Terima kasih admin jika sudi untuk post confession saya ini. Semoga menjadi teladan untuk semua pembaca.
Saya pernah bekerja part time dahulu di sebuah kiosk yang menjual pakaian wanita. Saya hanya bekerja beberapa hari sebelum raya. Dengan niat saya nak kumpul sedikit duit memandangkan pada waktu itu ada kekosongan di kiosk tersebut. Majikannya melayu. Pada awal saya bekerja, saya merasa semua indah dan baik belaka. Majikan seolah menjaga kebajikan kami dengan sangat baik. Waktu nak berbuka belanja kfc makan dan sebagainya. Itu pada awalnya.
Kami kemudian bekerja separuh mati setiap hari nak achieved sale yang dia nak, jual pakaian mereka dengan banyak sehingga untung hampir 10k setiap malam. Bukan untuk membangga diri tetapi saya juga tidak kurang hebatnya pada hari pertama kerja banyak sale yang saya buat. Mereka bangga dengan saya malah selalu memuji saya.
Hari demi hari, sale yang kami buat setiap hari semakin banyak. Tambahan pula hampir-hampir nak raya sale semakin bertambah. Tetapi perubahan sikap majikan yang seronok tapi dalam masa yang sama mengabaikan kami dan mula berkira bila untuk membayar ot kami. Saya sangat perlukan duit itu untuk malam raya itu kerana ada beberapa perkara untuk saya lakukan dengan duit itu, nak bagi ibu ayah, adik-adik dan bayar hutang. Alhamdulillah mereka bayar cukup tetapi dalam masa sama seperti merungut kerana perlua bayar jumlah yang besar kepada saya kerana sale saya banyak untuk 5 hari.
Selepas habis raya, saya hanya datang beberapa hari untuk bekerja dan saya lihat majikan sudah pandai mengaibkan pekerja yang lain di hadapan pekerja lain. Saya rasa tidak professional dan sangat memalukan. Bukan sahaja face to face malah dalam whatsapp juga dihentam pekerja nya tanpa fikir soal maruah mereka. Ini buka teguran tetapi lebih kepada mengaibkan. Saya kurang hendak ambil tahu tentang pekerja lain melainkan mereka rajin bercerita kepada saya. Jadi saya cuma jadi pendengar setia. Saya membuat keputusan untuk berhenti kerana saya bukan full time. Dan selepas daripada hari saya berhenti, banyak perkara yang tidak baik saya dengar, majikan tidak membayar gaji pekerja yang bertungkus lumus kerja 12 jam kerana kiosk itu di dalam mall. Jadi kena ikut operation hours mall. Pekerja lari dan tinggal kan kiosk tanpa ada yang menjaganya dan banyak lagi lah.
Ini berlaku kerana majikan tidak menjaga kebajikan pekerja. Mereka ambil mudah soal gaji bayar lambat, kurang dan tidak cukup. Ini diambil kira kerana majikan guna tenaga pekerja wajib bayar seperti yang telah ditetapkan. Itu boleh menjadi hutang sehingga mati jika pekerja tidak redha. Tuntut di hadapan Allah nanti.
Lama kelamaan, daripada banyak kiosk yang mereka sewa dalam mall tersebut, hanya satu sahaja yang masih beroperasi. Saya nampak majikan yang perlu menjaga kiosk. Tidak ada pekerja yang ingin bekerja. Ada yang datang pon tidak kekal melainkan yang mudah diambil kesempatan dan naif.
Peringatan saya kepada mereka yang bergelar majikan, jaga lah kebajikan pekerja anda baik dalam apa keadaan sekalipun. Tegur dengan cara yang baik dan tidak sesekali mengaibkan. Mereka juga ada hati, maruah dan perasaan. Tegur secara senyap. Jangan aniaya tenaga pekerja. Jika sudah guna. Bayar ikut perjanjian yang telah ditetapkan. Sebab itu tak ramai melayu jadi majikan yang betul-betul berjaya melainkan dengan cara kotor hanya sekejap. Jika bekerja dengan majikan cina, ada mereka sangat menjaga kebajikan pekerja mereka walaupun mereka terpaksa kerja lebih masa tetapi mereka gembira kerana dibayar dengan cukup dan ditegur cara baik. Ini bukan isu perkauman tetapi lebih kepada penelitian saya bekerja dengan majikan cina dan melayu.
Terima kasih.
-AN-
– AN
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment