Tuesday, 23 May 2017

Murahnya Rezeki Suami

PengakuanKu

Aku menulis bukan nak menunjuk atau riak dengan apa yang aku ada. Cukup sekadar kita jadikan contoh teladan. Mana tahu ada yang kita terkurang dan boleh perbaiki selepas ini.

Dari awal aku kenal suami aku adalah masa kami student degree. Dia student cemerlang. Selalu dapat anugerah dekan. Aku dan dia declare couple masa dia last semester dan aku ada lagi berbaki 2 semester. Kitorang lain-lain course. Aku perhati selama kami couple, dia selalu hulur duit kat family dia. Parents dia, adik-adik dia kalau takde duit mesti mintak dengan dia. Padahal dia tak kerja pun. Rupanya dia dapat biasiswa JPA dan PTPTN sekali. Yang bagusnya dia bukan jenis joli. Tak lokek pun dia membantu family dia. Agaknya kerana tu dia takpernah nampak hidup susah sebagai student universiti.

Bila dia dah grad dengan Anugerah Naib Canselor, dia tak terus dapat kerja. Dia join Skim Latihan 1 Malaysia under Gamuda. Dia memang jenis tak memilih. Kemana Tuhan bawak dia, dia follow je. Even elaun RM1500 sebulan, dia mampu bagi aku pinjam duit dia untuk bayar yuran pengajian last semester aku. Aku pelajar extend, so semester akhir tu PTPTN hentikan pinjaman untuk aku. Buntu jugak masa tu. Duit BR1M pun dia bagi aku guna untuk aku survive sepanjang aku praktikal. Aku jenis taksuka mintak duit parents. So dia je tahu susah aku macam mana. Sikit pun dia tak berkira. Tak lama lepastu dia dapat offer kerja sebagai Jurutera. Aku pun terus kerja jugak lepas tamat praktikal.

Dari dia ada motor je, akhirnya mampu dia beli kereta. Paling terharu, nombor plat pun ikut tarikh lahir aku dan namakan aku sebagai pemandu kedua. Itulah surprise paling bermakna bagi aku. Lagi sifat tak berkira, dia bagi aku guna dan dia pergi kerja naik motor. Aku pun tak guna kereta tu. Sama macam dia, aku bawak motor jugak. Kereta tu hidup hujung minggu je bila kami keluar dating. Kadang-kadang dia bagi family dia guna. Sikit pun dia tak berkira.

Lepas kami bertunang, aku berhenti kerja dan balik ke kampung halaman untuk berbakti kepada ibu aku. Dia agak tak setuju sebab kami rancang nak kahwin dalam masa setahun selepas bertunang. Tapi redha bila aku cakap ni je peluang untuk aku berjasa dengan ibu. Lepas kahwin, aku dah sah-sah kena ikut suami. Aku mungkin takmampu hulur duit untuk ibu aku maka ini je cara aku nak balas budi sebelum aku bergelar isteri. Setiapkali aku datang jumpa dia pada hujung minggu, dialah yang menanggung makan minum aku. Sikitpun dia tak berkira. Malahan bila aku nak balik semula ke kampung, dia suka selitkan duit buat belanja. Setiapkali jugak aku menitis airmata terharu bila terjumpa duit dalam beg.

Semakin dekat nak kahwin, dia takpernah mengeluh duit takcukup. Aku tahu gaji dia bukan lebih RM3k pun. Dalam masa yang sama, dia ada tanggungjawab sebagai anak sulung. Adik-adik tiada duit mesti cari dia. Lagi pulak adik dia dua orang kahwin dulu sebelum kami dalam tahun yang sama. Sikitpun dia tak berkira. Dia siap boleh belikan lagi tiket bulan madu ke luar negara untuk kami lepas kahwin. Buat hantaran katanya. Dengan hantaran untuk aku RM5k dia nak bagi pun aku rasa berat nak terima. Aku rasa banyak sangat dah dia bagi pada aku. Allah je mampu membalasnya. Mujur lah aku tak ikut bisikan syaitan untuk putus tunang waktu kami bergaduh besar gara-gara persiapan kahwin dulu. Tuhan je tahu betapa aku bakal beruntung lepas bergelar isteri dia.

Aku rasa sebab dia selalu mudahkan urusan orang lain, Tuhan mudahkan urusan dia. Lepas kami kahwin, kami dapat tinggal di rumah milik bapanya yang sewa RM150 je sebulan. Tak terlalu besar, tak terlalu kecil. Cukup selesa untuk kami mulakan hidup. Masih dengan gaji yang sama, hidup pula di KL tapi sekalipun aku tak merasa susah. Dia masih pergi kerja naik motor. Kereta dia tinggalkan untuk bagi aku senang ke mana-mana. Rezeki Allah nak bagi, aku mengandung sebaik sahaja lepas majlis kenduri sebelah suami. Tapi lepas balik dari bulan madu baru kami dapat tahu. Tu pun sebab aku demam.

Murahnya rezeki suami aku dapat lihat sepanjang tempoh aku mengandung. Aku surirumah je lepas kahwin. Siapalah nak ambil ibu mengandung bekerja kan? Rumah ini dibelinya katil dan tilam beribu ringgit untuk aku selesa berbaring, TV canggih untuk aku senang menonton guna internet, semua dia bayar cash. Aku pulak yang risau kalau-kalau dia takcukup duit. Tapi tak pun. Tak berkurang pun duit dia. Bulan-bulan tetap dia hulur kat family, belikan barang dapur untuk family, hulur kat aku 3 kali seminggu, shopping hujung minggu, bawa aku makan apa sahaja yang aku nak, hiburkan hati aku dengan menonton wayang bila-bila dia lapang. Setiapkali aku mengidam, dia akan penuhi. Takpernah dibiar lama. Dia akan cari sampai jumpa. Bila cuti panjang sikit dia selalu ajak aku balik kampung aku. Ibu aku pun sayang sangat dengan dia. Kata ibu, dialah menantu kesayangan.

Gaji suami aku tak besar, tapi dalam simpanan dia tak pernah berkurang. Ya aku check online. Kad ATM dia pun dia bagi aku pegang. Aku guna kereta jarang isi minyak, sikitpun dia tak berkira. Setiapkali pun dia akan isi penuh semula. Bila dia gaji, dia akan belanja kawan-kawan kami jika ada waktu kami melepak bersama. Ya kawan-kawan aku adalah kawan-kawan dia juga. Tak makan besar pun, adalah dua tiga kali dia bayarkan setiapkali kami lepak minum-minum borak-borak. Ada waktu dia bawak family dia makan besar. Senang hati aku tengok dia gembira begitu.

Takpernah sekalipun dia mengeluh duit takde. Mungkin ini berkat dia komited dengan kerjanya. Bos pun sayang dengan dia. Mungkin jugak Tuhan dengar doa aku agar dimurahkan rezekinya. Mungkin jugak kerana dia selalu menyenangkan hati orang tua dan orang sekelilingnya. Murahnya rezeki suamiku, aku harap berterusan begitu. Tak lama lagi kami bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama. Doakan semoga urusan kami dipermudahkan ya.

– Isteri

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.