Sunday, 21 May 2017

Korang Pasti Boleh!

PengakuanKu

Salam sayang semua.
Thanks admin for the approval.
Aku Elidia berumur 24tahun. Dulu, aku seorang yang dikatogarikan sebagai gemuk. Gemuk aku adalah 70kg dengan tinggi 154cm sahaja. Maybe setengah orang fikir berat aku ni tak terlampau overweight tapi kalau dikira dalam family aku, itu dah cukup gemuk dah. Sebab kakak dan adik aku semua slim melim. Ditambah pula dengan muka aku jenis penuh dengan jerawat. Jerawat jenis yang berdarah punya. Memang breakout habis lah muka. And aku punya gigi tersusun rapi cuma sedikit kedepan. It’s not too obvious tapi ia tetap buat aku tak ada keyakinan diri. Lagi satu, aku ada masalah kitaran haid yang tak tentu. Pernah sampai 2 tahun aku tak period.

Since sekolah aku kena ejek dengan budak budak lelaki yang mulut tak ada insurans. Jongang, jerawat, gemuk gedempol itu semua makanan aku. Memang pernah je aku persoalkan kenapa Tuhan bagi aku rupa yang macam ni. Aku teringin nak cantik macam kawan2 perempuan aku. Fyi, kawan perempuan aku semua jenis muka flawless susah nak tumbuh jerawat and gigi dorang cantik and of course dorang kurus. Aku bersyukur sangat dapat kawan yang terima aku seadanya. Till now pun aku masih berkawan dengan dorang.

Okay back to cerita, aku ni tak pernah ada boyfriend yela sebab tak ada siapa nak aku ni. Tapi one day masa aku umur 18, masa tu aku dah sambung study kat kolej, ada sorang lelaki ni kata suka kat aku maka jadilah kami boyfriend girlfriend. Ini pertama kali aku bercinta. Aku ingat dia suka tu maknanya dia terima aku apa adanya tapi aku silap. Dia selalu complain apa saja yang tak kena dengan aku. Kalau aku makan dia marah kata aku ni asyik makan je kerja. Dia tak habis habis suruh aku pakai braces padahal ayah aku paling marah kalau aku cakap aku nak pakai braces. Ayah selalu cakap “Cuba bersyukur at least awak tu ada gigi. Sibuk nak ubah ubah untuk apa? Tuhan jadikan gigi awak macam tu sebab ia sesuai dengan muka awak”. Okay, aku sentap. Lepastu, boyfriend aku selalu jugak perli muka aku ni banyak jerawat siap suruh aku letak bawang putih kat muka lah letak itu letak ini. Aku ikut lah kata dia, end up muka aku makin teruk (jenis muka sangat sensitif) dan aku menyesal dengar kata dia. Lepas setahun, aku tak tahan dan kami pun break up.

Aku back to solo, habis kan study dan cari kerja. Aku masih sama macam tu, tak ada apa yang berubah. Masih gemuk dan berjerawat. Aku dapat kerja yang baik dan aku mula start kumpul duit. Bila siang, hidup aku memang busy dengan kerja je. Bila malam, aku banyak habiskan masa duduk depan cermin and belek diri aku. Aku kena bangun dan ubah hidup aku, untuk gain confidence level supaya aku boleh jalani hari mendatang dengan lancar. Aku mula berhenti makan nasi. Mula mula memang seksa sebab tekak melayu, tentu nak nasi. Tapi aku tetap tak nak sentuh nasi. Sebab bagi aku, nasi tu musuh (walaupun pakar kesihatan cakap sebenarnya kalau diet boleh makan nasi) tapi lain orang, lain rasanya..lain emosinya. Aku mula berjinak dengan jogging, ride basikal. Balik kerja sampai rumah, letak beg, salin baju, pakai kasut.. pergi jogging or naik basikal kayuh keliling rumah sampai maghrib. Benda ni dah jadi rutin.

Orang keliling mula tegur “Elidia, kau nampak kurus sikit” Pergh penangan orang puji sikit tu pun buat aku lebih membakar semangat nak kurus lagi dan lagi. Surprisingly, lepas kurang dari setahun, berat aku dari 70kg, aku cecah 55kg. Total lost, 15kg. Bila berat aku berkurang, period aku berjalan lancar maka jerawat aku pun makin berkurang. Aku dah reti dressed up nicely, setting rambut sendiri, I even know how to do my makeup.

Disini bermulanya dunia aku 360° berubah. Ada lah orang cakap aku kurus sebab ambil pil kurus lah, hisap dadah lah, ganja lah. Aku sentap jugak kadang2, yela effort aku orang tak nampak lepas tu suka suka cakap yang negatif pasal aku. Tapi aku biarkan je yang penting, aku punya keyakinan diri makin menebal. Bila aku dah dikatogarikan sebagai kurus, dan dan tu lah penuh budak budak sekolah budak kolej yang tak pernah bertegur dan yang pernah bertegur tiba tiba DM aku ajak lepak ajak dating ajak tengok wayang ajak makan. Heh. Aku layankan je. Tapi aku tahu semua tu dusta, nampak sangat tengok rupa. Pernah salah seorang yang ajak aku keluar tu cakap “You tahu tak sebenarnya you sangat cantik? I rasa nak tatap muka you 24/7” Kalau lah kat situ ada baldi, aku dah lama muntah. Such a sweetalker! Dulu tak ada pun kau nak puji puji macam tu.

Bila keluar dengan kawan2 aku yang flawless, aku dah tak malu lagi. Aku selesa dengan diri aku sekarang. Aku start makan nasi balik, cuma aku kawal pengambilannya. Kadang aku masih jogging and aku lebih banyak workout dalam bilik sebab kerja makin busy, aku makin tak cukup masa untuk bersukan. Current berat aku baru timbang semalam, masih 55kg. Aku aim raya ni nak capai 50kg. Doakan aku gais!

Untuk semua perempuan yang sama macam aku yang “dulu”, please don’t give up. Please. Tak terlambat lagi nak jadi better. Aku boleh lost 15kg dalam masa kurang setahun, why not you? Ye, dulu aku selalu menangis mengenangkan nasib diri bila tengok lemak lemak menghuni badan aku ni, tapi sambil nangis sambil suap cikedis dalam mulut. Hehe, itu dulu. Bila kau dah terbiasa makan secara bersederhana, kau takkan selalu rasa lapar. Trust me.

p/s: Kalau dalam penulisan aku nampak macam bangga diri, aku minta maaf. Aku seriously tak bangga diri, aku cuma bangga dengan pencapaian aku setakat ni. Girls, semua benda kau boleh capai kalau kau ada kesungguhan. You go girl! Xoxo.

– Elidia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.