Assalamualaikum.
Terima kasih kerana menyiarkan confession saya. Pertamanya, saya ingin meminta maaf sekiranya tajuk saya mengundang rasa kurang senang pembaca.
Saya seorang guru subjek Matematik Tambahan. 2017 merupakan tahun ke 7 saya mengajar. Saya memang sangat minat mengajar, seorang yang passionate, bersungguh-sungguh (beriya-iya).
Tapi saya juga manusia. Saya mengaku saya seorang yang ‘bias’. Saya yakin kebanyakan guru juga bias. Ini normal. Kita semua pun tidak mampu berlaku adil dalam semua perkara pada setiap masa. allahu… Maafkan saya.
Saya bukan bermaksud saya hanya beri tumpuan kepada pelajar yang pandai. NO. definitely not.
Saya bahagikan pelajar saya kepada beberapa jenis:
Type A: sangat pandai dan rajin. Baru intro, dia dah faham semua dah! Kerja rumah semua complete on time. Ini memang pelajar target. Bukan saya, tapi sekolah akan manjakan dia.
Type B: pandai tapi pemalas ya ampun. Pandai tu anugerah, Allah beri kefahaman, pick up laju. Ajar sekali dah faham. Tapiiiii….PEMALAS! Homework tak pernah siap. Baru kita nak bagi, dah buat bunyi macam2.. Tarik muka. Lepas tu dalam exam tak perform. Sebab lupa lah, careless lah.. Hmm, dalam kelas memang cepat faham
Tapi kalau attitude tu tak menyenangkan hati guru, hmm… Maaf cakap, kamulah orang yang tak bersyukur. (Haaa, kan dah panjang aku bebel).
Type C: kurang pandai tapi rajin. Yang ni saya suka! saya sangat suka pelajar yang bersungguh2.. Yang berkobar-kobar. Yang mempunyai semangat belajar yang tinggi walaupun dia kurang pick up, slow learner, dan yang sewaktu dengannya. Saya akan beri tumpuan yang lebih kepada mereka. Mereka ni sangat berpotensi. Ramai yang capai A+ dari kumpulan jenis ini. Sayang, jangan pernah putus asa dengan Allah. insyaallah kamu akan berjaya.
Type D: Tak pandai, Pemalas, Biadap. Sorry to say. Lengkap pakej kebencian saya. Dah la tak pandai, at least tunjukkan minat tu (berpura-pura pun takpe). Berlakon depan saya asalkan saya tak sakit hati. Ini tidak, Orang mengajar dia buat cerita lain. Suka buang masa, ada juga yang suka membodek, ada yang suka buat lawak bodoh an sebagainya. Awak ingat saya mudah terhibur?? Jenis ni yang akan downkan semangat dan momentum saya sepanjang hari.
Jangan salah faham. Bukan saya kata saya benci dan saya tak ajar mereka. Saya tetap mengajar seperti biasa di dalam kelas. Sama, kelas depan, tengah atau belakang. Malah, saya beri no hp saya kepada semua pelajar. Saya tak kisah kalau mereka ingin wassap saya di luar waktu untuk bertanya tentang soalan yang tak faham. Saya suka dan saya jawab walaupun pukul 12 tengah malam atau 5 pagi sekalipun.
Biasalah setiap pelajar macam2 ragam. Yang memang minat belajar, saya dahulukan. Saya akan rapat dengan mereka personally. Saya tahu siapa ibu bapa mereka, adik-beradik mereka. Malah, masalah keluarga pun saya tahu. Kadang-kadang saya juga tolong mereka dalam subjek2 lain seperti fizik, kimia dan biologi. Saya akan jumpa mereka di luar, saya belanja makan. Saya juga akan beri dorongan dan motivasi. Sorry, bukan nak take over kerja kaunselor ya. Tapi memang saya suka memberi nilai dalam hidup mereka.
Yang sibuk sangat nak couple2 waktu sekolah, sorry tak layan! Korang nak acah2 drama sweet2, yang ni merajuk, yang tu pujuk, nak jadi couple of the year. Tolong lah drama kat tv tu dah cukup muak dah ini nk hadap drama korang. yang suka melawa, nak glamour, sukahati korang lah. Saya bukan malaikat nak jaga korang setiap masa. Yang larat saya tegur, saya tegur. Selebihnya, pandai-pandailah mak bapak diorang jaga.
Setiap hari saya berdoa untuk semua pelajar. Saya juga berdoa agar saya mampu memberi sehabis baik kepada semua… Saya cuba… Namun, jika saya masih tidak mampu berlaku adil, ubahlah attitude anda.. Senangkanlah hati kami.. Insyaallah, semua guru akan sayang kepada anda..
Wassalam.
– Cikgu yang khilaf
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment