Sunday, 25 December 2016

Kuat Kerana Mak Ayah

PengakuanKu

Assalamualaikum. Hai. Tq admin kalau my confession disiarkan. First of all,aku bukan nak mengadu nasib or meraih simpati dengan update di sini.Just meluahkan apa yang terpendam.

Sebenarnya,aku betul2 tak kuat and tak sanggup lagi hadap segala masalah yang wujud dalam life aku since i was small.Kalau dulu,aku diuji dengan sakit bertahun-tahun.Dari baby lagi,aku dah ada penyakit ketumbuhan tulang,which is hampir2 menjadi kanser tulang.Lepas darjah 6,aku buat operation.Kesan drpd tu,terus merebak satu badan.Bertahun juga aku terpaksa kuat.Buat rawatan,berubat cara Islam.Senang cerita,bila dengar je ada mana2 tempat yang boleh mengubat,ayah ibu mesti bawak.

Sakit tu melarat sampai aku masuk sekolah menengah.Kadang tu,sampai pengsan kat sekolah.Selalu masuk drip.Selalu jugak naik ambulans.Memang perit nak tanggung.Doktor kata aku kena buat operation lagi,kat lutut pulak.Time tu aku form 4,but aku cancel kan.Sebab apa? Sebab saat itulah saat yang paling teruji buat aku.Ibu accident kat highway dan kena operate kepala sebab ada pendarahan.Jatuh terduduk bila doktor inform ibu punya harapan only 50-50.

Ibu bagaikan nyawa untuk diri aku.Saat aku sakit,ibu yang sentiasa ada di sisi.Setiap malam ibu sabar menghadap aku yang mengadu sakit,even ibu penat balik kerja.Sampai ibu terpaksa buat kerja sampingan semata nak besarkan aku dan abang.Ayah terpaksa minta cuti selalu sebab hantar aku follow up.Sampai kadang tu kena marah dengan boss.

Tahun 2013 adalah tahun yang betul2 mengubah hidup kami.Hanya Allah Taala saja yang tahu perasaan aku yang masih mentah masa tu.Memang aku tak semangat nak teruskan hidup bila ibu dalam keadaan sakit.Tak berupaya untuk buat apa2. 6 hari ibu koma.Selama itu jugak lah aku hanya dapat lihat airmata ibu mengalir,tanpa dapat menyatakan apa2. Aku tahu ibu dengar aku menangis,tapi ibu tak dapat buka mata.Lepas koma,doktor kata ibu tak dapat berjalan.Allahu Akbar ! Sungguh aku tak kuat.Bila tengok ibu tak berdaya macam dulu lagi,hanya airmata jadi peneman aku setiap hari.

Berbulan jugak aku tak dapat pergi sekolah.Hidup aku hanya di hospital.Bila exam,aku lah orang paling last dalam kelas,sampai ada kawan perli.Diorang tak faham aku tak dapat nak masuk kelas,tak dapat nak study.Dengan pelajaran baru,sekolah baru.Kekuatan aku hilang sikit demi sikit.Dua kali ibu operate kepala.Selama ibu sakit,kami ikhtiar apa jua cara untuk ibu sembuh.Bermacam tempat kami pergi semata nak ibu sihat.Tak campur lagi dengan appointment 2 hospital.

Mula-mula,memang everyone cares. but slowly,semua lenyap macam tu saja.Bagi diorang,kami menyusahkan.Silap aku jugak sebab terlalu percayakan orang2 yang tak ikhlas nak tolong.Akhirnya,kami 4 beranak yang hadap sendiri.Masalah duit,memang tak perlu dicerita lah.Kadang sampai kena ikat perut.Sampai sekarang,orang still tanya kenapa ibu tak sembuh2 lagi.Kenapa belum boleh berjalan apa semua.Ehh kau Tuhan ke? Kau ke yang tentukan takdir orang? Ada jugak yang cakap ibu tak ada harapan sembuh.Kalau kau letakkan diri kau sebagai aku,apa kau rasa?? Cakap memang mudah sedara.. sebab lidah tak bertulang.

Aku terpaksa stop study,sebab tak sampai hati tengok ibu ayah berusaha untuk kami 2 beradik berjaya.Aku percaya rezeki Allah itu sangat luas.Tak ada apa yang bermakna dalam hidup ni selain kita berbakti untuk parents kita.Aku sangat2 berharap ibu cepat recover.

Ibu,adik terlalu rindu nak tengok ibu yang dulu. Yang selalu ada dengan adik.Bawak adik jalan2 naik moto,hantar adik pegi sekolah,even orang kutuk sebab kita tak ada kereta masa tu.Tapi adik bahagia sebab ibu selalu di sisi adik.Nangis sama2 dengan adik.Tapi sekarang semua dah berubah.Adik tak boleh dah nak harap kat ibu lagi.Semua tanggungjwab ibu,tergalas di bahu adik.
Sungguh,adik rindu masakan ibu.Bila agaknya adik dapat rasa. Allahu.

Memang aku sering mengeluh,bukan sebab tak redha,tapi terlalu penat dan letih.Aku masih muda,tetapi Allah beri aku ruang dan peluang untuk merasakan apa itu ‘ujian’. Dugaan demi dugaan.Masalah demi masalah muncul.Aku cuma berharap segala kepayahan ini ada pengakhiran yang telah tertulis.Kerana Allah tak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Adik akan sentiasa jaga ibu dan ayah sampai hujung nyawa adik sekalipun.Adik cuma harap ibu ayah always kuat fight untuk life kita.Biar orang pandang hina pada kita.Biar kita tak ada duit nak makan,asalkan kita tak menyusahkan hidup orang,dan kita sentiasa bersama.Biar adik berkorban apa saja yang adik mampu,walaupun life adik tak macam remaja lain.

Moga Allah sentiasa murahkan rezeki kita.Permudahkan segala urusan.Semoga Allah letakkan AYAH IBU di syurgaNya.Adik sayang kalian.. Kerana ayah dan ibu,adik kuat sampai sekarang….

– seorang hamba

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.