Wednesday, 24 May 2017

Banyak Mengeluh, Tiada Usaha

PengakuanKu

Sekarang exam week. Kitorang panggil fatrah imtihan.

Kehidupan pelajar Malaysia di sini, macam-macam. Ada yang sangat mewah, ada yang sangat papa kedana. Ada yang sangat gigih belajar sampai lupa dunia normal, ada yang sangat bermasyarakat sampai lupa belajar. Semuanya keadaan ada dua sudut yang sangat ekstrem. Kali ni aku cuma nak mention tentang “budaya mengeluh” yang aku rasa meluat tengok.

Mungkin mahasiswa kita di sini sedikit sebanyak terpengaruh dengan budaya mahasiswa tempatan, malas belajar- atau lebih tepat; belajar last-minute. Tak semua, tapi norma hidup di sini- seolah-olahnya begitu.

Bila final exam, bila Dr kata masuk semua silibus yang pernah dipelajari dalam satu semester, semua orang gelabah, merungut kata “banyaknyaaaaaa”. Bila Dr kata takde kelas, perasaan yang ada dalam hati ialah “happy”. Conversation dengan kawan-kawan, “Yeay Dr ada hal hari ni. So takde kelas lah kita”, ataupun bila waktu add drop subjek,”Dr ni tak pernah bagi markah bonus huhu, Dr yang tu bestt markah bonus dia banyak”, “Dr ni banyak bagi homework”, “Dr ni tak ambil kehadiran”, “Dr ni punctual, kalau lambat seminit je dah tak boleh masuk kuliah, kalau Dr tu okay, bila-bila je boleh masuk”.

Dan ironinya, kebanyakan mahasiswa cenderung untuk playsafe dengan memilih Dr yang -tak ambil kehadiran-bagi markah bonus-masuk kelas lambat sikit- berbanding Dr yang sangaaaaaat power dan berdisiplin serta ilmunya memang diiktiraf oleh ramaiiiii ilmuwan lain! Ruginya wahai! Confusing nya hidup ni, kenapa kebanyakan orang menolak pensyarah yang sangat berakhlak dan amanah dalam menyampaikan ilmu. Huhu.

Selepas exam, mengeluh di media sosial; -banyaknya soalan Dr- susah gila- hafazan tak dapat jawab- Dr kata hafazan aku lemah- Dr buat muka kat aku sebab aku tak dapat jawab- sedihnya macam tak tahu apa-apa waktu jawab- dan banyak lagi rungutan-rungutan yang disambut dengan rungutan yang maha berpanjangan oleh sahabat handai. Wallahi, aku malu bila membacanya.

Yang merungut ni, betul ke dah study betul-betul? Betul ke dah sediakan hafalan dengan betul? Atau sehari sebelum exam baru nak get ready untuk baca dari zero dalam otak? Kalau genius, boleh lah nak buat macam tu, tapi kalau rasa diri kita biasa-biasa, belajarlah dengan kadar yang sesuai dengan diri kita. Kita tak study, tak payah lah nak hebohkan kepada orang tentang “kesan kita tak study tu”.

Ini bukanlah budaya kehidupan mahasiswa yang sihat. Kalau dalam fasa kehidupan yang paling mudah ini (orang-orang tua kata fasa belajar ialah fasa paling best) kita tak fokus dan berdisiplin, kau nak expect apa untuk berubah sekelip mata waktu masuk alam pekerjaan nanti? Ciri-ciri orang yang macam ni lah yang menyebabkan produktiviti negara berkurang (hoho tetibe).

Come on guys, ni semua akhlak dan disiplin yang setiap orang perlu ada. Orang Barat maju sebab ni lah; diorang settle dengan akhlak sebagai seorang insan. Kita- yang islam ni apatah lagi, sepatutnya lebih lagi. Apa erti kita asyik kata nak masuk Syurga kalau bersusah dan berusaha sikit untuk exam pun malas dan tak berdisiplin. Syurga tu tempat orang berlelah di dunia kerana beramal untuk Allah, kawan-kawan. Jauh lagi lah tu dari nak mendekati Syurga kalau isu sekecil ini pun tak kita tak settle lagi.

Haha. Post tazkirah pulak jadinya. Aku tulis ni sebenarnya untuk diri aku lah terutamanya. Last point, kalau kita kata nak masuk syurga, jomlah kita beramal dengan amalan ahli Syurga. Apa amalan ahli Syurga, gi belek Quran nuhhh, atau tanya kakak abang usrah, atau google, atau cari buku ye!

Ramadhan Mubaaarak!

– Bukan Skorer Pun

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.