Tuesday, 23 May 2017

Penganggur Berjaya

PengakuanKu

Assalammualaikum

Nama aku N, umur dah nak masuk 30tahun dan sekarang aku adalah salah seorang penganggur Malaysia yang berjaya.
Tujuan aku tulis confession ni adalah sebab aku dah penat and dah tak tahu apa lagi cara untuk aku mencari kerja. Aku berkelulusan degree dari U yang terkenal dalam bidang engineering. Aku juga mempunyai pengalaman bekerja di dalam bidang oil&gas selama hampir 5 tahun dengan sebuah syarikat international.
Lepas kejadian harga minyak yang turun dengan mendadak, syarikat aku ambil keputusan untuk lepaskan kebanyakkan pekerja mereka termasuklah aku dan kawan-kawan aku. Kalau tak diberhentikan pula, mungkin dipindahkan ke tempat lain ataupun beban kerja memang bertambah-tambah. So, yang kene berhenti stress, yang stay pon stress.
Then aku mula mencari segala peluang kerja yang ada. Aku upah orang untuk review resume aku supaya resume aku jadi sangat bagus, aku bayar Jobstreet supaya bila aku apply resume aku akan pop-up dulu, hari-hari aku hantar resume secara email kepada semua company oil&gas yang ada (1 hari lebih 10 company aku hantar), aku hantar resume melalui pos (hardcopy) kepada company, dan aku even hantar resume aku personally ke office2 diorang.
Aku memang all out dalam misi aku mencari kerja ni sebab aku dah cuba untuk buat bisnes tapi tak berjaya. Macam-macam jenis bisnes aku cuba buat. Online, services atau direct selling semua aku cuba demi mencari duit poket untuk diri aku sendiri.
Interview? Dalam banyak2 resume yang aku hantar tu, aku cuma pernah dipanggil interview sekali sahaja! Ya, SEKALI! Itupon memang tak related dengan bidang aku lansung. Sekali lagi tu aku dipanggil interview oleh scam agent! Nasib baik aku jenis kaji dulu tempat or company yang aku nak pergi interview tu.
Aku paham, mungkin rezeki aku belum sampai lagi. Aku akan terus berusaha dan berdoa kepada Allah. Cuma kadang2 tu aku jadi almost give up dan sedih. Tambah2 kalau aku tau ada kawan2 aku yang bekerja tu, buat kerja sambil lewa la, bercadang nak berhenti la, ada tu pulak dapat kerja tu sebab pandai cakap je. Masa U dulu, kelas pon malas nak pergi, assigment pon copy orang. Tapi tak apelah, tu rezeki dia.
Aku bukan jenis yang memilih kerja. Hatta bermula dari bawah sekalipon aku tak kesah sebab aku percaya dengan kesungguhan dan usaha dalam bekerja. Dulu masa aku kerja, semua benda aku tempuh. Bekerja sebagai Engineer dalam Oil&Gas ni bukan semudah yang disangka. Dari permulaan lagi cabarannya tinggi sebab aku bekerja dalam bidang yang terlalu berlainan dengan bidang yang aku kerja tu. Tapi sebab company aku masa tu sediakan training yang very intensive, somehow aku boleh handle and survive. Kerja aku memang totally melibatkan fizikal and aku nak mention kat sini yang aku adalah PEREMPUAN! Yes, I am a lady engineer so korang bayangkan semua cabaran tu lagi berganda-ganda. Walaupon aku perempuan, aku juga kena buat kerja-kerja berat tu semua. Tapi aku tak pernah kisah dengan semua tu sebab aku memang jenis tak suka duduk dalam office so aku prefer untuk buat semua tu daripada mengadap komputer sepanjang hari (sekali-sekala ok la untuk buat report tu semua). Walaupun penat dan sangat2 mencabar, aku sangat enjoy dengan kerja2 aku tapi siapalah kita, Allah lebih bekuasa, jodoh aku dengan company tu tak berkekalan.
Point aku kat sini, aku bukanlah antara mereka2 yang cari kerja tapi nak demanding macam2. Sebab tu aku marah bila dengar budak2 fresh graduate sekarang belum kerja lagi dah tak nak buat itu ini, letak syarat macam2 (banyak aku dengar dari recruiter). Aku ikhlas ingin bekerja dan aku doa sangat dengan Allah, aku dapat balik kerja yang buat aku sentiasa bersemangat dan enjoy macam tu. Aku cuba berfikiran positif tapi kadang2 tu memang susah. kadang2 sampai tahap aku dah menyampah tengok resume sendiri sebab memikirkan apa kurangnya aku? Memang tak laku ke pengalaman dan degree cert aku ni?
Aku nak sangat bekerja sebab aku ada tanggungan aku sendiri. Aku kesian tengok mak ayah aku tanggung aku selama ni. Aku sedih aku tak dapat nak manjakan diorang, mewahkan diorang macam aku pernah buat dulu. Tapi mak ayah aku dan family aku tak pernah merungut apa2, diorang sentiasa sokong apa sahaja aku nak buat dan aku sangat2 bersyukur dengan family aku.
Aku cuma doa Allah tak patahkan semangat aku untuk mencari apa yang terbaik untuk aku. Kepada korang yang dah ada pekerjaan sekarang, ketahuilah korang bahawa kat luar sana tu memang ramai gila orang2 yang menganggur dan bersedia ambil tempat korang yang korang selalu rungutkan tu. Kepada penganggur2, jangan demand macam2 sangat. Sedih tengok dalam Malaysia ni ramai sangat yang menganggur tapi still memilih kerja. Respect aku kepada mereka yang memang yang bersungguh2 dalam pekerjaan mereka atau perniagaan mereka.
Apa pon, aku doakan kita sama2 berubah, semoga kita semua dalam pilihan Allah sentiasa. Doakan yang terbaik untuk aku ye.

Sekian,
N

– N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.