Tuesday, 2 May 2017

Rasuah

PengakuanKu

Tulisan hari ini adalah reaksi kepada statement dari Cuepacs, gaji rendah adalah antara punca penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Sebelum sy teruskan, utk mengelakkan any unwanted presumption, cukuplah untuk kalian tahu bahawa sy bekerja di sector swasta dan suami sy bekerja di bahagian awam.
Below are my personal thoughts;

1. Rasuah berskala besar yg melibatkan jutaan ringgit biasanya adalah dari mereka yg berpangkat, hence those with bigger salary and of higher authority. Bak kata orang, kalau guru kencing berdiri, jgn terkejut bila murid kencing berlari. Jika mahu membendung rasuah, pastikan org atasan bebas dr sebarang penyalahgunaan kuasa. Per Pareto principle, you can solve 80% of the problem if you can address the top 20% of the root cause.

2. Saya fikir isu utama ialah living cost. Jika gaji penjawat awam naik, swasta juga akan demand kenaikan gaji, dan harga barang-barang akan naik sebab kuasa beli semakin naik. It is an endless loop. Contohnya (not directly related), Kerajaan menaikkan gaji minimum kepada RM900. Sebuah tadika beroperasi dgn 5 org pengasuh akan mengalami masalah utk mengekalkan margin apabila membayar kos upah minima, jadi terpaksa menaikkan caj utk menjaga seorang kanak2 daripada RM300 kpd RM350. Jika harga sewa, harga material naik, yuran per head akan dinaikkan lg. Sedangkan syarikat gah macam TNB pun tak akan consider utk cut margin & akan naikkan caj electric, apatah lg pengusaha tadika kecil-kecilan. Jika seorang pekerja menghantar 2 org anak ke tadika, dia perlu menanggung tambahan sebanyak RM100 setiap bulan! Sekiranya pekerja ini mempunyai sebuah rumah sewa, dia akan cuba meminimakan impak lebihan bulanan dgn menaikkan kadar sewa. Natijahnya kita perlu faham that no one is willing to bear the consequence of a higher cost, and usually the extra charges shall be passed to those who live in a lower chain (org yang tiada pilihan, iaitu pengguna tegar). Golongan ini akan ditekan habis-habisan, dan akan mudah terjebak dgn pelbagai gejala buruk. Jadi bagi sy the point is not to increase the salary, but government need to control the living cost at a reasonable rate.

3. Isu kedua perihal rasuah and penyalahgunaan kuasa berkait rapat dgn penguatkuasaan yg lemah. Sy amat menyokong jika gaji2 utk bahagian penguatkuasaan (polis, kastam, sprm, auditor) diteliti kembali utk mengembalikan integrity jabatan-jabatan ini. Bahagian penguatkuasaan juga haruslah diberikan kuasa melebihi sebarang kuasa politik utk menjadi relevan.

4. Don’t live above your means. Ada penjawat awam yg tidak mahu bersara awal sebab mereka masih perlu membayar hutang selepas berumur 55-60 yo. Pada sy itu adalah masalah pengurusan kewangan peribadi, dan tak patut dipindahkan kepada lepasan graduan yg sedang mencari peluang pekerjaan. Bahasa kasarnya, kalau gali lubang, tolonglaa kambus sendiri. Golongan muda juga sama, living cost is based on as ‘how much loan you are eligible of making, not how much money you really have’, baik kerja kerajaan, baik kerja swasta. Ukurlah baju di badan sendiri, bak kata tudung Fareeda yg panas suatu mase dulu; Nak bergaya pun tengoklah kpd kemampuan.

5. Kelulusan untuk pinjaman haruslah diketatkan. Contoh lagi. Harga rumah akan terus naik selagi ada willing payer, dan pihak yang paling untung adalah pihak pemaju & bank. Ada sesetengah pembeli berpakat dgn pihak pemaju utk mark-up harga rumah so that they dont have to pay the 10% deposit. Bank gelak je laa.. sb lg byk org pinjam, lagi dia untung. Penny wise, pound foolish. Beberapa tahun kebelakangan ni household debt ratio dah out of proportion, dan Bank Negara dah ketatkan syarat. But the damage is not reversible. Those yang dah beli rumah terikat dgn installment yg tinggi, those yg belum beli rumah menghadapi kesukaran utk dapat pinjaman, those yang menyewa terpaksa byr kadar sewa yg tinggi sbb owner nak byr bank, & those high-end houses yg takde buyer ditukar status kpd non-Malaysian. Alangkah ruginyaa rakyat Malaysia!

– Biskut Oat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.