First of all, terima kasih admin sebab sudi siarkan confession ni. Harini aku rasa terpanggil untuk tulis tentang isu hantaran. Yes, since dulu lagi, isu hantaran ni tak pernah berhenti. Aku ni belum bernikah lagi, umur pon awal 20-an yang nak dekat dengan tengah, tapi aku banyak berkawan dengan orang yang lebih berusia daripada aku. Why? Sebab aku eager nak estimate or forecast apa yang akan jadi pada aku pada masa hadapan. Jadi, bila kita Nampak bayang-bayang isu yang bakal terjadi, kita akan lebih bersedia la (itu pada pandangan aku la). Segala yang aku tulis ni, sekadar pandangan campur dengan apa yang aku tengok.
Berbalik pada topik, isu hantaran ni kan, first kena fahamkan apa yang dimaksudkan dengan hantaran itu sendiri. Kalau ikut rukun nikah yang aku pernah belajar dulu masa zaman sekolah, rukun nikah ni ada lima (5) je, (1) Suami, (2) Isteri, (3) Saksi, (4) Wali dan (5) Akad. Jadi, dari mana datangnya istilah hantaran ni? Haha. Ada yang kata hantaran ni dinilai dari segi taraf pendidikan, tak kurang jugak yang kata tahu serba-serbi maka layak minta hantaran tinggi dan ada jugak yang kata orang cantik paras rupa boleh minta hantaran tinggi and orang muka biasa-biasa, letak rendah-rendah pon okay. LOL
Okay, hantaran ni kalau ikut hukum syarak, jatuh as pemberian. Kalau dah nama pon pemberian, kau rasa patut ke main letak sekian-sekian jumlah? Antara alasan-alasan typical yang pernah aku dengar pasal minta hantaran tinggi, (1) Nak cover majlis sebelah perempuan, (2) Sebab parents perempuan dah jaga anak dia dari kecil sampai dewasa, (3) Parents perempuan nak tengok lelaki ni boleh ke tak jaga anak dia. Kalau yang alasan pertama tu, aku rasa, kalau kau nak sangat majlis yang grand, hebat-hebat sampai seantero dunia tahu, why not kau keluarkan duit sendiri, if kau terasa beban sangat, why not kau kumpul separuh, lelaki kumpul separuh? Atau kalau kau nak sangat pihak lelaki cover, why not kau pon sama-sama kumpul duit, aim something to achieve. Kat situ kau akan rasa macam mana lelaki rasa. Alasan kedua tu, ni nak gelak sikit, apa kau ingat parents lelaki besarkan anak dia pakai daun? Haha. Ingat tak pakai duit? Alasan ketiga ni, kau fikir parents kau je, ingat parents lelaki tu tak risau nak lepaskan anak dia hidup dengan kau?
Okay, kat atas tu nampak macam aku win kan lelaki kan, lelaki ni pon boleh tahan banyak argument bila perempuan minta hantaran tinggi-tinggi. Antara yang aku acapkali dengar, (1) Rupa pon takde, ada hati nak letak 20k, kalau macam artis takpe la, (2) Kau punya ‘tu’ ada emas ke (maaf, sini bunyi macam tak proper but itulah hakikatnya) and (3) Jual anak ke letak hantaran tinggi-tinggi. Haha. Ni typical arguments yang aku sendiri pernah tengok. Ada yang sampai hina ciptaan Allah bila perempuan tu letak hantaran tinggi, siap kata ‘Muka macam kapal karam, ada hati nak hantaran tinggi’. Hello brother, kau nak argue boleh, tapi jangan kau hina ciptaan Allah. Kau tu pon untung Allah bagi sempurna, tanpa cacat-cela. Kot ada cacat pon, Allah dah tutup segalanya. Argument kedua tu, ada emas ke takde emas, you have no rights to say like that. Nanti tiba-tiba dapat yang betul-betul ada emas, baru korang terkejut. Hahaha. Argument ketiga, kau kata jual anak, tapi kau jugak yang setuju. Pastu belakang bakal mertua, kau merungut, protes sana-sini.
Pada pandangan aku la kan, cuba bincang baik-baik dengan bakal pak mak mertua. Perempuan pon, kau pon agak-agak la, kira bersyukur alhamdulillah la ada jugak orang nak kat kau. Ni boyfriend kau tu dah la fresh graduate, letak hantaran 20k. Mana tak haru. Haha. Permudahkan benda yang halal. Korang mesti cakap ‘Eleh confessor ni, sembang boleh la, cuba kau nak nikah nanti, tengok berapa hantaran parents kau letak’. Haha. Sebelum tu, meh confessor bagi jawapan, bila tengok keadaan sekarang, ekonomi sekarang, tambah dengan bangkitnya pelbagai isu ni, in sya Allah mana yang mampu, but berpada-pada, kena ingat kehidupan selepas pernikahan lagi banyak perlukan duit. Tak salah kalau bersederhana, malah lebih keberkatan. Jadi, untuk perempuan, cuba fikir dalam-dalam, ambil kira 10 tahun ke hadapan, kalau parents berkeras, doa supaya hati mereka dilembutkan, niat nak permudahkan benda baik. Untuk lelaki, kalau rasa tak bersedia, jangan gatal miang nak bercinta. Haha. Gurau-gurau, kalau betul-betul nak kan perempuan tu as isteri, work for it, kalau rasa macam over sangat permintaan, bincang baik-baik dengan keluarga, keluarga bakal mertua. Jangan pergi buat personal loan pulak.
Penuhkan diri dengan ilmu, in sya Allah semua okay.
Sekian, Terima Kasih.
– Me
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment