pun. Apa yang aku nak kaitakan tentang nenek aku ni adalah mengenai anak-anaknya yang tak ambil peduli pada nenek aku. Bukan takde, ada.. tapi lebih kepada ramai yang tak ambil berat. Nenek aku ni hidup sebatang kara , dah lama kematian suami. Tempat tinggal tetap pun takde, just harapkan anak-anak dia untuk ambil secara bergilir-gilir.

Pada mulanya, semuanya okay. Tapi, aku tak pasti bila start anak-anak dieorang tak ambil berat. Dan, yang aku pasti. Anak-anak dieorang tak ambil berat ni dipengaruhi oleh keputusan menantu-menantu. Faham-faham je la, bila semua dah berumahtangga, masing-masing sibuk nak jaga hati isteri dan suami beserta dengan anak-anak. Tapi, langsung tak kisah tentang perasaan nenek aku. Tanggungjawab sebagai suami dan isteri tu memang aku tak nafikan la. Memang wajib, tapi sanggup ke kau biarkan mak kau terkontang-kanting macam tu.

Nenek aku ni sebenarnya teringin nak ada rumah sendiri, jadi dia tak menyusahkan anak -anak dia. Tapi , masing-masing kata tak mampu bayar sepenuhnya disebabkan nak menanggung anak yang masih belajar. Jadi, nenek aku mengalah.. takpe la, biar anak -anak ambil . Apa yang menjadi masalahnya, bila sampai giliran untuk ambil nenek aku. Anak-anak dieorang ni tak muncul, ada yang terus hilang tanpa pesanan. Telefon pun tidak, kiriman duit pun tidak, apatah lagi nak ambil nenek aku. Bila sampai giliran, masing-masing tolak sana, tolak sini. Cakap tak boleh, nanti isteri @ suami tak selesa. Nak pergi bercuti pun tak senang. Entahlah. Pendek kata, macam-macam alasan yang dieorang bagi. Actually, anak-anak nenek aku dah bincang pasal nenek aku. Akhirnya, semua tak menjadi. Cakap mulut je , tapi buatnya tidak.

Ada sekali tu, nenek aku bagitahu aku yang menantu dia siap tanya nenek aku. ” Mak, bila nak ke rumah anak-anak yang lain? Mak kan rapat dengan anak perempuan mak, patutnya dieorang tau jaga mak”, kata menantu pada nenek aku. Padahal nenek aku baru je beberapa hari kat rumah anak dia, tak sampai seminggu pun. Apa perasaan kau kalau orang dah cakap macam tu pada kau? Ya, nenek aku memang tak senang hati. Nenek aku cakap pada aku, ” Nenek ni orang tua, bila orang cakap macam tu takkanlah nenek tak faham yang menantu dia tak bagi nenek aku duduk situ lama-lama. Mana ada orang sayang nenek yang dah tua, miskin, dan takde tempat tinggal”. Aku dengar nenek cakap macam tu hati aku jadi sedih.

Aku rasa cukuplah setakat ni dahulu. Sebenarnya, banyak benda nenek aku luahkan mengenai anak dan menantu nenek. Tapi, biarlah selebihnya aku simpan. Aku berharaplah, tak kira anak perempuan atau lelaki sekali pun. Jaga la mak korang, ambil berat pasal dieorang. Jangan bila dah takde, baru nak menyesal. Mak mampu jaga anak yang ramai, tapi anak yang ramai belum mampu nak jaga mak.

Semoga penulisan aku yang tak seberapa ini dapat menjadi iktibar buat kita semua. Akhir kata, mohon maaf sekiranya luahan ini akan membuatkan sesetengah pihak terasa. Apapun, sama-samalah kita perbaiki diri kita dari semasa ke semasa. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua.

– Iffah ( bukan nama sebenar )

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Friday, 30 December 2016

Ciri-ciri Penulis Facebook

PengakuanKu

sekarang aku nampak ramai yang menggunakan facebook sbg medium utk meraih popularity, likes dan followers. ni nk describe ciri2 penulis facebook yang aku nampak. ciri positif byk.. tp yg ni aku nk highlight yg negatif sahaja..

1) kemaruk likes dan followers
yang ni senang je nak detect. semua benda dia nak update. kadang2 information org lain pun dia akan copy&paste. memanglah dia akan letak #copypaste kat hujung article/penulisan. tp kalau ramai org share keluarlah share tersebut dari facebook dia. maka akan ramai lah yang follow dia. itulah yg dia mahukan.

2) humble-brag
ni kdg2 aku baca nk gelak ada.. kesian pun ada. contohnya dia tulis dia ni memang dari keturunan suka bersedekah. dari bapak, mak dan membawa ke anak. semua suka bersedekah. kdg2 dia share percutian mewah ke.. tapi dia akan tulis dia seorang yg humble sebenarnya.. yg tak suka nak menunjuk tp perkongsian ini sbg pedoman atau supaya menjadi contoh yang baik kpd org lain. semua sikap yang baik atau perkara yang baik akan menggunakan diri sendiri atau keluarga sendiri sbg contoh tauladan. kemudian kata.. aku menulis bukan kerana nama…tapi sbg medium menyampaikan kebaikan kpd org lain..

3) tak boleh tgok penulisan org lain lebih baik.
yang ni contohnya dia kebetulan menulis topic yang sama dgn org tersebut. dia tak puas hati tgok penulisan org tu lg baik dan lengkap. makanya, dia pun tulis lg dgn tujuan utk counter back apa yg org tu tulis. tp dgn ayat yg berbunga2 lah. tak nak tunjuk yang dia dengki sebenarnya. tapi dia lupa pembaca biasanya bijak menilai.

4) menulis fakta yang di auta
mcm aku ckp td sbb dia terlampau taksub dengan penulisan sendiri. sebarang maklumat dia syok sendiri yang dia sorang je tulis yang betul. kalau org lain tulis topik yg sama dia akan kata org tu tak bg fakta yang betul.. maklumat yg kurang tepat… jgn percaya.. tp guna ayat yg canggih lah. tak nak menunjukkan yg dia sebenarnya iri hati dgn org lain.

5) menulis utk menjatuhkn org lain.
kesian dgn org mcm ni. niat menulis untuk menyindir org lain. dia terlupa walaupun dia guna perkataan yang bombastik, tapi kalau tujuan menulis sudah berniat tak baik, penulisan tersebut tetap akan bebaur negatif. paling aku tak boleh nak terima sehingga menggunakan ayat2 quran dan tafsir biasanya di ambil dari google lah supaya sindiran itu nampk baik dan lebih islamic padahal niatnya nak menyindir org!

6) gigih.
yg ni bagus sebenarnya. tapi kalau terlalu obses utk mengejar likes makanya dia akan sebok mencari maklumat sehingga memudaratkan diri sendiri. contohnya sbb nak jadi org terunggul share sesuatu info macm pandu arah ke.. dia sanggup susah payah sehingga menyusahkan dan memudaratkan diri sendiri.

setakat ini lah dulu.. aku pun kesian kalau jumpa org2 berciri kat atas ni. jgn terlalu obses dgn likes dan followers smpai lupa pd sikap ihsan, hormat menghormati sesama kita.. jgn suka mengata dan menjatuhkan org lain.. berlapang dada lah dgn kelebihan org lain dan saling menyokong bukannya menjatuhkan! bukan dpt apa.. dpt dosa lg ada.. gunakanlah ke jln yg baik utk menyebarkan dakwah dan kebaikan dgn ikhlas.. Edit

– lala

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kenali Bangsa Lain

PengakuanKu

Assalamualaikum,

Kalau baca berdasarkan tajuk, korang akan faham saya akan story pasal bangsa. Setiap bangsa mempunyai keunikan tersendiri. Di Malaysia yang kita tahu, Melayu, Cina dan India.3 yang ini yang selalu disebut dan diketahui ramai… Di Sabah dan Sarawak pun ada pelbagai etnik. Tetapi malangnya, di Malaysia ini rata-ratanya kalau sebut Islam, ialah Melayu. Kemudian kita sibuk laungkan 1 Malaysia.Walhal kita faham 1 Malaysia tu yang itu je 3 yang utama tadi.

Kadang2 bila saya mengomen sesuatu perkara, berdasarkan nama sebenar saya, kebanyakkan orang melayu ini suka mengutuk. Mereka berbicara tiada ilmu. Orang sebut 1 Malaysia,dia sebut 1 Malaysia. Jadi selalu komen yang kita orang ini,kalau tengok nama, diaorang cakap,keling dan mamak. Korang tau tak apa itu keling? Apa itu mamak? Apa itu sikh? Kadang2 saya reply sebegini rupa kepada mereka, “Minta maaf fulan bin si fulan (berdasarkan nama fb dia), kalau tiada ilmu jangan berbicara.. Ketahui dulu apa itu mamak, apa itu hindustani, apa itu pakistani. Kalau dah tahu baru mulakan bicara. Jangan tunjuk kebodohan diri dengan komen anda dengan mengketawakan orang atau memerli orang”.

First,saya terangkan saya ini hindustani. Hindustani ni boleh cakap bahasa hindustan / urdu.. Di malaysia ramai sangat orang hindustani ni..dari utara ke selatan memang ada.. Kami bukan pendatang.. Memang kami lahir di sini dan mempunyai IC serta warganegara Malaysia. Nenek moyang kami memang dari India…itu tidak saya nafikan. Kebanyakkan orang hindustani ni atau pakistani ada nama KHAN, dan ada yang tiada nama khan. Itu berdasarkan keturunan mereka sendiri. Kalau di Malaysia sendiri ada Sharifah dan Syed, kami pun ada. KHAN dan KHANAM. Bermakna tak boleh suka-suka hati letak la. Contohnya, seorang perempuan hindustani berkahwin dengan lelaki melayu, tidak boleh letakkan nama KHAN pada nama anaknya. Tetapi kalau lelaki hindustani berkahwin dengan perempuan melayu, boleh letak nama KHAN pada nama anaknya. Ya,saya tidak nafikan manusia pada mata Allah semuanya sama sahaja..tiada beza. Cuma saya ceritakan ini supaya kita tahu sedikit sebanyak tentang bangsa lain yang ada di Malaysia.

Mamak pula, diaorang pun lebih kurang hindustani juga..nenek moyang kebanyakkan dari India..Yang hindustani ini banyak dari India Utara.. Yang Mamak ni banyak belah selatan India, contoh Tamil Nadu. Bahasa mereka ialah tamil… So bila dengar diaorang cakap tamil,jangan la terus cop ini India atau hindu… Mulut kita kadang tak tau jaga. Sebut ikut suka hati. Senang cerita, kalau di kedai mamak la, pekerja dia cakap tamil, tak tahu cakap melayu. tak semestianya dia India.. Cuba tanya dulu nama dia, Mungkin dia baru datang dari negara dia dan bekerja di sini… Jangan kerana warna kulit mereka agak gelap dari kita, kita cop yang bukan-bukan.

Pakistani pula, kebanyakkan dari Pakistan. Bahasa diaorang ialah Pashto.. Tetapi mereka ini ada yang boleh cakap urdu.. Pashto dan bahasa urdu ni berbeza. Macam saya sendiri tak faham bahasa Pashto ini. Cakap mereka sangat laju. Kebanyakkan mereka ini datang sini dari pakistan. Kahwin di sesama bangsa diaorang.. Sanggup terbang ke pakistan untuk berkahwin di negara diaorang terutama family yang masih ada di sana lagi.. Macam kawan saya sendiri, ibu dan bapanya orang pakistan, dia pun orang sana, tapi tinggal di malaysia sudah lama.. Belajar sekolah sini,tetapi balik pakistan berkahwin di sana. Ibunya meninggal di Malaysia, di bawa balik jenazah ibunya ke tanah airnya, Pakistan.Dikebumikan di sana. Ada juga yang tidak kisah berkahwin sesama pakistan di Malaysia dan dikebumikan di sini.

Ketiga-tiga yang sebutkan tadi, semuanya adalah Islam. Bukan hanya orang melayu sahaja Islam di Malaysia. Jangan kita berbangga kita di malaysia ni kita Islam, walhal Islam kita hanya pada IC sahaja. Banyak kawan-kawan saya sering buat status, tak kira la mamak ke hindustani ke pakistani ke…selalu status mereka status marah dek kerana orang malaysia ini suka cakap menyakitkan hati. Contoh, kawan saya pakai tudung,ditanya awak tidak sambut deepavali? Lain, kalau ada yang komen,awak ni keling eh? Awak anak mami? Awak tak pakai sari? bab sari dengan punjabi suit pun diaorang tak tau beza. Orang Mamak,kebanyakkan suka pakai sari. cuba pergi wedding diaorang..diaorang 80% pakai sari.sari tu tak nampak perut..ada yang pakai sari siap bertudung. Yang hindustani dan pakistani ni suka pakai punjabi suit. tak kira la anarkali ke,mastani ke..

Bab beraya sama la macam orang melayu.dah nama pun Islam kan..cuma juadah tu berbeza la sikit… melayu suka ketupat,rendang dan lemang. Mamak ni, ada yang suka makan tosai, idli pagi raya. Hindustani dan pakistani ni suka makan capati,puri, benda manisan.. dia ikut atas cita rasa family masing2..ada yang family mamak masak biryani pun ada…itu tidak bermakna kita tak makan ketupat lemang semua. makan je.. Hindustani, mamak dan pakistani ni menu diaorang lebih kurang sama ja la.. makanan india / pakistan.. cuma beza style jer..style tamil nadu,style hyderbadi…

Last sekali, saya tak cakap kitaorang ini bagus belaka..atau bangga dengan bangsa dan keturunan kitaorang. cuma nak bagitahu, kenallah dengan mendalam lagi. jangan keluarkan kata-kata menyakitkan hati orang lain. Asal tak puas hati, “ko balik la negara ko”.. balik negara ko tu utk apa? kalau dipatah balikkan semula ayat itu kepada dia, agaknya dia suka tak? ye la, keturunan dia pun mesti ada punya campuran mana2..siam ke, jawa ke, bugis ke..so jangan la cakap ikut sedap mulut.dulu cikgu sejarah saya cakap masa tingkatan 4..dia cakap dekat 1 kelas..”awak tau tak orang melayu yang sebenar tu sapa?” semua tak tahu jawab. Dia cakap “awak-awak semua tengok tak orang asli yang tinggal dalam hutan tu..itu orang melayu yang sebenar”. baru saya tahu..saya pun tak pasti korang tahu ke tak.sbb pernah saya cakap benda ini dekat FB sy apa cikgu saya cakap tuh.. ada yang marah,keluarkan segala isi kandungan blog…so saya cakap berdasarkan apa yang cikgu saya cakap je.. Bab sikh tu, selalunya mereka ni bukan Islam. mereka selalu ke rumah ibadat mereka iaitu gudwara.. nama belakang mereka selalunya ada singh atau kaur…

Apa pun saya minta maaf kalau ada salah dan silap saya ketika buat confessions ni..niat saya hanya untuk mengelakkan salah faham yang selalu berlaku dan tujuan saya adalah untuk kita semua memahami dan mengenali bangsa lain.. Kepada orang mamak, pakistani, dan hindustani, kalau ada terkurang atau terlebih saya minta maaf..saya cakap berdasarkan apa saya lalui,dan lihat.. terima kasih.. salam sayang dari saya.. (“,)

– Miss Hindustani

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tak Pakai Whatsapp

PengakuanKu

Assalamualaikum, hari nak share bab Whatsapp.

Kes 1:
Satu hari ada mak saudara sms mesej, tanya,
“Rai, hang tak pakai whatsapp?”
“Tak, kenapa?”
“Peliknya tak pakai Whatsapp”

Saya pun fikir, dia urusan penting kot, terus bagi no Whatsapp suami. Memang guna untuk personal sahaja pun. Tup-Tup dia whatsapp sebab nak promote masuk MLM. Yalah, pakai sms macamana nak tepek iklan2 bagai tu kan?

Kes 2
” Salam, buat ini untuk saya” (client)
Kita busy ada kerja.
“Dah buat ke belum?” (Client)
Kita tak reply lagi.
” Dapat tak mesej saya?” (Client)
Pastu kita email dia habaq apa yang kita buat dah. Pastu dia whatapp balik macam tak baca email kita.

Kes 3:
” Dah share info kat group whatsapp, sila cari, scroll balik”.
Email kan ada? Kenapa makluman kerja, pelajaran, kena buat melalui whatsapp?
Kalau email senang sahaja nak cari, mesti ada. Kalau chat history payahlah. Tak semua orang scroll mesej setiap masa.

Kes 4:
Whatapp kerja waktu hari cuti atau lepas ofis hour. Kita dah penat kerja (atau sibuk study) waktu weekdays. Cuti nak rehat beb. Hang whatsapp plak urusan kerja. Konon reminder untuk bukak weekdays. Pastu marah tak reply. Bertalu2 komen. Nak-nak kalau orang tu disable bluetick atau hide online. Kau tak tahan misteri.

Kes5:
Fitnah, screenshot, cakap lepas. Zaman Whatsapp ni suka-suka jer tulis, tak fikir perasaan orang, pastu minta maaf “sorry ar aku emo tadi”. Pastu screenshot. Share plak screenshot tu. Kalau fitnah tak check dah (copy dari group sebelah). Whatsapp jadi medium mengumpat bos, sedara atau member.

Banyak lagi bahana whatsapp ni…
Reason kenapa tak pakai, sebab realiti kita hidup tidak sama. Bukan semua orang phone sentiasa di tangan. Bukan semua orang ada masa nak tgk whatsapp setiap masa. Even kalau orang tu boleh update blog, instagram, fb, tidak bermakna orang tu “terbuka” untuk menerima atau membalas mesej. Online untuk menulis, bukan bermakna kena jawab mesej anda.

Inilah bahana whatsapp, boleh putus saudara, putus sahabat, renggang hubungan. Kita mesej suka hati waktu kita. Benda dah free (y selalu on Internet) , cepat je nak taip. Orang tak balas kita marah.. Boleh mesej lagi bertalu2 tanya kenapa tak jawab.Dulu zaman sms kita tak buat perangai macamni sbb kita tak tahu bila org tu nak reply, sampai ke tak mesej. Terpulang pada penerima bila nak reply. Sama juga dengan email. Kita akan lebih proper, guna ayat yang sesuai takdelah reply “k” melalui email.

Saya reply email sahaja, kalau whatsapp maaf memang saya tak reply dah (selamat dah delete account). Kita semua mesti ada email punya, jangan nak kelentong. Hang nak pasang phone asal2 mesti masuk email. Email tu mmg ada juga kat handset. Saya terus terang cakap, orang dah tak tahu erti privacy sekarang. Rasa nak mesej 3-4 pagi, waktu cuti, suka hati sahaja. Dah mesej nak pula org reply. Marah tgk bluetick apa tick tah. Pantang nampak status “online”.

Yang saya pelik, kalau kita email orang tu berkali-kali (urusan rasmi/bisnes) boleh reply melalui whatsapp juga. Dahlah bahasa macam kita ni kerja dengan dia sahaja. Kita ada family ada anak nak jaga. Maaflah saya tak suka orang yang tak reti hormat orang. Mesej tulis ayat macam budak wechat. Suka copy paste. Suka sebar2 screenshot. Budi Bahasa ke laut.

Banyak sebab saya tak suka whatsapp. Saya lebih prefer komunikasi tradisi. Zaman sekarang jumpa tengah jalan member tak jumpa 10 tahun “Nanti aku whatsapp hang”. Awat tak borak sahaja situ? Samalah apa2 update nak kena melalui whatsapp. Mengumpat pun kat whatsapp. Share2 pun kat whatsapp. Zaman sekarang dah terbalik, dulu kalau yang kaki phone or social media ni kita kata anti-social, skrg yang prefer normal communication (tak layan phone and social media) yang dikatakan kera sumbang atau tak reti hormat orang.

Satu lagi. Ada org hari minggu dia free,masa tu dia nak layan online mesej sana sini. Ada org (yang ada family, anak ramai, busy life on weekday) depa nak privacy, nak lepak ngn anak bini, nak gi jalan2, nak tenangkan fikiran, nak hadap kerja rumah,buat assignment, beli brg dapur. Pastu hang whatsapp waktu tu… Tak reti ka maksud cuti? Jangan samakan orang dengan kita. Kalau kita tak suka cuti, rasa buang masa, janganlah libatkan org lain. Kita tgk org tu update insta fb jalan2.. “dia online ni, baru update sat tadi”, terus kita mesej dia tanya apa2 (yang sepatutnya kita ni consider org tu, bukan dia online untuk kita).

Okey repeat ya:
“ORANG TAK ONLINE UNTUK KITA”.

Yang benar,
Orang yang tak pakai whatsapp.

– Ice Warya Rai

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tinggal Solat Kerana Futsal

PengakuanKu

Assalamualaikum. Terpanggil utk menulis. Cerita ini dah lama. Tiba2 teringat sbb bila byk ustaz2 tegur pasal meremehkan solat. Memang betul dan tak nafikan mmg tejadi dikalangan masyarakat terutama muda remaja.

Saya merupakan salah sorg pemain ftsl sbuah ipta di Malaysia. Nak dijadikan cerita masa tu U sy ni menjadi tuan rumah liga ipt.

Team kami antara team cap ayam yg dibawa oleh sesorg yg ada nama dlm dunia futsal di Malaysia. Menggunakan pemain local u dan tanpa import pemain2 handalan mcm ipt2 yg lain. Coach kami memang bijak. Dengar dari kwn2 coach cerita, dia ada 3 buku taktikal yg di tulis oleh dia sendiri. tapi xpasti la betul ke tak.kalau yg cerita tu kaki kencing, hancing la pala kita semua.hehe..

okey.cerita meremehkan solat ni terjadi apabila kami dijadualkan utk bermain pada waktu magrib. tak silap sy game bermula dlm jam 7 mmg time magrib. setiap game 20+5+20=55 minit. Kalau diikutkan, 55 minit mmg sempat nak solat sbb biasa nya mgrib ke isyak dalam sejam lbh je kan.tapi nak main tournemnt kan,mestilah kena turun awl.kena panaskan badan,buat regangan dlu.

Kami sebagai tuan rmh, mmg tak dpt nak jamak la sbb kami menetap di sini. So masa game dijalankan, futsal ni biasanya keluar masuk pemain tu agak kerap kerana pemain dibenarkan keluar masuk tanpa had. Jd ada dikalangan pemain yg jenis jaga solat, masa dia keluar utk diganti player lain meminta kpd coach utk lari kejap ke surau utk solat. Tapi tidak dibenarkan. Saya tak tahu cerita nya, tp selepas dia cerita yg dia dah minta tp tidak dibenarkan. Terkejut sy sbb klau dilihat.coach nampak seperti org yg jaga solat. siap buat solat jemaah sama2 2,3 hari sblum game.Saya sempat lari sekejap tanpa minta dekat coach sbb sy bukan pemain yg sllu diturunkan. Kebetulan masa tu game dah masuk pusingan kalah mati. Dan harapan utk main tu mmg tak ada.

Saya cerita di sini bukan utk aib kan siapa2 pun. sy pun xberitahu ipta mana tahun bila kat mana.

Cuma di sini sy memikirkan mmg ramai org tak solat sbb dunia. ustaz2 cerita bukan cerita bohong, tapi realiti org skrg yg mmg rasa solat tu tak penting.

Kat sini saya tak salahkan coach 100%. Saya rasa kesalahan ni terbahagi kpd 3 pihak:

1. Penganjur – Boleh dikatakan futsal liga ipt ni di sertai oleh golongan melayu islam dan penganjur ada list nama dan boleh tgk muslim berapa ramai. Peratusan golongan non- muslim dlm satu pasukan sgt sedikit. team kami pun 100% muslim walaupun ada foreigner 2,3 org. Sepatutnya, game waktu magrib dilewatkan sedikit agar ada ruang utk pemain solat magrib.

2. Coach. Tanggungjawab sbgai muslim sgt penting. Di sini la juga boleh coach gunakan kebijaksaan dalam pengurusan taktikal klau coach boleg gilirkan pemain supaya sempat pergi solat tanpa ganggu perlawanan.Bukan taktikal utk mng semata2.Selain itu juga, boleh gunakan suara dan kuasa kamu untuk meminta kpd penganjur rehat antara 1st half dan 2nd half dipanjangkan sedikit supaya pemain boleh solat sebentar. Semua coach nak kan kemenangan tapi bila kamu halang org utk pergi solat.tkt dosa tu awk yg tanggung. Berat sgt dosa tinggal solat. x12 org.tak tau la berat mana.

3. Pemain. Sebagai muslim, kena la rasa solat tu tanggung jwb yg sgt penting sbb dia termasuk dlm rukun islam ke-2. tiang agama. Sepatutnya kena tegas sbb suruhan Allah lbh agung dari segala-galanya. Ni baru coach kata tak boleh sekali dah terus tak solat. Lemahnya iman pemuda skrg.

4. Diri saya sndiri. Saya pergi solat sendiri. Patutnya tggungjwb sy kena tegur apa yg slh. Tegur kwn2, Tegur coach. Bukan pentingkan diri. Semoga Allah ampunkan dosa sy sbb sy lalai utk meningatkan kwn2.

Sy tak kata sy baik, tapi ni pengalaman yg sy nk kongsikan utk renungan. Semua org memainkan peranan utk menghidupkan semula islam. Klau perkara dunia yg xpenting mcm futsal yg tak tentu dpt duit ke tak pun sggup tinggalkan solat. Klau sbb gaji, harta, periuk nasi tak tahu la kan.

Semoga kita semua diberi hidayah dan keampunan. Solat adalah tiang agama. Mcm mana Islam nak menang kalau taing tak ada. Ya saya yakin janji Allah Islam akan menang. Tp mustahil dgn umat yg lemah mcm kami. Kena la kuat mcm tentera al-fateh.

Wassalam. Terima kasih sudi membaca.supaya bermanfaat.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Aku Langgar Segala adat Melayu

PengakuanKu

Aku duk baca confession, byk betol kesah tak puas hati dgn hantaran2. Aku kawin mmg langgar habis segala adat melayu. Semua! Aku kawin tak plan.

Kesah dia cmni, aku kawin dgn lelaki bukan warganegara Malaysia. Sblum kawin kami pernah jumpa 3 kali je seumur hidup, itu pon dia dtg jual barang kat aku kat ofis. Pastu aku nak beli barang yg dia jual, dia dah tak kerja kat Malaysia. Tp beberapa bulan lepas tu, dia add kat FB, terus proposed kawin. Aku yg mmg sedia gatal merela ni, kata ‘ya’ lah pas tempoh seminggu, kasi can buat istikharah apa bagai. Dr time propose ke kawin lambat gaklah, lbh 2 tahun sbb banyak pancaroba dr segi kerja & family dia tak suka dia kawin dgn org bukan senegara. Cam dosa besarlah kawin dgn bangsa asing.

Tp nak dijadikan cerita, sebelum kawin aku p ke tengah lautan mencari rezeki, dan pulang ke darat hari jumaat, sbb bakal laki aku (skrg dah laki) kata dia boleh dtg Malaysia hari Sabtu. Maka masa hari Sabtu tu lah baru parents aku tau, aku plan nak kawin. Haaa mmg takde majlis bagailah yg di plan. Kesahnya sbnrnya nak buat paperwork utk kawin je. Sbb dia dtg Malaysia seminggu je. Tp Alhamdulillah dlm masa 3 hari, (Ahad, Isnin, Selasa) kami dapat selesaikan segala paperwork berkenaan sprt ujian HIV, imigresen, embassy, wisma putra, pemastautin bagai. Nsb aku dah p kursus kawin 5 tahun lepas sblum kawin, laki aku takyah sbb tak fhm bhs melayu. Rabu pagi dpt surat kebenaran pejabat agama, pas zohor rabu tu, terus nikah, hari kerja. Juru nikah mmg kami dah sound awal2 suh standby dr malam selasa. Rakan2 ofis dan sedara mara pon di inform malam selasa yg sama. Ramai lah trkejut, ada lettew yg sangka bukan2 tue, cm aku tak tau je korg. Haha.. Yg dtg pon org pencen n cuti bersalin je.

Masa kawin mas kawin (mahar) je dia kasi, dlm Euro lah tp. Hantaran duit takde, hantaran dulang yg glamor2 tu takde, Majlis besaran takde, photographer takde, pelamin takde, kad kawin takde, bunga telur takde, bridesmaid takde, kompang, silat, sesi karaoke, dan berbalas pantun lg lah takde. Mak bapak aku tak letak nilai sesen pon, laki aku bagi mahar ikut suka hati dia je. Yelah nak discuss byk2 payah sbb kena ckp English. Mak aku kebetulan kena denggi masa aku nak kawin, walaupon dia tak brapa setuju kawin pesen cmtu, tp dia tak berdaya nak ckp banyak akibat denggi. Bapak aku plak, on je, sbb dia dah meroyan aku tak brlaki2 and kata aku anak dara tua. Aku almost 29 masa kawin.

Bg aku hantaran tak mngambarkan lelaki tu kedekut or hidup kau akan senang ke tak. Mana aku nak sangka, dlm masa stahun lbh kawin, laki aku bayar semua balance loan rumah aku, smpai habis. Kira2 dlm 480k. (Dia bukan anak org kaya, infact org sebangsa dia pon taknak dia kawin dgn anak pmpuan dorg sbb dia ni dr keturunan miskin. Cuma rezeki dia earn dlm USD and simpanan dia dr beberapa tahun kerja). Dia kata riba’ tu haram, Allah perangi riba’ sbb tu dia gelabah bayarkan loan.

Kesimpulannya, apa kata kawin tu kita husnuzon je. Takyah nak judge duit hantaran tu mngambarkan laki tu kedekut or tak. Rezeki tu dtg dlm brmacam2 cara. Bukan duit hantaran je. Kau ingt sblum kawin aku trfikir dia nak byrkan loan? Loan rumah plak tu. Bukan personal loan yg 2-3k. Masa kawin aku tak tau pon dia ni ada duit ke tak, cuma aku tau kerja dia je. Masa kawin, rumah kereta bagai pon dia takde. Kereta pon baru beli semalam. Proton Persona je pon, Alhamdulillah kami happy dan aku mmg support Proton tegar. By the way, Allah tu adil. Smpai skrg hampir stahun stgh kawin aku takde anak lagi, walaupon rumah dah settle bayar. Kami long distance, jumpa selang 2-4 bln. Doakan ada rezeki anak utk kami.

Kesimpulannya, kecik jelah hal2 hantaran nih. Takyah kalut2lah. Niat kawin tu biar betul kerana Allah and nak ikut sunnah. Nikah, anak, membuka pintu rezeki. Sbb tu mmg janji Allah. Kalau rasa sempit/ susah itu adalah 1 ujian.

– Temah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kesilapan Menukar Uri

PengakuanKu

Assalamualaikum.. firstly hide profile saya. Saya nk share pengalaman saya masa zaman sy housemanship (HO) dlm 5-6thn lepas. Zaman HO ni stress tapi aku enjoy sbb time tu bujang lagi and kawan2 pun ramai bujang and gila2. Time lepak, lepak juga tp bila kerja serius je. Haha..

Kisah aku nk kongsi ni masa posting ketiga iaitu di jabatan obstetrics annd gynaecology. O&G ni jabatan yg sEmua orang tau paling stress.. paling busy sampai ade time nk berak kencing pun kena tahan2. So masa tu aku dah kira senior laa sbb dh 3 bulan kat dept tu. Time tu kena incharge labor room. Mmg super busy pasal ramai sgt nk beranak masa tu. Misi2 plak dok noted aku macam2. Ctg x cantik laa, patient tam tahan sakit nak caesar cepat2 laa. Baby lahir tak nangis laa.. adoii.. mmg tak sempat nk mkn minum. Mmg qada solat tu perkara biaasa sbb kena utamakan nyawa. Chewah haha.

So masa incharge tu dtg ho baru.. kira mcm 2 nd poster. Budak lelaki cina. Muka blur2 senyum intro kat aku. Aku masa tu busy muka mmg masam laa kan. Pastu specialist tu suh aku ajar HO tu benda2 basic mcm pecahkan air ketuban, cara baca ctg, cara jahit lepas bersalin. Sbb hari pertama aku suruh die observe dulu. Sbb aku paling senior so aku menjadi target sume staffnurse noted kat aku. Dh aku yg kena noted xkan nk buat2 bodoh pula. Kena laa bgtau mo belasah je laa kena marah. Mcm x biasa hehe.

So dlm kelam kabut tu aku suh ho ni (aku bg nama die Tan laa) observe nurse jahit and kemaskan peralatan patient yg baru lepas bersalin. Aku ajar die cara nk cek uri ok ke x. So hari tu merupakan hari pertama dia.. jd dia pun buat apa aku suruh. Then lepas dh siap2 tu patient tu mintak uri nk bawak balik tanam.. tetiba Tan ni mnggelabah.. die bisik kat aku.. die dh buang uri patient tu. Aku mcm geleng kepala dhlaa serabut dlm labor room tagger buat hal plak. Aku suruh dia cari sampai dpt. So aku truskan keje aku.

Lepas beberapa jam aku nmpk Tan serahkan satu bungkusan uri kat husband patient yg beranak td. Mlm tu aku oncall sbb Tan ni tagger jd die kena balik pukul 10mlm. Bila dh mlm keadaan labor room mcm dh ‘okay’ sikit and baru sempat aku nk ajar die benda2 basic dlm wad. Pg td huru hara mmg xde masa nk ajar. So aku pun tanya jumpa dh uri tu sbb aku nmpk die bg. Tiba2 die tunduk rs bersalah. Dia ckp tu uri org lain. Kebetulan ada ptient cina baru lepas beranak then diorg mmg taknak pun uri tu so Tan ni ambik bagi kat pesakit melayu yg uri kena buang td. Uri tu Tan tak sempat ambik sbb tongsampah tu dh clear bila die cek balik. Aku tepuk dahi. Nk ketawa pun ade. Tp aku tgk Tan cuak sgt. Bukan salah die pun sbb dia mana tau adat kita. So aku ckp since kesalahan dia x sampai membahayakan nyawa pesakit so aku pun deal laa nk keep as a secret. Kalau bgtau mo ke specialist gila laa nnt kena extend. Dgn aku2 skali kot haha.

So lepas tu aku kamceng gila dgn Tan ni. Lepas aku habis posting o&g aku pun pegi medical plak. Mcm biasa lepas 3 bulan kat medical jumpa Tan lg. Die tagging kat medical plak dgn aku. So aku dh kenal dgn die so tak adalah aku garang2 dgn die mcm masa taagging kat o&g dulu. Time tu bulan puasa. Gila busy aku sempat buka dgn teh tarik je. Mmg x sempat nk singgah belikan mknn. Tan masuk bilik oncall tanya aku dh berbuka ke belum aku ckp aku minum je. Pastu die terus kuar. Aku igt die nk tolong keje aku kat wad kurang asam btol. So lepas solat maghrib aku sambung keje terbengkalai kat wad td. Dlm pukull 12 tgh malam baru clear sikit aku masuk bilik oncall aku nmpk mknn dlm polisterene. Nasi goreng yg dah sejuk.. terharu aku Tan belikan x jadi aku nk marah die haha. Mknn oncaall aku radicare dh buang pasal dh basi.. tp aku x kisah pun sbb jarang aku mkn mknn hospital sbb ade time limit die mmg aku x sempat nk mkn.

Tp tu tinggal kenangan je. Tan mmg baik tp die x sempat habiskan housemanship sbb die meninggal dlm kemalangan. Byk sgt kenangan aku oncall dgn die. Kalo aku stress dgn mo atau specialist yg marah aku aku pegi mengumpat kat dia. haha tu salah satu cara ho release stress. Aku rs bersalah sbb bersubahat tp aku dh x igt patient yg Tan bg uri cina. Tan mmg rs bersalah sgt die takut patient tu jd berdosa sbb tanam uri org lain tp aku pun xtau dosa ke x. So aku ckp xpelaa janji dua 2 selamat. Pasal uri tu sejenis daging je kan.. tu je laa confession aku. Harap x kena saman. Hosp mana dirahsiakan..

– Dr google

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.