Monday, 26 December 2016

Untuk Semua

PengakuanKu

Assalammu’alaikum, selamat semua!

Tq admin approve post aku ni. Aku just nak cakap sikit je (harap2 sikit la.. haha) ni pasal org pompuan yg konon2 “bertutup kerana malu tapi sebenarnya tak malu”

Sape rasa diri die tertutup tu sila la baca sampai habis. Ni aku perasan ramai pompuan sekarang especially golongan niqabis yg kawen awal. Bagus dah tu. Tapi yg aku perasan.. alahai bab ni yg macam acah2 malu tp lepas tu terbang dah malu ko tuuu. Meh aku list

1. Majlis Akad Nikah
Masa nak salam dengan suami. Konon2 macam malu. Yelaaaaa org tak pernah bersentuhan dengan ajnabi kannnn. Yg kawan2 single ni kemain dok record “moment” yg acah2 kite maluuuu tp menggelupur nak pegang sebenarnya. Kawan2 ni dok cakap “alaaa sweetnyeeeeeee” pergi benam kepala masing2 dalam besen basuh pinggan dulu ye.

2. Outdoor Photoshoot
Tadi malu2 kannn.. masa outdoor photoshoot dah terbang kemana ntah malu tu. Kejap bebeno rasa malunye tu. Eh kalo aku la masa kawen dulu walaupun kitorang ni dah bercinta lama tp tetap segan tau nak ambik gambar peluk2 cium2 dahi ke pipi masa bergambar. Ni jangan kata cium2 pipi ke dahi siap dokong macam nak bawak atas katil dah gayanye.

3. Gambar Lepas Kawen
Lepas video yg kawan korang tu jadik viral, korang pun cakap “tenkiuss semua.. alhamdulillah bahagia dengan zauj.. masih malu2 lagi dengan zauj.” phuiii.. lepas tu aku tengok dok laa pos gambar berpeluk sakan dengan laki die. Malu celah mana aku pun tak tau dah.

4. Post pasal mengandung
Haa yg ni bukan utk niqabis je.. utk semua laa. Kalo boleh aku tengok tiap saat ko nak cerita ko tu camne boleh mengandung. Siap nak bagi tips bagai. Eh baik ko cerita camne ko berjimak je baru la. Pastu yg tak pregnant lagi tiap bulan nak update ko tak pregnant2 lagi.. Bila org tegur, ko cakap ko dah pregnant tp gugur banyak kali. Aku rasa baik ko ngadu dekat Allah je ko nak mengandung sangat2. Kadang2 post ko tu memalukan.

tu jela kot point aku. Kalo ade yg terasa tu. terpulang la aku kesah ape? maknanye ko memang buat la benda tu kannn? bawak2 la simpan sikit malu tu. Mak ayah tengok kemain berpeluk lagi ko laki bini tp mak ayah ko takde pun ko sakan peluk camtu. Gambar2 camtu baik utk simpanan peribadi je tak payah nak share sangat.

ok bai!

– Aku Share je

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.