Assalamualaikum,.
Terima kasih admin kalau postkan confession aku ni .
First of all , biarla aku memperkenalkan diri aku dulu . Nama aku cici dan aku bukanlah student iium pun . Aku just peminat tegar page ni je . Everyday aku bukak tauu ! Aku hanyalah seorang perempuan biasa yang akan menghadap spm tahun depan . Aku anak ke tiga daripada enam orang adik beradik . Ibu aku bekerja sebagai nurse dan bapa aku pula bekerja sebagai pemandu je .
Nak dijadikan cerita , adik beradik aku yang first dan second adalah perempuan . Kakak first aku tu dah kahwin , abang ipar dan anak mereka dua orang tinggal di rumah bapa aku . Kakak second aku dah bekerja . Yang adik adik aku pula still student , sekolah menengah dan sekolah rendah ..
Sebenarnya aku nak cerita yang kakak first aku tu , dia takda kerja , hanyalah business kecil-kecilan je . Jadi dia ada dirumah sepenuh masa dan anak anak dia akan dihantar di rumah pengasuh setiap hari isnin hingga sabtu . Jadi sepanjang aku dirumah ni , waktu cuti , aku yang cuci baju , sidai baju , lipat baju , masak , mop rumah , sapu rumah dan semua house chores aku yang buat . Kau bayangkan aku yang student ni next year akan hadap spm nak buat semua kerja rumah tu . Gile wehh!! Dia buat apa? Duduk dengan laki dia 24 jam dalam bilik je . Bukan aku tak puas hati atau apa , tapi aku ni pun ada perasaan weh , aku pun letih jugak buat semua tu . Aku bukan robot , atleast tolong la cuci pinggan mangkuk ke , sapu rumah ke , kemas rumah ke .
Kakak aku ni pelik sikit , dia simpan baju dia lama-lama dalam bilik lepastu tengahhari waktu nak makan dia pergi cuci baju tu sekaligus , lepas tu cakap “ada baju sebakul lagi belom sidai , tolong sidaikan” mak aihh!! Geram aku . Dahla baju dia , penuh sebakul , tengahari pulak tu . Kau ingat ada ke orang nak sidai baju tengahari buta macam ni . Senang senang je suruh aku sidai . Kalau aku taknak nanti kena marah bagai , kena maki .
Since mak aku kerja ada shift , kalau mak aku ada dirumah , baru terhegeh-hegeh cuci pinggan , masak , kemas rumah . Kalau mak takde? Hampehh!!
Aku pernah gak try bagitau mak pasal benda ni , tapi mak aku cakap sabar je . Tapi since menjadi-jadi kakak aku punya perangai dia yang tak pandai nak tolong tu , aku try lagi bagitau mak , tapi mak aku marah aku wehh!! Mak aku marah kau tau . Aku dah bagus dah tolong buat semua house chores , tapi kakak aku yang perangai macam tu jugak disayang , di bela , di back up . Aku pun tak faham . Menyampah
Lain pulak cerita kalau anak dia takde orang jaga , pengasuh dia mintak off , aku la yang paksa jaga anak dia . Kadang-kadang waktu malam dia pergi berjalan-jalan dengan laki dia , anak dua orang tinggal dengan aku . Pandainye diaaaaa~ anak meragam tak tentu pasal cari mak , tapi mak dia enjoy tak hengat duniaa!!
Lepastu kalau anak dia nangis-nangis , dia mesti marah or tengkinf . Tak kesah depan laki or mak aku . Kalau laki dia lambat sikit tolong ambilkan barang yang dia suruh ambil , mesti dia marah . Laki dia tunduk je . Kesian laki dia . Aku peratikan je . Budak-budak biasalakan , perlukan perhatian , kasih sayang , tapi ni tak , dia tengkingkan . Saya sebagai aunty budak tu pun rasa kesian kadang-kadang .
Kau bayangkan , aku baru je nak masuk 17 tahun beb next year . Bayangkan kalau lepas spm , aku plan taknak kerja sementara ..kalau tak kerja alamatnya , aku la orabg gaji yang tak bergaji dalam rumah ni . Aku taknak weh tenaga aku habiskan untuk family orang lain . Kalau untuk family aku , adik adik aku , mak bapak aku takpe jugak . So , apa patut aku buat untuk bagi tunjuk ajar sikit dekat kakak aku yang tak reti bahase ni since mak aku pun sayang gile dengan dia . Biasala kan , kakak aku tu sorang je yang dah kahwin . Sekiannn~
-Orang yang nak pasrah dan ikhlas tapi tak dapat >-<
– -Orang yang try redoooo~
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment