Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah terpanggil untuk kembali berpena membalas segala kebaikan kebaikan kalian buatku.
Segala komen dan tips pada confession aku sebelum ini aku baca dan hadam satu per satu. Terima kasih buat kalian. Tak tahu kenapa masa baca tu sebak ya Rabbi. Aku terima semua, aku amalkan tips, aku aminkan doa kalian dan aku turut mendoakan kalian.
Aku nak cerita apa effect komen dan tips beserta pengalaman yang kalian komenkan tempoh hari, tak tahu kenapa aku rasa lebih bersemangat! Mungkin aku rasa disokong dan terharu didoakan saudara seagama meski tidak pernah bersua.
Wallahi, pengalaman kalian menginspirasikan aku. Ada satu komen seorang brader baik hati mengenai pengalamannya. Dan dia menyebut mengenai ‘repeat’ paper. Sudi dengar pengalaman aku mengenai hal ini ?
Pergilah jumpa pelajar mana pun. IPTS ke, IPTA ke tak akan jumpa pelajar yang nak repeat paper saja saja. Kalau tak sebab failed, sebab gred tak bagus sebab tu repeat. Belum pernah lagi aku jumpa pelajar yang dah dapat B atau A nak repeat semula paper tersebut.
Sebut pasal repeat, masa sem 4, aku pernah failed 2 subjek. GPA aku masa tu jatuh tak sampai 2.00. Dengan erti kata lain, aku tak dapat ptptn utk sem ke 5.
Aku tak sangka aku akan failed untuk subjek tersebut. Usul Fiqh dan Al Quran. Ya subjek tu lah aku failed. Aku fikirkan aku mampu lulus pada awalnya sebab markah assignment dan presentation bagus meski aku tak yakin dengan jawapan final paper sebab aku memang tak boleh buat. Dan tengok tengok masa result keluar, aku failed untuk dua subjek tersebut.
Down! Seminggu juga tak boleh move on. Nangis ja hari hari. Ibu pun pelik tengok aku. Aku tak cerita dekat Ibu. Aku simpan sorang. Tapi, Ibu dapat detect sebenarnya yang aku kemurungan sebab result teruk. Ibu ‘agak’ ja time tu. Biasalah naluri keibuan mana pernah salah. Sampai sudah aku tak ngaku result aku teruk HAHAHA.
Kemudian, masuklah aku ke semester yang ke lima. Aku tahu, semester itu akan jadi satu perjalanan yang panjang Dan mungkin menyakitkan untuk aku.
Aku add semula subjek yang aku failed pada sem lepas. Dua dua aku add. Dan itu menjadikan pada sem ke lima aku kena hafal 4 buah surah termasuk surah yang sedia ada pada sem ke lima. Aku tak tahu sama ada keputusan aku betul atau salah tapi aku cuba. Aku buat solat hajat minta Allah mudahkan.
Dan biasalah bila kita repeat paper ni, akan ada golongan golongan yang melabel kita sebagai golongan minda bawahan, lambat pick up. Aku tak Suka dilabel. Sejujurnya benci dilabel. Jadi, aku rahsiakan dari kawan kawan yang aku repeat. Tapi ada satu masa diorang dapat tahu dan tanya aku bertubi tubi.
” Pandan kau repeat ke? ”
” Wei asal kau repeat ha? ”
” Wei soalan haritu senang dorh? ”
Aku diam dan senyum. Aku tak jawab langsung soalan soalan tu. Macam biasalah aku kan kuat nangis HAHAHAHA. Lepas aku nangis aku jadi lega. Kalau teringat, aku nangis la balik. Disebalik kawan yang macam tadi, aku juga ada kawan yang supportive. Dia tengok aku sedih, dia belikan aku makanan. Aku makan, aku seronok. Lagi banyak aku nangis, lagi banyak makanan aku dapat. Lama lama aku pun dah jadi bola. Bulat sana sini.
So, lama kelamaan, aku lali dengan soalan soalan kawan kawan aku tadi. Aku rasa budak perempuan ja yang sibuk tanya benda macamni kalau budak laki dia cool lagi. Aku pun tak faham dengan kasta olok olok yang diorang bina. And one day, sebab aku dah malas sangat nak dengar soalan diorang pasal aku add subject, aku jawab sekali sahaja ” Ya aku add subjek dan aku akan dapat A untuk subject yang aku ambil untuk kali kedua. Bukan setakat markah yang baik, tapi aku akan betul betul faham kalini!”
Diam terus diorang. Aku harap lepasni dah dihazafkan lah kasta kasta/ puak tambah tambah golongan mahasiswi. Ada puak pandai. Ada puak cantik. Habis yang cacamarba macam aku nak letak mana? Sebabtu aku lebih suka berkawan dengan kakak senior. Lebih matured, memahami. Moral of the story, kawanla dengan semua orang. Jenis aku, aku sangat suka berkawan. Cuma aku alergic sedikit dengan golongan acah bangsawan. Aku suka berkawan cuma, kalau kau fake dengan aku, aku pun akan fake dengan kau. Jangan contohi perkara ini hew hew.
Banyak benda kakak kakak ajar aku. Aku study dengan kakak kakak. Serious. Diorang memang tolong aku dan aku pun jadi tak kisah untuk bantu diorang jugak. Alhamdulillah. Makin lama, aku lebih kuasai subjek.
Aku bangga dengan markah midterm aku untuk Usul Fiqh. Aku dapat full marks. Subjek Al Quran pula, aku improve dari sem sebelum. Macam aku cerita dalam confession sebelum ini, aku rajin buat nota. Aku menghafal. Walaupun aku suka lupa, tapi aku tetap cuba. Dan rezeki aku, soalan final Usul Fiqh sama sebijik dengan soalan sem lepas yang aku failed tu !! Betapa happy dan bersyukurnya aku masa tu hanya Allah yang tahu!
Sebab langit tak selalu cerah, sem tersebut, aku kena fikir satu lagi benda. Yuran pengajian. Aku kan tak dapat ptptn sebab result sem lepas teruk. Yuran aku masa tu RM2800. Dan aku kena dapatkan duit walau macam mana cara sekalipun.
Niaga!
Yes aku niaga!
Pagi nasi lemak, petang nasi bujang. Hasil lebih kurang 2 bulan aku dapat RM300. Aku bawa keluar duit tabung haji RM500. Aku gadai rantai emas RM1k. Duit zakat sikit dan duit poket bulan bulan. Dan aku pinjam RM500 dari acu aku yang tahu semua benda pasal aku. Yang selebihnya aku buat tangguhan.
Alhamdulillah selesai yuran. Tapi yang perit, bila aku kantoi dengan Ibu masa cuti sem. Ibu jumpa resit tabung haji dan surat pajak gadai dalam purse aku. Musnah. Aku rasa macam aku anak derhaka. Mujur ayah dan acu ada. Ibu sedih sangat. Walau ibu dah syak result aku teruk haritu, tapi Ibu tak tahu akan seteruk tu. Ayah pula pi tebus balik rantai aku. Pengajaran bagi aku untuk berlaku jujur walau apa perkara sekalipun.
Result sem lima dah keluar. Aku dapat A untuk subjek Usul Fiqh. Al Quran aku dapat C. Takda D dan takda A. Subjek arab aku dapat B ! Fuhh hebat juga Alhamdulillah.
Beginilah aku. Ada pasang surut walau lebih banyak yang surut asalkan jangan hanyut.
Satu benda aku paling teringin dalam dunia pelajar ni, sepanjang 3 tahun ni, GPA dan CGPA aku tak pernah mencecah 3.00. Boleh aku minta kalian doakan aku dapat cecah 3.00 ? Terima kasih !
Walau pada fizikal dan zahirnya, kura kura memang lembab. Tapi tetap mampu mengalahkan arnab. Takda guna bongkak dan takbur. Kura kura juga mampu menang!
Kalau aku dapat 3.00, hujung tahun ni aku confess lagi dekat sini !
Salam Ramadhan Al Mubarak.
-Salam Sayang, Si Daun Pandan.
– Si Daun Pandan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment