Monday, 26 December 2016

Rahsia Anak Angkat

PengakuanKu

Hello semua. Thanks IIUM if siarkan post aku ni. Maaf ye semua, aku ni dah lama tak menulis panjang-panjang.

Straight to the point, family aku ni besar dan bermacam-macam ragam. Yang aku nak ceritakan ni adalah tentang seorang aunty aku yang pelihara anak angkat sejak tahun 1984. Masa tu cousin aku nama Aimi (bukan nama sebenar) baru je dilahirkan dan terus aunty aku ni ambil dia dari parents dia. Reason diaorang ambil anak angkat sebab diaorang dah kahwin lama & memang tak ada anak.

Asal usul Aimi (anak angkat) ni tak di ketahui sangat sebab aunty aku dan arwah uncle aku tu memang sangat berahsia. Arwah uncle baru je meninggal awal tahun 2016. Innalillah.

Aunty & arwah uncle ni memang dah pesan awal-awal kat adik beradik diaorang yang sesiapa tak di benarkan untuk bocorkan rahsia yang Aimi ni anak angkat & diaorang memang taknak Aimi pun tahu yang dia ni anak angkat. Reason diaorang dari dulu sampai sekarang pun aku tak tahu. Sesiapa yang bocorkan rahsia ni akan di kira putus hubungan keluarga. Lagipun aunty aku masih percaya sampai sekarang yang sesiapa dalam keluarga yang muda dari Aimi memang tak tahu yang Aimi ni anak angkat. Walhal kitaorang semua dah tahu, cuma pretend tak tahu dan tak buka mulut. Arwah uncle aku ni sangat la garang. Memang sangat garang sampaikan kalau dia marah, tak kira depan siapa, dia jerit je. So boleh di katakan memang kitaorang semua ni takut kat dia.

Macam mana aku boleh tahu dan bila aku tahu Aimi ni bukan cousin yang darah daging kitaorang? Macam ni, kan aku ada sebut yang family aku ni besar. So biasala, dalam family besar ni ada la aunties yang jenis mulut tempayan sikit & memang tak boleh simpan rahsia. Kadang-kadang bila berkumpul ramai-ramai tu, ada la yang terlepas cakap kan. Kalau nak dikira, aku ni dah tua baru tahu pasal ni. Sedangkan cousins aku yang lain dah lama tahu kot.

Aimi ni memang sangat di sayangi oleh arwah datuk & arwah nenek. Tak tahu la kenapa. Sampaikan apa-apa pun selalu beli barang yang best-best kalau diaorang pergi travel. Kira macam di antara cousins kitaorang 45 orang ni, Aimi ni di kira dapat layanan yang sangat special from arwah. Kadang-kadang Aimi ni aku nak kata tak sedar diri ada jugak. Masa tu aku tak tahu lagi dia ni anak angkat tapi memang dia jenis cakap besar. Masa tu umur dalam leawt belasan tahun, dia pernah cakap: “kita ni family baik-baik, family ada nama, takkan nak dengan orang biasa”. “Alah kalau lelaki tu cikgu je, tak nak lah aku buat suami, bila nak kaya kerja cikgu je” (Walhal sekarang Aimi sendiri pun cikgu). Juga pada masa yang sama, arwah datuk nenek aku ni ada anak angkat lelaki juga. Lepas arwah datuk aku meninggal, terbitlah drama melayu pembahagian harta pusaka dalam keluarga. Anak-anak diaorang ni cakap la, apa kata kita bagi juga sikit dari bahagian kita sebagai sedekah kat Abu (bapa saudara angkat) sebab dia pun bukan orang senang. Jadi atas sepakatan adik-beradik, diaorang pun nak bagi la. Tapi Aimi ni selaku anak saudara, dia pula yang lebih-lebih. Dia cakap: “Ala kalau Aimi la kan jadi mama & tok, Aimi tak nak pagi bahagian kat Pak Cik Abu sebab dia anak angkat je, mana layak dapat harta pusaka”. Masa tu aku macam tersentap gak la kan sebab masa tu aku memang dah tahu Aimi pun anak angkat tapi dia tak tahu kan. Memang la anak angkat tak layak harta pusaka. Tapi ni sebab atas dasar belas kasihan adik-beradik yang nak sedekahkan sikit. Bukan duit dia, tapi dia yang lebih-lebih hasut aunties nih.

Hari berganti hari, sampailah satu masa dia nak kahwin. Masa ni tahun 2015, dan masa tu dia berumur 31 tahun. Kita sebagai orang Islam, salah satu syarat sah nikah adalah WALI. Dan wali pun ada turutan kan. So kalau dah sah-sah uncle aku ni bukan bapa dia, memang tak boleh la ikut turutan wali yang banyak-banyak tu. So, memang kena pergi cari ayah dia juga. Paling-paling tak jumpa semua nasab keturunan wali tu barulah boleh wali hakim kan.

Aunty aku ni (mak angkat Aimi) jenis yang mulut tempayan gak. Kalau pasal hal orang, dia la no. 1 yang akan sebarkan dan mengata-ngata semua anak-anak saudara. So memang aku & cousins aku ni memang not fan of her la. Tapi kitaorang ni ada otak & memang jenis malas nak cari gaduh. Bukan setakat tu, tapi bab-bab kelentong, reka cerita, berdalih, menipu semua memang bagi kat dia lah.

Di atas nasihat semua adik-beradik dia, dia pun pergi la cari siapa bapa Aimi sebenarnya. Yang part ni memang confuse sebab macam aku cakap kat atas tadi, asal-usul Aimi ni memang tak pasti sebab ni memang rahsia kan. Aunty aku sendiri pun jenis yang tak bagitau betul-betul kisah sebenar dari mana dia ambil Aimi ni. Dah la macam-macam version cerita ni. Bila kitaorang sepupu-sepupu duk berbincang, memang semua yang share cerita lain-lain.

Jadi beberapa bulan sebelum nikah tu, aunty & arwah uncle pergi la ke Terengganu. So dari sini memang 100% cerita dari dia sebab takde saksi & memang diaorang berdua je pergi cari. So kalau tipu, tipulah. Betul, betul lah. Who knows kan? Aku pula tahu dari sumber-sumber aunties lain jugak la. Sebab lepas dia balik dari pencarian tu, of course la dia bercerita kat adik-beradik dia kan. Sampai kat Terengganu, diaorang terus menuju ke rumah mak kandung Aimi. Dari mana diaorang tahu alamat tu kitaorang tak tahu la kan. Sampai kat rumah tu, ada dua orang tua. Aunty aku tanyala, boleh tak nak jumpa dengan Munah (mak kandung Aimi). So dua orang tua tu cakap Munah keluar pergi ambil anak kat sekolah & orang tua tu adalah parents Munah. So aunty aku tunggu la kejap & Munah pun sampai. Munah mula-mula tak cam aunty aku ni. Dia tanya siapa ya, dan apa ye tujuan nak jumpa dia. Aunty aku pun cakapla, saya ni yang ambil anak Munah dulu, Aimi untuk anak angkat. Pastu Munah cakap parents dia (orang tua tadi) tak tahu yang Aimi ni ada lagi. So diaorang pun pergi la minum air kat kedai dan berbincang.

Aunty aku bagitau la Aimi dah umur 31 tahun & nak kahwin dah tak lama lagi & tujuan diaorang datang ni sebab nak cari bapa Aimi untuk wali. Pastu Munah cakap, takde dah wali, bapa kandung Aimi memang dah lama meninggal. Aunty aku tanya la kalau datuk, adik-beradik lelaki ada ke. Munah cakap memang semua takde, semua dah meniggal dalam nasab keturunan wali tu, guna je wali hakim. Kau rasa??? Dia tambah lagi dia kata parents dia (orang tua tadi) tak tahu yang Aimi masih hidup sebab Munah bagitahu yang Aimi dah lama meninggal. Dan sekarang Munah pun dah kahwin dengan lelaki lain, ada anak-anak dah pun. Lagi version cerita lain-lain yang aku pernah dengar adalah Aimi punya parents kandung perkahwinan tak direstui dan ada juga kata yang Aimi anak luar nikah. Jadi taktahula yang mana satu. Dan katanya bapa kandung Aimi ni dulu pemandu lori dan Munah pun tak kerja rasanya. Jadi boleh di katakan yang family kandung Aimi ni bukan orang senang macam family kitaorang sekarang ni.

So masa akad nikah, diaoran pun guna la wali hakim & siap plan dgn tok kadi nanti sebutkan Aimi Bt. sekian sekian sekian (salah satu nama Allah yang sounds like nama bapa angkat Aimi). Untuk pengetahuan korang, even kat surat beranak pun Aimi ni di bintikan dengan arwah uncle aku (bapa angkat). Kau rasa???

Kitaorang ni memang ragu-ragu la kan. Ragu-ragu sebab ehh betul ke memang dah takde wali? So memang bermacam-macam spekulasi tapi seorang pun tak berani nak berkata-kata kat aunty & arwah uncle aku ni. Oohh anyway, aunty aku sebelum tu slow talk la dengan Aimi dan bagitahu yang Aimi ni anak angkat. Aimi nangis gila-gila & dia kata dulu-dulu masa kecik ada orang pernah ejek dia anak angkat tapi dia macam tak cara la kan. Lagipun dia kata dia sayang sangat family kitaorang ni, dia dah rasa macam darah daging sendiri & dia memang tak nak jumpa pun siapa ibu kandung dia. Lepas Aimi dah tahu status dia, boleh pula aunty aku pergi pesan kat semua adik-beradik yang mana “walaupun Aimi dah tahu dia anak angkat, tapi buat macam biasala ye. Tak payah la bagitahu anak-anak sedara kita yang Aimi ni anak angkat” Padahal, semua dah tahu kot cuma buat muka seposen tak tahu apa-apa.

Aku ni bukannya bagus sangat dalam hukum hakam ni kan. So taktahu la sah ke tak nikah tu. Dan diaorang selalu pesan kat aku tak payah la bersuara tentang ni. Aku macam, iskkk. Bukan ke namanya kita ni bersubahat gak? Bukan setakat tu, aunty aku ni siap cakap kat cousins kitaorang, kena ikut hukum Islam, kena pakai tudung, solat. Kita ni org Islam, tak baik buat benda yang haram. Kau rasa??? Habis tu yang dia duk buat semua pasal pemalsuan anak angkat tu apa? Kitaorang nak tergelak bila dia start cakap pasal agama sebenarnya sedangkan benda yang dia buat menafikan nasab keturunan tu pun dah besar salahnya.

Aku pun memang tak puas hati dengan family sendiri sebab takde siapa yang berani bersuara pasal ni. Menyampah pun ada. Semua takut dan jenis yang tak nak cari gaduh sebenarnya. Aku bukan nak cari gaduh, tapi aku macam dah penat nak hidup dalam kepura-puraan macam ni & orang lain selalu kena bash dengan aunty aku pasal hukum agama ni. Ibarat macam dia ni takde buat perkara bertentangan dengan Islam tapi orang lain ni tak patuh pada hukum hakam. Kau rasa??? Tak tahu la macam mana nak bagi dia sedar diri & bawa-bawa la insaf.

Sekian tu dari aku. Maaf ye kalau cerita tak teratur dan semuanya ke laut. Huhu

Yang benar,
Akmal.

– Akmal

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.