Monday, 26 December 2016

Kekurangan

PengakuanKu

0535 waktu mekah.

Azan subuh masjidil haram sedang berkumandang. InsyaAllah hari ni hari last aku uzur shar’ie dan dapat masuk ke masjidil haram untuk bersolat dan bertawaf. Rasa kosong jiwa bila duduk dalam 30m sahaja ke jarak ke masjidil haram, tapi hanya boleh tengok dari luar dan dengar bacaan2 ayat suci alquran dari jauh.

Kenapa saya menulis confession ini? Kerana saya rasa masalah yang saya hadapi telah menjadi kronik. At first saya berfikir bahawa saya menulis ini sekadar untuk melepaskan beban di dada dan memuaskan hati sendiri. Tetapi at second thought, mungkin tulisan saya ini dapat membantu pembaca di luar sana sedikit sebanyak.

Saya telah berkahwin dan dikurniakan seorang suami yang penyayang. Saya bekerja di sebuah organization yang kurang tenaga kerja wanita. Saya satu-satunya perempuan di bahagian tempat saya bekerja, dan 1 antara 11 wanita dalam organisasi kerja yang besar. Kerja saya tak ada orang lain di tempat saya dapat buat. Jadi saya susah nak cuti. Field work dan office work 50:50. Saya pernah terpaksa menaiki rakit keselamatan yang bocor di tengah lautan, pernah dibaling fail, pernah dibatalkan cuti ( tiket flight yang mahal burnt), dipanggil masuk kerja pada hujung minggu dan lain2.

Dan saya tidak tinggal bersama suami saya. Walaupun saya akui, alhamdulillah setakat ini kami masih boleh bertahan, namun ada masa-masa yang terlalu sukar untuk dihadapi bila berjauhan. Tetapi kami ‘sembuh’ dengan izin Allah. Saya mengambil masa lebih lama untuk sembuh selepas setiap perbalahan. Tetapi sebab berjauhan, saya dapat sorok muka dan linangan air mata dari suami. Saya tak pernah menangis depan suami, kecuali ketika kami sedang bercuti di satu tempat. Ketika itu saya sudah tidak dapat menahan air mata lagi. Saya tidak tahu apa yang suami saya rasa ketika itu selain kemarahannya pada saya. Tetapi itu adalah kali pertama dan terakhir dia melihat saya menangis.

Waktu malam saya susah untuk tidur. Saya banyak menangis di waktu malam. Saya mula merasakan saya mengalami depression. Pada waktu siang, ditempat kerja, saya ceria seperti orang lain. Tetapi bila sampai sahaja di bilik ( saya tinggal di kuarters), saya murung. Bilik saya hias dengan bersungguh-sungguh untuk menceriakan diri saya. Bilik saya adalah tempat saya bersembunyi.

Kesedihan saya selepas setiap salah faham di tempat kerja, atau selepas rasa dizalimi dan dikhianati di tempat kerja, atau selepas bergaduh dengan suami melalui telefon, amat teruk. Saya akan bangun pagi dengan mata yang sembab. Panda eyes saya semakin teruk sehingga suami pun tegur. Ramai rakan menegur saya nampak seperti bangun tidur lambat dan tak mandi sebab melihatkan keadaan mata saya. Saya gelak sahaja. Kesedihan saya hilang sebentar.

Dulu, saya seorang yang sangat peramah. Ketika di universiti, saya adalah seorang yang suka menolong, dan banyak bergaul dengan orang tempatan ( saya belajar di luar negara). Semua orang senang berkawan dengan saya. Ceria dan sentiasa tersenyum. Jika saya di satu tempat yang asing, saya akan menegur orang dahulu dan memperkenalkan diri saya. Pendakwah kristian suka berkawan dengan saya sebab saya peramah dengan mereka walaupun debat2 kami menyakitkan hati. Saya tidak bermaksud berbangga dengan diri sendiri. Itu lah saya yang dulu. Walaupun saya sering disakiti disebabkan saya beragama Islam dan bertudung, ia tidak memberi kesan yang besar. Saya tetap ceria. Saya menjadi tempat orang mengadu masalah.

Kini, setelah 4 tahun bekerja dan 1 tahun lebih berkahwin, saya telah berubah 360 darjah. Saya tidak lagi seperti dulu.

Seminggu ini saya berada di Mekah al- Mukarramah, masalah saya ini lebih jelas kelihatan. Saya tidak menegur jemaah2 umrah yang lain. Ketika makan di hotel, walaupun duduk berhadapan dengan makcik dan pakcik yang lanjut usia, saya senyap membisu, seperti orang sombong. Tidak ada senyuman terpalit di wajah saya sepanjang hari. Suami saya somehow adalah ‘ubat’ bagi saya. Hanya dengan suami saya senyum dan bergurau- senda. Tetapi sejurus ke luar ke public, saya berubah menjadi seorang yang rigid dan timid.

Mungkin saya seorang HSP (Highly- Sensitive Person).Saya sedih dengan apa yang telah berlaku dengan diri saya. Saya rasa saya telah jadi begini kerana saya sering disakiti dan saya selalu bersedih. Saya pernah terbaca, bahawa orang yang selalu disakiti, dia akan berubah. It is an adaptation process I think. Saya juga terbaca tanda2 depression. ‘Kesedihan melampau berpanjangan selama 2 minggu’. Saya menangis every other day. Even sewaktu makan, jika saya teringat kisah sedih bergaduh dengan suami/ masalah tempat kerja, saya akan menangis. Jika ketika itu di restoran, saya paksa tahan air mata.

Saya tak expect suami saya faham. Saya even tak nak suami saya tahu bahawa saya sedang bersedih. Saya tak nak menyusahkan sesiapa. Saya cuba berlakon di depan semua orang. Sehingga tiba waktu malam setelah lampu dipadamkan, saya menangis keseorangan, even suami ada di sebelah.

Saya hanya nak tau adakah ada orang lain diluar sana melalui benda yang sama seperti saya. Saya selalu pesan pada suami, bila sembahyang di hadapan kaabah, doakanlah untuk saya, supaya fizikal dan jiwa saya sembuh. Mungkin saya akan PJJ berapa tahun lagi saya tak pasti kerana saya somehow dah jadi ‘ayam tambatan’ dan organization susah untuk lepaskan saya. But it will be very hard and take a toll on me.

Saya pernah terfikir, adakah air mata akan kering satu masa nanti? Seperti watak Cameron Diaz dalam filem The Holiday, dia tak mampu untuk menangis lagi kerana hatinya telah keras.
Ketika saya bujang, Filem The Holiday adalah filem favourite saya kerana watak Kate Winslet ibarat sama dengan jiwa saya.

Suami saya pernah cakap, kalau sedih2, banyakkan ingat Allah. Saya rasa dia bimbang saya akan lakukan sesuatu yang membahayakan diri saya. Saya pernah cerita pada dia bagaimana saya memandu kereta dalam keadaan tak sedar tetapi mata terbuka luas kerana stress dari kerja. Apabila saya bercakap dengan suami, dia perasan saya tak dapat bagi tumpuan, seolah2 saya khayal di alam saya sendiri.

Ini sahaja yang saya mampu coretkan. Terasa kurang sedikit beban selepas diluahkan walaupun in anonimity. Doakan keselamatan saya.

– Hawa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.