Asalamualaikum, aku ucapkan terima kasih atas jasa baik admin andai confession aku dipost.
Nama aku Bella. Tujuan ak taip confession ni adalah untuk membuka mata dan minda wanita di luar sana supaya berpijak di bumi yg nyata. Kembalilah ke fitrah asal kalian.
Kisahnya macam ni, Si a ni aku kenal masa sekolah menengah lagi. Dia datang dari keluarga yang agak susah. Family broken! Ayah kat KL Mak kat Muar. Tapi apa yang aku nampak, si a ni selalu bercerita kemewahan hidup cerita dongeng dia. Berlagak tak sudah. Kawan memilih. Masa sekolah dulu dia ni kategori budak yang kurang pandai tapi famous sebab selalu bertukar-tukar lelaki angkut naik motor. Senang citer bandar kecil so pusing-pusing kat situ juga. Setiap lelaki yang bawa mesti kena ikut arahan jalan yang mana perlu lalu. Wajib! Dia ni pulak jenis manusia yang suka bercerita kat semua orang.
Nak jadikan cerita, habis SPM si a ni sambung belajar di satu university swasta. Kat sana hidup dia macam dah kena kejutan budaya. Makin mewah dengan harta dunia yang ditabur sugar daddy! Beli itu ini upload fb, pergi sana sini check in fb, Aku yang dengar and tengok pun mengucap panjang sebab tau keadaan economy family si a ni macam mana.
Masa cuti sem, si a ni balik kampung. Masa kat kampung ni dia ada makan kat satu kedai tepi jalan. Agak famous juga kat tanjung agas. Si a ni agaknya dah terpikat kat anak tokey kedai tu, habis di ushanya. Padahal budak yang diushanya tu adik dia satu sekolah dengan kitaorang. And yang paling aku rasa melampau, si a ni buat baik dengan adik dia semata-mata nak pikat abang dia yang kaya tu! Padahal masa sekolah dulu rapat pun tak jumpa selisih kat sekolah dulu just angkat kening je. Hahahaha.
Kucing kalau dah nampak ikan depan mata mana nak lepas! Hahaha. Mulalah episode ceritanya. Si lelakinya memang agak famous dengan gelaran playboy and diketogorikan sebagai jejaka kaya area muar. Bila si a ni dapat tackle abang dia, wah makin menjadi perangai. Hahaha. Abang dia ni jenis bertukar perempuan jugak! Jadi melayan habis la si a. Apa si a nak dia bagi and sampai bagi pakai kereta mini Cooper ke mana je. Senang cerita macam harta si a dibuatnya. Masa tu punya la berlagak si a ni. Kawan lama masa sekolah selisih kat kedai mamak langsung tak tegur. Punya la terbakar hati ni. Haha. Aku ambil pendekatan si a ni tak nampak aku. Sejukkan hati sendiri.
Okay, setahu aku sepanjang si a ni berkawan dengan lelaki tu, macam2 si a ni mintak! Tengok dari mata kasar macam mengikis! Jenis si a ni pulak suka tayang semua benda kat fb. Hahaha. Lagi la orang tau barang tu hasil dari mana. Si a ni pulak jenis keluar masuk hotel. Kadang aku yang tengok ni pun rasa kesian. Nak tegur, si a ni punya lah keras kepala berlagak! Dia mana boleh kena tegur. Fikir berlagak dia terus hilang rasa kesian. Tak silap aku, lelaki tu ada bukakan kedai aksesori perempuan untuk si a ni. Tapi dalam kedai tu ada jual juga barang skateboard dengan kasut. Tapi kedai tu tak lama. Tak sampai setahun. Mungkin takde orang kot. Entah lah. Aku pun tak Berani nak cakap. Tapi aku ada dengar jugak yang diorang ni gaduh besar angkara orang ke 3!
Sampai la suatu hari tu, si a ni bercerita ngan kitaorang yang lelaki ni berpaling tadah dengan sorang perempuan kerja kedai skateboard kat kota raya! Tu la punca gaduh and tutup kedai sebenar! Dalam hati aku terfikir, cantik sangat ke perempuan tu sedangkan si a ni seksi, agak cantik la jugak! Perasaan ingin tau tu membuak-buak sebab si a ni pernah jadi kawan aku dulu, so sikit sebanyak geram jugak bila tau ada perempuan cuba robohkan hubungan orang walaupun aku x suka perangai si a ni.
Fikir punya fikir, perasaan kesian kat si a ni membuak-buak! Mana tak nya, tengok si a ni dah mcm meroyan. Pada mulanya aku niat memang nak bantu dia. So aku mula lah menyelidik dari sumber yang aku dapat. Dunia sekarang di hujung jari. Klik je semua keluar. Hahahaha. Selidik punya selidik, aku jumpa fb perempuan ni! Terdiam aku tengok profile picture dia. Ya allah, patut la lelaki tu berubah hati. Memang cantik perempuannya. Ayu je bertudung. Comel! Aku punya la curious nak tengok face to face perempuan tu sanggup drive dari muar ke tempat ni yang makan masa sejam! Hahahah. Cari punya cari akhirnya jumpa kedai skateboard tu. Memang cantik perempuan tu. Aku perempuan, tengok dia pun rasa tergugat hati. Lembut bercakap. Sejuk hati orang yang memandang la senang citer bila tengok dia. Tapi aku pelik, dengan perwatakkan dia macam tu, kenapa dia kerja kedai skateboard??
Esoknya kebetulan public holiday. So aku pergi lagi tempat kerja perempuan tu menyamar jadi customer. Memandangkan si a ni punya tempat kerja memang dekat sangat ngan tempat kerja perempuan tu so aku decide nak jumpa si a sekali. Si a ni bekerja as a telephone operator kat sebuah hotel. Aku dtg masa tu dah lewat petang. Sempat la aku berborak dgn perempuan tu sambil bertukar contact number konon nanti kalau nak beli barang senang. Hahaha. Aku akui walaupun sekejap aku berkenalan dengan perempuan tu, hati aku tercuit, mungkin perempuan jenis macam ni lelaki sebenarnya nak berkawan buat peneman hidup. Sangat sopan dan pandai bawa diri.
Lepas aku jumpa perempuan tu, aku jumpa pulak si a ni. Lepak sesama memandangkan si a ni ada rehat sejam. Aku konon-konon macam tak jumpa perempuan tu, so aku tanya lah tentang perempuan tu. Si a ni bercerita segala buruk tentang perempuan tu. Semuanya! Aku mcm dah terkejut sebab walaupun sekejap aku jumpa perempuan tu aku dapat rasa apa yang si a ni cerita berbeza tentang dia! Dan dari situ mula aku berniat nak kenal and buat perempuan tu jadi kawan dalam diam!
Start dari hari tu kalau cuti aku akan ke melaka, ke kedai perempuan tu. Dari situ aku mula kenal dia. fyi, perempuan ni pemegang degree holder islamic banking and finance. Bukan calang-calang orang ye. Dia kerja kat kedai tu sebab tunggu turn kemasukkan kerja di salah satu bank terkemuka di malaysia! Ye, aku respect habis kat dia. Dengan perwatakan dia yang humble, buat aku selesa berkawan dengan dia. Dia sangat baik! Sepanjang aku kenal dia, Dia bukan jenis melayan mcm si a! Dari situ aku nampak kebaikkan dan apa special nya dia. Segala percakapan, tingkah laku dia mempersona. Dia jarang fikir negative. Pada dia semua org baik. Aku makin selesa berkawan dgn dia. Byk benda yg aku belajar dari dia termasuk memasak walaupun masa tu dia pakai hp cikai, dia tetap bagi resepi guna sms. Asam pedas dia power gila! Aku ingat tu sampai mati. Terima kasih kawan walaupun pada mulanya aku tak suka kau!
Berbalik pada si a, dia meroyan tak habis. Habis diburukkan si a pada semua orang. Bagi aku tu kejam. Sangat kejam! Fitnah orang adalah satu dosa besar. Sampai satu tahap aku sound si a ni suruh dia cermin diri sebelum bercakap buruk tentang orang. Sejak dari hari itu, aku dah tak rapat lagi dengan si a. Aku rasa mcm dipergunakan untuk kepentingan diri dia.
Sampai la sekarang si a ni berdendam dengan perempuan tu. Walaupun si a ni dah bertunang dan perempuan tu dah berumah tangga dengan lelaki tu, si a ni masih tabur fitnah pada perempuan tu.
Aku tengok, perempuan tu dah hidup bahagia, happy sentiasa. Babe, kalau kau terbaca, aku mintak maaf. Aku cuma nak perempuan kat sana jadi mcm kau. Beauty with brain! Jangan memperbodohkan diri demi lelaki. Gadai maruah demi kepentingan diri. Jadilah perempuan yang tahu jaga maruah diri. Tutup aurat. Jaga bahasa dan tingkah laku. Tu semua sangat penting. Lelaki kat luar sana setakat nak buat geli-geli je perempuan yang seksi bagai ni. Kalau nak buat peneman hidup dia akan cari yang betul-betul. Yang boleh jaga diri supaya boleh sama-sama bimbing mereka ke syurga.
– Bella
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment