Tuesday, 23 May 2017

Bersyukur Tak Ada Depression

PengakuanKu

Baru-baru ni saya ada terbaca luahan pasal introvert dan depression. Ada yg kata orang depression ni xjaga hubungan dengan Tuhan. Ada yang kata depression ni sejenis mental illness.

Apa-apa pun, saya cuma nak kongsikan cerita zaman kecik saya. Masa kecik dulu, boleh dikatakan keluarga saya porak peranda. Mak ayah selalu bergaduh. Abang-abang pun xsebulu. Asyik bergaduh je. Saya ada ramai abang. Abang saya yang first tu penagih dadah. Jadi abang-abang saya yang lain tak suka dia. Hubungan abang-abang dengan ayah pon renggang. Pernah suatu hari, nak dijadikan cerita, masa tu kat rumah ada tetamu ayah datang. Tetiba dua orang abang saya masing-masing pegang senjata untuk tetak antara satu sama lain. Ayah saya xsuka abang saya yang penagih dadah tu. Abang-abang pun tak rapat dengan ayah sebab ayah kami bukan macam ayah orang lain. Yang melafazkan sayang dengan mudah. Yang memeluk mesra tanpa was-was. Ayah seorang yang baran. Jadi, bila api bertemu api, makin panas la jadinya. Berbalik pada cerita tetak menetak tadi, hanya Allah yang tahu perasaan saya waktu tu. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan seorang budak perempuan yang sudah ditiup rasa seorang manusia yang inginkan kedamaian waktu tu. Dengan linangan airmata, saya menjerit supaya menghentikan segalanya. Budak berumur 7-8 tahun, apa sangatlah yang mampu dilakukan. Saya menjerit sekuat hati. Ibu seakan merelakan segalanya. Mungkin ibu sudah penat dengan drama bersiri yang tidak berkesudahan itu. Dia yang melahirkan kami. Ayat yang selalu keluar daripada mulut ibu dulu, “Biarlah. Biarkan mereka. Mereka tu bukan anak orang lain, anak aku. Kalau mati pun, bukan anak orang lain, anak aku”. Drama-drama seperti ini bukan kali pertama berlaku dalam keluarga kami. Bahkan setelah drama ini pon, masih banyak lagi drama-drama yang lain.

Pernah suatu hari, aku tersangat penat dengan segala yang berlaku. Umur 7-8 tahu. Aku packing baju-baju dan aku ajak adik aku lari dari rumah. Umur sebegitu, kemanalah kami ingin pergi. Sudahlah perempuan. Jadi, aku menumpang rumah jiran belakang rumah. Kebetulan anak jiran adalah kawan aku. Aku pergi dan tumpang tidur disitu. Waktu malam. Yang aku tahu waktu itu, apa yang aku rasa adalah kepenatan dan aku ingin pergi jauh daripada rumah yang sepatutnya menjadi syurga duniaku. Umur 9-10 tahun, aku pernah terpk untuk membunuh diri lantaran tidak tahan. Tetapi, mujur Allah tiupkan rasa ketakutan itu dalam diriku. Takut seorang budak-budak.

Tahun 2009, ayah aku meninggal. Dan setelah ketiadaan ayah, keadaan semakin membaik. Abang-abang aku masih membisu. Cuma tiada lagi drama-drama seperti dulu. Aku ada saat ayah menghembuskan nafas terakhir. Aku ada disisinya. Membacakan yasin. Aku bersyukur sewaktu itu, aku sudah mampu membaca al-quran dengan lancar. Masa tu darjah 5. Dalam keporak perandaan keluarga kami, ibu dan nenek setiap malam mengajar aku mengaji. Aku bersyukur. Dengan linangan airmata yang tidak bisa ditahan, aku meneruskan bacaan sehinggalah ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Seteruk mana pun arwah ayahku, kami ada banyak kenangan indah bersama. Setelah dia pergi, aku tidak ingin lagi mengingat semua hal-hal yang menyakitkan, bahkan aku menanam sedalam-dalamnya kenangan-kenangan itu. Aku hanya ingin mengingati kenangan-kenangan indah kami bersama. Setelah 10 tahun ayah pergi, aku masih merinduinya seperti mana aku merindui kenangan indahku bersamanya.

Alhamdulillah, kini abang-abangku sudah berbaik. Sudah mula bercakap sesama sendiri. Sudah saling bisa menyokong antara satu sama lain. Semua sudah berkeluarga. Cuma doaku kepada abangku yang “bekas” penagih dadah, semoga Allah memberi sinar dan hidayah kepadaNYA. Dalam ramainya adik beradik kami, akulah yang paling memahami dia. Aku ada dalam setiap ceritanya sampai sekarang. Cumanya, baru-baru ini, aku menjadi tersangat penat. Penat untuk berkongsi masalahnya. Dan kepenatan itu, selalunya aku kurangkan dengan airmata. Semoga Allah memberikan kami kekuatan.

Kesimpulannya daripada cerita aku ini, banyak penyakit mental yang aku tengok dalam drama-drama la disebabkan oleh tragedi masa kecik. Ada yang kena D.I.D dan sebaganyai. Aku bersyukur kerana aku sihat walafiat sampai sekarang. Jarang-jarang skali depression tu mungkin ada la kot. Yelah, manusia kan xkan lari daripada masalah dan ujian. Cuma satu jelah aku nak pesan, dekatkan diri dengan Allah. Allah je sebaik-baik tempat pergantungan. Solat jangan tinggal. Sejahil apapun kita tentang agama, jagalah solat. Aku pun manusia biasa. Selalu gek tertinggal solat subuh tu. Tapi saling mengingati, xsalah kan.

– Miss H

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.