Assalamualaikum warga fb sekalian.
Aku ada terbaca pasal satu confession hritu, ckp pasal dia xde bakat ke apa. So dia pun insecure dgn diri sendiri. Btw, aku berasal dari Limbang, Sarawak dan aku sedang 2nd year degree di UKM (tumpang confess kat sini ye hehe). Dan aku ni lelaki eh (aku prasan kalau baca confession mesti xdpt agak jantina org hahaha so better bgitau awal2). Aku tertarik dgn confession haritu sbb aku pun ada sedikit memendam rasa yg sama.
First of all, aku ni ada 3 beradik. Yg sulung tu kakak aku, dah kahwin dah pun, baru je. Yg tgh tu abang aku. Yg bongsu tu sah2 aku lah. Yg aku nak citer kat sini, abang aku ni autistik. Mcm anak pelakon Zarina Zainudin tu. Cuma aku bersyukur yg abang aku ni still boleh handle. Aku boleh nampak lah betapa susahnya mak ayah aku berkorban utk uruskan abg aku ni, smpai kdg2 aku terasa jauh hati. Tapi bila dah besar dah masuk uni aku dah mula faham lah semua benda tu.
Cuma aku ada mcm satu thought yg brmain di kepala aku. Aku byk minat nak blajar skill2 baru. I mean, bila dah masuk uni ni aku rasa mcm aku xde skill or bakat. Aku tgk member2 laki aku semua ada skill main gitar, bersukan, n mcm2 lagi skill yg boleh buat diri kau lebih special dari org lain. And sbg lelaki yg baru masuk ke alam dewasa, aku rasa insecure sbb aku xde skill sbegitu rupa yg boleh impress kan org lain. Aku study dah la biasa2 je, aku teringin sgt nak ada sesuatu yg special dgn diri aku.
Aku bukan xbersyukur, aku ada lah beberapa minor skill. Skill yg org bukan utk ditonjolkan pada org ramai. Cthny, aku minat baking. Buat cake, pastries dll. Sbb mmg aku suka mkn benda alah tu. Sedara mara aku semua suka mkn hasil buatan aku. And aku rasa happy. Tapi skill aku tu mak bapak aku sendiri x acknowledge. Ada saja yg x kena bila aku buat benda tu semua. Diorg hanya akan senyap kalau aku buat kek or pastry yg diorg suka.
Xdinafikan yg kwn2 rapat aku ada puji aku pandai buat kek. Yg prempuan kata untung sapa dpt jadi bini aku. Yg laki pulak dlm memuji tu ada mngeji. Well x keji sgt tapi boleh nmpak yg diorg pandang serong dgn kemahiran aku ni. Yelah, skill ni biasanya prempuan je yg ceburi. Dah lah aku ni sukan pun out, lagi lah diorg pandang serong. Pernah aku tgk video tutorial buat pastry kat youtube, roommate aku ada mcm gelak kecil kat aku. Tu mnambah insecurity aku lagi.
Berbalik pasal abg aku pulak. Abg aku beruntung sbb dia dpt mostly apa yg aku nak. Mcm dulu, parents aku masukkan abg aku dlm kelas kulinari pastry. Time diorg pergi ke tempat class tu utk tahu lebih lanjut pasal kelas tu, aku ada skali. Clearly mmg aku sgt berminat nak dgr lah kan. So parents aku decide nak daftarkan abg aku. Aku pun minat so aku pun ckp kat mak ayah aku, since time tu aku baru habis spm xde buat apa. Tapi parents aku ckp ‘xpyh lah, kamu boleh blajar sendiri’. Aku makan hati sikit sbb parents aku tau betapa mendalam nya minat aku dgn benda ni. Walaupun aku xdelah smpai nak jadikan ia sbg kerjaya aku, tapi still itu hobi aku. Aku fikir positif, mungkin parents aku xcukup duit. Ataupun diorg anggap aku mampu belajr sendiri kat Youtube, mcm abg aku dia xboleh tanpa bimbingan guru.
Dari kecik lagi pun, abg aku mmg dimasukkan dlm kelas blajar main muzik, kelas vokal, kelas berenang, kelas melukis. Aku pun teringin jugak nak blajar benda2 mcm tu. Bukan nak memperkecilkan abg aku, tapi semua yg dia dah pelajari tu bertahan skejap je sbb dia xpraktik kan. Sbb aku x merasa benda2 mcm tu lah aku ni skrg jadi seorg lelaki yg xde skill xde bakat. Aku pernah mbayangkan, kalau lah aku pun dimasukkan ke kelas2 tu semua dulu, mesti aku dah jadi seorg lelaki yg serba boleh skrg ni. Bukan xpernah, tapi dah berbuih dah mulut aku mintak kat mak ayah aku nak join abg aku pergi kelas2 tu. Tapi mcm biasa lah, the answer is always no, eventhough technically diorg x ckp ‘no’ tapi aku tau yg aku cuma mampu berharap tanpa dapat hasil.
Setiap kali cuti sem aku mesti ada niat nak pergi blajar apa2 skill. Aku pernah ckp dgn mak ayah aku, kalau xde duit xpelah. Aku sanggup guna duit simpanan aku. Yg aku mintak cuma keizinan dari diorg. Terfikir jugak nk pergi senyap2. Tapi aku percaya yg aku sgt perlukan restu diorg. Sampai skrg semua plan aku nak brush up skill aku semua xpernah mnjadi lagi. Ada je halangan dari parents aku. Mulut diorg dah kata dah bagi izin, tapi lepas tu mesti diorg ada buat apa2 plan utk halang plan aku (mungkin aku je yg rasa mcm ni).
Bukan jugak nak burukkan parents aku ke apa. Parents aku ni byk baik nya. Sgt baik2. Aku xboleh bygkan hidup aku kalau diorg dah xde nanti (semoga Allah SWT panjangkan usia mak ayah aku dan jugak korg yg mbaca ni. Amiin). Diorg lah nyawa aku. Aku tau diorg sayang aku semua adik beradik sama rata. Segala keperluan aku xpernah xcukup. Ayah aku sanggup berhabis duit belikan aku sesuatu utk kegunaan pembelajaran aku, mahal xpe janji berkualiti utk aku. Kalau aku ada masalah kesihatan, ayah aku sanggup take the first flight from sarawak utk jenguk aku. Kdg2 dia hantar mak aku jenguk aku. Pengajian aku pun, ayah aku tegah aku dari ambik PTPTN sbb ayah aku xnak aku belum ada pendapatan sendiri dah berhutang. Diorg sanggup tanggung kos pengajian aku totally sejak aku foundation lagi. Sbg anak lelaki, aku rasa bertanggungjawab utk senang kan diorg. Cuma pasal skills ni je yg aku xbrapa nak faham dan aku kecik ati sikit. Diorg ckp, aku perlu tau matlamat utama aku iaitu studies aku. Bukannya bakat yg x menjamin apa2 ni.
Jujur aku ckp, aku sgt cemburu tgk kwn aku ada byk skill. Ada yg boleh menyanyi, boleh berlakon, boleh main muzik, boleh bersukan. Aku nak jadikan diri aku lebih baik, nak jadi lelaki yg serba boleh. Nak fit in dikalangan member2 lelaki aku. And ikhlas jauh dari sudut hati aku, aku xde rasa dendam ke, marah ke, dekat parents and abg aku tu. Situasi diorg tu aku faham dan cuba utk faham walau hakikatnya tidak. Ada perkara yg parents kita buat, tapi kita sbg anak mmg xkan dpt faham selagi kita xrasa situasi diorg.
Kdg2 aku rasa adakah aku ni xlayak utk ada hobi. Waktu aku cuti sem pun mak ayah aku suruh aku buat early research pasal subjek2 aku yg bakal aku ambik sem depan. Mmg aku nampak kebaikan dari arahan diorg tu. Cuma bagi aku, time2 cuti mcm ni lah peluang yg aku boleh gunakan utk develop skills yg bukan academic. Kalau dah mula sem, sah2 lah aku xboleh buat sbb time tu aku dah kena fokus dgn study aku.
Setiap kali lepas solat, xpernah aku lupa doakan diorg. Aku selitkan doa supaya Allah lembutkan hati diorg. Aku sayang diorg sgt2. Diorg cuma ada satu je kat dunia ni. Xde ganti nya. Aku harap korg yg mbaca ni sudi lah mendoakan supaya aku jadi anak yg soleh kpd mereka, menjadi seorg anak yg diorg boleh banggakan di dunia dan akhirat.
Sekian saja panjang lebar aku. Aku lega dpt luahkan sesuatu yg terbuku lama di hati aku, sejak kecil lagi.
– Mamat Takde Skill
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment