Bismillahirrahmanirrahim..asalamualaikum semua.
Aku merupakan seorang mahasiswi di sebuah institusi tinggi di Malaysia,yang pasti aku bukanlah budak IIUM,tak layak rasanya aku patut termasuk dalam sebuah institusi seperti IIUM.
Di sini aku bukanlah menceritakan pergaduhan atau apa jua konflik luaran yang ada di sekeliling aku,cumanya aku nak menceritakan mengenai konflik dalaman yang ada pada diri aku.
Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kecil,tak ramai ahli keluarga cuma ada mak ayah dan seorang adik lelaki yang bakal meningkat dewasa kelak.Lahir dalam sebuah keluarga yang “broken home” banyak memberi kesan juga pada aku,suka memberontak,cakap banyak,suka mencarut dan sebagainya.
Masuk pula ke institusi yang agak “kurang” dalam pendekatan agama,biarpun institusi ini dekat dengan rumah keluarga tetapi banyak juga anasir buruk yang kelihatan di sini.Culture shock ada saja di mana-mana,namun tetap aku bentengi diri aku untuk ta terjebak bersama.Ada kalanya ada juga bertemu dengan manusia yang hanya menanam tebu di tepi bibir tetapi sayangnya,semut di seberang laut nampak,tetapi gajah di hadapan mata tidak kelihatan pada pandangan mata dan jiwanya.
Kadangkala aku memberontak.Aku tak punya ramai kawan.Aku tak punya ramai junior yang meminta bantuan padaku sekiranya aku dalam kesusahan.Aku tak punya kekasih hati.Aku tak punya keluarga yang bahagia.Aku bukanlah pelajar dekan.Aku tiada segalanya.Rasa bodoh juga rasanya.
Tetapi segalanya bermula 2 hari yang lalu.
Ramadhan Al Kareem.Aku gagahkan diri aku ke surau berdekatan untuk turut serta dalam terawih pertama dalam tahun ini.Aku kira aku agak berbangga diri kerana tak seorang pun mahasiswi datang ke surau tersebut.Kiranya aku seorang saja yang ada dalam kawasan muslimat yang ada di situ.
Tetapi kemudian,datang seorang wanita yang aku kira keberangkaliannya umurnya sekitar 30-an.Kemudian dia ajak aku bertadars bersama.Bermula daripada Al-Baqarah.
Sumpah aku rasa malu dengan diri aku.Panjang pendek tiada beza,Dengung penuh cacat cela.Berhenti menggelabah dalam bacaan.Masha Allah,rasanya hinanya aku di hadapan Puan ini.Namun dia bimbing aku dengan penuh hikmah etulkan bacaan ku dan teruskan tanpa ada rasa was-was dalam jiwa.
Pada saat aku selesai berterawih pada malam itu,aku berdoa pada Allah Azza Wajalla.
“Ya Allah Ya Tuhanku,ampunkanlah dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku,dosa adikku,dosa rakan-rakanku,dosa guru-guruku,dosa seluruh umat islam yang ada di muka dunia ini.
Allah aku tahu aku banyak tersesat dari landasanMu.Sungguh,aku tak layak menerima syurgaMu kerana dosaku yang terampunkan.Aku tahu aku ini mungkin salah satu dari penghuni nerakaMu tetapi aku berharap padaMu Tuhanku,permudahkanlah urusan ku di atas dunia akhirat,kerana aku tahu Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.Aku berdoa padaMu Tuhanku,agar kau tak timpakan apa yang terjadi ke atas diri aku ini ke atas orang lain,kerana belum tentu manusia lain mampu menghadapi cabaran sebesar ini,Tuhanku.
Tuhan,aku tak minta ibu bapaku bersatu andai itu takdir yang kau berikan padaKu.Aku berdoa padaMu Tuhan,agar kau memberikan mereka kepanjangan umur dan permudahkanlah rezeki mereka,kerana tanpa mereka di sisiku,belum tentu aku mampu bernafas dan hidup atas redhaMu,Allah.Aku berdoa padaMu,Ya Allah,satukanlah hati-hati mereka supaya mereka mampu bersatu kembali untuk keluarga yang lebih bahagia.Aku tanamkan rasa pengabdian ku pada mereka,walau aku bukan anak yang solehah,tetapi moga-moga dengan redhaMu aku mampu membahagiakan mereka sebelum membahagiakan diriku.
Ya Allah,aku cuma punya satu adik yang sangat aku sayangi.Aku berdoa padaMu Ya Allah agar kau lembutkan hati dia,berikankan dia kemudahan dalam menyempurnakan tugasnya sebagai seorang anak,pelajar dan adik serta hamba yang taat padaMu.Hindarilah dia daripada maksiat yang mampu merosak hati dan imannya,kerana dia merupakan lelaki yang akan membimbing keluarganya kelak.Berilah dia kelembutan hati dalam menerima nasihat dan hidayah dariMu.
Ya Allah,permudahkanlah urusan kesemua umatMu di dunia ini.Berikanlah mereka kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan yang datang ke atas diri mereka.Kuatkanlah hati-hati mereka dalam menghadapi kehidupan mereka.Jadikanlah mereka seorang yang mampu membentengi diri mereka daripada perkara-perkara yang mampu merosak akidah mereka.Dan sentiasalah di sisi mereka,Tuhanku,walau di mana saja mereka berada.
Dan,janganlah kau lepaskan diriku,padaku walau sekelip mata sekalipun,Ya Allah.”
Lama dah tak menangis kerana Dia.Sungguh.
Selamat berpuasa semua,semoga kedatangan Ramadhan ini dapat memberikan kita peluang untuk cari diri kita dan penuhi tuntutan kita sebagai umat islam yang sederhana tetapi bagus dalam soal hubungannya dengan Tuhan dan manusia yang lain.Amin :) – A-
– Sang Pentaubat
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment