Saturday, 28 October 2017

Hilang Kerja

PengakuanKu

Assalamualakum dan hai, terima kasih admin siarkan post ni.

First of all, aku tamat belajar sudah hampir setahun setengah dari ipta. Sempat jugak la merasa menganggur sebulan setengah dekat rumah. Within the period, aku dah apply macam2 jenis kerja dengan qualification yang selayaknya lah, fresh/entry level di mana2 laman sesawang yang offer kerja. Tapi habuk pon taraa panggil. Tuan/Puan, adakah kami memilih? Then, aku decide kena join sesuatu yang boleh menempat kan aku di ibu kota memandang kan peluang kerja tempat aku sangat lah tipis. Aku fikir bila aku dah di ibu kota, memudahkan aku untuk attend any interviews. Kalau kat negeri aku, masaklah mak ayah nak sponsor tiket bas tiap kali interview kat ibukota kann.

Rezeki Allah tak pernah salah alamat, aku di terima untuk join program dari company GLC, yang mana pihak company hanya menyahut seruan kerajaan dengan offer kan program sebegini, giceww. Tapi biasalah, lepas habis training, ngko cari la kerja lain, manakan GLC tu nak ambik kome semua serap jadi staff yang totalnya 200 orang yehhaaa! 2 hari sebelum kursus aku tamat, aku hadir interview as a contract position di Bank X (sekarang kan zaman contract je). Dengar nya memang urgent nak pakai orang, esoknya trus aku diterima dan disuruh datang kerja minggu yang seterusnya. Rezeki Allah terus mengiringi aku, bermaksud after training di GLC, x sempat menganggur pon.

Kontrak setahun di bank X dijanjikan untuk diserap sebagai jawatan tetap, korang jangan pikir aku pnye jawatan ni hebat yang kena sain cheque kira duit je tau. Jawatan biasa je, gaji pon 1xxx yg mana ckup nak hidup jaa. Disini bermulanya ujian yang aku terima dari Allah SWT yg mana sehabisnya kontrak iaitu hari last aku sebagai contract staff, aku diberitahu aku tidak dapat diserap atas sebab2 tertentu, iaitu bajet bank X tersebut itu sendiri. Boleh bayang tak bila dah dijanji bulan bintang end up rupanya kau kena bungkus barang balik kampong? Apa aku nak bagi tau mak ayah aku? Orang tua weh, depa ingat kita ni dah stable. Sape nak bayarkan bilik sewa, kereta, bil semua? Kalau aku di inform awal xpe kot sebab aku boleh cari kerja lain dalam tempoh sebulan awal. Keadaan aku sekarang x lain x bukan ‘HILANG KERJA’ dlm sekelip mata sahaja. Alllahhh hadirkan aku dugaan untuk sentiasa ingat bahawa “Ya Allah sesungguhnya perancangan-Mu itu lebih hebat dari cita cita dan angan angan ku”.

Selepas keputusan dibuat, ke pangkuan keluarga jugak aku pulang. Terima kasih semua tolong aku, ada diwaktu aku senang dan susah. Yang lebih menyebak kan aku, minggu depan aku bakal melansungkan majlis pertunangan, dengan berbekal duit simpanan yang ada yg tu lah aku guna dulu. Korang, keadaan aku skrg agak stress, dan otak ni berpusing2 fikir mcm mana nak buat, aku buntu, mana nak bayar komitment, nak spend utk majlis, apatah lagi duit bulanan utk mak ayah dan yang paling penting macam mana nak teruskan hidup. Aku ada la pergi beberapa interview dalam sebulan dua ni, tapi rezeki Allah mungkin belum sampai untuk aku. Kini, aku masih lagi di utara kampong halaman aku, mungkin ALLAH nak aku berbakti untuk keluarga aku dulu.

Penulisan aku mungkin berbelit dan x hebat, tapi aku menulis untuk mendapatkan pandangan sahaja. Feel free to give comment and suggestion. InshaALLAH yang positif kita ambik, yang negative jadikan peringatan. Terima kasih kerana membaca dan korang, doa kan aku supaya dapat kerja k.

Ikhlas,
Along.

– siti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.