Terimah kasih admin sudi pulish artical saya yang seberapa ni, terimah pembaca sudi membaca juga. Maaf jika ada ayat tunggang langgang sikit. Sebelum saya mulakan nama saya Ana. Apa yang saya nak ceritakan ialah yang saya lalui ketika saya masih lagi muda sangat dan baru mula belajar apa itu dunia dewasa dan lumrah kerja.
Ketika itu saya berusia 20 dan selepas sejam habis last paper stpm saya pergi interview bersama bff saya, tapi rezeki saya selepas 3 hari saya dapat kerja bahagian office buat pertama kali manakala rakan saya tidak dapat teruskan kerana ibu nya ingin dia dengan ibunya. Panjang pendek cerita seminggu saya kerja classmate saya dapat vacany office girl sama office dengan saya. Kami sangat mula rapat mula rapat dengan akak office.
Saya gelarkan classmate saya as tiara (bukan nama sebenar). Saya dengan tiara merupakan staff pertama dalam office since company baru mula buka cawangan mereka. Panjang pendek cerita selepas saya, tiara dan aka office lain kerja sana selama beberap bula mula timbul rasa tidak puas hati terhadap gaji kami, kenapa? Sepanjang kami kerja semua salah sikit sahaja akan dipotong gaji terus, company itu provide 2 allowance which is attending (Rm100) and performance (Rm100) , gaji basic Rm1,200, pada mula nya saya ok dengan allowance nya tapi makin lama makin tidak munasabah, kesalahan sedikit sahaja performance kena potong sehingga Rm80 dan hampir setiap bulan bila kami sebulat suara ingin mintak penjelasan atau perbincangn mengenai kesalahan agar kami tidak akan ulang lagi, apa yang manager katakan kesalahan seperti salah letak document atau bagi info yang salah. Saya incharge dalam bahagian pricing customer dan hampir setiap bulan sentiasa ada masalah berkenaan price dan mostly adalah disebabkan masalah system company yang kadang double charge, tiada gst. Ini membuatkan kerja saya selalu tergendala dan hampir setiap masa saya terpaksa buat secara manual, sebelum key in saya terpaksa kira semua order customer dan selepas key in saya kena kira lagi sekali, jika client order sampai beribu ribu terpaksa saya juga kira kerana saya tak sanggup kena bayar ganti rugi, kerja saya kena laju, jika lambat saya kena maki dengan manager dan cust even manager saya tau company system ada problem tapi selalu kata saya bagi alasan. Bila saya terpaksa cuti sehari allowance atten akan kena potong terus + performance potong 50 juga, bila kami tanya manager kenape allowance performance kena potong, dengan selambanya dia kata sebab ada kaitan. Dan manager selalu kata company luar tiada allowance macam company ini jadi kami patut bersyukur. Kami semua staff hanya mampu diam sahaja. Ketika itu saya masih berusia 20 terdetik hati mengatakan “selagi dia boleh potong dia akan potong allowance, aku kena mula cari kerja lain ni” tapi saya tidak layan sangat perasaan pada mulany itu sebab saya fikir saya hanya budak hingusan lagi, layak ke aku dapat kerja macam ni di luar? Dengan hanya berbekalkan sijil stpm sahaja. Saya murung sehingga 2 bulan sebab depresss gaji makin lama makin sikit kerja bertimbun tidak henti tambah maki cust dan manager hanya tuhan faham perasaan saya, mahu sahaja dibawa mati ketika itu.
Tapi saya syukur ketika itu abang saya baru balik dari kursus company dia , saya boleh nampak positif sungguh abang saya, ketika itu saya masih depress sebab kerja kerana cuti pun customer contact saya bila barang keluar..etc mau tak sakit hati. Abang saya nampak saya sentiasa senyap, down , kunci dalam bilik, selalu duduk tempat gelap. Dia mula tegur saya kenape saya kebelakangan diam sahaja balik kerja selalu tidur terus sampai tak makan kat rumah dah, saya tak mampu nak sampaikan apa yang saya alami dalam satu ayat, saya diam. Bila abang lihat saya senyap dia mula ceritakan apa perasaan dia ketika dia terpaksa ambil tanggunjawab besar dalam sekelip mata bila ayah kami meninggal dunia. Dengan hanya berbekalkan motor, duit poket yang sikit, ibu yang masih sedih lagi. Dia bersyukur ayah meninggal ketika kita mula pandai berdikari. Dia ceritakkan kepada saya semua bende yang saya tak pernah tau. Rasa sebak sangat tinggi, malam tu penuh emosi bila abang saya ceritakan perasaan dia menanggung seorang diri dalam usia 19 lagi dengan perasaan kesunyian tanpa ayah. Selepas abang saya ceritakan kesemuanya dia mula bagi motivate pada saya jangan cepat putus asa, ambil bende yang negative jadikan kepada positive, jadikan hikmah kepada diri sendir, sentiasa munasabah pada diri. Fikir sebelum bercakap. Segala masalah pasti ada solutionnya. Nasihat apa yang abang saya bagi saya sangat kuat dalam hati saya. Ya memang saya tidak puas hati apa company itu lakukan, saya mula slowny cuba berfikiran positive dan fikirkna solution, bila manager saya selalu bising kepada saya kenpa barang lambat keluar dan tax invoice masalah, saya terus direct cakap punca masalah, saya akan sentiasa slowy complain pada manager masalah system semua, ya pada mulanya dia tidak layan tapi kelamaan dia mula ambil kisah. Saya mula complain pada manager number phone saya tidak sepatutnya di berikan pada cust tanpa saya setuju, saya mula limitkan boundry privay saya dan masa kerja. Kerja memang akan sentiasa stress tapi saya tak nak biarkan ia memakan saya. Saya redha gaji kena potong kerana hati saya sangat nekad ingin berhenti dan cari kerja lain.
Bila saya mula cari kerja secara senyap dalam web kawan saya tiara ternampak terus dia pun katakan dia pun sedang cari kerja juga. Rupanya selama ini hampir semua staff dalam office secara senyap cari kerja kerana tidak tahan gaji potong dengan alasan tidak munahsabah. Saya nekad ketika itu saya ingin upgrade diri saya sbelum saya cari kerja lain. Bila sahaja cuti saya akan penuhkan masa saya dengan activi dengan pergi kursus seperti usahawan atau motivasi. Saya belajar balik semua bahasa mandarin saya sebab saya banyak jumpa tawaran kerja memerlukan chinese speaker ketika itu. Ketika itu mula kawan office puji sebab saya speaking nampak confident, saya mula nampak seperti tegas. Tapi saya ambil pujian itu sementara sebab saya masih budak hingusan lagi, banyak bende saya perlu belajar, kami semua memang masing-masing sedang cari kerja lain seumpama masing masing ada motivasi sendiri, sehingga tiara mula kata ” aduh penat la nak cari kerja lain, nak kena buat resume la, interview lagi, pastu kena adjust tempat kerja baru la, aduiii, penatnya” pada mulanya saya just cakap ” ala biasa tu” tapi bila hampir setiap minggu saya akan dengar dia complain bende saya. Saya pun mula down dan fikirkan balik apa dia katakan, tapi saya paksa diri saya berfikiran positif sebab saya memang berniat sangat berhenti. Minggu seterusnya saya akan dengar tiara dengan akak yang lain complain gaji tak cukup, kerja berlambak, ya saya pun akan terturut juga complain tapi saya sentiasa tanya diri saya apa guna complain kalau tiada tindakan? Saya sentiasa akan tanya soalan ini pada diri saya bila ingin complain, saya mula tidak join mereka complain sana sini. Hampir setiap hari dengar mereka complain bende sama, gaji, kerja, nak cari kerja baru. Sehingga saya muak nak bercakap dengan mereka sebab bende sama sahaja. Saya senyap sebab saya sendiri pun sedang cari jawapan. Hampir semua bende tiara akan complain bende yang sama sehingga saya cakap ” la biasa la tu , lumrah kerja semua bende kena start dari bawah, kau start dari atas belum tentu kerja kau akan stabil” saya terlepas cakap ketika itu sebab stress fikir bende lain. Tiara senyap, then few minutes later dia sambung balik complain, dari situ saya mula sedar kenape dia macam tu. Hampir setiap hari sebelum manager kami sebelum sampai office kadang-kadang tiara dan akak lain akan layan fb, youtube semua tu, saya pun termasuk juga la tapi saya mula jarang dan block semua web sebab saya nak focus siapkan kan kerja. Kadang kadang bila tiara dengar lagu sambil buat kerja sebab stress itu pun dia akan start buat kerja bila manager mula masuk office, bila manager bising dia asyik dengar lagu sebab bila cakap kena tegur 2 3 kali baru dia dengar, lepas tu dia akan bising dekat saya ” aku stress dengan kerja belambak lagi pastu nak cepat ingat aku robot, memang aku dengar lagu la baru aku tak stress ala janji kerja aku jalan kan tu pun nak kecoh” banyak kali juga aku nasihat kat dia kalau mahu dengar seklaipun jangan depan manager takde la stress kena bsisng, tapi tidak dilayan. Pernah seklai kerja dia berlambak sangat, kesihan time tu ada juga tapi saya tak berapa tahu sangat kerja dia jadi hanya mampu tengok sahaja, manager bising kenape tak siap lagi kerja kenape pending lama sangat, ya allah manager saya memang jenis suka nakpressure orang semua nak cepat kalau boleh semua bende dia nak juga hari ini siap biarpun dia tahu document semua tu kena ambil masa juga. Tiara bising, bila masuk office saya sangka dia akan terus buka kerja dia tapi tidak dia layan you tube dulu sampai manager masuk baru dia akan start buat kerja, pernah saya tegur juga tapi dia akan kata “relax ar pagi lagi kot, bagi otak aku chill dulu”
Saya hanya mampu Senyum dan terus buat kerja, dari situ saya mula dapat pengajaran yang sangat besar dari permulaan pekerjaan sya setiap kali saya lihat tiara, saya faham kenape dia selalu complain semua bende, saya belajr untuk keluar dari comfort zone, saya biasakan sentiasa diri saya berfikira luas, instead saya benci manager saya cuba faham kenape manager saya berfikiran lain bila situasi menlanda, saya biasakan diri saya ambil tahu kerja orang lain untuk mudahkan saya ada bayangan luas bagai mana proses penghantaran order cust dari document hingga staff packing dan saya ada bayangan luas terhadap company saya. pada masa yang sama saya biasakan diri saya kerja part time sebagai translator, saya tak expect bayaran tinggi tapi memang hobi saya belajar bahasa asing sebab ketika umur saya 20 saya berjaya kuasai bahasa mandarin, tagalog, vietnam, english. Kerana latar belakang keluarga saya.
Selepas 1 tahun setengah saya letak jawatan dan berjaya dapat kerja di company lain, position saya sebagai kerani gaji saya agak tinggi berbanding tempat lama dan staff semua chinese dan saya dpat kerja sini salah satu sebab mereka memerlukan chinese speaker sebagai traslator, hahaha. Saya happy dan sangat bersyukur tempat sini mereka sangat friendly, saya tak expect tinggi sangat dapat layan istimewa sebab since saya seorang bangsa lain dan chinese speaker, mereka banyak bantu saya dan sangat faham dan rescpet keagamaan since muslim hanya beberapa orang sahaja majoriti buddha & christian. Saya kerja disini rasa sangat adil apa yang company bagi pada sya, sya syukur privacy saya tidak dikacau macam dulu semua nya ada boundry antara kerja dan privacy. Saya syukur sangat bila saya buat keputusan letak jawatan sebab saya mula tidak tahan bila saya dapat tahu gaji saya tak dibayar dengan adil dan semua alasan dengan tidak munasabah, saya tegas macam mana pun masih privacy saya diganggu dengan kerja dapat call dari customer, cuti saya full day half tiada beza semuanya nak dipotong habis, bila nak minta ot sebab kerja terlalu banyak sangat ditolak. Setiap kali saya ingin resign, manager tolak dan janji naikan gaji semua etc, saya tolak dan bekeras letak jawatan hampir 4 bulan saya tertangguh letak jawatan tapi akhirnya saya bekeras dapta resign juga. Company baru yang saya dapat kerja cukup apa yang saya dapat, hampir 3 tahun saya kerja dicompany ini, dan pada masa yang sama saya biasakan libat kan diri dengan business sebab saya ada cita-cita saya ingin kejar sehingga hari ini saya masih lagi tidak putus asa sebagai part time translator, saya ada cita cita ingin jadi jurubahasa dan membuka kelas belajar bahasa asing since saya dan berjaya kuasai bahasa lain seperti thailand dan japan juga. Saya ingin set target belajar bahasa sehingga 20 bahasa. Insya allah dengan motivasi kuat, saya akan berjaya.
Terimah kasih pembaca sudi baca , saya cuma ingin becerita sekejap apa yang saya alami ketika umur saya 20, ya saya faham maybe cerita saya tidak tragedi or sedih sangat apa ke, dugaan saya lalui hanya perkara biasa, tapi perkara biasa ini saya mula belajar untuk tidak tinggikan ego, dan belajar berfikiran postive tak kira apa situasi sekali pun, tahun ni saya sudah umur 25. Kenape saya mention ego, sebab saya sedar ketika usia 20 saya asyik fikir saya tahu semua bende, ego saya terlalu tinggi sehingga la ujian besar menimpa baru saya faham apa itu dunia dan hidup. Saya tidak sedar saya hanyala budak hingusan yang baru nak kenal dunia. Saya sangka saya sedia sebenarnya tidak apa yang saya alami baru sikit. Saya jadikan permulaan alam dewasa saya sebagai peringatan dan pengajaran kepada saya, sebab saya tahu banyak lagi saya belum berlajar. Saya rasa sampai sini sajalha saya taip sebab saya rasa saya taip panjang sangat dah , sekali lagi saya ucap terimah kasih pembaca sudi baca artical saya, dan minta maaf jika ada masalah bahasa sebab saya just taip tanpa review balik.
-The End
– kasut
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment