Thursday, 1 December 2016

Juvenile Rapist

PengakuanKu

Cerita ni aku tak pernah bagitau sesiapa. Tapi aku confess kat sini sebab nak bagi korang tau yang perkara ni memang wujud dan mungkin wujud dalam ahli keluarga kau sendiri. Cuma dalam cerita ini lebih kepada molester, instead of rapist.

Aku ada seorang abang. Beza umur kami 2 tahun je. Perkara ni jadi masa aku sekolah rendah lagi. Zaman aku sekolah rendah memang kami tak ada kemudahan internet kat rumah. Yang ada cuma di kafe siber, tempat lepak abang aku dan kawan-kawan dia lepas habis sekolah untuk main game. Aku syak mungkin dari situ dia terdedah dengan benda-benda sosial termasuk unsur-unsur blue ni. Aku memang rapat dengan abang aku. Main sama-sama, gaduh sama-sama, tidur sama-sama. Cuma lepas dia bersunat, mak bapak aku asingkan tempat tidur kitorang. Rumah aku cuma ada 2 bilik. 1 bilik untuk mak bapak aku, 1 bilik untuk aku, dia angkut tilam dan tidur di ruang tamu. Bilik aku masa tu tak ada kunci sebab terkopak. Bagi aku, tak ada masalah pun memandangkan aku pun masih kecil masa tu, tak ada keperluan untuk kunci pintu.

Sehinggalah satu malam ketika umur aku 10 tahun, masa aku dah tidur, aku terperasan yang abang aku masuk bilik aku dalam keadaan rumah bergelap. (Sebab semua orang dah tidur). Aku tak tau sama ada itu bayangan aku atau sebaliknya tapi aku dapat rasa ada tangan yang meraba kemaluanku dari luar baju tidur aku. Aku separuh sedar ketika itu. Perkara tu pun jadi sekejap je. Tak sampai seminit, lepas tu aku tak rasa apa-apa dah. Aku ingat mungkin perasaan aku je malam tu tapi tak. Perkara tu jadi lagi untuk malam-malam yang lain walaupun bukan berturut-turut.

Aku jadi takut. Mungkin korang akan tanya, kenapa aku tak bagitau kat parents aku je? Aku cuma tak mahu mak aku kecewa dengan abang aku. Aku dengan abang aku ibarat langit dengan bumi. Aku pelajar pintar, dia pelajar corot. Aku anak yang mendengar kata, dia anak yang kuat melawan. Aku pengawas di sekolah, dia kaki ponteng sekolah. Pendek cerita, semua yang baik ada pada aku dan yang buruk ada pada abang aku. Aku tak tergamak dan cakap tentang perangai abang aku tu. Tapi aku cuba sampaikan juga tanpa beritahu cerita sebenar. Aku cuma mengadu kat mak aku yang kadang-kadang aku perasan abang aku masuk bilik aku malam-malam. Tapi aku tak bagitau apa yang dia dah buat. Mujur mak aku sangat mengambil berat tentang batas anak lelaki dan perempuan. Mak pernah tanya kat abang aku, apa yang dia buat masuk bilik aku malam-malam. Abang aku pusing cerita sebab nak ambil barang dan sebagainya. Sebab abang aku memang tidur di luar tetapi barang-barangnya disimpan dalam bilik aku. Mak aku cerita kat bapak aku dan bapak aku cepat-cepat pasang kunci kat pintu bilik aku. Malam-malam sebelum tidur mak minta aku kunci pintu.

Cerita ni cerita lama. Sejak aku kunci pintu bilik, aku terselamat dari gangguan abang aku sendiri. Aku tak pasti sama ada dia masih ingat atau tak apa yang dia pernah buat. Tapi kalau aku tak boleh lupa sampai sekarang, tak mungkin dia dapat lupakan jugak. Dia abang yang baik. Ada masanya dia cuba untuk bergurau mesra dengan aku sebagai abang dan adik tapi aku akan teringat apa yang dia pernah buat dan aku tak selesa duduk rapat dengan dia. Jujur aku katakan yang aku tak akan lupa dan tak akan maafkan dia walaupun pada zahirnya kami nampak macam adik-beradik yang tiada apa-apa masalah.

Aku cuma nak pesan pada korang especially yang ada adik beradik lain jantina atau yang ada anak kecil, jagalah batas korang laki perempuan. Mungkin ada yang sesama adik-beradik boleh bertepuk tampar dan berpeluk mesra tanpa ada rasa apa-apa. Tapi ada masa kita tak tahu waktu bila perasaan tu boleh berubah. Aku dah terkena. Walaupun setakat diraba, aku tetap rasa maruah aku dicabul. Aku cuma boleh doa supaya rasa meluat pada abang sendiri tu tak melarat sampai aku tua nanti sebab kami cuma dua beradik. Bila mak bapak dah tiada, hanya dia saudara terdekat yang aku ada.

– Si Adik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.