Salam admin. Thanks if approve my confession. Minta privatekan maklumat diri ini. Cuma nak share sedikit ilmu berkenaan penyakit anorexia nervosa.
Korang pernah dengar apa itu anorexia nervosa? Ya. Anoreksia merupakan satu penyakit gangguan mental/obses atau bahasa yang mudah difahami, pesakit mengalami gangguan makanan. Makan dan menyesal atau makan dalam kuantiti yang sangat-sangat sedikit. Bahkan pesakit akan melakukan olahraga yang begitu menyeksa diri. Diet ini dikenali sebagai diet maut. Puncanya? Nak kurus ramping sedangkan tubuhnya sudah tersedia kurus bahkan ada yang melabel dirinya gemuk, hakikatnya berat badan sudah mencapai paras underweight! Penyakit ini kebiasaannya melekat pada gadis-gadis.
Mungkin bagi korang yang tak faham, ianya hal yang bodoh. Buang masa. Seksa diri sendiri. Tapi kau lupa, fikiran kau dan si pesakit adalah berbeza. Keadaan ini berlaku pada diriku sendiri sewaktu usiaku menginjak 15tahun. Yess. I’m not fat dan seumur hidup tak pernah berada dikategori yang gemuk pun. Berat pun waktu itu sekitar 42-43kg dengan ketinggian 153cm. Normalkan? Tapi mulut manusia mana boleh tutup. Aku taktahu apa mereka bergurau atau serius panggil aku gemuk, pipi bulat, badan saiz gajah sampai ada yang label aku ni muka telur. Lol. Padahal bentuk muka aku dah memang tersedia bulat. Tapi apalah yang ada difkiran budak belasan tahun?
Masa tu aku nekad. Target utama dalam hidup? Nak kurus!!! Jadi bermulalah hari-hari buruk itu. Untuk sehari aku akan ambil 100 kalori sahaja sebagai keperluan makanan. Sedangkan manusia normal memerlukan 1500 kalori untuk sehari makan. Olahraga? Aku joging 7jam sehari dan kalau aku makan lebih dari 100 kalori, senaman 7jam tu aku ganjak ke 9jam. Gilakan? Yes. I’m too obsess! Dan hasilnya tak sampai 2bulan pun, berat aku turun menjadi 25kg. 25kg dengan ketinggian 153cm. Budak darjah 6 pun beratnya 40kg. Tapi waktu tu Tuhan je tahu bahagianya aku. Kuruskan cantik!!! (Mindset si pesakit anoreksia).
Parents memang tak syak apa-apa waktu tu memandangkan aku ni obses tonton American model dan segala yang berkaitan dengan diet, kurus! Ini juga satu punca mungkin. Keadaan masih seperti biasa sebab aku pun tak tunjuk simpton-simpton kemurungan sehinggalah umurku 18tahun. Berat badan aku naik mencecah 31kg. Masih paras underweight lol. Tapi aku tak fikir begitu. Aku mula tunjuk simpton depression. Semua orang aku marah. Aku menangis tengok betapa buruknya badan sendiri. Entahlah. Aku rasa aku dah besar gajah bila berat aku naik 6kg. Bila ibu tanya, aku jawab aku dah gemuk and then sambung nangis lagi. Ibu dan baba dah mula rasa pelik tengok keadaan aku tapi masih belum mengambil apa-apa tindakan.
Sehinggalah aku mula bertindak agresif. Marah dan lempar segala barang. Keputusan SPM aku bagus dan aku juga dapat tawaran ke sebuah Universiti tapi aku tolak sebab takut takde masa nak exercise. Kalau dekat rumah, aku ada mesin exercise sendiri. So simpton depression aku makin teruk. Buku aku penuh dengan kesan gunting sebab terlalu geram dengan berat badan yang tak turun-turun walhal aku senaman macam nak mampus. Akhirnya abang aku yang merupakan doktor memaksa orang tuaku agar membawaku ke hospital psikiatari. Sebenarnya abang aku dah lama pujuk ibu dengan baba tapi disebabkan aku yang belum tunjuk tanda-tanda depression, mereka menganggapku normal. Mula-mula aku taknak pergi hospital tapi pujuk punya pujuk, aku akur. Sampai sana, aku tanya doktor “Boleh tak saya nak kurus lagi?” Doktor senyum je. Dia jawab. “Adik ni saya angkat pakai satu tangan aje tau.”
So rawatan pun dimulakan. Aku tak masuk wad pun. Cuma pergi ke pakar kaunseling dan ambil ubat. Dos ubat yang aku ambil pun adalah yang paling ringan. So, I’m glad! Makan masa setahun juga untuk aku ubah mindset sendiri. And know I’m okay even berat aku susah dah untuk capai paras normal. Selalu 36-37kg macamtu. Sebab penyakit anoreksia ni juga aku dapat gastrik kronik. Batuk berdarah, pencernaan yang tidak normal, Anemia. Itu kesan-kesan yang aku sendiri kena hadap sebab aku sendiri yang cari penyakit. Sekarang aku dah sambung belajar balik even lambat dari kawan-kawan. Doakan kejayaan aku okay?
So nasihat aku pada yang obses untuk kurus, stop it. Tiada salah untuk kurus tapi apa salahnya berpada-pada? Yang kata kau gemuk, diorang cemburu. Kau gemuk sekalipun, kau ada kacau orang ke? Jangan lupa untuk sayang diri dulu baru sayang orang lain. Apa yang kau fikir pasal diri kau lagi penting dari fikiran orang luar pada kau. Trust me, mental and phyisical will hurt you if you have a anorexia nervosa.
– Anonymous
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment