Wednesday, 28 December 2016

5 Perkara Perlu Baiki Pada Tahun 2017

PengakuanKu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku seru admin untuk post confession ni, kalau tak…haha. Btw bende ni kalau kau nak start esok pun boleh lagi bagus alhamdulillah.
Aku just nak sum up je confessions lain dengan pandangan aku sendiri. Dah nak masuk 2017 dan mostly pembaca kat sini aku yakin > 20 tahun umurnya. Rata rata semua budak berpelajaran. Ada yang dah jadi bini orang dan laki orang dah pun. Please la aku rayu sangat sangat supaya amik iktibar. Jangan la dengar mulut puaka orang dan tegakkan pendirian korang kalau korang rasa benda apa yang aku nak tulis ni betul. Aku yakin setiap perkara korang buat ni ada ganjaran pahala.

1. Bekas makanan sendiri

Disebabkan ‘global warming’ ni benda serius aku nak seru korang untuk siapa yang kerja dia hari hari tapau makanan dekat luar untuk bawak sendiri bekas makanan korang. Labur la sikit duit korang cari bekas makanan yang ada ruang untuk isi sup, nasi dengan lauk-lauk lain. Senang cerita ada 3-4 ‘compartments’. Kalau 250 hari setahun korang tapau luar makan tengah hari, 250 bekas polystyrene la korang buang. Tu baru seorang. Kalau 10 orang dah 2500, kalau 1 juta orang dah 250 juta.

2. Makan dengan sopan

Aku sebenarnya belajar luar negara. Jujur cakap aku sebenarnya malu dan segan kalau balik cuti sem pergi kedai makan kat sini tengok cara orang kita makan bersepah. Sisa sisa makanan macam tulang ikan dengan ayam letak je tepi pinggan, lepas tu dah habis makan tak reti letak dalam pinggan balik. Sebelum makan reti pulak baca doa makan dan makan dengan tangan pulak tu ikut sunnah. Tapi sayang jangan lepas kau habis bayar je pekerja tu menyumpah dengan sikap pengotor korang. Sampai bila nak cakap tu kan keje diorang? Kes dia kat sini pasal adab. Harap 2017 ni sel otak tu bersambung la ye insyaAllah.

Lepas makan pun lagi elok kalau korang satukan sisa letak dalam satu pinggan lepastu susun pinggan tu.

3. Sila jaga kebersihan

Isu ni untuk mereka yang tinggal sendiri mahupun beramai ramai. Bayangkan 1 rumah duduk 6 orang. Seorang mandi paling kurang 2 kali sehari. Enam orang 12 kali sehari. Lepas tu masing masing tak reti basuh tandas. Aku belajar INTEC dulu tempat budak budak tajaan JPA/MARA pergi luar negara tapi setiap bilik aku masuk aku tengok tandas diorang geli nak mampus. Satu bilik penuh budak usrah pulak tu. Setiap kali mandi tu basuh la sikit sikit sental lantai ke. Nanti esok bersihkan sinki. Lusa pulak bersihkan mangkuk tandas. Tolong la bukan bila korang dah geli baru nak kene bersihkan. Tu yang banyak mangkuk tandas dengan lantai dah kotor gila sental pun tak jalan.

Dapur lagi la. Tempat korang masak la tempat paling bersih sepatutnya. Bila dekat restaurant nampak lipas atau tikus boleh pulak menggedik geli. Dapur kau? Aku kalau pergi rumah kawan aku tengok dapur atau bilik air kotor memang aku sound je. Jangan la jemput aku datang rumah hahaha.

4. Plastik beli belah

Perkara ni aku taw susah sikit nak cakap dengan golongan ‘hoarder’ ni. Alasan diorang nanti “Eh boleh buat plastik sampah kau taw apa”. Realiti dia pergi la tengok kat dapur korang dalam laci berapa banyak plastik ada. Kalau seminggu beli barang dapat 3 plastik, bukannya seminggu 3 kali pun korang buang sampah. Yang memang pakai untuk plastik sampah tu bagus la sebab plastik pasar raya sekarang pun diorang dah pakai yang boleh terurai dalam masa yang singkat. Selain daripada tu, bawak la plastik atau beg beli belah sendiri. Tak kisah percuma ke tak.

5. Recycle, Reuse, Reduce

Kempen daripada zaman sekolah lagi benda ni. Tapi dah nak masuk 2017 berapa kerat je yang buat? Benda simple je kertas, aluminium, kaca, bio, plastik. Korang kan banyak plastik beg kat rumah tu pakai la untuk asingkan sampah sampah ni. Aluminium yang korang minum air gas tu sebelum kemekkan basuh dulu baru buang, tak la bersemut nanti. Dekat kolej universiti korang tak ada tong sampah kitar semula? Mintak dekat pejabat pentadbiran.

Sebenarnya ada lagi benda yang aku nak tulis tapi 5 perkara ni la yang aku tak puas hati dari dulu lagi. Mesti ramai dah ada sasaran 2017 nak bersenam jadi sado atau jadi kurus semua kan. Bersambil tu boleh la kita perbaiki kelemahan kelemahan diri yang lain. Aku taw daripada jumlah pembaca ni, berapa sikit je yang mungkin amik pengajaran dan berapa je yang akan istiqamah. Aku pun lama nak biasakan diri supaya benda ni jadi kebiasaan.

Aku taw kita dah berapa zaman jadi hamba dulu. Nak jugak merasa jadi tuan besar sekarang kan? pfft… (aku dapat duga mukhsin nak tulis komen ni hahaha)

Mungkin pembaca iium confessions boleh tambah perkara apa lagi yang kita boleh perbaiki untuk ke arah masyarakat mentaliti kelas pertama.

– Ameer

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.