Tuesday, 23 May 2017

Miracle

PengakuanKu

Hi admin! Thanks kalau approve confession aku.

Sebelum aku nak share pasal miracle ni, meh la aku bagitahu serba sedikit pasal diri aku,
Aku ni budak biasa yang tak habis belajar degree (sebab masalah tertentu) dan aku uruskan business sendiri. Business aku biasa-biasa je, kalau orang pandang aku ni mesti akan cakap,
“Kau ni betul ke tengah uruskan business? Ke jadi orang yang takde keje, makan duit mak bapak je?”
Sebabnya media sosial aku tak aktif sangat pun so, jarang la aku update perkembangan business aku.

Business aku ni lebih kepad servis. Orang akan cari aku untuk dapatkan servis yang aku tawarkan. Alhamdulillah tak sampai setahun aku mulakan business ni sekarang aku dah ada premis sendiri. Ok, straight to the point, apa yang miracle-Nya?

Miracle yang aku nak cakap ialah, KUASA SEDEKAH. Sedekah yang menggandakan rezki yang sedia ada. Sejak kecik mak aku ajar, “Sedekah pada orang yang memerlukan” so, aku ada perangai yang suka hulur duit kat orang, seringgit je pun apa yang berkira sangat. Waktu sekolah rendah dulu, kalau aku sedekah kat orang, aku akan bagitahu pada mak & mak akan ganti balik duit tu huhu..

Lagi satu, aku ada kawan yang suka sangat bersedekah so, aku berusaha untuk terikut-ikut dengan perangai dia. Sebab aku pegang kata-kata dia, ”Pendapat aku, biarlah mereka mengemis. At least, mereka tak buat benda jahat. Merompak, meragut, mencuri…”

Miracle-nya, tiap kali aku sedekah, ada-ada je rezki lain yang “masyuk”, bukan sikit weh..berganda-ganda! Sampaikan aku sendiri tak sangka, asal banyak sangat rezki yang ibarat jatuh dari langit ni? Bukan nak banggakan diri buat amal jariah ke apa, tapi benda ni memang berlaku pada diri sendiri. Siapa sangka, SEDEKAH ni memang betul-betul POWERFUL! Alhamdulillah, sekarang baru aku dapat rasai nikmat bersedekah, dulu paksa jugak diri untuk ringankan tangan bersedekah, inshaAllah bila selalu memaksa diri, lama-kelamaan bersedekah tu akan menjadi kewajipan pula :) Sedekah bukan “labur” untuk akhirat je, ada satu masa Allah balas kat dunia terus..kalau bukan sekarang inshaAllah satu hari nanti!

Minggu lepas contohnya, bila aku sedekah pada orang RM1 (Aku dapat untung RM100), sedekah pulak RM50 (Aku dapat untung RM1K), sedekah RM100 (aku dapat untung hampir RM2K), bila aku hulur duit untuk family beberapa jam kemudian aku dapat balik duit tu dengan keuntungan yang datang secara tiba-tiba.

Oh ye, kenapa aku cakap “tiba-tiba”? Ye la, kau tak promote apa-apa pasal business kau, dah la orang entah dari mana, tiba-tiba datang cakap, “Aku nak bayar kau amount sekian..sekian..”. Alhamdulillah, rezki!

Sedekah ni tak rugi pun. Rezki akan bertambah berkat. Bila rezki melimpah-limpah, jangan lupa untuk terus bersedekah. Bila dah berduit jangan kurangkan amount sedekah pulak, setkan goals future nanti kita mampu untuk bersedekah beribu-ribu ringgit pulak. Nak jadi kaya bukan untuk diri sendiri, nak jadi kaya untuk orang lain jugak :) Apa yang kita dapat mungkin juga hak / rezki orang lain..

Jangan rasa poket kering tak boleh bersedekah, tenaga & bagi harta benda pun dikira bersedekah. Sempena Ramadhan yang makin dekat ni, sama-samalah kita perbanyakkan sedekah. Ikhlaskan hati, jangan bersedekah sebab harapkan balasan dunia pulak haha (aku bagi contoh je ni, sebab aku tak sangka Allah bagi rezki aku dengan cara ni.. inshaAllah lain orang lain “nikmat” yang Allah bagi), yang penting bila kita bersedekah, tetapkan niat nak tolong / kongsi rezki dengan orang lain.

Ikhlas okay?

#KempenBersedekah

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.