Tuesday, 27 December 2016

Kawanku Housemateku

PengakuanKu

Assalamualaikum.. Sebelum tu, thanks admin sekiranya post aku punya confession ni. Ni kali pertama aku confess kat sini. Maaf lah kalau bahasanya agak berterabur. Cuma aku harap readers semuanya faham lah apa yang aku nak cerita kat sini. Apa yang aku nak cerita ni adalah untuk bagi pengajaran dan pedoman bukan untuk memburukkan. Aku mintak sesiapa bakal penyewa atau yang tengah menyewa tu take note la isi2 penting kat sini. Cerita ni dah lama tapi aku peram sebelum diluahkan kat sini. Sebelum ni aku tak tahu nak mengadu pada siapa selain Allah. Baru ni aku jumpa page ni so aku rasa this is the best medium to confess.

Aku N, aku dulu masa degree duduk menyewa dengan kawan baik aku yang aku kenal sejak diploma. Kami memang rapat lah dulu. Pergi aktiviti sama2 mana2 je pergi bersama lah senang cerita. So masa degree kami ditakdirkan duduk luar kampus, so kami decide nak menyewa rumah dekat dengan kampus so senang lah kami nak ke kelas memandangkan kami takde transport. So di sinilah ceritanya bermula.

Rumah yang kami sewa tu 2 tingkat. Dua bilik tidur dua bilik air. Ada meja study kat tingkat bawah. So most of the time kami duduk kat meja study tu lah nak buat kerja ke apa. Kira untuk lepak2 lah pasal meja study tu dekat ruang tamu. Ruang tamu tu pulak walaupun sekangkang kera tapi best la lepak sebab kat situ sejuk. So masa awal2 duduk sana aku okay la, macam takde apa2 masalah sangat. Tapi dah lama2 menyewa situ barulah aku dapat tau yang housemate aku ni pemalas yang amat. Kat sini aku cerita apa yang berlaku di rumah sewa je okay, yang hal luar aku takde kait. Diorang memang baik, tapi bab jaga rumah ni je kureng sikit.

Okay, sepanjang aku duk situ, aku je la yang selalu sapu sampah, basuh bilik air, kemas dapur, buang plastic sampah, kemas bilik tidur, kemas laman bagai. Sebenarnya aku tak kesah pun buat kerja tu sebab aku da biasa kat rumah tolong mak ape kan. Tapi korang bengang tak kalau tengok rambut bergumpal2 kat sini sana nak jalan pun boleh rasa semak. Aishh memang aku semak lah. Kalau aku tak ambik penyapu, memang sebulan lah ruang tamu tak bersapu. Serius. Aku pernah nak biarkan dulu rambut2 serta habuk semua tu bermaharajalela kat lantai tapi makin dibiarkan makin banyak. Haha menyirap gak la aku je yang bersihkan rumah ape kat sini aku sorang je ke yang duduk? Rambut tu, aku sorang je yang ada rambut? Dah la kalau nak keluar kemain lama bersiap tau nak lawa. Lalu aku bersihkan hati ikhlaskan diri bersihkan rumah. Susah sebenarnya nak tabahkan hati tapi bila dah lama2 aku positif je la. Tak bersih rumah, tak tenang hati aku nak study ke apa.

Bab dapur pun, penuh jugak dengan rambut berterbangan kat lantai. Dapur tu kecil je. Alah kalau sapu tu 3 minit je boleh siap tapi yang aku geram susah no nak tengok orang sapu kat dapur ni. Kalau periuk or kuali lepas masak pun kadang tak tolong basuh. Memangla aku yang guna untuk masak. Tapi masak tu bukan untuk perut aku je tau. Untuk makan sama2 jugak. Dah aku sediakan makanan tu ko tolong la cuci periuk kuali tu. Bukannya aku bagi sedebok pinggan mangkuk pun. Sinki tu kita tengok dah berlumut buat derk je. Aku syak diorang rabun barangkali.

Dekat penjuru dapur tu ada mesin basuh manual. Manual means kita kena perah baju sendiri pakai paip dekat tandas yang disambungkan pada mesin. Bab tu aku no hal tapi yang aku hangin tu kalau lepas basuh baju diorang macam tak reti nak lap/mop lantai dapur yang basah dek air paip merecik dari mesin basuh tu. Kondisi getah paip memang agak uzur sebab dah pecah. Tapi ko kena bijak la nak guna paip tu macam mana. Ada cara dia taknak bagi air merecik banyak jatuh kat lantai pastu basah satu dapur. Kalau macam aku, aku bukak air slow. Lantai memang basah jugak tapi kurang la. Yang dia ni bukak air besar dah tu tak reti nak mop lantai yang banjir tu. Memang aku marah la bila kaki kotor pijak lantai basah dah kotor lantai tu pastu melekit. Air bawah mesin basuh lak meladung2 sampai busuk. Arghh stress aku. Aku tegur jugak air bawah mesin ni buang2 la tapi kata2 aku hanya disambut hambar oleh angin lalu. Hmm.

Banyak kali situasi sama berlaku. Aku malas nak tegur lebih2 sebab tengah marah kang ada yang makan hati. Hati perempuan macam mana kan, tisu lebih. Aku sebelum ni pernah je membebel sebab rumah bersepah. Botol2 air yang kosong 2 kotak tapi tak dibuang. Meja makan tak kemas. Sampah tak buang. Tapi apa yang aku perasan situasi krikk krikk berlaku di mana semua orang senyap tak berkutik apa seolah2 kami orang asing. Aku macam, ‘kenapa camni dowh?’. Dia macam kau ada lakukan satu kesalahan besar lalu tidak dilayan orang. Aku tak rasa ia normal sebab aku kenal kawan aku macam mana. Aku sangat tak senang dengan keadaan macam tu so aku naik bilik buat kerja sorang2 tenang la sikit. So balik pada lantai dapur tadi, aku pun tolong la mop air mesin dengan akur.

Buang sampah kat luar tu aku dah anggap part time job aku dah. Aku serius tak kesah buang sampah tu sebab bau busuk dia menusuk ke hidung aku bak perfume Dexandra versi busuk. Dia bau kuat tapi busuk haa ko. Dalam seminggu biasa 2 kali buang bergantung pada isi perut tong sampah. Aku okay je mula2. Tapi bila da selalu buang aku macam diambil kesempatan oleh diorang. Bagi diorang, ‘takpe nanti ada la yang hangkut keluar sampah tu’. Aku memang hangin perangai sorang2. Aku pun buat sesuatu plan, aku nak biar je tong sampah tu penuh, aku nak tengok ada tak manusia yang keluar buang sampah. Hari berganti hari, isi perut tong makin penuh. Meluak keluar. Takde wehh!!! Betul la, memang aku ni dipergunakan je. Ada tu sampai mengundang jemaah ulat di dapur. Terkinja2 mereka melompat seolah2 gembira dengan suasana yang wangi di situ. Aku hampir nak terpijak weyy. Aku ape lagi, capai tudung keluar rumah lempar sampah kat tong luar. Setel. Tong sampah besar tu letaknya dekat jalan keluar taman perumahan kami je. Nak pergi kelas lalu situ. Nak ke kedai lalu situ. Kira tempat strategic dah tu. Ada jugak masa2 yang aku buli diorang. Aku hulur plastic sampah masa diorang da siap2 nak gi kelas. “Adik manis, tolong buang sekali ya,” pesan aku sambil senyum. ‘Memang nak kena bersuruh dulu ea baru nak buang?’

Bilik air pulak kami kongsi 5 orang. Dinding dan lantai berlumut aku tak kisah sangat. Kalau aku rajin, aku sental la. Lubang tandas pun aku berus. Entah la aku geli kalau tengok kotor. Lagi2 kalau ada sisa2 kek tercicir kat dalam tu. Belum lagi bungkusan putih di parking kat sini sana huhu. Aku pejam je la mata buat2 tak nampak. Plastic letak benda kotor pun aku yang kutip buang. Takut aku simpan lama2 dalam rumah ni. Kita pun tau kan ‘benda’ tu suka benda kotor. You know what I mean.

Aku rasa ni je kot. Nak cerita panjang2 takut orang tak nak baca. Aku sebenarnya okay je dengan kawan2 aku. Sikap diorang, memang baik. Tapi bab penjagaan rumah sewa, diorang fail. Lagi satu masalah, aku ni selalu je diketepikan. Ada certain topics yang aku takleh nak go on, diorang borak sesame diorang je. Contoh macam topic lelaki, impian masa depan yang serupa budak2. Lepas tu, kalau nak pergi mana2 aku dibelakangkan. Kalau dah habis kelas, aku sedar2 diorang dah lesap hilang entah ke mana. Kalau time makan, aku tak dipelawa. Sedih weh.

Bila fikir balik, sebab aku dipelawa sewa situ adalah untuk nak cukupkan kuota je bukan sebab aku ni kawan diorang. Kalau kawan tak buat macam ni. Aku memang makan hati jugak tapi aku tahan je. Ada sampai satu tahap aku menangis sebab terlalu marah akan hal rumah, hal kawan. Aku ngadu dekat kawan sekolah dulu, dia cakap sabar sabar, tak lama dah nak habis belajar. Aku pun sabar la dan abaikan perasaan marah, sedih, meluat dan kecil hati tu memandangkan aku banyak lagi kerja nak kena buat/study. Lecturer kami dah la jenis bagi homework sebeban huhu. Aku malas nak gaduh sebab kat kelas muka ni jugak, nak tidur muka ni jugak.

Kalau ikutkan, setahun lebih aku duduk situ tebalkan hati. Sem akhir kami diberi peluang menyewa dekat kolej. Alhamdulillah, sedikit tenang bila dapat bilik berasingan. Hati pun tak nanah sangat. Dapat juga kenalan baru. Akhir sem ni pula kita memang kalut nak fokus fyp. So aku jumpa diorang dekat kelas je la. Kat kolej, lagi lah aku ditinggalkan, nak pergi mana2 tak ajak. Tak update pun. Aku tak kisah sebab dah biasa pergi mana2 sorang diri. Sikit sebanyak ada la terasa, kawan dari diploma kut buat ceni bukan baru kenal seminggu dua. Arghhh biar jela aku buat2 cool je. Aku perati je la perangai sorang2 sampaila kami da habis belajar. Alhamdulillah, aku berjaya tamatkan degree ni.

Aku ingat aku nak tamatkan confession dah tadi tapi terpanjang lak haha. Ni tak lama lagi aku akan duduk menyewa jauh dari family. Satu perkara yang aku bimbang perangai housemate lah. Aku harap bakal housemate aku semuanya okay, baik2 dan bertanggungjawab dengan kebersihan rumah. Aku ni bukannya pengemas sangat cuma tak suka tengok keadaan kotor. Takde guna kalau kat luar cantik merelip relip dalam rumah macam tongkang pecah. Aku kalau boleh taknak dah jumpa spesies macam ni. Serik.

Sekian,
N -Aku yang disakiti-

– N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.