Friday, 30 December 2016

Scammer Slumber

PengakuanKu

Aku nak cerita buat pengajaran untuk semua. Selama ni, aku tak kisah pun scammers nih, sebab aku tak pernah kena tapi satu hari tu family aku sendiri.

Aku nak korang hati2 dengan orang yang syarikat housepoint ataupun nama barang dia Zigma.

Waktu tu kami berjalan kat satu pasaraya ni, tiba2 dia datang kononnya kalau isi borang dapat bag green day tu. So family aku ni pun isi jelah…sebab bag je pun kan…

Lepastu, dia bagi dua kad yang kalau koyak tahulah kau dapat voucher ke tidak kan.

Pastu family member aku ni pun koyak voucher rm10 ngan rm50. So,kitorang pun fikir, oh…voucher je…sekali dia kata kalau kat voucher tu ada gambar barang jenama dia contohnya air purifier akan dapat barang tu free of charge.!gila! Kau nak percaya ke?

Pastu kitorang perhati jelah kan dia duk nak ambik hati kitorang ni kan. Budi bahasanya bukan main tinggi. Sekali dia cakap akak dapat 2 lagi free….eish…aku dah pelik sikit….kononnya bagi free sebab nak lari dari gst.(kononnya)

Pastu dia kata nak tengok kredit kad, aku macam(eh kau ni, kata free nak tengok kad aku plak). Family member aku ni cakaplah kenapa. Pastu dia cakap kalau kat kad tu ada gambar burung atau bumi kau dapat lagi barang free. Okay…jujur aku cakap family member aku ni pun ikut jelah…yelah orang nak bagi kan.

Sekali dia ambik kredit kad tu pastu slide kad tu bawah meja. Kitorang pun sound dia, terus dia buat atas meja. So…pastu dia cakap dia tolak kredit kad tu untuk buat VIP card je…kononnya untuk point card. So kononnya guna point tulah kita dapat free. Nanti dia refund duit tu dalam masa 2 minggu.(kononnya..kitorang susah nak percaya)

So last sekali, kitorang dapat 8 barang yang harga lebih Rm10000. Pastu dia cakap lagi kena datang rumah nak pasang penapis air dengan water cooler yang ala2 coway tu. Okay…deal. Dia datang pasang, kitorang ni saja je cakap nak ambil gambar diorang ye lah takut tipu kan….pastu diorang tak nak tau ambil gambar. Kitorang ni dah tak sedap hati dah.

Malam tu, family aku ni terus tengok resit dan rupa-rupanya dia swipe 2 kali kot!!. Mak aku pun terus call, dia buat macam2 alasan. Kitorang lagi tak sedap hati.

Esoknya juga, kitorang report polis, pastu pergi shopping tu, polis ada ikut ngan security tapi duduk jauh2 lah takut nanti dia nampak kitorang ni dah report polis.
Kitorang pun cakaplah, nak duit kami balik, sebab kitorang tahu dia tipu, nampak dia buat bawah meja tu. Pastu dia nafikan, kononnya semua dia buat depan kami. Hek dia!!

Family member aku ni geramlah…diorang ada cakap jugak semalam yang kedai diorang ada je kat tingkat atas(kononnya). Padahal tak ada langsung. Dia pulak dah bawak ada 2 orang macam samseng nak ugut family member aku ni. Adoii….takut kitorang dahlah perempuan.

So….kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya perempuan, beware of them….diorang ni buat jelajah nak menipu semua rakyat malaysia ni, so, ingat ni ZIGMA ataupun kat situ tulis HOUSEPOINT. Menangis,menggigil dah family aku ni….doakan kami dapat balik duit tu….doakan penjenayah tu dapat balasan dia ye….

– Laila

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.