Thursday, 29 December 2016

Rumah Atau Tangga

PengakuanKu

Bila baca tajuk di atas mesti korang dah boleh agak apa yg aku nak tulis. Ada kawan aku yang pernah tanya soalan ni kat aku. Harini aku sekadar nak berkongsi pengalaman yang aku alami sendiri.

Dulu masa belajar aku dah pasang angan-angan dan membayangkan lepas habis belajar mesti aku akan dapat kerja , then kawen,beli kereta,rumah dan lain-lain. Aku plan nak kawen masa belajar macam ramai kawan-kawan sekeliling aku. Tapi itu hanya perancangan je. Bila parents kami macam tak galakkan dan suruh kami fokus kepada belajar dan bina kerjaya lepas tu baru boleh fikir soal kahwin.
Kami ikut je sebab redha Allah kan terletak dekat redha parents juga. Lepas kami dua-dua berjaya graduated, kami pun terus mencari kerja. Masa sekarang ni bukan senang nak dapat kerja tak macam yang kami fikirkan masa belajar dulu. Inilah alam realiti yang terpaksa ditempuh oleh lepasan ijazah. So, kami struggle apply kerja di pelbagai tempat. Aku hantar resume di merata arah, di negeri semua pelusuk negeri. Alhamdullilah setelah menempuh hampir sepuluh temuduga akhirnya ada satu company yang sudi ambil aku berkerja di negeri kelahiran ku. Dalam masa yang sama, tunang aku pun dapat kerja di negeri kelahirannya. Kami pun mulakan kehidupan baru sebagai pekerja pula. Perancangan kahwin pun mula dibincangkan tetapi kita hanya merancang, namun Allah yang menentukan. Mungkin jodoh kami tidak panjang. Terdapat satu isu yang kami tidak berjaya mencari jalan penyelesaian dan dia belum cukup bersedia. Faktor ini menyebabkan kami tidak boleh meneruskan lagi hubungan ini dan buat haluan masing-masing. Sedih jangan cakap la, tapi aku cuba kuatkan diri aku untuk tempuh juga. Beberapa bulan selepas itu aku dapat tahu ex-tunang aku tu akan melangsungkan perkahwinan. Pergh, rasa dia macam kena langgar dengan bullet train wei. Tapi aku buat relax je. Control cool je. Allah kan ada. Hari-hari mendatang aku tempuh dengan fokus kepada kerjaya, luangkan masa dengan family dan sibukkan diri dengan Jemaah yang aku sertai. Orang sekeliling aku mula la nak kenalkan aku dengan kawan-kawan perempuan diorg dan adik perempuan diorg..tapi aku terpaksa tolak dengan baik sebab aku rasa aku belum bersedia untuk mulakan kembali.

Alhamdulillah, dalam masa sama sebenarnya duit simpanan aku mula bertambah sebab aku niatkan nak kumpul duit tersebut untuk belanja kahwin. Memandangkan aku pun belum bersedia nak kahwin, aku merancang untuk melaburkan duit tersebut. Aku pernah apply sebuah rumah yang available di samping harganya yang reasonable. Aku anggap ini satu peluang yang terbaik dan tak boleh dilepaskan. Maka bermula lah langkah aku untuk misi mendapatkan kunci rumah tersebut. Aku mula apply loan dengan bank, berurusan dengan peguam dan pemaju perumahan dan process yang memakan masa hampir 6 bulan itu berhasil apabila aku berjaya mengenggam kunci rumah sendiri pada bulan Sept yang lalu. Walaupun gaji aku tak beberapa tinggi tapi Alhamdulillah duit simpanan yang aku simpan semasa kecil dan ditambah dengan duit yang aku kumpul dengan gaji mampu digunakan untuk bayar downpayment rumah, duit peguam, duit pasang air & eletrik dan lain-lain. Sekarang ni, aku masih tengah sibuk menghias rumah sikit-sikit.  Mungkin ini berkat aku amalkan solat duha sebelum masuk office setiap hari,pemberian duit bulanan untuk parent aku dan infaq aku untuk jemmah yang aku join.

Selang beberapa hari selepas aku dapat kunci rumah, ada seorang kawan lama aku yang tanya status aku. Aku pun cakap aku masih single. Dia nak sangat kenalkan aku dengan seseorang. Selepas aku fikir panjang, bincang dengan parent dan solat istikharah, aku yakin dan beranikan langkah untuk memikirkan masa depan aku pulak. Aku proceed. Alhamdulilah aku dapat feedback positif dari dia, parent aku dan parent dia. Aku harap urusan aku dipermudahkan dan diberkati Allah. InsyaAllah kalau tiada aral kami akan disatukan pada hujung suku pertama tahun hadapan. Doakan agar hubungan kami bahagia sampai syurga.
Berbalik kepada tajuk cerita aku, tiada spesifik jawapan mana yang perlu didahulukan kerana bergantung kepada keadaan korang. Kalau jodoh datang dulu, maka ko kahwin la dulu dan sama-sama la dengan pasangan kau beli atau bina rumah korang nanti. Kalau rezeki rumah korang datang dulu, maka dahulu kan lah beli rumah mengikut kemampuan korang kerana sekurang-kurangnya korang ada aset dan pelaburan untuk masa depan. Apabila korang dah kahwin nanti, tak perlu la korang sibuk-sibuk nak mencari rumah sewa. Yang penting binalah rumah tangga di rumah sendiri (beli/sewa). Setiap pilihan pasti ada pros dan cons. So, fikir lah mana yang terbaik.

Sedikit points yang aku nak ingatkan untuk diri sendiri dan mungkin benefits yang korang bleh follow. Antaranya:-

1) Jangan sekali-kali lupa/leka dengan rezeki yang dikurniakan. Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Sebab kalau bersyukur mesti Allah akan tambah. So, lazimi solat duha agar rezeki korang dipermudahkkan dan sebagai tanda kita bersyukur .

2) Banyakkan bersedekah dan keluarkan zakat. Dalam rezeki kita tu ada jugak portion orang lain. Duit bulanan untuk parent tu jangan lupa. Kalau tak mampu bagi banyak, bagi sikit pun tak pe sebab ada keberkatan yang korang akan nampak nanti.

3) Kalau korang putus cinta atau kehilangan sesuatu. Mohon bersabar dan move on cepat. Yakinlah Allah akan bagi yang lebih baik kat korang. Kena ingat, kadang2 Allah tak bagi apa yang kita nak, sebab dia bagi apa yang kita perlu. Korang perlu libatkan diri korang dengan aktiviti yang berfaedah untuk elakkan korang fikirkan kenangan silam. Join Jemaah ke, NGO ke, or etc.

4) Konsep menabung dan berjimat cermat tu sangat perlu dalam zaman krisis ekonomi sekarang ni. So, starting from now, kita kena start menabung dan didiklah anak-anak kita menabung sebab satu hari nanti kita akan nampak keperluan duit simpanan tersebut.

5) Perancangan hidup tu perlu, so memandangkan tahun 2016 tinggal beberapa hari je, dan akan muncul tahun 2017, maka rancanglah yang terbaik untuk tahun 2017. Perancangan korang jugak perlu spesifik disertakan dengan plan of action. Dan paling penting sekali setiap plan perlu dengan tindakan. Lastly, baru tawakal.

Thanks admin sebab shared tulisan ini. Tulisan ni bukan nk cakap aku bagus atau nak menunjuk-nunjuk apa yang aku ada, sekadar nak berkongsi sedikit pengalaman dengan korang. Yang baik tu korang ambil yang buruk tu korang abaikan je. Semoga kita semua dipermudahkan dalam segala urusan dunia dan akhirat .

#IniPenyelesaianKita
#IstiqomahHinggaKemenangan

Bro Sabar

– Bro Sabar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.