Tuesday, 31 October 2017

Palsukan Sakit

PengakuanKu

Setiap dari manusia berkeinginan memiliki tubuh badan yang sihat. Kerana rasa sakit hanya akan mengundang ketidakselesaan dalam diri kita. Berbagai cara yang akan kita lakukan agar penyakit yang datang kepada kita akan sembuh secepatnya. Namun disebalik keinginan memiliki tubuh badan yang sihat ini, wujudnya manusia aneh yang mencipta penyakit sendiri dan sanggup memalsukan gejala penyakit.

Gangguan mental ini teramat aneh kerana pesakit rela mempertaruhkan nyawanya agar dirinya dipercayai orang lain, kalau dia benar-benar sakit parah. Pesakit rela mencederakan tubuh sendiri, agar terlihat sakit dimata orang lain bahkan pesakit sanggup untuk mati!! Munchausen syndrome. Itulah nama penyakit yang jarang didengar tapi wujud didunia.

Gejala munchausen syndrome ini terdiri daripada:-

1) Memalsukan gejala. Ini termasuklah pesakit akan berpura-pura sakit perut, pening kepala atau pengsan.

2) Mengganggu proses untuk sembuh. Pesakit akan cenderung untuk kembali sakit selepas disembuhkan kerana merasa dirinya memang masih sakit meskipun tiada tanda-tanda untuk sakit. Sebagai contoh, pesakit yang mengidap gastrik, akan berulang-ulang memakan makanan yang dilarang bagi pesakit gastrik dengan satu tujuan, agar ia kembali sakit.

3) Menyakiti diri sendiri. Jangan ingat pesakit munchausen takut untuk menyakitkan diri sendiri. Mereka bahkan sangat berani untuk memotong tangan sendiri, membakar diri atau melakukan hal-hal yang boleh mengancam nyawa seperti berpura-pura kemalangan. Sengaja menjatuhkan diri ketika menaiki motosikal atau melanggar kenderaan lain dengan tujuan dirinya akan mengalami luka atau tercedera.

4) Keinginan untuk menjalani pembedahan berisiko walaupun dirinya tidak mempunyai sebarang penyakit.
Dan ini antara orang-orang yang pernah mengalami munchausen syndrome.

1) Andrea Avigal. Si gadis ini ketika umurnya 5tahun, dia telah memotong tangannya sendiri menggunakan kaca dengan harapan ianya dapat menghentikan pertelingkahan kedua orang tuanya. Tidak berhenti disitu, dia juga pernah mematahkan tulangnya menggunakan penukul(hammer). Namun tahniah buatnya, kerana berjaya menyembuhkan penyakitnya melalui usahanya serta dibantu beberapa perawat psikiatari yang lain.

2) C.A. Gadis berusia 17tahun ini didianogsis doktor bahawa dia telah mengidap gastrik. Keluar masuk hospital hampir 34 kali dalam tempoh 3 tahun. C.A. mengaku dirinya merupakan mangsa pemerkosaan namun hasil pemeriksaan mengatakan dia hanya mengalami rasa gelisah dan depression yang melampau. Faktor dirinya seperti itu kerana keadaan kehidupan waktu kecilnya yang tragis. Dia terpisah dengan ibunya, dan mungkin pernah menjadi mangsa kekerasan seksual. Terkilan sikit pasal C.A ni, sebab dia lari dari hospital sewaktu dirinya masih memelukan perawatan.

3) ANN. Remaja ini ketika usianya 15 tahun, dia telah berpura-pura jatuh dari bangunan setinggi dua tingkat dengan harapan gurunya mempercayai dirinya kalau dia benar-benar sakit. Kerana sewaktu disekolah, dia sering ponteng dan mendapatkan cuti sakit dengan alasan demam. Cikgu tersebut memperlekehkannya membuatkan dia bertindak bodoh untuk meraih kepercayaan dari guru tersebut. Komplikasi dari itu, dia hanya mengalami patah tulang belakang. Bila orang tanya bagaimana dia boleh terjatuh, dia mereka cerita dengan beralasan dia pengsan kerana mengidap anemia 2-3minggu sebelumnya. Ketika umurnya menginjak ke 20an, beberapa kali dia dikejarkan ke hospital sewaktu dia menuntut di Universiti kerana dia berpura-pura pengsan hanya untuk mendapatkan perhatian dari orang tuanya yang sering sibuk. Malah dia juga pernah pura-pura lemas di kolam sewaktu bercuti bersama keluarganya. Dia mereka cerita dengan alasan, dia mengalami kekejangan kaki. Ann juga pernah beberapa kali terfikir untuk cuba menjatuhkan dirinya ketika membonceng motosikal. Dan Ann itu adalah aku. Ya. Aku rasa aku mengalami gejala ini kerana segala yang aku buat, semuanya gagal kerana sakit yang juga sengaja aku pura-purakan. Aku sendiri pun tak pasti kenapa perlu aku lakukan semua ni. Aku rasa aku sakit tapi aku tak sakit. Aku rasa aku perlu pengsan tapi aku sendiri tak pasti kenapa aku perlu pengsan dalam keadaan aku sedar kalau aku sedang pengsan. Aku perlu tarik perhatian orang ramai walaupun aku rasa aku dah cukup dapat perhatian dari keluargaku.

Sindrom ini telah berjaya mematikan impian dan matlamatku. Dia juga berjaya merosakkan masa depanku kerana umurku yang menginjak ke angka 24 ini masih belum mencapai satu kejayaan apa pun kerana apa? Kerana sakit yang dipura-purakan ini. Kerana penyakit mental ni, aku gagal segagal-gagalnya. Aku nak sembuh tapi aku sendiri pun tak pasti berapa peratus keinginanku untuk sembuh. Alangkah gembiranya, andai tubuhku tertukar untuk sehari pada tubuh badan manusia normal. Aku nak sekali rasa betapa bahagianya menjadi seorang manusia normal.

Sekarang aku sedang dirawat. Maaf kerana meminta tapi aku ingin sekali kalian semua doakan kesembuhan aku. Aku tahu tiada yang boleh menyembuhkan melainkan Dia namun tanpa usaha, ianya seakan sia-sia.

Dan aku sedang usaha untuk itu.

– Ann

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Jidin

PengakuanKu

Jidin the pervert
Siapa aku?
Aku berumur 24 tahun. Aku sulung jadi orang panggil aku kakak. Cerita yang aku ingin kongsi berlaku ketika aku berusia 9 tahun. Ketika kecil, ibu aku jaga penampilan aku dengan baik. Pakaian kami sentiasa besih dan tidak comot.

Siapa Jidin?
Jidin, bila aku tanya diri aku sendiri, siapa Jidin? Aku sukar untuk jelaskan siapa Jidin. Jidin seorang lelaki, muka berkedut berumur dalam lingkungan 50 tahun. Bukan keluarga aku. Tapi dia rapat dengan pakcik2 dan makcik2 aku. Di depan keluarga aku, Jidin sangat rajin dan suka menolong sampai dianggap sebagai keluarga. Jidin selalu ambil bahagian dalam aktiviti2 keluarga kami. Seperti barbeku, sambutan hari jadi ataupun acara sekecil-kecil seperti kumpul santai pada waktu petang. Jidin, belum berkahwin. Walaupun dia baik dihadapan keluarga kami, dia ada perangai jijik yang tak semua orang tahu. Jidin gatal! Itu yang aku ingin jerit sekuat hati aku sedari aku kecil lagi. Mungkin sebab dia tidak berkahwin, jadi dia melepaskan nafsu kepada anak-anak perempuan dalam keluarga kami. Sepupu2 aku, aku, adik aku selalu jadi mangsa nafsu Jidin Berkedut ni. Walaupun kes kami belum sampai tahap dirogol, tapi Jidin telah buat satu titik hitam yang besar dalam childhood memory aku.

Disebabkan keluarga kami rapat, aku dan sepupu-sepupu perempuan pernah membuat sesi luah perasaan tentang apa yang Jidin pernah buat dekat kami. Bagi kes yang aku alami sendiri, Jidin seringkali meraba tangan aku. Meraba seperti gerakkan jari dia ke bahu aku dengan perlahan sehingga ke tanan aku. Jijik. Aku sentiasa rasa aku jijik. Jidin seorang yang tua dan aku ketika itu berumur 9 tahun. Aku sudah punya rasa malu untuk menjerit atau menceritakan hal2 seksual seperti ini kepada ibu aku. Lagi pun, Jidin sudah sebahagian daripada keluarga kami, remember?

Pernah sekali, aku duduk menonton tv. Aku sangat sangat tidak sedar yang Jidin duduk di sebelah aku. Pada ketika itu, aku sudah mula memakai bra. Keseronokan aku sebagai kanak-kanak ketika menonton tv terhenti bila Jidin Tarik tali bra aku. Waktu itu aku rasa macam aku bodoh. Macam mana boleh aku tak sedar tangan dia merayap? Bodoh! Bodoh! Satu ayat yang sering kali berulang dalam kepala aku adalah soalah Jidin ‘Kakak, tali apa ni?’ kemudia dia Tarik lagi, pakkk! Senyuman berkedut gatal yang aku takkan lupa selamanya.

Aku kerap sendirian. Sering mengasingkan diri. Aku selalu terlepas aktiviti-aktiviti keluarga. Jidin akan memanggil nama aku dengan lembut setiap kali dia melihat aku. Alunan suara orang yang gatal. “Kakaaaak~~” Panggilan nama itu pun sudah buat aku takut. Para pembaca sekalian, 24 tahun aku hidup, aku baru sedar ini juga dipanggil sexual harassment. Pernah sekali, kami sekeluarga menyambut hari jadi adik aku di rumah. Jidin ada sekali. Aku cuba mingle dengan ahli keluarga di ruang tamu, tapi Jidin ada disitu, jadi aku sembunyi di dapur. Aku merelakan diri untuk membantu membuat hal-hal dapur sedangkan ahli keluarga aku, terutamanya sepupu2 sebaya aku bersuka ria di ruang tamu. Satu ketika, aku tengah memotong sayur di dapur seorang diri, Jidin dating, ‘Kakaaaak~’ panggilan jijik itu lagi, kemudian aku berlari laju menuju ke bilik. Kunci. Aku sandar ke pintu, ketakutan, lampu ku matikan. Di balik pintu, aku dengar gelak tawa semua orang. Betapa dalam hati aku aku sangat mengharap aku berada bersama mereka. Malam itu aku tidur dalam keadaan lapar. Lapar dan takut. Menyesal sebab aku bodoh dan penakut.

Pasti semua pembaca fikir, kenapa sepupu-sepupu aku yangt menjadi mangsa Jidin tapi tidak takut seperti aku. Entahlah. Mungkin sebab aku lebih kerap menjadi mangsa berbandiung mereka. Sepupu-sepupu aku pun rasa takut juga, mereka larikan diri daripada Jidin, tapi tidak lari sejauh aku. Mereka berani jelling Jidin, aku pula, aku takut bertentang mata dengan dia. Lagi pula, aku 9 tahun, sedangkan mereka sudah sekolah menengah ketika itu.

Pernah sekali, selepas maghrib, ibu dan ayah aku hendak melawat keluarga ditempat yang sedikit jauh. Pada ketika itu aku malas nak ikut, ibu pujuk, tapi aku enggan. Ibu cakap, ibu keluar kejap je, balik dalam pukul 10malam. Ibu cakap ibu kena kunci pintu rumah sebab ketika itu banyak kes kecurian dan kami adik-beradik masih muda ketika itu. Kami semua adik beradik pakat tak mahu ikut ibu dan ayah. Ibu bagi kelonggaran, kalau kami tidak mahu ikut ibu kami kena tunggu di rumah mak long (sebelah rumah je). Kami setuju. Semua adik beradik aku pergi ke rumah maklong termasuk aku. Aku sudah memasang niat untuk main atau tengok tv di rumah maklong. Tiba-tiba, Jidin ada situ! Seperti biasa, aku kan pengecut,, aku lari keluar di rumah maklong, aku seorang saja. Ketika itu, waktu malam, aku jalan balik rumah dan duduk di depan buai rumah. Ibu cakap ibu balik awal, jadi aku tunggu sorang2 di depan rumah. Maklong ada dating ke tempat ku sekali untuk panggil aku, sebab aku sorang2 di luar rumah. Tapi aku tak mahu. Jadi tinggallah aku sorang2 di malam hari sambil menunggu ibu balik. Dalam hati, aku menyesal tidak ikut cakap ibu.

Aku bukannya selalu pengecut. Kadang2 ada hari aku memberontak. Pernah juga aku conteng motor Jidin sepuas hati aku. Jidin Gatal! Itu yang aku conteng si seluruh motor jidin. Kenapa aku jadi pengecut? Aku pernah mimpi aku dirogol oleh jidin, ketika itu seluruh ahli keluarga aku sedang buat aktiviti seperti biasa. Dalam keadaan bogel, aku menangis kearah ibu aku. Ibu aku terus ke almari untuk cari baju aku. Ibu tak cakap apa2. Walaupun mimpi, aku masih ingat mimpi itu sampai sekarang.

Jidin pernah buat hal dalam kampung kami. Dia ditangkap khalwat dalam rumah. Kecoh juga la waktu tu sebab Jidin ditangkap bersama kawan dia yang merupakan suami orang dan dua orang perempuan muda. Waktu tu memang aku senyum. Aku gembira orang Nampak macam mana perangai Jidin.

Aku dah besar sekarang. Alhamdulillah, aku normal dari segi emosi dan kelakuan. Tapi bila mengimbau kembali kenangan waktu kecil, aku rasa trauma. Rasa jijik tu datang kembali. Rasa macam ada lubang yang besar dalam memori kanak-kanak aku. Kadang2 seperti aku lupa beberapa memori bahagia. Yang aku paling ingat cuma Jidin Jidin Jidin. Alhamdulillah, Jidin dah tak rapat dengan keluarga aku sekarang. Dia menghilang. Aku dengar dia dah kahwin dengan orang Indonesia.
Entahlah. So, itu sahaja pengalaman hitam aku. Point aku senang je, dalam setiap keluarga, tolong jaga anak gadis masing-masing. Lindungi mereka. Dan jauhi orang seperti Jidin, please :(

– Kakak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Jadi Seorang Anak

PengakuanKu

Assalamualaikum. Saya Lulu. Umur 20an. Anak sulung. Baru kehilangan ayah beberapa bulan yang lalu. Tu saja lah untuk intro.

Dari tajuk je macam apa benda yang nak dibincangkan kan?. Haha. Saya merasakan menjadi anak sulung semakin berat apabila ayah meninggal dunia. Terutama dari segi emosi. Adik saya yang ke2, memang dari kecil jenis orang yang kuat pendirian. Dia sangat optimis. Jika dia inginkan sesuatu, dia akan berusaha sehabis mungkin, baik dalam pelajaran dan juga hidup. Adik saya yang ke3 pula, seorang yang pendiam. Sweet je perwatakkan dia, tak pandai marah tp ada sikit keras kepala. Manakala yg ke4 bongsu. Biasalah bongsukan carefree ada kepala sendiri, manja, suka sakat orang. (P/s: tak perlu kot saya mention jantina mereka, kita teka-teka je ye)

Ok berbalik kepada isi tajuk ini, ibu saya menjadi lebih sensitif emosinya lepas pemergian ayah saya. Walhal dahulu dia wanita yang sangat cekal hati. Ibu saya memang seorang yang lemah lembut penyayang tapi tegas pendirianya. Adik adik saya kini selalu mempersoalkan seolah ibu memilih kasih, kerana ibu agak sedikit lembut dengan no3 kerana dia seorang yang lembut jiwanya. Bila ditegur sekali je sudah cukup sebab dia akan dengar, cuma kadang-kadang je ada ikut kepala sendiri. Biasalah remaja. Jadi yang no2 rasa seolah ibu selalu menyebelahkan no3 berbanding no2. Bila dengan yang bongsu pula, ibu sudah tidak setegas dahulu berbanding ketika ibu dengan kami bertiga ketika usia mudanya.

Jadi yang no2 selalu merasakan ada sahaja yang tidak kena dengan ibu, saya faham dia bukan berniat nak mempersoalkan ibu, cuma dia merasakan ibu sepatutnya tegas seperti dulu. Saya sebagai anak sulong sedikit tersepit diantara luahan ibu dan juga adik no2. Ibu selalu berkecil hati dengan no2 kerana no2 selalu merasakan ibu pilih kasih, ini yang buat ibu sedih. Tambah-tambah lagi ayah sudah tiada, lagilah dia rasa keseorangan. Ibu saya selalu cakap, tunggu lah korang jadi parent nanti. Susah sebenarnya nak puaskan hati semua orang. Saya faham apa yang ibu rasa dan saya juga faham apa yang adik saya rasa. Tapi tulah, runsing juga kadang-kadang. No2 selalu kata ibu buatkan dia kecil hati. Sebenarnya ibu sangat rapat dengan kami semua, tapi entah lah masih lagi ada ketidak puasan hati yang timbul dikalangan adik-adik2 saya.

Sebenarnya kami semua sedang menyesuaikan diri dengan kehilangan ayah tapi bila konflik begini jadi, ini membuatkan ibu saya sangat sedih. Dia selalu merasakan apa yang dia harus buat untuk puaskan hati semua orang. Saya selalu pesan pada no2 jangan ditekan ibu, emosi dia tak kuat tapi sepertinya dia tidak puas dengan jawapan itu. Ada lagi beberapa konflik tapi penat lah nak explain sangat. Buntu juga kadang-kadang, bagaimana ya? Harap sangat sekiranya kalian dapat memberikan nasihat. Kalau boleh tak nak lah lawak-lawak hambar sebab anda akan kelihatan hambar.

Sekian.
Lulu

– Lulu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sampah

PengakuanKu

Assalamualaikum and hai IIUMC readers

Harini waktu aku drive ke tempat kerja, aku nampak abang MPSP tengah kutip sampah yag berterabur tepi tong sampah, sambil geleng kepala. Tanpa sedar aku pun turut geleng kepala. Hairan, tong sampah yang besar dan tak penuh, tapi masih ada manusia yang tak pandai menggunakan kemudahan yang sedia ada. Barangkali yang buang sampah tu buta, tak nampak ada tong sampah. Ramai sungguh yang cacat penglihatan ya. Aku husnuzon.

Btw aku tinggal di sempadan Penang dan Kedah, and tempat aku kerja melepasi jambatan Pulau Pinang, so, perjalanan ke tempat kerja aku makan masa sejam, melalui kawasan kampung, dan kawasan bandar . Setiap hari, situasi seperti di atas aku nampak 2-3 kali, berulangan, tak tahu bila akan berakhir.

Aku terfikir, susah ke nak jaga kebersihan, buang sampah elok2? Pernah terfikir tak, sampah yang ditinggalkan kat luar tong tu menyusahkan orang? Contohnya situasi yang menyusahkan tu, lepas korang buang sampah kat luar tong, anjing/kucing liar selongkar plastik sampah tu yang akhirnya akan menyebabkan berteraburan la sisa-sisa + sgala sampah. Tak pasal2 kotor tempat tu. Belum tambah kalau anjing bawak plastik tu merata, kotor banyak tempat. Susah orang nak bersihkan. Nanti bila jalan kotor, mula la nak viralkan, katanya pekerja2 tersebut makan gaji buta, tak buat kerja elok2.

Next, pasal orang yang buang sampah ke luar tingkap kereta. Tengok kan video viral yang pakcik ni ketuk tingkap kereta depan and hulur balik sampah orang tu? Tahniah, aku harap dengan viralnya video tu, masyarakat kita akan lebih peka tentang isu sampah. Kalau tengah sesak boleh la nak buat macam tu, ni atas highway tiba2 orang depan buang tin nescape, macam mana nak tegur? Bukan je mengotorkan, membahayakan pun sama. Buatnya yang drive kat belakang tu terkejut, tak ke naya? Karang bila hon, kena tetak pulak, haihhh

Situasi yang paling famous, kat bank. Buang resit atas lantai. Serius la, takde perasaan bersalah ke? No, takde perasaan malu? Tak kisah ke orang judge awak tu pengotor/selfish/etc?

Kita ni, dah la tak amalkan kitar semula, kenapa nak memburukkan lagi keadaan?
Aku pun bukanlah bagus sangat, culas jugak bab kitar semula ni, tapi aku cuba. Benda yang mudah macam botol plastik, kaca, surat khabar memang hantar recycle. Sisa makanan aku asingkan, sebab taknak sampah basah. Dulu pernah tanam sisa makanan tapi stop sebab pindah rumah tak bertanah. Aku ajar adik2 aku, kumpul plastik gula2, roti yang makan dalam kereta, satukan dan buang kat rumah. Aku ingat lagi, waktu sekolah rendah, makcik van sekolah aku sediakan tong sampah kecik untuk kami buang sampah dalam tu. Dia cukup marah kalau ada yang buang sampah ke luar. Dia cakap, kita mula buat baik, nanti semua akan ikut.

Aku bukan apa, rasa kasihan gila dengan perangai manusia yang teruk macam ni. Kalau la boleh baca fikiran oarang, serius nak tahu sangat apa yang difikirkan orang tu waktu dia buang sampah merata. Takde perasaan ke? Soulless? Kau tahu geli and tak suka bau busuk sampah, tapi tak sedar2 diri sendiri penyebabnya. Jangan jadikan alasan “itu kerja dia” sebagai sebab untuk lari dari tanggungjawab.

Buang la sampah dengan cara yang sepatutnya. Tapis liquid dari sisa makanan, baru buang. Kitar semula sebanyak mungkin, ajar anak2 tentang kebersihan. Bukan je kebersihan terjaga, nilai murni seperti bertimbang rasa pun akan tumbuh dalam diri.

Jom cuba yang terbaik ok? :)

*terima kasih sudi baca and maafkan segala salah dan silap dalam confession ni. Mohon komen yang baik2/ berikan tips yg memberi manfaat. Thanks!

– Alia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Bipolar Disorder Ke?

PengakuanKu

Aku ada bipolar disorder ke?

Assalamualaikum dan hai..aku adalah salah seorang peminat IIUMC ni..pernah juga beberapa kali confess dekat sini. Ada yg diaccept, ada yg tidak..hehe..cuma aku harap admin tak reject confession aku ni…sebab aku perlukan bantuan.

Nak tanya korang..macammana ya nak pergi jumpa psikatri? Macammana eja pun aku tak tau. Haha. Bukan apa, aku takut kalau aku ada bipolar disorder. Sebab simptom yang aku baca, takde yang takde pada aku. Maksudnya, aku ada semua simptom-simptom tu. Aku nak jumpa doktor..nak mengesahkan yg betul tak aku ada benda tu. Hari demi hari aku rasa aku macam makin teruk. Effect nya dekat orang2 sekeliling.. Tolong aku..aku taknak jadi macamni…hmm

Sekarang ni aku dalam kebuntuan yang teramat. Sebelum ni aku ingat aku ada depression yg selalu org cakap tu. Tapi macam tak. Pastu aku fikir, aku ada OCD or obsessive compulsive disorder. Tapi macam tak juga. Lepastu aku terjumpa FB kementerian kesihatan tak..dorang post pasal bipolar disorder..masa aku baca aku macam ehh..aku ada semua ni. And aku mula buat research. Baca artikel-artikel, pengalaman-pengalaman orang, haa masa ni aku yakin..aku rasa aku memang ada benda ni. Sebab tu aku nak jumpa doktor. Tapi aku tak tau macammana.

Aku kesian dengan kawan-kawan aku yang selalu jadi mangsa. Aku selalu marah dorang. Yang paling aku selalu marah ialah kawan yang paling rapat dengan aku. Aku takut nanti dia taknak kawan aku lagi. Sebab perangai aku macamni. Aku sayang dia. Aku taknak berpisah dengan dia ðŸ˜”. Tapi aku tak boleh nak kawal rasa tu. Aku cepat rasa tersinggung, marah. Bila aku tak dapat nak tahan, aku akan buat something yang menyakitkan diri aku. Contoh, tumbuk dinding. Hentak kepala kat dinding. Or lukakan tangan sendiri. Baru aku puas. Aku terlampau emosi. Kadang-kadang sampai nangis jerit-jerit sorang diri. Bila aku happy pula, aku akan jadi terlampau-lampau happy. Apa-apa yang aku rasa, benda tu over. Semua benda yang ‘terlalu’. Susah aku nak explain macammana. Huhu.

Pernah juga aku taknak pergi kelas sebab nak orang cari aku. Aku tak contact orang. Aku nak diorang risau. Aku nak tau apa yang diorang rasa bila aku takde. Kisah ataupun tak. Kadang2 diorang tanya juga. Kenapa aku tak pergi kelas. Okay ke tak. Bila dapat mesej macamtu baru aku puas. Kadang2 aku cari pasal dengan orang, dan aku nak dorang minta maaf dulu..aku nak diorang rasa bersalah, walaupun ternyata aku yang salah. Aku tak tau kenapa aku buat macamni. Tak ada faedah pun. Tapi aku tak boleh nak kawal perasaan nih. Kadang-kadang benda yang tak ada apa-apa pun boleh gaduh tau, dan lepastu aku akan buat karangan mengungkit-ungkit benda yang lama. Aku tak suka buat orang macamni. Dan aku taknak buat macamni dekat orang. Tolong..bantu aku..Bukan aku nak benda tu datang. Perasaan ni tak dibuat-buat. Dia datang sendiri..

And aku orangnya sangat-sangat boros. Baru-baru ni aku beli handphone baru walaupun handphone yang sedia ada boleh pakai lagi sebenarnya. Aku belanja kawan walaupun aku tak ada duit sangat. Kau nak apa ambik je aku belanja. Nak makan apa cakap je. Mak aku kata aku berlagak kaya. Takkk…aku tak berlagak.. Cuma aku tak tau kenapa aku rasa macam duit tu tak ada apa-apa. Kadang-kadang aku naik grab or uber yang nilai biasanya rm7. Hari sibuk, high demand, harganya boleh naik sampai hampir rm20. Aku bayar je. Kawan-kawan cakap aku membazir. Memang, aku tau membazir. Tapi aku taktau kenapa walaupun aku sedih duit tak ada sangat tapi aku tetap bazirkan duit macamtu. Bukan aku berlagak kaya…tak korang.. Susah aku nak explain..

Pastu…aku selalu rasa nak bunuh diri. Selalu sangat-sangat. Kadang bila aku terlampau stress, aku akan ambik pisau, letak dekat bahagian nadi tangan kiri. Masa tu aku akan nangis-nangis, terasa macam ada suara yang paksa aku buat benda tu. And ada suara kata jangan. Last-last aku buang pisau tu. Kadang-kadang aku keluar kelas, pergi dekat tingkap dekat luar kelas dekat fakulti aku, nak terjun. Tapi sebab tingkap tu letaknya berdepan dengan tandas, aku selalu batalkan niat sebab orang asyik keluar masuk. Pernah juga aku nak terjun dari bumbung library universiti aku yang dipanggil CAIS. Tapi malangnya dekat situ tak boleh pergi. Terkunci. Dulu mungkin tak kunci sebab kawan aku pernah pergi. Mungkin atas faktor keselamatan..so pintu menuju ke situ dikunci kot. Kecewa aku. Belum lagi pasal perasaan rasa bersalah yang melampau dekat orang. Benda yang takde kaitan dengan aku pun aku cepat rasa bersalah. Sakit sangat bila ada perasaan tu.

Ini semua tanda2 bipolar. Tolong aku. Aku perlukan bantuan. Banyak lagi benda yang aku rasa sebenarnya tapi aku taknak cerita. Kalau cerita semua sampai esok tak habis. Haha. Aku nak buat apa? Aku buntu lah. Tolong aku korang…

– Insan yang lemah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Aku, Sahabat, dan Anxiety

PengakuanKu

Assalamualaikum semua.. pertama sekali terima kasih kepada admin kerana sudi siarkan kisah aku ni.. dan kedua terima kasih kepada pembaca kerana sudi membaca. Niat aku cuma nak share apa yang aku sendiri alami.

Untuk makluman pembaca aku disahkan menghidap severy anxiety dan depression pada tahun 2016 akibat masalah keluarga dan kesihatan. Bermula dari situ lah aku yang dulu nya sorang yang sentiasa happy..gelak ketawa..suka bergurau dengan orang sekeliling aku.. jenis tak amik kesah dengan apa pun orang nak cakap pasal aku berubah sebaliknya. Aku menjadi seorang pendiam..suka asingkan diri dari orang sekeliling aku..mood aku berubah..cepat nak marah..aku jadi makin sensetif..aku rimas dengan persekitaran aku. Aku kerap menangis dan apa yang aku cakap pun kadang-kadang bukan apa yang aku nak cakap.

Aku bersyukur, saat aku ditimpa ujian Allah temukan aku dengan seorang yang bergelar sahabat. Aku namakan dia sebagai mardiah.. mardiah adalah orang pertama yang perasan perubahan aku memandangkan hanya aku dan mardiah shj pekerja wanita yang ada di opis memandangkan office kami tidak terlalu besar. Kami bekerja di utara. Boleh dikatakan semua perkara kami akan buat bersama dan kongsikan bersama. Hari makin hari aku dan mardiah menjadi sahabat yang rapat. Aku mula menceritakan masalah aku pada mardiah berkaitan family aku, penyakit aku, dan anxiety serta depression yang aku alami. Niat aku pada ketika itu untuk mardiah faham sekiranya mood aku tiba-tiba berubah.

Namun seperti selalu yang diperkatakan orang yang tidak menghidap anxiety dan depression ni mereka mmg tak kan faham apa yang orang seperti kami alami. Dan bermula dari situ juga kami kerap bergaduh. Aku tak salahkn mardiah kerana dia memang tak pernah ada pengalaman mcm tu.. kami bergaduh kadangkala kerana perkara yang remeh dan kecik bagi orang normal tapi akan jadi perkara besar pada orang mcm kami. Namun setiap kali pergaduhan kami akan berbaik semula. Sama ada aku atau mardiah yang akan meminta maaf. Dan setiap kali kami slowtalk aku akan ingatkan mardiah kalau tak boleh faham keadaan aku 100% dapat faham sikit pun tak apa. Aku cakap pada mardiah jangan ambil hati bila aku moody atau diam tiba-tiba, jangan ambil hati bila aku mula bercakap perkara yang ntah apa-apa yang boleh timbulkan pergaduhan tu. Sebab aku tak sihat. Dan setiap kali itu juga mardiah akan cakap dia faham keadaan aku.

Aku bersyukur ada sahabat seperti mardiah yang sentiasa membantu aku dan memberikan sokongan. Namun kami tetap juga bergaduh dengan bermacam sebab. Dan setiap kali perkara tu berlaku aku akan salahkn diri aku sebab menjadi punca. Mardiah sering berkata aku tidak pernah menbebankan dia langsung. Dan dia akan bantu apa yang dia boleh. Keadaan ini berlarutan sehingga ke bulan mei lalu. Dimana aku dan mardiah bergaduh agak teruk dan mardiah mengambil keputusan untuk putuskan persahabatan kami. Mardiah kata dia dah penat dengan aku. Dan dia dah tak nak ambil tau apa-apa pun berkaitan aku. Waktu tu aku sedih dan aku memohon maaf pada mardiah Aku katakan aku perlukan mardiah sebagai seseorang yang bantu aku untuk sembuh. Namun mardiah tetap berkeras dan melemparkan bermacam hinaan pada aku. Walaupun mardiah adalah orang pertama yang sedar perubahan aku.

Mungkin aku yang bersalah. Kerana penyakit yang aku hadapi sekarang ni dah musnahkan diri aku dan orang sekeliling ku. Kepada mardiah..maafkan aku atas segala yang pernah berlaku dalam persahabatan kita. Maafkan aku sekiranya telah banyak menyusahkan hidup kau. Aku sayangkan kau macam family aku sendiri mardiah. Terima kasih sebab banyak bantu aku. Aku tak salahkan kau sebab orang yang takda penyakit macam aku ni memang tak kan faham keadaan kami.

Sekarang aku tengah membuat rawatan di sebuah pusat perubatan islam dan juga hospital. Semoga aku akan bebas dari penyakit ini.

Untuk masyarakat di luar sana. Orang macam kami ni bukan saja-saja mintak perhatian. Bukan saja-saja mencipta alasan. Kami bukan minta kamu fahami kami 100% . Tapi cukup jika jadi pendengar dan memberi sokongan pada kami. Dan ini nasihat aku. Sekiranya ahli keluarga, sahabat atau orang yang yang terdekat dengan kamu menghidap anxiety dan depression ini..kamu memang perlu bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi serta kesabaran yang sangat tinggi untuk berhadapan dengan mereka.

Now aku dah hilang seorang sahabat yang tak mampu bertahan dengan penyakit aku ni. Kau tak salah sahabat. Aku yang bersalah kerana tak sihat. Semoga 1 masa nanti aku dapat jumpa kau kembali sahabat. Untuk pengetahuan aku dah berhenti kerja bulan jun lalu kerana tahap kesihatan aku yang semakin teruk serta rawatan yang aku perlu buat menyebabkan aku perlu banyak ambil cuti.

-Aku-

– -Aku-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Adab Tetamu

PengakuanKu

Salam kepada semua readers IIUMC. Berkenaan tajuk kali ini, aku rasa majoriti rakyat Malaysia dah tahu kot adab sebagai tetamu.

Ya, tetamu itu membawa rezeki. Tapi jikalau tetamu datang ke rumah pada waktu solat, waktu senja, waktu makan tengah hari dan lewat malam, pasti mengganggu tuan rumah. Kita juga sudah pasti tak suka diganggu pada waktu sebegitu kan?

Jadi, sebelum melawat rumah orang, sila lah consider waktu tersebut. Kalau boleh, elakkan. Tambahan pula, kalau kita nak melawat rumah orang sakit pasti kita harus memilih waktu yang sesuai. Adab sebegini la perlu diingatkan berulang kali. Takkan la tuan rumah ingin menghalau kita keluar jika tetamu sudah datang. Terpaksalah dilayannya dengan prinsip tetamu itu membawa rezeki.

Aku tau ada sesetengah orang tak kisah pun tetamu datang pada bila² masa. Janganlah kamu fbersamgka buruk kepada tuan rumah yang tidak suka tetamu datang pada waktu tidak sesuai. Pasti mereka ada alasan tersendiri.

Nah, sudah lah ada tetamu datang pada waktu tidak sesuai, berani meminta dijamu makanan pulak tu. Walhal minuman sudah dihidangkan. Mungkin tuan rumah tiada stok makan kering seperti biskut untuk dihidangkan. Jika tuan rumah sudah tua,tak kan lah nak dia memasak untuk tetamu pulak. Kesian nak oii..

Selain itu, mohon si tetamu jangan semberono serbu dapur & bilik tidur tuan rumah. Ada yang tidak selesa dengan kelakuan anda. Minta izin dulu sekurang-kurangnya. Mana tahu bahagian dapur tuan rumah masih berselerak atau pun dia segan dengan keadaan dapur. Tetamu kena faham dan hormat tuan rumah yang di lawati.

Adab basic pun tak lepas, nak berborak lama pulak.. Takpa, tuan rumah tak kisah jika anda adik-beradik atau BFF dia. Nak bual lama ni kena tengok masa jugak. Tuan tumah mungkin bergegas hendak buat kerja lain,tetamu tolong la faham yaaa..Sejam lebih pun sudah cukup. Jangan melampau berbual hingga 3-5 jam. Itu baik berborak & lepak di kedai mamak.
Tetamu yang membawa anak kecil pun sama. Anda kena la perhati dan jaga kerenah anak kecil anda tu. Jangan lepas tangan pulak bila anak kecil dah tumpahkan air, serbuk biskut/roti, melompat² atas sofa dan sesuka hati tukar channel tv tuan rumah. Tak ditegur. Eh, anak anda pulak ya jadi tuan rumah. Seeloknya kawal sikap anak kecil anda dan ajar mereka beradab semenjak kecil lagi.

Ada yang berpendapat, “Eh, cerewetnya tuan rumah macam ni”.Oh please, tak semua fikir macam kau. Dah nama pun adab tetamu,tolong hadam. Jangan ditinggalkan adab sebegini kerana aku khuatir masyarakat akan datang semberono serbu rumah orang.

By the way,aku respect tetamu yang membawa buah tangan semasa melawat. Bukan apa,dua² pihak sama ada tuan rumah dan tetamu untung. Tuan rumah pasti menghidangksn makanan yang dibawa tetamunya dan berasa lega kerana ada jugak makanan untuk dihidangkan. Manakala bagi pihak tetamu dapat menjamah makanan yang dibawanya. Hee..

– NFA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

7 Tahun Pengalaman Guna Drugstore Product

PengakuanKu

7 tahun pengalaman guna drugstore product.

Assalamualaikum and Hi para readers IIUMC. Harap admin post artikel ni.

Akhir-akhir ni, saya nampak, banyak artikel pasal skincare. Dan antara artikel paling “HOT” adalah yang berkaitan skincare.

Sebelum tu, saya perkenalkan diri dulu. Nama saya Nabihah. Saya nak cerita pengalaman menjadi pengguna drugstore skincare selama 7 tahun, sejak tamat SPM, hingga lah tahun lepas 2016.

Masa tamat SPM, biasalah kulit remaja, jerawat sana sini. Zaman-zaman baru nak up orang kata. Masa tu, G******* dan W***** adalah tempat favourite saya untuk membeli skincare. Tempoh percubaan setiap satu skincare adalah selama 3 bulan. Dan selama itulah, macam-macam perkara berlaku termasuklah muka makin teruk dan jerawat bernanah besar-besar di bahagian dahi.

Akhirnya saya stop semua jenis produk kerana muka makin teruk. Masa muka terlalu teruk tu, memang pergi jumpa doktor lah. Tapi nak konsisten guna produk doktor, memang tak mampu. Jadi, bila nanah dah stop lepas dapatkan rawatan (muka masih jerawat), bermulalah homemade skincare yang hanya bertahan sehingga anak 1st keluar. Sebab tanggungjawab makin bertambah, tak sempat nak bancuh homemade skincare.

Maka, sambung balik cari produk di drugstore. And yet, muka makin lama makin berminyak dan berjerawat walaupun pakai produk untuk oily faces.

Setelah sekian lama mencari produk yang sesuai, akhirnya terjatuh hati dengan satu local product ni namanya Mary Jardin. Sebab apa? Pembuatan sabunnya adalah handmade dan segala bahannya dari sumber semulajadi. Harap para readers tak blame semua produk local itu tak bagus. Makin lama pakai Mary Jardin, muka makin elok dah sebab face oil Mary Jardin menyebabkan muka dah kurang kelihatan berminyak dan kusam. Pakai sejak Dec 2016 hingga sekarang.

Saya sendiri sudah experiment ke atas muka saya, dan alhamdulillah berkesan.

Saya bukan niat nak promote Mary Jardin, tetapi disebabkan kebanyakan artikel skincare sama ratakan tentang local skincare semua tak bagus, yang bagus drugstore produk, sebab itu saya tampil untuk cerita pengalaman saya guna drugstore produk.

Saya nak kongsi beberapa tips ketika membeli skincare dan lihat skincare berkenaan serasi dengan kita atau pun tak:-

1. Kenali bahan-bahan yang terkandung dalam skincare.

2. Antara tempoh bila kita tukar produk, rehatkan muka dengan serbuk teh selama seminggu

3. Bila kita mula tukar pada skincare baru, jangan beli 1 set dahulu. Sayangilah duit kita. Beli loose item atau trial set, travel pack, mini set dahulu, kemudian buat patch test. Boleh google macam mama nak buat patch test tu. Saya advise pelanggan saya buat patch test di bahagian lengan tangan bahagian dalam, tampal sticker bandage waterproof. Perhatikan dalam tempoh 24jam (tempat tak kena air wudhuk)

4. Lepas buat patch test, jika ada ruam merah, gatal-gatal, sebaiknya jangan teruskan pakai. Maknanya, tak serasi lah tu.

Sekian, terima kasih.

Nabihah Suhaimi

– Nabihah Suhaimi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Beza Hutang dan Pemberian

PengakuanKu

Salam 1Malaysia,
Pertama sekali, terima kasih banyak-banyak siarkan kisah aku. Dan aku mohon maaf terlebih dahulu kalau aku punya entri terlampau panjang tapi harap dapat beri ilmu dan pengajaran pada semua.
Aku gelar diri aku S, berumur 24 tahun, anak bongsu dari 7 adik beradik, tahun akhir di sebuah university swasta . lepas aku nekad berhenti kerja selepas menjadi graduan diploma, aku menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Alhamdulliah jurusan aku pohon diluluskan . kebanyakan kawan-kawan diploma aku di universiti yang sama tapi mereka pangkat senior aku . sama juga dengan kawan baik aku sendiri. Kami tiada masalah untuk berbicara atau berjumpa . hanya tidak sekerap dulu tapi aku tak kisah kerana aku faham dia ada tanggungjawab dia sendiri. Aku mengenali orang baru di Uni aku, kami kenal masa hari pertama berdaftar di Uni ini. Di jadikan cerita kami tidak duduk di hostel yang pihak Uni sediakan malah rumah kami tidak lah jauh mana untuk kami ulang alik ke kolej dengan pengangkutan awam yang makin maju di Malaysia ini (exchange student Uni aku pun kagum wey) huhhuhu..
Kisah aku bermula bilanya ekonomi Negara yang sangat tidak menentu dan menyebabkan loan study kami tidak sebanyak dahulu (seperti senior-senior kami dahulu) jika ada kelayakan sebenar (sehinggakan gaji ibubapa disemak) barulah akan dapat loan yang diberikan . jika tidak hanya akan mendapat separuh dari biasa. Alhamdulillah aku mendapat keseluruhan loan yang diberikan malah aku rasa aku layak ini kerana ibubapa aku bukan bekerja tetap dari abang sulung aku lahir dan semestinya tiada pencen atau EPF seperti sesetengah kawan-kawan aku yang lain. Dan nama ibubapa aku juga tiada dalam record e-filing pun. Tapi alhamdulilah aku masih boleh berbelanja benda keperluan aku malah kadang kala kehendak aku juga aku boleh tunaikan tanpa meminta daripada ibubapa aku sendiri . mungkin sebab aku nampak kepayahkan kedua ibubapa aku mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan, aku terpanggil untuk terus gigih dan berusaha memenuhi kehendak aku tanpa meminta wang dari mereka. Bukannya abang-bang dan kakak-kakak aku tidak memberi wang belanja pada ibubapa aku tapi dengan sikap ibubapa aku yang suka bekerja walaupun gaji tidak seberapa menyebabkan mereka terus ingin bekerja walaupun umur telah mencecah 65tahun keatas,
Untuk dijadikan cerita kawan degree aku ni seorang anak tentera laut yang berjawatan tinggi, dan dah tentulah, mendapat rumah yang disediakan oleh kerajaan. Rumah banglo sebiji. Aku selalu jugak tidur rumah dia disebabkan dia jugak bongsu dan adik beradik dia mostly sudah berkahwin. Kadang kala aku sentap dengan setiap kata-kata dia yang kadang kala mempertikaikan aku dapat keseluruhan loan . sakit juga hati kita ni mendengar “kau senanglah dapat semua loan” “untung lah dapat semua loan” “aku tak dapat loan sebanyak kau” bukan sekali dua malah dah berjuta kali . sampai satu tahap aku explain satu demi satu kenapa aku layak dapat loan . memang sebelum ni aku tidak menjelaskan masalah keluarga aku dekat dia . sebabnya aku susah nak percaya dengan orang yang baru kenal . setiap bulan perbelanjaan harian dia ibubapa dia yang akan tanggung dan aku? Aku akan mengharapkan duit loan yang diberikan. Itulah duit beli buku, print all note, assignment, duit nak ke event, duit transportation, baju dalam luar, makan, bayar duit internet ( yer internet aku, aku bayar sendiri guna duit loan aku) dgn duit loan tula aku guna untuk berjoli. Kakak dan abang aku memang aku tak pernah minta sebab aku tak pernah nak menyatakan kesusahan dan kesempitan aku. Kadang kala mereka ada tanya dan menghulur sedikit tapi aku sikit pun tak meminta, kerana aku faham kesusahan mereka dan keluarga kecil mereka lagi. Ada satu masa tu, kadang aku ajak kawan aku pergi makan dia akan ckp ”wey guna duit kau dulu taw” “wey pinjam duit” perkataan-perkataan ni sudah sebati dengan aku bila aku kuar makan dengan dia . aku tidak kisah kalau aku nak dahulukan duit aku . serious aku memang tak kisah . aku fikir tak pe lah orang hutang aku nanti aku dah sesak perlu duit boleh la mintak balik kan .. kadang tu bila ada events kat Uni aku dan dia tidak ada duit nak bayar baju event (almaklum Uni swasta semua pakai duit sendiri) aku hulurkan dulu mungkin sebab fikir kawan tengah susah. tapi yang menjadi kebengangan aku ni bila, dia habiskan duit yang ibubapa dia bagi untuk perberlanjaan dia seharian dengan benda-benda yang tidak sepatutnya. Dia shopping macam-macam . pergi uptown/downtown beli macam-macam. Beli barang kehendak bukan keperluan .. bila nak makan je dia nak pinjam duit aku . pinjam kan pinjam . bila aku mintak balik aku kata aku sesak dia akan kata dia tak de duit tak pun parent dia tak bagi duit lagi. Padahal dia dah habiskan duit tu beli barang kehendak dia . yang aku ini sampai sekaranglah tunggu bila dia akan bayar balik . masa akhir sem lepas dia ada cakap suruh halalkan semua yang aku pernah bagi dekat dia. Aku tidak kisah kalau nak halalkan apa yang aku memang nak belanja dia . yang dia hutang aku tu ? aku masih ragu hendak halalkan . perlu ke aku halalkan ? salah ke kalau aku mintak hutang aku balik ? dosa ke aku kalau aku tak menghalalkan? Pada aku hutang adalah hutang dan perlu dibayar walau macam mana sekalipun. Melainkan aku sendiri yang dengan rela hati memberikan. Tapi pada dia ? apa makna dia “pakai duit kau dulu taw” bukankah itu maksudnya hutang. Minta pandagan semua apa patut aku lakukan.

Terima kasih kerana sudi membaca …
-S-

– #ohhS

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Throwback

PengakuanKu

Throwback..

Assalamualaikum pembaca IIUMC. Aku terpanggil untuk menulis lepas baca kisah gadis yg keluar dengan stranger tu. Syabas dik.. ko memang survive sampai ke akhirnya. Kalau akak tak tau la jadi camana.. Nauzubillah.

Kisah ni terjadi masa aku kecik lagi, mungkin masa tu aku tingkatan 2 kot. Maaflah sebab memori dah tak berapa elok,tapi tetap akan menjadi memori yang diingati sampai bila2. Masa tu tak sure dah subuh ke belum, aku terbangun bila dengar mak aku mcm merintih kesakitan. Masa tu ayah aku awal2 lagi dah g masjid. Ayah aku memang orang masjid, setiap waktu kalau kelapangan dia akan g Jemaah kat masjid. Tapi dia bukanlah tok imam ke tok bilal ke, just Jemaah jela.

Aku terbangun terus masuk bilik mak aku, masa tu memang kesihatan mak aku tak berapa elok, aku tak sure dia sakit apa sebab g hospital doktor cakap takda sakit apa, tapi dia masih mengadu sakit dada la sakit kepala la.. aku memang bimbang betul sebab aku ni anak manja mak, maklumlah anak bongsu, so masa mak aku merintih tu aku blurr dengan keadaan baru bangun tidur masa tu, aku taktau nak buat apa, aku dengar mak aku cakap, dik..jangan nangis la mak bukan nk mati lagi.. lagi la laju aku nangis masa tu.

Korang tau aku terpikir apa masa tu? Mak aku ni dah nk mati ke.. lain macam je sakit dia masa tu, aku cakap kat mak, mak kejap ye adik g panggil pakcik. Pakcik aku ada duduk seberang jalan dari rumah aku, aku cepat2 keluar dari rumah g panggil pakcik aku, for sure la dorang tidur lagi sbb subuh dinihari lagi kot. Lepas tu pakcik aku ngan bini dia datang rumah aku siap bacakan yassin, aku dah x tahan rasa macam mak aku dah nazak ke ni.. aku capai basikal mak aku yg dia selalu bawak g masjid dengan niat nak g cari ayah aku kat masjid.

Masa tu Allah saja yang tau keadaan gelap gelita, jarak nk g masjid tu dalam 1km jgkla dari rumah aku, aku pecut basikal macam azizul hasni awing dah aku rasa, pastu aku lalu macam ada 1 simpang kecik, aku nampak ada 1 motor ni nak masuk simpang tu, then dia nampak aku sorang2 pecut basikal, dia patah balik x jadi nak masuk simpang tu, Ya Allah dalam hati ni takut bkn main, aku doa macam2 aku niat nak sampai cepat kt masjid nak bagitau ayah yang mak sakit, motor tu follow aku slow2 tau dari belakang walaupun aku dah pecut basikal aku, yela basikal nk lawan motor laju mana la kan. Aku dapat rasakan yang motor tu milik pekerja ladang sawit indon yang kat kampung aku. Aku memang takut sangat waktu tu sebab pikir sempat ke ni jumpa ayah, mak aku ni masih bernafas lagi tak kat rumah tu.. memang basah baju aku masa tu menangis.

Kebetulan, dalam kalut2 aku pecut basikal tu sambil diekori motor stranger tu, aku pasang telinga dan aku dengar macam enjin motor ayah aku dari depan aku, means orang dah balik dari masjid la kot, dah abis Jemaah, aku try jerit AYAHHHH.. time tu ayah aku dari sebelah bertentangan la. Terus ayah aku nyahut panggilan aku, slowkan motor sebab terkejut kenapa anak dia pecut basikal pagi2 buta semata2 nak g cari dia, aku terus jerit cakap ayah mak sakit, then ayah aku cepat2 follow aku dari belakang nk balik umah, guess what, masa aku jerit AYAHH tu, motor yang follow aku tu terus uturn masuk balik simpang yang dia nk masuk tak jadi tadi. Ya Allah masa tu berderau darah toksah cakapla.. bersyukur sangat2 sebab Allah lindung aku.

Sampai rumah ayah siap2 hantar mak aku p hospital sbb nampak teruk keadaan dia time tu, dan untuk pengetahuan semua beberapa bulan lepas tu mak aku meninggal diagnose sebagai sakit jantung,aku pun tak tahu mak aku pernah ada x sakit jantung sebab slalu p hospital memang takde detect. Dan kenangan ni akan terus terpahat di hati aku selama2nya. Oh lupa nk bagitau, masa aku kena follow dengan motor tu, aku berzikir, niat dalam hati,doa dalam hati jangan lah jadi apa2 yang buruk pada aku waktu tu, dan aku doa supaya bertembung dengan ayah aku kat tengah jalan, aku baca ayat qursi ulang2.. Alhamdulillah memang Allah kabulkan terus permintaan aku waktu tu. Alhamdulillah aku selamat dari jadi mangsa rogol atau kes2 sewaktu dengannya. Sekarang dah hampir 15 tahun mak aku pergi, ayah pulak dah nak masuk 6tahun meninggalkan kami.. Al Fatihah untuk kedua2 kesayangan aku.

~anak bongsu~

– anak bongsu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Monday, 30 October 2017

Sambut Halloween

PengakuanKu

Assalammualaikum WRWB. First and foremost, terima kasih & jazakallahu khayr jika confession ini disiarkan. Kemungkinan confession ni takkan digemari oleh orang yang berpandangan urban, hipster, dan sebagainya. Tapi sekadar berkongsi dan harapnya jadi saham akhirat Insha Allah.

Perasan tak kita orang Islam ni sentiasa bertelagah tentang sesuatu isu secara bermusim? Apabila masuk bulan Februari, ramai yang terpaksa diingatkan Valentine’s Day tak sepatutnya disambut. Bila masuk bulan Oktober, kita bertekak sama ada Halloween boleh disambut. Every year. Kemuncaknya apabila pernah sekumpulan pelajar satu universiti Islam bikin riuh satu negara apabila berpakaian dan bersolek ala hantu, badut dan macam-macam lagi.

So bayangkanlah bila pelajar universiti Islam pun boleh terpengaruh.. bagaimana dengan orang muda lain. Tambah lagi teruk apabila perayaan Halloween ini juga sering disambut artis… Dan kita tahu betapa fanatiknya orang kita dengan artis.

Sama ada haram atau tidak menyambut Halloween ni, aku sarankan cari mana-mana ulama muktabar..dan pastikan jika ada yang setuju dengan sambutan Halloween. Kalau ada antara korang yang nak sambut, aku tanya satu je – dalil Quran & Hadith mana yang korang buat jadi panduan?

Kemungkinan akan ada yang cuba menggunakan ayat “Allah SWT menciptakan kamu untuk kamu saling mengenali” – tapi untuk saling mengenali, perlu ke kita sehingga meniru budaya orang? Lupakah kita pesanan Allah SWT dan Rasulullah SAW – “Yahudi & Nasrani takkan putus asa hingga kamu mengikut mereka”
– “Mereka yang mengikut dan meniru sesuatu bangsa, mereka termasuk bangsa itu.”

Asal-usul Halloween itu sendiri daripada amalan pagan dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya dan tradisi orang Kristian. Not to mention, bila kita membelanjakan duit untuk kostum dan solekan, kita membazir duit untuk perkara lagha.

Yes, akan ada yang beralasan “Duit aku, tak kacau korang pun” tapi jangan lupa harta kita adalah milik mutlak Allah SWT yang hanya sekadar diamanahkan pada kita. “Ala, buat untuk suka-suka je” – semudah tu kita menidakkan saranan agama hanya sekadar untuk bersuka.

Unfortunately, bulan Oktober tahun depan, isu ni akan berulang lagi, dan sekali lagi kita orang Islam perlu saling beringat. Tapi nak buat camne kan, itulah tanggungjawab kita sebagai Muslim dalam mencari redha Allah SWT. Akhir kata, kalau ada orang Islam yang nak menyambut, just forget it lah, sebab banyak lagi perkara bermanfaat boleh dibuat dengan masa, tenaga dan duit kita.

– Muhammad

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Solat Tanpa Telekung

PengakuanKu

Assalamualaikum, saya sara. Dah lama sebenarnya nak nasihat secara umum pasal ini. Telekung dan aurat. Sepanjang pemerhatian aku dekat masjid-masjid, surau-surau yang ada kebanyakannya telekung tu jadi syarat nak solat. Takda telekung tak dapat solatla kena tunggu orang lain habis solat baru dapat guna bergilir-gilir. Sampai lunyai telekung tu dengan kesan mekap dan macam2 peta.

Islam dah mudahkan. Asalkan kita pakai tudung dah tutup paras bawah dada dan tak nampak bentuk, baju bawah punggung dan tidak ketat, kaki bertutup (stokin), pakai kain(skirt), seluar pun boleh asalkan longgar dan tidak jarang. Cukup untuk bawa solat. Jika tak cukup syarat diatas ketahuilah anda tak sempurna tutup aurat. Kalau aku ada tertinggal syarat tutup aurat bagitahu. (Silakan kecam aku tak kisah)

Dah baik, cukup syarat semua tu tak perlu lagi nak bawak telekung dalam beg sentiasa, tak perlu lagi nak tunggu orang lain nak guna telekung, tak perlu pakai telekung yang tak berbasuh dan penuh dengan kesan mekap. As simple as that. Solatlah dengan selesa. Tapi aku tahu ramai suka mekap dulu baru boleh siap pakai tudung. No problem. Korang ambik wuduk then pakai mekap dan pakai la tudung dan pakaian yang boleh bawa solat. Boleh je. Tapi bab mekap yang tak halal dan tak boleh bawa solat tu aku taknak sentuh bab tu sebab dah lari topik. Kalau ada nak ulas pasal tu silakan.

Aku tegur sini sebab aku tak mampu nak nasihat seorang demi seorang. Aku tak nafikan telekung tu memang perlu kalau pakaian kita ada najis @ kotor dan kita tak yakin pakaian kita bersih nak guna untuk solat, bolehla pakai telekung. Kang orang kata aku matikan adat melayu pulak sebab itu amalan pakai telekung adat orang melayu dari dulu sampai sekarang. Tapi negara lain takda pun istilah pakai telekung bila nak solat.

P/s: aku kat sini bukan nak tunjuk pandai, alim bagai semua tu. Ini hakikat dan kenyataan yang nyata. Kalau nak terima silakan. Berlapang dadalah. Kalau taknak aku tak rugi dan aku dah sampaikan apa yang perlu sebab agama itu nasihat.

– Fara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Hina Ke Menyewa

PengakuanKu

Terima kasih kepada admin sekiranya penulisan ini tersiar.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang sudi membaca luahan ini. Diharapnya sudi meninggalkan komen yang murni supaya dapat membantu aku menangani masalah ini.

Ini merupakan luahan terhadap mentaliti masyarakat terhadap golongan yang menyewa berbanding mempunyai aset (rumah) sendiri dan asbab perkara ni boleh terjadi.

Sebelum itu, aku cerita alasan tidak mempunyai aset sehingga kini.

Sejak dulu, abah aku memang berniat nak membeli rumah yang selesa untuk keluarga. Tapi sayangnya, nama telah disenarai hitam oleh pihak bank atas sebab peribadi. Dengan keadaan itu, sampailah sekarang abah aku tidak berjaya membeli rumah.

Sebagai manusia, pastilah kita akan mencari ikhtiar lain untuk teruskan juga niat yang mulia, lalu abah aku pernah usulkan untuk membeli rumah menggunakan nama adiknya. Hanyalah nama, sebagai penjamin. Dan peruntukan semua telah disediakan oleh abah.

Tapi sayangnya, keluarga juga enggan menolong. Dikhuatiri akan mencemar nama nya untuk jangka masa panjang. Itu juga tak boleh dipersalahkan sebab setiap manusia pasti ada ‘trust issue’ walaupun dengan abang yang dah menolong mereka sejak dulu. Bukanlah niat nak mengungkit tapi dah terlalu banyak pengorbanan dilakukan abah demi adik-adiknya.

Sebagai anak sulung, dia telah korbankan pelajaran dan bekerja di usia yang sangat muda. Bantu keluarga dan adik adik baik dalam pelajaran, wang belanja di universiti termasuklah juga perkahwinan. Ya, abah terpaksa gadai berbagai benda walaupun untuk majlis kahwin adik. Bagi aku sebagai anak yang mendengar luahan abah ni akan rasa marah terhadap sikap makcik pakcik yang tak mengenang budi dan pentingkan diri sendiri.

Tapi percayalah bahawa setiap perkara yang kita buat akan ada kifarahnya. Sebagai contoh, mereka (pakcik makcik) hidup dalam serba kekurangan walaupun gaji besar. Tak perlulah nak dihurai apa kesusahannya tapi cukuplah sekadar seperti tak diredhai.

Jadi abah sentiasa nasihat jangan menyimpan dendam terhadap mereka sebab nasib keluarga kita macam ni.

Jadi dari aku kecil sampai lah dah 20-an ni kami memang menyewa. Tapi abah ni memang jenis susah nak berpindah. Jadi kami dah menetap di rumah yang sama selama hampir 18 tahun. Pernah juga diusul oleh abah untuk jadikan kontrak sewa-beli tapi ditolak mentah oleh tuan rumah. Rumah sewa ni pun dah seperti rumah sendiri, kami jaga elok, baiki dan tambah baik supaya sentiasa selesa.

Sehinggalah tahun ini, tuan rumah kabarkan yang dia ingin tinggal dirumah ini selepas dia bersara. Sejak tu abah selalu tertekan dan dia ada tekanan darah tinggi tapi masih boleh dikawal dengan makan ubat setiap hari.

Memang ada niat untuk membeli rumah, sejak abang aku kerja. Abah mengharapkan dia akan membeli rumah. Tapi dia baru saja ada kerja tetap dan masih belum mampu nak ambil loan dengan harga pasaran rumah sekarang. Tambah pula dengan komitmen lain seperti kereta. Gaji dia pun tidaklah banyak, dan dengan duit itu jugalah tolong keluarga.

Jadi aku sebagai anak, cuba ikhtiar cari rumah sewa lain. Dan setelah 2 bulan dapat rumah selepas tengok beberapa rumah dan contact ramai agent dan owner rumah. Kami akan berpindah 2 bulan awal sebelum deadline tuan rumah minta berpindah.

Jadi bermula pula dengan kisah jiran-jiran yang suka nak sibuk hal keluarga aku. Mak aku jenis yang pendiam dan tak reti melawan. Jadi jiran ni sukanya memperlekehkan status keluarga kami yang hanya menyewa ini. Dan yang paling teruk, seorang makcik bawang ni dah sebarkan berita kami perlu berpindah hampir ke satu taman.

Mak aku merupakan tukang jahit juga. Jadi ramailah yang mengenali mak. Tambahlah pula dengan jiran jiran yang tiba tiba mahu ambil baju mereka walaupun tak siap atas alasan mak aku nak berpindah. Walhal kami berpindah dekat saja, dan mak aku juga akan hantar hasil jahitan jika mereka tak dapat nak datang ambil di rumah baru.

Bagi aku, perkara ni dah mengaibkan nama mak dan abah aku. Gara gara kerana seorang sahaja yang jadi penyebar. Selama berjiran memang banyak dah perkara yang dia buat dah memalukan dan menghina mak. Seolah olah kami ni merempat. Kami cuma masih belum mampu nak beli rumah untuk mak abah.

Makcik bawang ni juga kerap berkunjung ke rumah semata mata nak cakap mengenai kesusahan kami yang kena berpindah ni. Percayalah jika nak cerita setiap apa yang dia kata, luahan ni akan bertambah panjang.

Aku jadi tempat luahan mak pasal apa yang diperkatakan oleh makcik ni. Bukan setakat hal rumah, hal lain lain pun sibuk nak jaga urusan orang. Seolahnya keluarga dia sentiasa sempurna dan takkan ditimpa musibah. Bila aku rasa berdendam, dan setiap kali rasa seperti nak marah pada dia. Tapi aku fikir Tuhan itu ada. Sampai masa dia akan merasa.

Aku dah nekad, sampai waktunya aku akan belikan aset untuk mak abah. Tambah pula abah pun selalu cakap, bila dah mampu beli rumah, jangan jadi abah menyewa sehingga tua. Kalau masih ada umur abah, abah minta ‘tumpang’ dulu rumah aku. Selama ni tak pernah aku rasa kurang pun apa yang abah mak sediakan untuk kami.

– Yang berusaha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Housemate

PengakuanKu

Dulu, apabila terbaca artikel atau cerita tentang housemate yang tak cakna dan tak bertanggungjawab soal kebersihan rumah, aku terfikir, “How worse could it be?”

Sekarang, bila aku hidup sendiri (tanpa pantauan ibu bapa), aku dah faham apa perasaan orang yang menulis artikel/cerita tersebut.

Aku tinggal dengan 11 orang housemate (1 rumah, 12 orang). Dah 4 bulan tinggal bersama-sama, aku dah masak dengan perangai setiap orang dalam bab kebersihan.

Untuk makluman, housemate aku semuanya pelajar cemerlang SPM aliran Sains. Result yang paling teruk pun 1 B saja. Rupa pulak, majoritinya senang cerita jaga penampilan lah. Baju bergosok, muka berbedak, bibir bergincu. (Dalam rumah ni, aku dengan lagi 3 orang housemate aje yang sempoi bab penampilan ni. Bukanlah nak kata kami ni selekeh. Tapi senang cerita, kami tak letak piawai tertentu lah untuk muka/baju kami waktu keluar. Asal tak terbakar mata memandang dan sempurna menutup aurat tu kira cun lah. Awning tudung terkelepet kena tiup angin pun takde hal lah)

Apabila berkongsi rumah ni, dah menjadi kebiasaan untuk kita tetapkan agihan tugas dan jadual untuk mencuci tandas dan bilik air (sebab benda ni dikongsi beramai-ramai). Dalam kes aku, kami tetapkan 2 minggu sekali, semua orang perlu cuci tandas ikut jadual tugas masing-masing.

Tapi malangnya, benda simple yang dah dipersetujui oleh semua orang macam ni pun perlu diingatkan setiap kali waktu mencuci tiba (Bukan semua housemate yang macam ni. Tapi dalam 11 orang tu, 3 orang saja yang tahu tanggungjawab tanpa diingatkan). Kalau aku tak bagi reminder, alamatnya sampai bila-bila pun tak bercuci tandas tu. Dinding berlumut pun jangan mimpi mereka nak cuci.

Yang lebih menyakitkan hati, kita bagi reminder pun, tetap juga mereka tak buat. Bertangguh, sampailah 2 minggu berikutnya, tiba giliran orang lain untuk mencuci. Ah, senangnya kerja kalau macam tu. Tak rasa bersalah langsung apabila berlepas tangan. Nak kata sibuk study, orang lain pun study juga. Nak cuci tandas tu 20 minit pun tak sampai. Kalau lepas subuh tak tidur, banyak lagi masa nak study. 20 minit tu, kalau korbankan sikit masa tidur, tak rugi pun.

Bayangkanlah, benda yang berjadual macam tu pun liat betul untuk dipatuhi, apatah lagi benda yang tak berjadual. Contoh; buang sampah dan tukar plastik sampah, buang sisa makanan dalam bakul sampah sebelum basuh pinggan supaya sinki tak tersumbat, bersihkan sinki dapur, susun selipar/kasut, sapu laluan utama untuk ke bilik2.

Bukanlah nak berkira, tapi pedih betul rasa mata apabila bakul sampah yang dah penuh masih menjadi tempat untuk buang sampah sampaikan sampah2 tu terkeluar dari bakul sampah. Apa salahnya kalau waktu kita nak buang sampah tu dan perasan yang bakul sampah dah penuh, kita ikat plastik sampah tu dan gantikan dengan plastik yang baru? Ini tidak, nampak bakul sampah dah penuh, pergi buang sampah di tong sampah besar di luar rumah pula (tiba2 rajin nak buang dekat luar. Selama ni kalau bakul sampah tu tak penuh, elok je buang dalam bakul sampah tu).

Kadang-kadang aku tertanya-tanya, housemate yang tak reti jaga kebersihan ni, memang tunggu mak ayah bersihkan ke macam mana?

Aku tidak membesar di asrama. Senang cerita, aku tidak pernah disuruh cuci tandas, sapu lantai rumah, cuci sinki, basuh baju, lipat baju, kemas rumah. Aku disuruh jaga kebersihan bilik aku saja. Itu pun, ibu bapa aku tak pantau. Kebersihan bilik aku, pandai-pandailah aku jaga sebab aku yang akan tidur dalam tu.

Aku memang tak terlalu cakna soal kerja2 kebersihan di rumah dahulu. Tak pernah ambil inisiatif sendiri untuk bersihkan rumah sebab aku tahu ibu bapa aku akan buat semuanya. Aku hanya akan buat apabila disuruh saja.

Kadang-kadang ada juga ayah aku membebel, “Kalau tak disuruh, tak bergerak. Kalau mak ayah tak ada nanti, tak tahulah apa jadi dengan rumah ni. Kalau korang ada rumah sendiri nanti, entah macam mana rupanya. Ayah pun tak nak pergi rumah korang.” (Waktu aku dengar ni, aku fikir akulah manusia paling pemalas dalam dunia sampaikan kalau aku ada rumah nanti, ayah aku sendiri pun tak nak datang rumah aku)

Tapi sekarang, bila aku dah hidup sendiri, disebabkan kata-kata ayah aku itulah aku sedar tentang tanggungjawab menjaga kebersihan. Di sini aku tak ada mak ayah untuk buat segala-galanya. Kalau aku tak buat, bergelumanglah aku dengan segala bakteria. Ayah aku memang dah selalu pesan, “Masuk universiti nanti pandai-pandailah urus masa dan diri sendiri. Mak ayah dah tak ada nak pantau, nak ingatkan.”

Bila dah hidup sendiri, aku sedarlah bahawa semua sisa yang aku buat, aku kena kemas. Takkanlah kau dah berak, kau harap orang lain flush kan? Ewww! (Pernah jadi okey kat rumah aku ni. Seksa mata aku masa aku tolong jirus.)

Sekarang ni, aku dah penat dah nak ingatkan benda yang sama dekat housemate aku berulang kali. Bagi aku, kalau kau pandai jaga penampilan kau, kau kenalah pandai jaga kebersihan diri dan tempat tinggal kau. Lagipun, masing-masing dah 18 tahun. Dah boleh fikir baik buruk, halal haram. Dah boleh pilih apa benda yang boleh masuk mulut dengan apa benda yang tak. Dah kenal tanggungjawab tu apa.

Takkanlah mentaliti tu masih macam budak-budak yang mengharapkan orang lain tolong kemas semua barang yang disepahkan?

So housemates out there, tolonglah, sedar tanggungjawab masing2 apabila hidup berkongsi rumah ni. Biarlah penampilan korang yang flawless, result korang yang cantik tu, seiring dengan mentaliti dan sikap korang. Kalau korang dah reti nak nampak lawa tu, itu tandanya korang dah cukup matang nak fikir baik buruk sesuatu perkara.

Aku tak kisah kalau korang nak biar bilik korang macam tongkang pecah sekalipun. Tapi limit-kanlah ‘kesepahan’ itu dekat bilik korang je. Benda yang dikongsi beramai-ramai ni, jagalah kebersihannya.

Benda ni praktis basic kut sebelum korang duduk rumah sendiri nanti. Sekarang ni, korang boleh gotong-royong dengan housemate lain buat kerja2 rumah. Nanti dah duduk rumah sendiri, semuanya korang kena buat sendiri. Waktu tu pandai2lah survive.

Lagipun, korang solat kan? Bukan ke solat tu sepatutnya mencegah kemungkaran? Kikis sifat-sifat mazmumah? Kalau rasa macam solat tu tak bagi kesan dalam kehidupan seharian, auditlah solat tu k? Jangan biar je.

Selamat berjuang menjadi housemate yang baik.

K, bye.

Yang benar,
Anak mak ayah yang dah insaf. (Kaitan?)

– Housemate Kamu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Belum Nikah Pun Ada Hikmahnya

PengakuanKu

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan buat semua. Baru-baru ni IIUMC telah menyiarkan satu post mengenai Ada Hikmahnya Bernikah. Dan dalam salah satu komen yang tertera, ada seseorang yang menyatakan mengenai Hikmah Tak Bernikah. Saya agak tertarik dan ingin berkongsi beberapa perkara menurut pandangan peribadi saya.

Kalau perasan, saya meletakkan istilah ‘belum bernikah’ berbanding istilah ‘tidak bernikah’. Walaupun keduanya kelihatan hamper sama tapi pada saya, ianya ada perbezaannya yang tersendiri. Dalam post ini saya lebih fokuskan kepada ‘Belum Bernikah’ kerana boleh jadi satu hari nanti individu-individu ini juga bakal bernikah. Sebaliknya pula bagi individu yang memilih untuk terus tidak bernikah seumur hidupnya atas sebab-sebab tertentu, itu adalah hal yang lain pula.

Buat individu-individu di luar sana yang belum diizinkan untuk berumahtangga dan belum dapat menamatkan zaman bujangnya sepertimana sahabat-sahabat lain, saya harap kalian tidak berasa sedih hati dengan nasib diri. Meskipun ada kenalan atau warga kampung yang kerapkali bertanya kalian perihal jodoh dan nikah kahwin, usahlah terlalu stress dengan mereka. Dan jangan pula membalas dengan sindiran mahupun kata-kata pedas. Cuba lapangkan dada dan balas kepada mereka dengan meminta mereka mendoakan yang terbaik untuk diri kalian, mudah-mudahan berkat doa tersebut, mudah urusan jodohnya dan dikurniakan jodoh terbaik seperti diharapkan. Kita tak pernah tahu waktu bila dan doa siapa yang akan dimakbulkan kan. Jadi sentiasa biasakan diri untuknya.

Baiklah. Post kali ini istimewa untuk mereka yang masih berstatus bujang, samada sedang mencari, sudah mempunyai seseorang di hati, dalam usaha menghalalkan hubungan, bakal bernikah very very soon mahupun yang belum terdetik rasa ingin hidup berdua. Atau boleh jadi post ini juga sesuai buat mereka yang bukan dalam kategori di atas tetapi mempunyai kenalan, ahli keluarga atau mengenali sesiapa yang tersenarai seperti di atas. Walau siapa pun kalian, semoga tulisan ini memberi manfaat buat kalian yang ingin mengambil manfaat daripadanya.

1. PELUANG BERBAKTI KEPADA ORANG TUA
Tidak kira samada lelaki mahupun perempuan, selagimana kita bergelar ‘anak’, sudah pastinya tanggungjawab kita terhadap orang tua kita adalah perlu. Adakalanya bila sudah berumahtangga, banyak urusan perlu diutamakan sehinggakan ada yang terabai tanggungjawabnya kepada ibu bapa. Jadi sekiranya kita belum dikurniakan jodoh untuk bernikah, mungkin ini adalah satu peluang untuk kita berbakti kepada kedua ibu bapa sementara masih sempat sementara mereka masih ada. Dahulu mereka yang menyara dan menjaga kita, hari ini tibalah masanya untuk kita membalas jasa dan bakti mereka selama ini, walaupun kita tahu takkan mampu untuk kita membalasnya. Bagi yang belum bernikah, gunakan peluang ini sebaik-baiknya kerana ia hanya diberikan kepada mereka yang terpilih sahaja, bukan semua orang berpeluang sedemikian.

2. BOLEH SAMBUNG BELAJAR
Ya, sambung belajar. Ada segelintir yang menangguhkan urusan pernikahan semata-mata untuk fokus kepada pengajian. Manakala ada pula yang memilih untuk sambung belajar sementara belum sampai jodoh. Tapi tak kurang juga yang menangguhkan pengajian disebabkan perlu bernikah dulu. Kisah setiap orang berbeza kan. Tak ramai yang dapat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi sebaik sahaja mendirikan rumah tangga disebabkan faktor -faktor tertentu. Jadi, sementara belum sampai masa untuk bernikah, apa kata kalau gunakan kesempatan tersebut untuk teruskan belajar (terutamanya Pendidikan secara formal, kerana Pendidikan tidak formal berlaku sepanjang masa tanpa mengira tempat). Maklumlah zaman sekarang ni sangat mencabar dan memerlukan manusia yang berpendidikan tinggi kan.

3. DAPAT TIMBA PENGALAMAN
Bukan bermakna orang yang sudah berkahwin tidak dapat menimba pengalaman. Bukan macam tu maksud saya. Tapi bagi yang belum bernikah, ada sesuatu hal yang anda boleh lakukan tetapi orang yang sudah berkahwin terhad untuk melakukannya. Dalam bidang kerjaya contohnya, ada tugasan tertentu yang lebih sesuai diberikan kepada golongan bujang kerana masanya yang fleksibel dan komitmennya yang kurang. Daripada situ, bolehlah menimba pengalaman baru dan ilmu baru. Dan lagi bagus kalau dapat berkongsinya dengan yang lain juga untuk sama-sama memperoleh manfaatnya. Tapi hati-hati. Tak semua orang suka dengan pencapaian kita dan keseronokan kita.

4. BINA KERJAYA
Kenapa saya kata orang yang belum bernikah dapat bina kerjaya? Orang yang dah bernikah tak boleh bina kerjaya ke? Panas je kan bila orang bernikah baca ni. Rasa geram je. Kalau ada la. Baiklah, situasinya begini. Bagi yang masih berstatus bujang, anda mungkin lebih muda, lebih bertenaga dan lebih bersemangat. Anda juga kurang komitmen lain, jadi anda dapat memberi tumpuan spenuhnya terhadap urusan kerja. Anda juga berpotensi untuk menjadi pekerja cemerlang dan seterusnya diberi kenaikan pangkat dan gaji. Anda juga tidak terikat untuk melakukan kerja lebih masa, sekiranya anda mempunyai kelapangan masa. Sementara masih bujang dan berupaya mencapai segala yang berkaitan, usahakannya. Hal ini kerana kita tidak tahu apa yang menanti kita di hadapan kelak. Boleh jadi setelah berkahwin nanti, suami tidak mengizinkan untuk bekerja dan perlu menjadi surirumah sepenuh masa. Boleh jadi setelah berkahwin dan mempunyai anak nanti, perlu memberikan perhatian yang lebih kepada keluarga dan anak-anak. Manakala bagi lelaki pula, banyak kewangan perlu digunakan untuk urusan nikah kahwin dan menyara keluarga. Makanya sementara masih berstatus bujang dan mampu bekerja, maka usaha untuk stabilkan ekonomi dulu.

5. TOLONG SARA KELUARGA & BIAYA ADIK BERADIK
Bagi yang dah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri tetapi belum ada pasangan dan anak-anak untuk ditanggung, ini sebenarnya ruang untuk anda membantu keluarga asas dan adik-beradik anda yang lain. Sekiranya masih ada adik-beradik yang masih belajar, cuba bantu mereka untuk mencukupkan keperluan mereka walaupun mereka tidak meminta. Mungkin setahun sekali atau dua kali, anda boleh tolong sponsor ibu bapa dan adik beradik-beradik lain yang belum bekerja untuk majlis hari raya. Sekurang-kurangnya ibu bapa anda dapat jimat duit mereka kan. Tak dilupa juga setiap bulan hulur duit sikit untuk ibu ayah, walaupun mereka tak pernah meminta. Itu tanggungjawab kita sebagai anak. Tak banyak takpe, asalkan hulur sebagai tanda ingatan, penghargaan dan syukur. Kalau tengok ada keperluan rumah yang tidak cukup, tolong cukup-cukupkan sekadar termampu. Dan sekiranya ada rezeki lebih, usahakan untuk bawa ibu ayah ke tanah suci samada untuk umrah mahupun haji, mengikut kemampuan. Jika tak mampu sekalipun, sekurang-kurangnya biar ada niat untuk bawa mereka ke sana dan sentiasa doakan mereka. Saya percaya, setiap ibu ayah pasti berhajat untuk ke tanah suci walaupun mereka tidak pernah menyuarakannya. Alangkah bahagianya mereka kalau mereka dapat ke tanah suci. Dan alangkah bahagianya lagi mereka sekiranya anak-anak yang mereka didik dan besarkan selama ini yang membantu merealisasikan impian hati mereka. Cuba kita bayangkan betapa gembira dan syukurnya mereka saat tu. Subhanallah. Saya harap saya pun dapat melaksanakannya. Semoga Allah jadikan saya dan adik-beradik sebagai asbab untuk ibu bapa ke tanah suci juga satu hari nanti. Doakan saya ye.

6. TALIAN HAYAT RAKAN SEKERJA
Part ni mungkin tak ramai yang suka terutamanya bagi yang terkena, kebiasaannya golongan bujang. Usah begitu teman-teman. Walaupun anda selalu diminta dan dihantar untuk ke kursus sana seminar sini dan sebagainya, jangan marah dan jangan merungut. Anggaplah ia sebagai ruang untuk anda buat kebaikan. Anda mungkin terpaksa menggantikan rakan sekerja lain yang sepatutnya pergi tetapi disebabkan komitmen mereka terhadap anak-anak di rumah yang tidak boleh ditinggalkan kepada pasangan dan sebagainya, maka anda yang bujanglah menjadi gantinya. Tak mengapa. Gunakan peluang tersebut untuk meminta rakan-rakan sekerja tersebut doakan yang baik-baik untuk anda juga. Mana la tahu dengan asbab tersebut anda dapat kenaikan gaji dan pangkat dengan lebih mudah, dapat tambah networking dan dapat projek. Atau boleh jadi dengan asbab tersebut juga anda bertemu jodoh. Mana tahu kan… Hari ni mungkin anda yang menjadi talian hayat sekerja, siapa tahu kalau satu hari nanti anda pula yang memerlukan talian hayat rakan sekerja lain. Kata orang, hidup ini umpama roda kan. Chill saja. Hari ini kita bantu mudahkan urusan orang lain, nanti Allah bantu mudahkan urusan kita yang lain pula. Inshaa Allah

7. KURANG KOMITMEN
Ada yang tertekan bila sering diajukan soalan berkaitan jodoh. Tapi tahukah kalian bahawa belum dikurniakan jodoh untuk ada hikmahnya yang tersendiri. Perkahwinan itu satu amanah yang besar. Ia dating bersama tanggungjawab dan komitmen. Bilamana ijab Kabul itu itu selesai, maka komitmen anda juga bertambah. Ahli keluarga anda bakal bertambah. Tugas anda juga bakal bertambah. Boleh jadi tekanan anda juga akan bertambah sekiranya anda belum mampu untuk menggalas dan menghadapinya. Buat masa sekarang, kenal pasti apakah komitmen yang anda ada dan usahakan untuk selesaikannya dengan baik. Mudah-mudahan bilamana telah sampai masanya untuk anda bernikah, anda akan mampu untuk menangani konflik dan menguruskan komitmen dengan matang dan tenang. Ingat, jangan sesekali tambah komitmen sekiranya komitmen sedia ada pun tak tertanggung. Itu cari pasal namanya.

8. RUANG UNTUK PERBAIKI DIRI
Saya rasa part ni ramai yang dah boleh fikir dan akan setuju. Jika belum bernikah, itu sebenarnya satu ruang untuk kita perbaiki diri untuk menjadi seseorang yang lebih baik dan jauh lebih baik daripada yang sebelumnya. Tidak perlu membandingkan diri kita dengan orang lain. Cukuplah sekadar membandingkan diri kita antara yang dulu dengan yang sekarang, barulah kita dapat menilai atas perubahan yang berlaku. Hanya diri kita sendiri yang mengetahui bagaimana diri kita yang dulu dan apa kurangnya diri kita dana pa yang perlu kita perbaiki. Kunci untuk perbaiki diri adalah jujur pada diri sendiri (ada sebabnya kenapa saya katakana sedemikian. Kalau ada rezeki untuk saya berkongsi nanti, maka akan muncullah satu post baru mengenainya, inshaa Allah). Cadangan yang boleh saya berikan adalah cuba perbaiki diri untuk tingkatkan ilmu dalam diri sendiri, contohnya ilmu tauhid, ilmu fiqh, ilmu fardhu ain dan seumpamanya. Paling kurang sekalipun, lengkapkanlah diri dengan ilmu-ilmu rumah tangga, ilmu Pendidikan anak-anak, ilmu memasak dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan. Paling-paling tidak la kan… Nak kahwin, kena la belajar ilmu Fiqh Munakahat. Bahagian-bahagian lain dalam memperbaiki diri, kita sendiri yang boleh tentukan. Perbaiki hubungan dengan Allah, hubungan dengan ahli keluarga, hubungan dengan seluruh makhluk Tuhan. Perbaiki sikap juga.

9. BEBAS MENGEMBARA
Ada sesetengah orang suka mengembara. Mengembara tak semestinya ke luar negara. Di dalam negara juga boleh dikatakan mengembara. Jika anda jenis yang suka mengembara, teruskan minat anda sekiranya itu yang memberi kepuasan kepada diri dan membuatkan anda tenang. Asalkan jaga diri, jaga adab dan jaga syariat agama itu sendiri. Mana tahu kalau-kalau bakal pasangan anda adalah seseorang yang berbeza minatnya dengan anda dan tidak mengizinkan anda untuk terus mengembara setelah bernikah nanti kan. Kita tak tahu. Tapi kalau dapat yang sama minat atau yang ingin meraikan minat anda, itu adalah bonus point untuk anda. So, enjoy it.

10. SELESA DIDAMPINGI
Sekiranya anda perasan, orang yang telah bernikah akan mempunyai cara fikir yang berbeza dengan diri individu yang belum bernikah. Kenapa? Ada banyak sebabnya. Tiada yang salah. Kedua-duanya ada kelebihannya yang tersendiri. Dan kedua-duanya boleh didampingi untuk manfaat yang berbeza. Bagi yang bujang dan muda, mungkin cara fikir anda berbeza dan anda jenis yang ceria atau terbuka. Keadaan itu membuatkan anda lebih selesa didampingi dan lebih mudah dibuat kawan. Anda juga lebih senang untuk diminta pendapat tentang sesuatu perkara. Adakalanya individu yang sudah bernikah juga akan menemui anda untuk meminta pandangan. Mungkin kerana mereka menyangka anda belum terbeban dengan masalah rumahtangga dan mampu melihat sesuatu dengan pandangan yang berbeza lalu dapat membantu menyumbang idea bagi menyelesaikan masalah tersebut. Mungkin juga anda mudah dibuat kawan memandangkan tiada yang akan salah faham atau cemburu dengan anda berbanding mereka yang telah berpasangan. Walau bagaimanapun, berhati-hati dan berwaspada dalam pergaulan agar tidak berlebihan. Ikhtilat juga perlu dijaga ye, kawan-kawan. Alam pekerjaan adalah alam penuh dugaan juga.

11. MENGAMBIL PENGAJARAN
Ok. Part ni menarik juga. Orang yang belum bernikah pastinya belum ada pengalaman bernikah kan. Tapi itu tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkan pengalaman itu. Caranya bagaimana? Dengan membuat pemerhatian, melakukan pembacaan dan menjadi pendengar setia. Dalam serti kata lain, belajar dan mengambil pengajaran daripada pengalaman orang lain. Ya, anda belum bernikah mungkin sebagai tempoh untuk anda mengambil pengajaran terlebih dahulu supaya anda dapat mempersiap diri untuk alam rumah tangga kelak dan dapat mengelakkan daripada mengulangi perkara sama yang boleh menimbulkan konflik dalam rumah tangga. Bukankah ianya satu anugerah buat diri?

12. MENGANGKAT DARJAT
Anda tahu kenapa? Kerana menjadi seseorang yang belum menikah itu sangat mencabar, terutamanya bagi yang telah lanjut usianya. Bisikan-bisikan insan sekeliling itu cukup menyakitkan. Walaupun diri sendiri pada awalnya tidak kisah mengenainya tetapi disebabkan mulut-mulut orang sekeliling (ada yang kata, ‘mak cik pakcik bawang’), maka yang tak kisah tadi boleh bertukar kisah. Saat inilah menguji kesabaran dan keimanan diri. Ada yang boleh Meletus meledak mengamuk bertukar rupa dan bahasa disebabkan hal ini. Tetapi ada yang memilih untuk terus sabar dan mengatasinya dengan hikmah. Golongan inilah yang diangkat darjatnya kerana kesabarannya. Semoga kita juga tergolong dalam golongan ini. Bukan mudah kan, terutama bagi yang mengalaminya. Bagi yang tidak mengalami, pastinya macam-macam yang boleh anda kata. Tak mengapa. Itulah reality dunia sekarang kan.

Berikut merupakan sebahagian daripada kebaikan atau hikmah sekiranya belum bernikah. Masih ada lagi sebahagian kebaikan yang lain sekiranya kita ingin memperkatakannya kerana setiap orang mempunyai sudut pandang yang berbeza dalam sesuatu perkara. Jadi, ini hanyalah sudut pandang saya yang mungkin masih ada kurangnya pada pandangan kalian di luar sana. Mungkin ada antara anda yang sedang membaca tidak bersetuju dengan apa yang saya kongsikan di atas dan mungkin ada pula yang bersependapat. Tidak mengapa. Saya tidak berkecil hati dengan hal tersebut. Itu adalah hak masing-masing untuk anda menerima point-point yang dikongsikan di atas atau sebaliknya.

Suka untuk saya kongsikan bahawa tiada istilah cepat atau lambat dalam urusan jodoh atau nikah kahwin ni. Mungkin bagi sesetengah pihak ada yang mengatakan bahawa seseorang tu cepat kahwin atau lambat kahwin. Pada saya, istilah ‘cepat’ atau ‘lambat’ ni hanya ada dalam kamus kehidupan manusia sahaja. Hakikatnya ianya semuanya berada dalam pengetahuan Allah SWT. Allah itu Maha Mengetahui bila waktu sesuai yang terbaik untuk seseorang bertemu jodohnya dan bernikah. Mungkin ada yang bernikah di awal usia dan mungkin ada yang bernikah bila telah lanjut usia. Usah kita persoalkan, apatah lagi memperlekehkan. Bukankah mereka juga manusia biasa yang juga mempunyai hati jiwa dan perasaan sebagaimana kita? Jika kita tidak suka diperkatakan atau diperlakukan sedemikian, lebih baik kita jangan melakukan perkara yang sama kepada orang lain. Barulah fair and square. Secara tidak langsung, kita sedang mewujudkan masyarakat yang harmoni. Indah kan…

Yang telah bernikah, hargai pasangan anda dan peliharalah rumahtangga agar rukun damai sehingga ke akhirnya agar masing-masing dapat kembali bertemu di Syurga-Nya kelak.

Bagi yang belum bernikah atau yang belum bertemu jodoh, usah khuatir dan usah bersedih hati. Lihat kembali point-point di atas yang telah saya kongsikan. Pasti ada hikmahnya kenapa anda di situasi sedemikian, begitu juga saya. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT, usahakan yang terbaik di pihak diri sendiri dan inshaa Allah satu masa nanti pasti akan hadir seseorang yang terbaik untuk diri kita. Aamiin…

Ohya, seseorang yang kita rasakan baik belum tentu terbaik untuk kita. Boleh jadi dirinya itu untuk orang lain dan akan menjadi yang terbaik untuk orang lain, bukan untuk kita. Manakala untuk kita pula, ada insan lain yang akan menjadi yang terbaik untuk kita. Definisi ‘terbaik’ itu luas. Hanya yang terpilih dan memilih untuk melihatnya sahaja yang mampu melihatnya. Jika kita melihat kepada kebaikan dan keindahan dalam setiap yang terjadi, kita akan melihat dan merasai hikmahnya. Sekiranya kita hanya memandang sesuatu dengan kebencian atau dengki, pastinya hanya keburukan dan kekurangan sahaja yang akan kita nampak.

Jodoh itu ada. Pasangan telah ditetapkan untuk setiap orang. Cuma siapa orangnya, di mana dirinya, bila kita akan bertemunya dan bagaimana pertemuan tersebut, semuanya menjadi rahsia Allah. Ianya akan hadir pada saat yang tepat untuk orang yang tepat. Bila yang di sini sudah bersedia dan di sana telah bersedia, maka waktu itulah keduanya akan mula dipertemukan dengan hadirnya suatu rasa yang istimewa. Dan waktu itu, bila jodoh yang sebenar telah hadir, segalanya akan dipermudahkan untuk keduanya. Yakin dan percayalah. Janji Allah itu benar. Janji Allah itu indah, andai sahaja kita bersabar dengan ujian-Nya.

Wallahua’lam.

Semoga Allah menjadikan kita antara yang soleh solehah, mengurniakan kita jodoh yang soleh solehah, memberikan zuriat keturunan yang soleh solehah. Aamiin yaa rabbal alamin.

Sekian, wassalam.

– MJ

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Fresh Grad Kereta Secondhand

PengakuanKu

Assalamualaikum pembaca iium, Sekarang ni aku nak tujukan kepada fresh grad keluarganya yang kurang senang. Dan tujukan kepada pembaca confessor “Fresh grad nak pakai kereta apa”. Si confessor cakap dia perlukan pendapat sekitar umur dan pengalaman.

Ini pengakuan,pendapat dan pengalaman. Baiklah kita terus kepada kekeluargaan, keewangan dan kereta idaman. Aku anak sulung, famly aku tiada kereta , so kalau ada apa-apa memang tumpang saudara, beraya apa semua lah semua tumpang sahaja. Masa akhir tahun 2016 aku target aku akan keluarkan kereta semasa praktikal, so macam mana? Aku apply dekat 70 company jugak untuk dapatkan tempat praktikal. So hanya 3 yang di pangil interview. Dipendekkan aku minta elaun sebanyak rm1500.Alhamdulillah, aku dapat RM1000 semasa praktikal. Mesti ada yang cakap ambil pengalaman jangan kejar duit. Mestilah sambal menyelam minum air kan, Bukan kita tak usaha. Usaha, rm50 habis untuk call comapny2 mintak email apa semua. Haha,,so sebagai nasihat jugak lah ni siapa nak cari tempat praktikal. Cari awal2..

So, disebabkan memag aku berniat untuk beli kereta untuk famly aku, kegunaan bersama. Dapatlah aku keluarkan kereta Iswara berharga rm4000. Yang penting aku tak nak berhutang dahulu, sebabnya aku pun tak pasti dapat kerja kat mana dan berapa gaji aku akan dapat. Sebabnya, aku target company2 hanya mampu bagi Rm1800 untuk fresh grad. Itu penanda aras aku. Aku nilai diri aku masa tu berharga rm1800. So, bulan demi bulan 6 bulan praktikal habis. Elaun sentiasa aku habiskan untuk famly aku, beli2 barang dapur. Setakat ni , komitment aku hanya minyak, mak ayah dan barang dapur.

Baiklah , itu kepada kekeluargaan sedikit, mungkin confessor “Fresh grad nak pakai kereta apa” mungkin orang yang senang,apa yang saya nasihatkan janganlah beli kereta baru awal2 ni. Sebab , lama kelamaan akan rasa tertekan bila kita dah banyak komitment, bila kita dah rasa tanggungjawab tu semua kita kena pikul. Benar, rezeki, berbeza2,, apa yang kita boleh kongsikan hanyalah pandagan dan pengalaman yang berbeza2.Di sini saya kongsikan apa yang saya lalui baru bekerja, baru nak mula hidup. Haha..
Baikalah, dalam masa sebulan sebelum habis praktikal, banyak jugak apply kerja, standby sekiranya tak dapat nak sambung dengan company praktikal. Alhamdulillah 2 Bulan awal Bulan Jun sebelum habis praktikal saya dah ada company terima dan menunggu saya masuk pada bulan Ogos. Saya mendapat tawaran gaji Basic Rm3200. Selepas tolak epf apa semua dpatlah rm28++. Bila kita dah start kerja, keterujaan, tanggungjawab semua dating kepada diri kita, Lagi2 anak sulung. Mestilah kena tolong keluarga.
Ptptn= RM200
Adik2=rm300
Mak ayah=rm400
Belanja dapur=rm200
Api air=100
T.haji=500
Maintenance=rm200

So, total adalah rm1900. Dan gaji berbaki Rm800 untuk minyak kereta,makan luar, kejadian luar jangka.haha.. comtohnya mcm yang lepas, tiba2 kereta rosak, dah kena towing, semua sekali dah rm500,, yelah secondhand kan,, tapi tulah,, baru first time lah ,, So banyagkanlah kalau kita beli kereta baru, tiba2 kereta baru kita ni nak rosak, buat hal. Menangis jugak kalau duit tak cukup. Mungkin confessor dah mula rasa stabil dan yakin , tapi apa yang saya nasihatkan,, kalau setakat nak pergi kerja kita naik motor, mugkin beli kereta boleh,, simpan untuk jalan2 j lah,, hujan k,, haaa,,sebab,, dapat bawak motor mmg banyak sangat kita dapat simpan,, saya sekarang ni terasa sakit kat minyak kereta, JUJUR,,, minyak kereta buat saya mcm ,, aduuhh,, nak kena isi lagi k? haha… kita takut hujung bulan tu yang sakit,, nak pergi kerja,, duit tak ada ,, bahaya jugak tu,,

Saya pun baru nak mula menyimpan duit,, baru nak masuk 4 bulan bekerja skrg ni,, baru mula nak menyimpan,,, 500 simpan sebulan ok tak? Makanya mcm lambat lagi lah nak kawin ,, haha,, 15k hantaran,, terus terang,, saya tak sanggup,, saya rela cari org lain even dah kenal lama k apa… duit aku tak cukup,, tak nak sudah,,, Kalau pihak keluarga perempuan yang suruh masuk cepat3, jangalah makcik mintak hantaran tinggi2,, kesian kat kami,, haha,, ok lari topik,, haaa…

Pengalaman aku dan pendapat aku mcm tu lah,, kalau kita keluarga senang tak apalah,,, beli lah kereta baru,, ni Cuma pendapat dan perkongsian,, ni pun sekarang aku tengah cari motor ni buat pergi kerja,, motor aku adik aku dah pergi bawak U,, tu pasal aku naik kereta je skrang ni haha,, cerita juga kat mak aku pasal ni,, Tak apalah Bang, belilah moto baru,, bayar sikit2 nanti habis jugak,,,tapi sekrang aku tengah cari Moto Yamaha SS ,, Ada sesiapa nak jual? Haha… Yang penting kita kena buat pengiraan bulan depan kita kena bayar apa,, kena tengok 5 bulan yang mendatang apa yang kita kena hadap.. haa,, haha,, apa yang aku nak share,, tunggu gaji 5k kot baru beli Alza k,, haha,, ini lah perkongsian dan pendapat aku.. Terima Kasih

– Aliff

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Local Business

PengakuanKu

Assalamualaikum. First of all, aku just boleh introduce diri aku as Pah jelah. Aku bekerja sebagai engineer. Walaupun gajinya sangatlah best. Tapi since kerja sebagai engineer ni lah aku nampak betapa jerih pedihnya nak hasilkan sesuatu produk (bukan kosmetik of course lah).

Dan tak tau datang angin dari mana, aku jadi seorang yg sangat appreciate dengan kewujudan business local (neglecting whatever race they are). Business local yg aku cuba cakap ni business local yg tak cekik darah tu tau. Yg apam balik RM2.50, burger ayam RM2.80, Nasi ayam RM4, kedai auntie butang baju, kedai reben dan seangkatan dengannya.

Ada je dekat mall business local wujud, tapi recently aku tengok few shops juga tutup.
Dan aku sangatlah concern kalau business business dorang ni tutup. Haah weh aku concern. Dengan ekonomi sekarang ni. In my opinion, if they manage to open a shop kat mall, they’re doing a good business.

Malaysian, I wish I can change mind semua orang. Support our business (yg reasonable la, kalau kosmetik tu dah tau ada racun tu still nak pakai, tu namanya tak bijak). Try put a bit more effort on buying local products than international product. Pilih lah elok elok.

Oh ya, if they need some improvement. Janganlah kau viral viralkan kat social media. They’re doing business. Image is important. Cakap elok elok dengan dorang. We are Malaysian kannnnnnn. We have been taught to speak nicely :)

– Pah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Mencari Yang Hilang

PengakuanKu

MENCARI YANG HILANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang sudi membaca. Salam kesejahteraan jua buat yang sudi memberi komen membina mahupun yang mengecam keras. Tak dilupakan, salam sejahtera dan terima kasih buat admin yang sudi menyiarkan post ni.

Dah lama aku pendam kisah ni. Dah lama aku simpan seorang diri. Dan hari ni aku nak luahkan. Aku harap dengan cara ni aku boleh rasa lebih lega, aku boleh kurangkan beban di hati aku, aku boleh kurangkan kekusutan di fikiran aku. Atau pun mana tahu kalau-kalau ada yang sudi membantu. Kalau-kalau ada komen-komen pembaca yang boleh memberi inspirasi dan semangat pada diri. Tapi tak kurang juga, boleh jadi ada yang menghamburkan kata-kata kesat dan pedas kelak. Aku tahu, mesti aka nada punya nanti.

Aku dulu boleh dikatakan seorang yang aktif sejak kecil. Memang jenis tak reti duduk diam. Kalau nak kata bekas-bekas yang tinggal sebab nakal tu pun boleh kata ada la jugak sampai hari ni. Dalam nakal-nakal dan lasak-lasak aku pun, aku jenis yang cemerlang di sekolah. Selalu dapat anugerah dan hadiah, memang seronok kalau mak ayah datang sekolah. Antara yang paling best juga waktu perhimpunan, bila ada sesi penyampaian hadiah, mesti akan jadi salah seorang student yang naik stage. Main sukan, menang dapat pingat. Masuk pertandingan apa-apa, mesti menang. Kalau bukan johan, at least no 2 atau 3. Kalau tak hadiah utama sekalipun, sagu hati pun jadi la. Mesti nak naik stage. Dari pertandingan kecil-kecil hingga la pertandingan besar. Suka sangat kumpul hadiah. Sukan pun aktif. Persatuan pun sama. Habis jawatan dibolot, walaupun mula-mula tak nak pun. Tapi bila dah diberi, terima jela jugak kan. Berterusanlah hal tersebut hingga kea lam sekolah menengah. Boleh dikatakan masih performed la jugak. Seolah-olah tak tahu apa itu makna gagal dan macam mana rasanya gagal atau jatuh. Hidup bagaikan sentiasa di atas. Akulah anak emas, akulah ayam tambatan di sekolah. Ada je yang jealous dengan aku. Pernah juga dapat surat layang.

Kemudian aku diterima masuk ke satu universiti. Aku dapat melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi. Semangat sangat. Suka sangat. Terbayang macam kisah-kisah dalam drama dan telemovie di kaca tv satu ketika dulu. Tapi bila dah masuk universiti ni, lain rupanya. Terus terang aku cakap, tak sama pun dengan apa yang ada dalam tv tu. Memang lain la. Lain macam mana? Banyak la. Malas aku nak cerita panjang. Tapi aku ok je. Masih boleh biasakan diri dengan suasana dan keadaan sekeliling. Di kampus pun aku masih aktif macam dulu-dulu. Aktif berpersatuan. Aktif bersukan. Aktif juga dalam kelas. Memang aku jenis suka libatkan diri dalam semua benda. Seronok sangat masa tu.

Tapi tu semua dulu. Aku sudah terlalu selesa kot berada di atas. Sampai masanya untuk aku diuji. Dan di sinilah titik perubahan dalam hidup aku. Segalanya berubah dalam sekelip mata. Dunia tiba-tiba terasa kelam untuk aku.

Sampai satu tahap, aku jatuh dengan teruk. Aku, orang yang selalu berada di atas dan cemerlang, tiba-tiba aku menerima kegagalan. Bagi aku, kegagalan ni satu tamparan yang hebat untuk aku. Yer, aku gagal. Gagal dengan sebenar-benar gagal. Dengan sebab tu, aku kena ulang balik dari awal. Dengan sebab itu, aku kena tambah pengajian. Dengan sebab tu, aku tak boleh konvo macam orang lain. Dengan sebab tu jugak, aku dikejar untuk bayar hutang pengajian. Memang sakit. Semua dating sekaligus. Belum kira lagi dengan masalah keluarga yang aku hadapi. Dengan masalah kewangan. Dengan masalah kesihatan yang datang.

Aku jadi malu… Malu sangat. Malu dengan diri sendiri. Malu dengan keluarga dan adik-beradik. Malu dengan saudara mara dan jiran tetangga. Malu dengan kawan-kawan. Malu dengan pensyarah juga. Malu dengan pihak pengurusan universiti. Malu dengan semua. Seriously, aku malu. Malu rasanya nak berhadapan dengan semua orang.

Sekarang ni, aku rasa down sangat. Aku rasa lemah. Aku rasa tak berdaya. Dan sampai satu tahap, aku rasa macam tak berguna je. Mood untuk belajar dah mula kurang. Nak berhdapan dengan orang-orang dalam kelas. Nak jawab persoalan manusia-manusia sekeliling. Bila tengok orang konvo, apatah lagi waktu tu. Kawan-kawan ramai yang dah kerja, dah kahwin, dah ada anak. Dan aku pula, masih di sini. Terkandas di institusi pengajian, padahal dulu aku dikenali sebagai orang yang sangat cemerlang. Orang menyangka aku akan terus cemerlang dan dapat pekerjaan yang baik. Malu nak jumpa guru-guru yang pernah mengajar dulu.

Dan sekarang aku rasa aku dah hilang semangat. Dah hilang keyakinan diri. Dah hilang ketenangan hati. Tak tahu nak kata macam mana. Kadang-kadang rasa macam semua orang pandang serong pada aku. Sakit sangat rasa perasaan tu. Jujur aku kata, aku rasa macam aku dah hilang diri sendiri. Rasa macam aku bukan aku lagi dah. Rasa macam aku dah jadi lain. Takt ahu nak kata lain yang macam mana. Aku je yang rasa. Orang yang pandang yang tak rasai memang boleh kata apa-apa je. Tapi yang rasa Cuma aku. Aku tak tahu kalau ada yang boleh faham apa yang aku alami ni ke tak. Aku takt ahu samada orang lain pernah alami benda yang sama dengan aku atau tak. Dan aku tak tahu, mungkin ada yang diuji lebih teruk daripada aku.

Aku tak suka perasaan ni. Aku rasa jauh sangat. Rasa macam ada sesuatu yang hilang dalam diri aku dalam hidup aku. Aku suka untuk terus begini. Aku nak diri aku. Aku nak kekuatan. Aku nak keyakinan dan semangat. Dan yang lebih penting, aku nak rasa tenteram dan tenang di hati.

Korang di luar sana yang membaca ni, boleh korang tolong aku? Aku mencari yang hilang itu. Kalau korang di tempat aku, apa yang korang akan buat? Kalau korang pernah hadapi benda yang sama atau mungkin lebih teruk lagi, macam mana korang hadapi semuanya dan selesaikannya? Tolong kongsikan. Aku rasa aku dah buntu. Aku Cuma nak luahkan, taknak benda ni jadi barah dalam diri. Aku taknak terus macam ni juga dalam sisa-sisa hidup aku.

Terima kasih untuk semua. Doakan aku. Doakan yang baik-baik. Walaupun mungkin korang tak kenal pun siapa aku.

– Em Jey

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Buat Ini Bila Dapat Gaji

PengakuanKu

Assalamualaikum. (jawab dulu, baru teruskan baca…hihi)
Cerita“INI YANG APA PATUT KITA BUAT BILA DAPAT GAJI” dah baca belum?
Oklah, Nora kembali untuk menjawab beberapa soalan di ruang komen yang macam2.

Ada yang tanya, “RM1000 untuk parent? Mereka takda kerja ke? Kalo hidup melarat tu yalah. Baik dahulukan dengan agama Allah”
“untuk parent rm1000, untuk agama Allah 0 interest? Tang mana berkatnya?”

Walaweh, beratnya soalan ni. Tapi ringan sangat jawapannya bang. Abang, menyenangkan hati ibu bapa dengan nilai tak seberapa tu bukan ke jalan agama Allah jugak ke? Berapalah sangat nilainya tu dibandingkan dengan penat lelah dia membesarkan aku. Ibu aku surirumah sejak azali lagi. Aku anak ke5 dari 10. Yang atas2 semua dah kahwin ada keluarga sendiri perlu ditanggung. Memanglah mereka bagi jugak tapi dengan nilai yang mereka boleh bagilah.
Sedangkan aku yang masih bujang trang tang tang takda komitmen apa2 lagi ni, baiklah aku lebihkan sikit untuk ibu aku. Aku pun tahu ke mana duit tu pergi. Lagi berkembang duit aku bagi tu tau sebab ibu aku sangat suka bersedekah. Takkan nak tunggu parent hidup melarat dulu baru nak bagi lebih sedangkan kau mampu? Aku pernah rasa hidup susah yang susah sangat, jadi aku memberi bila aku rasa senang. Markah untk berkat tu biar Allah tanda. Dia penyemak Maha Adil.

“Bab yang wajib infaq dan waqaf dia tinggalkan. Tu lebih utama dan wajib ditunaikan. Tu juga saham akhirat untuk ibu bapa”
Ermm. Sepatutnya, saya kena ceritakan detail lagi ya bab2 tu dalam cerita saya hari tu?? Okla, memandangkan orang tak tahu siapa saya, tak timbul soal riak rasanya kan kalau cerita. Bang, ayah saya meninggal hari gaji pertama saya. Yang saya dah rancang baik punya dah nak bagi dia macam2. Tut2, dia tak sempat rasa gaji pertama saya, dia dah pergi dulu. Lepas tu, macam2 saya buat untuk saham akhirat dia. Pertama, doa hari2 dari saya dan sedekah serta wakaf yang saya niatkan untuk dia dan ibu saya. Bila balik kg, saya diam2 belikan cangkul, payung, baldi sebagai wakaf letakkan di mana2 perkuburan. Belum lagi, saya beli sejadah letak di mana2 masjid. Saya buat diam2. Yang mana ada iklan wakaf pun, saya cepat2 buatkan untuk dia. Tak tunggu hari gaji saya pun. Herannya, duit tak luak pun buat tu semua. Yang mana pusat tahfiz minta sumbangan pun, saya hulur juga walau sikit.

Infak kan ada macam2 cara? Beri pada keluarga pun bukan ke infak juga? Rasulullah pun galakkan kita berbuat baik dengan keluarga terdekat dulu. Kurang kena rasanya kalau kita kemain infak masjid, tahfiz, anak2 yatim sana sini tapi keluarga yang memerlukan sendiri terabai. Saya dah sedaya seimbangkan sebab itu adalah kunci rezeki. Apa yang saya tahu, zakat ada nisabnya, infak tidak. Terpulang kepada kita atas sukarela dan kemampuan diri untuk sebarang jalan kebaikan. Betulkan kalau saya salah.

“satu lagi kurang, perbelanjaan perubatan”

Ok, yang ni aku dah buat masa tahun pertama kerja tu. Tut2, dapat eksiden teruk tahun tu sampai mc berbulan2 patah tangan. Tapi, apa yang ejen takaful tu tolong? Rumit bebenor dengan syarat tersembunyi bagai. Ermm. Tak taulah nak cakap apa. Sebelum ni bukan main ‘keep in touch’ tapi bila dah macam ni, macam2 pula peelnya. Aku stop lepas tu. Sekarang masih mencari yang betul2 bagus. Aku kerja bawah gov, perubatan aku ditanggung sepenuhnya masa tu. Aku juga ada dapat claim yayasan masa tu. Tapi, takaful ni pun penting. Aku nak ambik juga nanti ni.

“ingat dik, lepas kahwin jangan sesorang bayar tu ini, macam cerita dalam KRT tu”

HAHA, yang ni aku gelak dulu sebab aku pun pembaca setia KRT juga. Aku belajar ambil teladan dan pengajaran dari cerita tu. Harap2 dapat laki yang tahu tanggungjawab dia.

“patutnya TH lebih banyak dari ASB”
Hah, aku punya kadang2 tak tetap. Kadang bagi TH lebih kadang ASB lebih. Tengah buat simpanan ni nak beli rumah dulu. Dapat rumah, sewakan. Doakan, k.

“jangan lupa portion sedekah”

Berdasarkan ustaz2 tu cerita dalam kuliah tv subuh2 tu kata mereka, sedekah paling afdhal ialah sedekah kepada ahli keluarga atau kaum kerabat. Er, bukanlah aku nak kata yang waktu subuh aku bukak tv dengar kuliah agama. Tapi tu mak aku. lepas subuh je, terus bukak tv kalau bukan Astro oasis, tv9 duk kuliah agama. Ni mak aku punya peberet. Dia bangun solat malam dalam pukul 3 lebih bersambung solat subuh.lepas tu pukul 6 wajib dia bukak tv volume kemain besar sampai satu rumah boleh dengar. Aku tahu motif dia. HAHA. Mula2, terpaksa dengar lama2 rasa mcam menarik melekat jugalah p depan2 tv nak tengok muka ustaz bagi kuliah. Hihi.

Jadinya, aku bagi dekat ibu, adik2 aku tu tak dikira sedekah ke? Sebab aku tahu mereka orang yang paling perlu selain lain-lain tu. Aku pun takda potongan pinjaman pendidikan sebab belajar dapat elaun dulu. Alhamdulillah, Allah dah banyak mudahkan urusan aku.

Oklah, tulah jelah kut jawapan akak yang tak berapa nak akak ni untuk korang. Yang baik jadikan ikutan, yang tak baik, timbang tara atas diri sendiri. Akak bukan orang yang baik pun tapi cuba jadi pengajak kepada kebaikan sebagai usaha nak jadi baik. Macam kita cuci baju. Kita cuci sebab nak baju bersih kan. Tapi, dalam masa sama, kuku tangan sendiri jadi bersih. Itulah hasrat pengajak kepada kebaikan. Dia ajak orang buat baik, dalam masa sama dia pun rasa ditarbiyah kena buat baik.

Kalau rasa akak silap, korang betulkan kat diri sendiri ok. Kondem2 orang tak baik tau. Hihi. Ibnu Sina pun ada cakap “orang yang bijak betulkan kesilapan diri sendiri dengan melihat kesilapan orang lain”. Jadi, renung2kan dan selamat beramal.
# tangguhkan kepuasan sekarang untuk nikmat kepuasan mendatang yang berganda #

– Nora ‘rider’

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kawan Baik

PengakuanKu

Assalamualaikum pembaca budiman. Terima kasih admin jika artikel ini tersiar, kalau tak tersiar pun aku akan berulang kali hantar. Sebelum tu, artikel ni agak panjang jadi aku harap korang bersabar membaca. Aku nak cerita pasal kawan baik aku. Cliche kan tajuk tu. Tapi, aku tetap kena cerita juga untuk pengajaran dan mohon bantuan dari semua. Aku asal dari selatan dan belajar di universiti di utara tanah air dan sudah bergraduat 28 october lalu.

Aku ada seorang kawan masa belajar dan sekarang masih lagi berkawan. Nama dia alia (bukan nama sebenar). Masalah kawan aku ni dia jenis suka cakap berbelit-belit dengan semua org, tipu orang, dan akan buat apa sahaja janji dia puas. Tak peduli pun walau orang yang dia buat tu kawan baik dia. Ok, lingkungan circle kami yang berkawan baik ni ada la dalam 10 orang. Boleh rapat sebab semuanya satu rumah dan blok hostel, walaupun kami berlainan bidang. Alia ni punya tahap menipu dia tu dari kami sampai owner kedai sekitar hostel kami pun kena kencing. Tu tak kisah dengan pensyarah ke felo kolej lagi. Rasanya dah jadi tabiat dia kot nak menipu je kerjanya. Yang sengalnya, tiap kali dia menipu tu dia akan cerita kat kami dengan bangganya macam takde apa2. Aku taktau la masa dia cerita tu pun dia menipu kami ke tak haha. Banyak sangat penipuan dia sampai tak tersenarai kat sini.

Ok, ditakdirkan satu masa tu kawan aku nama dia ina (bkn nama sebenar) ni dah ada boyfriend. Dorang siap plan nak kahwin lagi lepas habis belajar. Tapi, si Alia ni punya busuk hati dia boleh sailang si Ina tu. Dia goda bf si Ina sampai dapat kat dia. Apalagi meroyan la Ina tu. Tapi, Ina ni sikit punya bagus dia menangis je masa tahu benda tu jadi. Walau secubit dia tak marah si Alia tu. Bagi Ina bf boleh dicari, kawan tetap kawan. Dia fikir tu hikmah at least Tuhan tunjuk awal2 siapa exbf dia tu sebelum jadi suami. Tula exbf dia memang la dah tahu salah kan. Yang si Alia ni pun salah juga sebab menggatal patutnya kena ditegur juga. Tapi, kami semua memilih untuk mendiamkan diri sebab konon mahu menjaga ukhuwah persahabatan.

Pernah juga Alia ni ada crush masa kat uni dulu. Nama dia amin. Macam2 cara Alia buat utk goda si Amin ni tapi tak berhasil. Yela, amin ni stok surau, pemalu, pendiam jadi dia tolak Alia awal2. Nak jadi cerita amin tu pula suka kat aku dan memang tengah cari calon untuk jadi isteri dia. Amin selalu tanya pasal aku dan luah dia suka aku dekat semua kawan2 aku. Jadi untuk elakkan aku dengan amin, Alia awal2 dah cakap kat Amin yang aku ni dah bertunang. Dekat aku pula, dia cakap si Amin ni perangai punya teruk, playboy, nak mainkan aku la, suka poligami bla3 jadi dia cakap untuk jaga aku dari Amin dia cakap aku dah bertunang. Dia cerita kat aku sambil gelak2 happy weh. Macam apa dia buat tu baik sangat dah. Aku masa tu, tergamam jap tapi fikir takpe la aku pun takde la tergilakan Amin tu pun. Alia sampai pernah cakap kat aku, kalau dia tak dapat kahwin dgn Amin, aku pun takkan kahwin dgn Amin. Haha gila tak. Aku tahu Alia suka dia, jadi aku taknak sakitkan hati Alia. Kalau dengan cara tu dia happy, biarlah. Bijak betul aku masa tu lahai.

Lepas tu, si Alia ni juga suka menunjuk. Dia anak perempuan tunggal jadi macam anak emas la juga dalam keluarga dia. Apa dia nak semua dapat. Kitaorang tak kisah pun pasal tu, tapi dia jenis suka nak cerita apa yang dia buat. Hari tu, dia ada pergi ke Bangkok. Kau tahu dia boleh call aku dan minta alamat sebab nak post poskad dari sana. Aku ni macam eh apa benda perempuan ni. Kalau dia betul ikhlas takpe ni sengaja nak bagitau dia pergi sana. Padahal aku ni yang selalu pergi sana sebab my dad asal dari sana pun tak kecoh dan tak pernah pun beli poskad utk kawan2 aku haha. Yang lawaknya dia call aku sorang je, kalau call semua it makes sense la kan. Nampak tak permainan dia tu. Sampai sorang kawan aku cakap begini “baru aku tahu rupanya, tiap kali kau pergi travel kena call aku dan beli poskad”. Aku tak tahu la apa dia dengki sangat dengan aku. Kalau aku beli apa2, buat apa2, dia mesti akan follow. Ada satu masa tu dia baru balik shopping dengan aku. Dia wayang la apa dia beli tu dekat kawan2 aku. Kawan aku si Mila tersasul g cakap “ni mesti sebab Siti pun beli tu Alia beli ni kan”. Haa macam tu sekali la cara dia copy aku satu2 ni sampai kawan kitaorang pun dah tahu. Kadang aku stress juga tapi selalu aku positive kan jela yang aku ni retis sebab tu dia follow segala pasal aku hihi.

Dilemanya sekarang ni, Alia ni beria minta nak kerja sekali dengan company aku. Aku dan Alia sama faculty tapi lain course. Company aku memang akan ada buat open interview awal november ni. Aku la yang gatal g bagitahu dia. Ingatkan dia tak berminat sebab dia sekarang pun dah kerja. Tapi katanya best sebab kerja aku ni banyak oustation dan cuti. Dia dah menyampah kerja tempat lama dia dan nak join company aku. Incase dia tak dapat pun, dia nak kerja sekitar tempat aku sebab dia nak berhijrah dari tempat dia sekarang. Aku sekarang kerja di Sabah. Aku taktau la kenape dia nak ikut aku sampai sini padahal dulu dia yang cakap taknak kerja berjauhan dengan family dia. Dia siap cakap mesti best kalau kitaorang dok sekali macam masa belajar dulu. Aduh masalah betul. Kawan aku yang lain tak kecoh pun macam dia. Asal dia macam ni eh.

Apa yang lagi sedihnya, aku ingat segala pembohongan,perangai teruk dia yang lain akan habis bila dah habis belajar. Rupanya tak weh. Dia tetap begitu sampai sekarang. Selalu je tipu kitaorang macam2. Dia selalu ingat apa yang dia bagitau tu kitaorang akan percaya bulat2. Padahal, kitaorang tahu je dan buat2 percaya. Dari dulu, kitaorang diam dengan apa yang dia buat. Tak tegur walau sebutir pun sebab fikir kasihankan dia, nak jaga hubungan persahabatan kitaorang. Alia ni baik beb, bab duit memang tak berkira langsung. Kau nak ajak dia kemana-mana, anytime anywhere dia akan follow. Tapi itu je masalahnya. Kitaorang selalu fikir setiap manusia ada kekurangan kelebihan masing2. Cumanya, dah bertahun perangai Alia tetap begitu. Aku ingat dia akan berubah tapi dia masih begitu.

Korang ada ke kawan perangai begini? Kalau ada boleh tak bagitau cemana cara korang buat. Yang penting tak sakitkan hati dia. Risau gak karang dia terasa ke apa. Terima kasih.

– Siti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.