Ini cara jemaah kami study di universiti dulu.
Dengan cara ini juga kami dapat anugerah dekan setiap sem.
Kami budak Engineering
Caranya begini :
1. Tajdid hati , aku belajar kerana Allah Ta`ala
2. Usaha pertama ketika study bukan mengejar gred yang tinggi tapi kefahaman.
3. Dalam kehidupan sentiasa jaga 2 perkara :
~ Jaga hubungan dengan Allah yakni jaga solat 5 waktu dan ditambahkan dengan amalan sunat.
~ Jaga hubungan sesama manusia yakni jaga adab dengan ibu bapa , Lecturer dan orang sekeliling.
4. Hindari diri daripada perkara maksiat. Ilmu itu cahaya dan maksiat itu kegelapan. Jika hati diselubungi dengan kegelapan sukar untuk cahaya memasukinya.
5. Hindari dari perkara Hailulah :
~ Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (org yg tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.
6. Hindari dari perkara A’ilulah :
~ A’ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pada badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.
7. Bajai dan sirami terhadap ilmu yg ditadahi ketika waktu awal pagi selepas solat sunat dan membaca al quran . Kerana pada waktu ini otak fresh dan berfungsi 100 %.
8. Gunakan kaedah Qoilulah untuk membekalkan kekuatan pada awal pagi.
~ Qoilulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm).
9. Dalam setiap gerak kerja perlukan pengorbanan ( paksa diri ) lama kelamaan menjadi tabiat hidup.
10. Balance diet .
~ Bagi kami dulu mudah sahaja nak balance diet . Jemaah kami dari kelantan jadi makanan tradisi kami sudah memadai yakni budu tarup lada dan dimakan dengan nasi putih serta ulam ulaman.
11. Banyakkan berdoa.
~ Doa ini adalah senjata utama orang mukmin
11. Just Trust To Allah.
~ Tawakal pada Allah tanpa putus . Jika kita berusaha tanpa ada kenyakinan pada Allah ibarat menulis 1000 patah perkataan dengan pen tanpa dakwat. Walaupun kita tulis 1000 patah perkataan yang ada hanyalah kertas kosong.
” Kerana Tuhan Untuk Manusia ”
– Petani Alam
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment