Thursday, 29 December 2016

Office Survivor

PengakuanKu

Assalamualaikum semua. Tujuan aku tulis confession ni adalah sebab aku perlukan doa korang. Aku dan kawan2 aku kat tempat kerja aku sekarang ni semua nak cari kerja lain, tapi ekonomi sekarang ni agak teruk. Kitorang tak berani nak quit sebelum confirm dapat kerja lain sebab masing-masing ada komitmen, hutang, etc. Kami still perlu gaji bulanan tu. Gaji kat company ni bolehla cukup-cukup makan duduk kat tengah bandaraya ni, tapi mental torture tu yang tak tahan.

Firstly, aku nak cerita background company tempat kerja aku ni. Company ni acah-acah Islamic tapi sebenarnya semua bos-bos cina. Investment pun banyak juta-juta. Aku ada dengar khabar angin yang salah sorang investor ni ketua triad, tapi takde bukti. Awal-awal lagi aku dah suspect yang business diorang ni sebenarnya money laundering tahap global, tapi aku cuma kerani cabuk je, memang susah la aku nak korek bukti. Ada jugak beberapa orang politik Dato’2 yang jadi investor, tapi aku takleh leak siapa, nanti takut orang boleh trace aku. Hehe.. Yang aku nampak, sales tak banyak, tapi budget boleh tahan banyak.

Culture kat sini pulak pelik semacam. Ni first job aku, aku fresh grad engineering, jadi aku tak banyak pengalaman sangat selain dari praktikal & kerja part time. Setakat aku kerja sebelum ni kalau aku banyak bagi input, banyak buat kerja, orang akan appreciate sangat. Jadi aku makin la berkobar-kobar nak buat yang terbaik. Tak macam kat sini. Kalau rajin sikit orang tolak kerja kat kau, idea orang curi, bila kau bukak mulut nak bagi idea orang buat taktau je. Yang aku maksudkan kat sini orang atasan la. Dalam company ni, kalau tak pandai main politik, kau akan stay jadi kerani cabuk hari-hari bersihkan taik yang orang lain buat.

Ok, enough introduction. Sekarang ni aku nak cerita 1-1 case by case basis. Cerita no 1 pasal kawan aku Bella. Dia kerja department lain dengan aku, tapi aku jadi rapat dengan dia sebab rumah kitorang dekat. Dia ni sangat rajin. Kalau buat kerja memang tak angkat muka tengok benda lain. Aku usik pun dia buat taktau je. Dalam department dia jugak ada sorang budak fresh grad, aku bagi nama Abu aka Jebon. Jebon ni jenis stylish, bajet hensem, berlagak. Aku rasa dia tak pernah fail seumur hidup dia, mesti smooth je. Dia pandang aku macam sampah lepas dia dapat tau aku repeat diploma. Kahkah. Aku tak layan sangat Jebon ni. Ada lagi 6 orang lain – Cindy & Darren (Diorang ni cute couple dari zaman universiti, sangat baik), Elise & Guna (Foreigner, sangat terer dalam field diorang, tapi pelik tak dapat jadi Senior. Elise ada PhD, Guna Masters), Ah Hong & Ken (Ken dapat pangkat Senior. Ah Hong ni jenis pendiam) & Boss Besar diorang semua aku bagi nama Fiona.

Fiona ni masa awal-awal Bella masuk dia ok je dengan Bella. Tapi lepas 3-4 bulan Bella ni masuk dia jadi pelik. Semua benda Bella buat semua tak kena kat mata dia. Masa ni sepatutnya Bella dah boleh dapat permanent & dapat naik gaji sikit, tapi end up dia tak dapat sebab Fiona tak puas hati dengan performance review dia. Dia pun pelik la. Dia ingatkan Ken yang buruk-burukkan dia depan Fiona, sebab Ken nampak macam gila kuasa sikit. Tapi kalau fikir balik, Ken ni takde motif nak jatuhkan Bella sebab dia dah pangkat Senior. Bella pun memang tak cukup skill nak caras kedudukan dia. Lama-lama Cindy bagitau dia yang sebenarnya Jebon la yang cucuk2 Fiona fitnah Bella macam-macam. Jebon ni memang selalu pandang rendah kat Bella pun sebab aku admit la, Bella ni one-track mind. Rajin-rajin dia, dia still blur sikit kadang-kadang. Cara Cindy cakap kat Bella camni, “Kenapa U still baik dengan dia sedangkan U dah tau dia buat U macam mana?”.

Cindy & Darren ni masa awal diorang masuk, diorang rapat dengan Jebon sebab Jebon pun agak baru masuk masa tu, takde geng lagi. Jadi Jebon open sikit dengan diorang ni. Memang pecah rahsia la dia yang sebenarnya tikam belakang Bella. Lama-lama Cindy & Darren ni dah bosan dengan perangai bajet bagus dia, so diorang dah jarang lunch dengan Jebon. Jebon ni lagi la dengki sebab dia ingat Bella yang hasut Cindy ni.. So tu la motif sebenar Jebon nak bagi Bella kena terminate. Aku harap sangat la korang doakan Bella ni dapat kerja lain yang better. Dia ni budak baik. Aku pun memang tak boleh la kalau orang kacau kawan aku ni. Kalau ofis ni sekolah dah lama aku sepak2 je Jebon ni.

Ending cerita no 1 ni last2 Cindy & Darren dapat kerja lain yang better, jadi diorang dah quit. Bella still tengah apply kerja & attend interview, tengah berharap dapat kerja lain sebelum keadaan jadi lagi teruk. Jebon dah dapat girlfriend, budak intern kat department aku yang boleh tahan gediknya. Bagi aku, they deserve each other. Gaji Jebon boleh tahan tinggi woo. Jangan main dengan kaki kipas.

Cerita no 2 pasal department aku. Aku dah 8 bulan kerja company ni. Masa awal-awal aku masuk dulu, aku selalu buat kerja dengan Yati. Dia ni foreigner, tapi dah lama study & duduk Malaysia. Cakap melayu fasih. Aku suka team dengan Yati ni sebab dia melengkapi aku. Apa-apa aku tak boleh buat, dia buat, yang dia tak reti, aku tau. Yati ni jadi mangsa orang tolak kerja kat dia sebab dia terlalu capable. Aku kesian gila kat dia. Bos-bos semua langsung tak nampak kerja yang dia buat. Dia ni ada masalah dengan visa dia. Sepatutnya HR la yang kena setel, tapi tak lepas2 sampai 6 bulan dia kerja. Tak tau la Bos HR nama Lucy (aka Lucifer) tu buat kerja ke tak.

So, sebab visa dia dah nak expired, Yati ni terpaksa la buat visa sendiri. Beribu dia kena bayar agent. Gaji dia pulak sikit je, sama banyak dengan gaji aku yang fresh grad lari bidang ni. Dia pun terpaksa la buat keputusan, dia nak nego gaji. Dia nego sama banyak dengan gaji lagi sorang fresh grad kat company ni yang buat kerja tak cekap mana pun. Gaji banyak sebab kroni. Dia bagitau la dekat direct boss kitorang, Sally. Dia bagi kata dua, kalau gaji dia xnaik, dia quit. Sally ni pun bawak dia jumpa Lucy kat bilik meeting. Dalam bilik meeting ni, Lucy jerit maki dia macam-macam. Sally langsung tak backup dia. Walaupun dia dah cakap job scope dia jauh lagi banyak dari gaji yang dia dapat, Lucy cuma bagi dia naik RM200. Memang tak berbaloi dengan dia bayar visa ribu-ribu. Dia cakap je terus dia nak quit 24 hours notice. Baru kelam-kabut si bengap 2 ekor tu. Diorang mintak Yati quit lagi sebulan. Yati cakap 2 minggu maximum. Dapat agak la dalam 2 minggu last ni Sally kerah Yati suruh settlekan semua benda. Hari last Yati, Lucy baru nak bagitau Yati yang dia boleh bagi gaji yang Yati nak tu. Too late bebeh..

Sejak Yati takde, department aku start kucar-kacir sikit. Aku pun dah tak nak la buat kerja melebih-lebih. Buat sekadar yang orang lain kat sini mampu je. Tak payah la nak superwoman sangat buat macam team aku dengan Yati dulu. Ada beberapa orang baru masuk department aku. Yang paling aku nak buat example, Minah. Dia ni dari rival company. Gaji boleh tahan tinggi la. Cakap besar, bajet terer, tapi tin kosong. Kadang-kadang aku hangin jugak la dengan dia, tapi at least dia baik sikit la, tak backstab orang macam Jebon. Dia ni kesayangan boss. Kononnya sebab boleh ambik tips dari rival company la. Ada boss kesah dia tak reti buat function excel? Takpe, sebab kerani cabuk (aku) ada boleh tolong buat.. Hehe.. Korang nampak kan style company ni camne?

Kemuncaknya satu masa ni boss-boss department aku beramai-ramai quit dalam masa yang singkat. Sally quit, tapi aku tak peduli sangat dengan dia sebab dia bermuka-muka. Nak kata cekap kerja pun tak. Yang aku ralat boss besar aku Eric pun quit. Eric ni dah tua, jadi idea-idea dia kolot sikit. Tapi aku hormat dia. Sebab department aku dah takde boss langsung, boss department lain, Quentin, take over department aku. Jadi Quentin jaga 2 department sekarang. Aku menyampah dengan Quentin ni. Dia kelam kabut. Panggil meeting last minute. Kadang-kadang dah pukul 6 orang bersiap nak balik baru nak panggil meeting. Lepas tu meeting pun tak mencapai objective. Balik-balik dia cakap sorang-sorang kat depan macam lecturer. Kalau Eric dulu, aku angkat tangan nak cakap pun dia dengar. Dengan Quentin ni, makin la aku jadi kerani cabuk, langsung tak diberi peluang untuk bukak mulut.

Banyak lagi aku nak cerita pasal company ni, dengan perangai boss-boss yang pelik-pelik, semua menjatuhkan sesama sendiri. Ingat boleh naik jadi CEO ke? Tapi aku rasa dah panjang sangat pulak. Aku cuma nak diri aku & kawan-kawan aku dapat better offer kat company lain je. Jadi doakan la kami semua. Kalau ada sesiapa yang ada job kosong kat company korang, mintak sharing sikit ye. Boleh la kitorang drop resume. Ramai yang tengah cari kerja ni. IT, engineering, design, education, semua ada.. Maklum la kitorang ni pakai rembat je job apa yang dapat dulu, dah tak peduli kelulusan apa. Ramai dah lari bidang. Ok, sekian. Wasalam..

– Kerani Degree Fancy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.