Wednesday, 28 December 2016

Drama Sampah

PengakuanKu

Hi admin dan followers tegar iium. Aku salah seorang yang tegar jugak baca page iium. Tapi lately ni aku jarang bukak page ni sebab busy sket kat makmal since aku tengah kejar dateline untuk labwork and thesis writing so that aku boleh grad on time untuk postgrad by hujung tahun depan. Okay cukup mukadimah sket sebab aku bukan nak confess pasal thesis aku tapi aku nak confess pasal drama-drama melayu spesis tak boleh hadam dek akal fikiran dan tahap sampah pada pandangan aku. Ye ayat aku kejam dan sila kecam. Peduli apa aku. Hahahaa. Aku penonton dan aku nak complain sebab aku bayar astro macam orang lain. Kalau ada yang nak complain jugak, maybe boleh buat confession atas tajuk Drama Sampah 2.0, Drama Sampah 3.0 etc. The more the merrier kannnn.

Aku perati drama melayu sekarang makin merepek dan merapu tahap infinity yang tak berpenghujung. Okay kecaman aku bermula dengan tajuk drama. Suamiku sotong kurita, playboy lenguh kena tunduk, ustaz muflis kapten hatiku, donut tak berapa nak karamel, en pilot cik arkitek (ke engineer ntah si lopa tu), tuan ihsan nak beristeri. Okay ni antara tajuk drama yang aku boleh ingat so far sebab now dah almost 4am dan otak aku tak boleh nak fikir sangat benda merepek nanti tepu pulak. Banyak lagi tajuk drama sampah maybe readers boleh komen sekali. Kot ada drama sampah yang wujud tapi tak berapa nak famous sangat.

Aku tak nak ulas semua drama nanti berpart-part, readers marah plak. Aku nak ulas drama pilot dengan tuan ihsan je. Sebab yang tu antara paling panas lagi kat astro.

1. En pilot cik arkitek

Haa drama ni baru je tamat bersiaran kat tv. Sebelum cerita tuan ihsan tu, pilot-arkitek ni la yang mendominasi astro, fb, ig dan jugak twitter. Yang ni aku taknak ulas panjang sebab rata-rata tahu jalan cerita macam mana. Si bini tak habis-habis merajuk dengan keluarga la, merajuk dengan laki la sampai bawak diri ke luar negara. Banyak la babak romantic lopatah dalam drama ni. Dia punya sweet tu, aku berani jamin boleh diabetes potong kaki woo. Siap ke luar set lagi. Nafi tak bercinta apa benda tup-tup keluar kes pattah curang. Hahahahahaa sembang kencang pokok boleh tumbang gajah pun boleh terbang menafikan dorang tak bercinta. Maybe tu la kot level hajah-hajah bercinta.

Sampai aku naik muak tiap-tiap hari keluar berita lopa patah hati angkara pattah amin tu. Bukan aku sorang je yang muak, berpuluh malahan beratus komen negatif tiap kali keluar berita dorang kat fb. Aku scroll baca komen jugak kadang-kadang kat berita hairan, kosmos etc. Penulis berita pun, cuba la publish benda bermanfaat kat fb. Berita lopatah hati tu biar je kat surat khabar tu. Fb tak perlu publish pun takpe. Menyampah orang baca. Pastu eh eh timbul isu lopa stress kena gosip dengan pattah. Taik kambing betul.

2. Tuan ihsan nak beristeri

Drama ni sumpah ranking no 1 dalam drama sampah pada pandangan aku. Okay aku admit aku tengok 2-3 episod untuk aku dapatkan rough idea and plot drama ni. Lepas tu, aku tak boleh nak brain motif dan pengajaran cerita ni. Obviously penuh pasal masalah soSIALiti (sorry I know sosialiti doesn’t exist in kamus bahasa). Clubbing, ponteng kuliah, materialistik tahap super saiyan etc. Lagi sekali aku tak boleh brain bila mak si seroja tu cakap dia bagi je anak dia release tension dengan pegi clubbing etc sebab si mak tadi dah banyak susahkan anak dia. Wth mannn. Mak aku kalau tahu aku clubbing, mau kena sebat berpakejkan rejam berjemaah agaknya. Aku balik lewat sket after maghrib pun dah kena bebel apatah lagi kalau aku jejak kaki ke club.

Next, materialisticity (?) a.k.a tahap materialistik. Kereta mewah bersusun kat garaj rumah macam bersusunnya kereta mewah mainan hot wheels adik aku masa kecik-kecik dulu. Rumah mewah bak istana, katil bersalut emas zhulian. Fuhhh. Merajuk sket, gaduh-gaduh sket, si tuan ihsan tu ugut dengan handbag LV GUCCI HERMES etc. Wtf. Drama ni dah terang-terang nak tunjuk kat netizen bilamana kau ada duit, kau boleh tutup mulut /pujuk/beli/belai orang sekeliling kau. Sket2, “I nak pegi dubai”. Puihhhh. Penuh satu baldi air liur aku bila tengok drama ni. Asyik nak meludah je.

Aku tak boleh hadam apa tujuan dan pengajaran cerita ni. Since drama-drama ni adaptasi novel, aku lagi tak faham apa tujuan penulis dia. Dan pengarah pun sama jugak. Cerita sampah la yang kau nak arahkan. Macam takde novel lain dah ke kat Malaysia ni? Kau takde idea bernas lain ke selain cerita cliche drama orang kaya je? Orang kaya je ke reti nak bercinta? Watak mesti ada dato-dato tan sri puan sri. Apa kau ingat orang miskin tak berapa nak kaya ni tak reti bercinta? Cuba buat novel suamiku peminjam ptptn ke, isteriku di blacklist angkara pinjaman ke, keluarga br1m beralas perut donut big apple ke. Baru nampak real. Atleast kalau pak menteri sempat curi-curi tengok drama kat youtube waktu tengah bersidang kat parlimen tu, dia tahu rakyat marhaen ni hidup susah angkara ptptipu, br1m tak cukup, minyak masak/petrol dua-dua naik harga sampai semua orang naik minyak mengamuk nak protes tapi tak boleh join bersih sebab kotor katanya.

Otak tu, biarlah berkembang sikit. Bagi rakyat marhaen macam aku ni berfikir lebih sket bila tengok drama. Ada logiknya situ sini. Bukan tayang drama sampah je memanjang kat tv sampai semua orang berangan naik kereta mewah, tidur beralas bantal berlian, makan dengan sudu emas. Tayang realiti yang berkualiti instead of rubbish fantasy. Ni tidak, sebab benda-benda tak berfaedah ni la wujud golongan bebal macam jamal pak tongkol and co tu. Okay sekian.

– Awan nano

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.