Tuesday, 23 May 2017

Depression: Silent Killer

PengakuanKu

Assalamualaikum. Aku seorang pelajar yang menuntut di sebuah universiti di utara tanah air. Aku nak cerita sedikit sebanyak tentang depression ni.

Mulanya masa awal pengajian, aku seorang yang ceria. Petah, suka berkawan, class-clown & happy-go lucky lah. Benda yang serius pun selalu jadi bahan lawak (tapi tak semua benda lah). Geng pun ramai. Sana-sini semua orang aku kenal. Nak dijadikan cerita, aku ni bukanlah pandai pun. Slow learner sikit, lambat nak pick-up apa yang lecturer ajar. Lagipun aku tak minat engineering, jadi nya memang belajar tu tak ikhlas lah. Kelas pun selalu ponteng, sebab jarak ke kelas dan hostel makan masa setengah jam juga lah. Selalu bangun lambat, tu alasan utama kenapa selalu ponteng kelas sebenarnya. Dalam kelas, tidur tu memang rutin. Hasilnya, result exam cukup makan. Lulus atas hidung je. Tapi aku masih tak sedar. Aku rasa aku yakin aku boleh buat, jadi aku gigih register subjek banyak-banyak. Kalau credit hour sem tu sikit, aku padatkan. Semata sebab nak habis awal. Semata sebab nak menunjuk kat kawan, aku hebat. Gitu lah.

Mungkin sebab niat tu dah salah, sem seterusnya tu aku fail. Tapi yang bagusnya universiti aku ni, pointer bawah 2.0 tak terus dibuang. Masih diberi peluang cuma nya ptptn kena gantung. Mula pada tu lah aku jadi hilang semangat. Salah sendiri pun. Tapi aku gagahkan juga teruskan belajar sebab mak ayah. Ada niat nak berhenti belajar & sambung course lain, tapi disebabkan fikir pasal mak ayah, aku teruskan juga lah walaupun tak minat.

Simptom depression aku bermula masa aku final year. Masa tu aku tengah siapkan proposal untuk fyp. Dapat pula sv yang cerewet. Aku ni jenis yang tak boleh nak cope dengan stress. Proposal 90% siap, tiba-tiba sv tukar tajuk fyp aku. Tajuk yang jauh menyimpang dengan apa yang aku buat. Aku punya stress tu, tuhan saja yang tahu. Tapi aku sabar, walaupun dalam memberontak, aku buat juga. Masa aku final year tu juga lah aku berubah, aku jadi kurang bercakap, aku selalu keluar seorang, dengar lagu kuat-kuat, suka tidur, suka menyendiri. Sebenarnya, banyak kali juga lah aku kena pulau dek kawan-kawan atas sebab yang aku tak pasti. Tapi sebab aku sayangkan kawan, aku maafkan. Kelas pun aku banyak ponteng. Lagi satu, masa final year aku kerap sakit. Selalu demam. Yelah sebab asyik tidur, tak buat aktiviti apa langsung. Jadi nya aku selalu miss kelas. Result aku pun tak memberangsangkan masa tu.

Sem terakhir pengajian aku, aku berubah banyak. Aku jadi tak tentu arah. Semua benda tak kena. Stress fyp lagi, mana nak layan kerenah sv, mana nak siapkan thesis, mana nak cekau duit nak pergi lab nun jauh untuk siapkan fyp lagi. Pening kepala. Masa tu lah aku selalu cakap seorang, cakap dengan diri aku sendiri. Tapi selalunya aku akan buat macam tu masa aku sendirian lah. Ada masanya juga aku tercakap dengan diri sendiri masa aku tengah lepak dengan kawan-kawan. Kawan-kawan pun mula jauhkan diri. Sebab aku tiba-tiba jadi pelik. Aku pun jadi stress dengan keadaan tu. Makin bertambah serabut kepala aku dengan masalah menimbun. Sebab aku selalu sakit juga lah, hospital tu dah jadi rumah kedua aku. Ubat-ubat yang doktor bagi semua aku habiskan. Satu hari ni, aku tergerak hati nak google nama-nama ubat. Rasa nak pitam bila aku google satu nama ubat ni, rupanya ubat tu anti-depressant. Baru aku sedar, selama ni aku berubah sebab aku depressed. Atas banyak faktor yang aku sendiri tak pasti. Aku senyapkan benda ni daripada semua orang termasuk mak ayah aku sendiri. Risau kalau mak ayah aku tahu, nanti aku jadi lagi tak tentu arah.

Jadi aku nak pesan kat sini, kalau nampak kawan kita berubah tiba-tiba tu, jangan lah pandang pelik. Ajak lah kawan tu bersosial semula. Salah satu cara untuk ubat depression ni adalah dengan moral support, bagi dia socialize dengan orang sekeliling. Jangan bagi dia bersendirian. Yang ada depression tu, you are not alone. Everyone has different stress tolerance. Kalau stress sangat tu, mengadu lah dekat kawan. Aku tak syorkan mengadu dekat family sebab kebanyakannya tak akan faham apa yang kita rasa sebab generation gap. Kita tak akan dapat dengar kata-kata semangat yang kita nak dengar daripada mak ayah kita. Selalu nya lah. Don’t be afraid to seek for help. Terutamanya berjumpa dengan kaunselor. Hampir setiap minggu aku berjumpa dengan kaunselor, atas nasihat doktor dan Alhamdulillah aku makin pulih & makin berkeyakinan untuk teruskan hidup. Mental health is important too, bukan setakat sihat tubuh badan je.

Sekian confession,
S

– S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.