Assalammualaikum wbt kepada pembaca semua. Aku harap admin dapat approve aku punya confession nie. Maaf lah ye guna perkataan aku. Sebab dah geram sangat-sangat. Aku tujukan confession aku ini untuk Confessor Han dan sesiapa sahaja yang mempunyai pendapat macam beliau.
Tadi aku baru je baca satu confession fasal depression dengan introvert nie. Cara penyampaian dia seolah-olah orang depress nie orang yang introvert, mengada-ngada, tak kuat iman dan attention seeker. ‘Orang yang cantik pon boleh depress apa lagi orang tak cantik’ – serious statement kau macam orang tak cerdik. Confessor siap tulis lagi ‘Depression tak kan jadi kalau kau percaya Tuhan. Mana ada orang yang jaga hubungan baik dengan Allah tetiba meroyan stress nak bunuh diri bagai sebab feed up dengan hidup, putus asa dengan manusia. Sebab dia tahu, dia ada Tuhan tempat dia mengadu’.
First of all, fed up ye, bukan feed up. Depression is one of the mental illness. Tahu tak mental illness nie apa? Penyakit mental. Aku ulang – PENYAKIT. Ada macam-macam penyakit mental yang ada selain dari depression seperti OCD, bipolar, postpartum depression (meroyan) dan lain-lain lagi. Penyakit ini semua berpunca apabila organ pesakit iaitu OTAK ada masalah. Bukan sebab pesakit suka-suka nak depress. Mental illness sama juga dengan penyakit lain macam sakit jantung, kanser, sakit buah pinggang dan lain-lain. Sakit jantung sebab jantung ada masalah, kanser sebab ada mutation dalam sel badan, sakit buah pinggang sebab buah pinggang ada masalah. So macam mana pulak bila orang yang OTAK dia sakit, kau boleh cakap dia tak jaga hubungan dengan Tuhan pula? Bila kau cakap orang yang ada depression nie tak jaga hubungan dengan Tuhan, seolah-olah kau cakap orang yang kanser stage 4 tu pon tak jaga hubungan dengan Tuhan. Pergi lah cuba cari orang-orang yang sakit kat hospital, kau cakap macam tu. “Tula kau dapat kanser sebab kau tak jaga hubungan dengan Tuhan la tu”. Mesti kejam kan bunyi nya. Habis tu kenapa pula dengan orang yang ada depression nie kau boleh senang-senang je cakap macam tu?
Second, kau bagi tips dekatkan diri dengan Tuhan, join usrah. Nie aku ada kisah benar yang aku nak kongsi. Aku ada seorang kawan masa belajar dulu. Memang alim. Tudung labuh. Sekolah agama dan family background pon memang islamic. Hari-hari mengaji Al-Quran. Solat memang penuh melainkan waktu dia cuti. Siap solat sunat semua. Kalau setakat usrah dan tarbiyah tu memang tak pernah missed rasa nya. Dia juga sangatlah EXTROVERT. Kawan usrah ramai, senior junior, lecturer semua la baik dengan dia. Masa dalam class kalau dia nak bagi pendapat, selamba je. Masa kami belajar di UK dulu, siap pergi spring camp, summer camp (nie Islamic camp, ye). Kalau tengok dia bukan setakat menjaga hubungan dengan Tuhan, dengan manusia juga dia jaga.
Habis belajar masing-masing busy jadi takde lah kitorang contact sangat. FB dia pon senyap je. Selalu dia ada bagi tazkirah or status-status Islamic dalam FB. Then one day, dia confessed yang dia mengalami depression. Masa dia buat FB status tu, dia dalam proses recovery. Jumpa psychiatrist sebab depression yang melampau. Padahal dia dah kahwin dan suami dia pon orang alim juga. Dia boleh je nak luahkan perasaan dia pada suami dia tapi kenapa dia jumpa psychiatrist juga? Aku tak tanya la depression dia sampai tahap suicidal ke apa sebab aku hormat dia punya masalah. The point here is, macam mana orang yang EXTROVERT, alim, rajin solat dan baca Al Quran, join usrah boleh dapat depression jugak? Ke kawan aku tu pura-pura alim (nak ikut logik kau cakap orang yang depression nie tak jaga hubungan dengan Tuhan). Sebab, DEPRESSION adalah PENYAKIT yang boleh datang macam penyakit lain.
Semua orang boleh menghidapi depression nie. Introvert, extrovert, kaya, miskin, alim, perangai macam setan, semua boleh dapat. Bukan suka-suka je kejap nak depress, kejap tak nak depress.
Aku nasihatkan la ye kepada Confessor Han dan juga pembaca lain-lain,
1. Educate yourselves
Baca dan fahami tahap-tahap depression nie. Ada yang mild, ada yang severe sampai tahap suicidal. Ambil tahu. Bukan terus judge orang yang ada depression tu. Nie baru dengar orang cakap dia depress, kau terus judge cakap dia tak jaga hubungan dengan Tuhan. Cetek sungguh pemikiran kau. Banyakkanlah membaca. Iqra’ (bacalah)
2. Ketahui simptom-simptom depression
Depression nie bukan terus-terus nak bunuh diri je. Itu dah tahap kritikal. Dia mula dengan menyendiri, menangis tiba-tiba, sedih tapi tak tahu kenapa dia sedih dan lain-lain lagi. Banyak simptom depression yang kalau kita terperasan dari awal mungkin boleh selamatkan pesakit itu.
3. Keep your opinion to yourself
Kalau kau still rasa yang orang-orang depress nie mengada-ngada, tak jaga hubungan dengan Tuhan, kau diam-diam jela. Sebab apa, bila kau cakap atau tulis benda-benda macam nie, kau bukan setakat tak membantu, malah menambah lagi depression orang tu. Kalau setakat jaga hubungan dengan Tuhan tapi hubungan dengan manusia macam hampeh, banyak-banyak lah buat refleksi diri
4. Buang stigma pesakit mental tidak jaga hubungan dengan Tuhan
Tolonglah, jangan cakap atau tulis lagi macam nie. Kesian orang yang sakit tue. Sebenarnya benda nie bukan terjadi dikalangan Melayu sahaja, orang Islam di negara lain juga. Sila baca apa Yasmin Mogahead komen pasal benda nie. Beliau sendiri cakap even orang Islam Arab dan Islam European pun menganggap mental illness nie sebab tak jaga hubungan dengan Tuhan. Mental illness is like taboo among Muslims. Kalau you ada mental illness, you memang tak solat, tak mengaji, tak alim.
Lagi sekali saya mahu tekankan, yang depression ialah penyakit yang boleh dihidapi oleh semua orang. Kanak-kanak juga boleh mengalami depression. Orang tua juga. Bukan sekadar orang dewasa. Ianya penyakit yang BOLEH diubati jika dikesan lebih awal. Bukan penyakit untuk DIHAKIMI. Kepada sesiapa yang mengalami depression, sila jumpa terus psychiatrist. Sebab hanya mereka yang memahami dan boleh menolong tanpa sebarang judgement.
– Miss I
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment