Monday, 23 October 2017

Talk To Someone

PengakuanKu

Assalammualaikum WRWB. Banyak betul post pasal depression, pasal masalah rumahtangga semenjak dua ni. Aku mula malas nak tulis tapi something came up semalam yang membuatkan aku rasa perkara ni perlu aku address.

Aku fan Linkin Park dan mesti semua orang maklum yang few months ago, Chester Bennington mati bunuh diri. Now, orangnya kaya, successful, ada anak bini, but why? Pastu buka semula confessions sebelum ni, berapa ramai yg admit ada anxiety disorder dan depression.

Okay, cite semalam – why aku rasa aku kena tulis kt sini. Aku terbaca satu confession di sini semalam, pasal seorang anak stress mengenangkan bapak perangai buruk dan mak ada hubungan dengan laki lain. Apa yg menarik aku adalah di ruang komen – ada commenters yang mencadangkan confessor jumpa kaunselor, atau pun usahakan supaya parents dia jumpa kaunselor, atau jabatan agama, or ustaz. Pada aku, baguslah saranan ni, tapi yang mengecewakan adalah ada commenter yang mempertikai cadangan ni – dengan alasan membawa malu dan mengaibkan.

Astaghfirullah.. Tanpa segan silu, orang-orang ni berkata, buat appointment dengan kaunselor pun dah akan membawa malu. Jadi, jangan jumpa kaunselor or therapist, kata mereka. Kepada makcik-makcik ni, kalau orang yang sedang berdepan problem pun tak boleh dapatkan professional help, do you expect mereka untuk pendamkan saja masalah mereka? Taubat la makcik oiiii..

Kepada orang-orang yang sedang depression, sedang tertekan, aku faham perasaan anda semua, sebab aku pun pernah disahkan ada depression oleh doktor. Tapi, Alhamdulillah aku jumpa someone to talk to. Memang tak semesti dapat selesaikan masalah yang kita hadapi, tapi memendam je rasa tu lagi bahaya. Orang yang menakut-nakutkan anda, kononnya jumpa kaunselor or therapist ni mengaibkan – jangan dilayan orang-orang ni. Secara profesional, kaunselor or therapist perlu patuh pada aspek confidentiality.

Dalam kita berdepan depression, kita tak tahu bila kita akan snap. Ada yang mungkin bunuh diri. Jangan terkejut, ada kes ibu alami depression lemaskan anak. Once snapped, kita tak tahu siapa kita sakiti nanti. So please, please talk to someone.

It doesn’t have to be a therapist or counselor. Cari keluarga or kawan. Atau pun sekarang dah ada Befrienders – so all you need to do is call. Aku tengok hari tu page si Rashid pun promote page Suicide Rescue Team. Insha Allah banyak medium yang ada.

Apa pun sekali lagi, aku minta, jangan pendam perasaan gelisah tu. Tak cukup dengan buat luahan kat internet. Kita kena cari someone to listen, someone to have real conversation with. Sedangkan Rasulullah SAW balik daripada Gua Hira selepas first time berjumpa Jibril pun, dalam keadaan terkejut tu, Baginda SAW cari Khadijah r.a untuk tenangkan diri.

Yes, aku tau, rasa malu tu ada. Tapi ingat yang seeking help is not a sign of weakness, it is a step to solution. Berapa banyak pasangan yang bercerai sebab communication failure? Berapa ramai yang snapped, mental breakdown, sebab terimus memendam? Panjang kan aku tulis? Sorry. Aku sincerely berdoa kita semua dapat bangkit and deal with our problems.

– Muhammad

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.