Tuesday, 23 May 2017

Unpleasant Working Environment

PengakuanKu

Assalamualaikum. Terima kasih kpd admin sudi siarkan confession ini. Actually cerita ini more to bertanyakan pendapat.

Aku sekarang ni bekerja di sebuah syarikat MNC. In Sha Allah bulan depan probation period aku berakhir. Masalah aku sekarang, aku sangat tertekan dengan working environment di tempat kerja aku. Job wise tak ada masalah. I love the job scope. Masalah utama aku adalah people which is my colleagues!

Colleagues aku berpuak2. Separuh geng group A, separuh geng group B. Ni bukan berpuak2 tahap biasa… Dorang memang tidak sebulu. Bercakap atau berborak pon dorang tidak pernah. Duduk menjeling jer antara satu sama lain padahal 1 team.

Disebabkan dalam opis berpuak2, aku jadi tersepit. Aku nak menjalinkan hubungan baik dgn semua orang. Tapi malangnya mereka meletakkan tekanan pada aku. Contohnya, sekiranya aku pergi lunch dgn group A, group A akan cerita benda tak elok group B. Benda ni vice versa sekiranya aku join lunch group B. Group B pulak akan mengumpat group A.

Lepas tu kalau group A nampak aku keluar lunch dgn group B, group A akan tanya apa yang group B umpatkan tentang dorg. Sama juga kalau group B nampak aku lunch dgn group A. Dorg nak tau apa group A umpatkan. Aku cuba jadi neutral utk kedua2 group ni. Aku cakap jer la tak ada benda yang dorg umpatkan. Tapi dorg smua tak percaya. Cakap aku spy la, apa la. End up aku decide utk lunch sorg2 jer tiap2 hari. Lonely gile!

So bila Group A ingat aku spy group B, and group B plak ingat aku spy group A, maka jadilah aku bola yang disepak ke sana ke sini. Maksud aku kat sini, bila ada kerja yang aku tak faham, dan aku bertanya pada seseorang dan seseorang tu dari group A, dia akan cakap, “pergi la tanya sipolan (dari group B)! Kan dia member kau!” Benda tu pun berlaku sekiranya aku bertanya pada seseorang dari group B. So memang aku tak dilayan.

End up aku pakai taram jer kerja aku. Pastu customer bising byk salah, mintak tukar bagai. Aku pulak kena balik. Sedih! Lepas tu dorang ni kuat cuti. Tiap2 minggu mesti ada yang cuti. Cuti bukan sehari plak tu. Kekadang sampai seminggu. Kalau ada je orang cuti, dorang akan suruh aku back up sebab aku budak baru dan kononnya aku tak banyak keje. HELLO! Kalau iya pun aku tak banyak kerja, buat la proper transition sebelum kau pergi melancong bagai. Tiba2 campak kat aku. Mmng satu benda la aku tak tahu. Team leader? Team leader pun dorg ayam2kan. Team leader aku pulak masalah. Dia tak strict. Dia biarkan team ktorg mcmtu.

Hari ke hari aku rasa dah tak ada semangat nak pergi kerja. Aku teruskan kerja pun sebab terkenangkan komitmen yang aku ada. Hari2 aku cuba be positive thinker. Tapi setiap hari aku menangis dalam hati sebab diperlakukan sebergitu. Kerja pulak, tak ada orang guide aku untuk fix kan problem yang aku create.

Aku delima sekarang. Patutkah aku teruskan bekerja disitu dan menangis dalam hati setiap hari atau berhenti serta merta dan ketawa buat seketika? Untuk aku decide berhenti, aku risau tiada pendapatan akan datang. Untuk aku decide stay dalam company tu, aku rasa being torture mentally.

Mohon reader boleh bagi pendapat sekiranya berada di tempat aku.

Sekian

– Nora

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.