salam warga confession iium, terima kasih pada admin kalau siarkan cerita aku ni. dan aku memang berharap cerita aku ni disiarkan kerana ingin baca pendapat korang semua. sebab aku sangat buntu dan serba salah .
ceritanya bermula begini , aku anak ke 5 dari 5 adik-beradik dan aku mempunyai abang lelaki tetapi umurnya tak panjang , jadi tinggallah kami 4 beradik perempuan, setelah empat tahun arwah abang aku pergi menghadap Illahi disebabkan oleh kanser, aku dikejutkan sekali lagi dengan berita kehilangan ayah aku , (tahun lepas) kami 4 beradik yang sememangnya rapat dan manja dgn arwah ayah, kesannya sangat dalam sampai aku demam berlarutan tapi aku redha , cuma mungkin pada mulanya kehilangan seorang abang dan seterusnya ayah dalam hidup aku membuat aku lebih rapuh , dan lemah.
umur aku yang baru 22 tahun ketika itu terasa hilang tempat rujukan dan kekuatan , tapi aku perlu kuat demi ibu .
mungkin ibu rasa lebih kehilangan , jadi aku perlu kuat . aku membuat keputusan untuk berhenti kerja demi ibu , aku tak mahu dia rasa kehilangan , disebabkan aku anak bongsu , dan aku yang belum berkahwin ketika itu aku nekad. oh ye , kami berempat memang berkerja di luar kampung ibu. bahkan ketika arwah ayah aku ada, arwah ayah aku ulang alik dari ibu negara ke kampung ibu dua minggu sekali.kenapa ibu aku tak ikut arwah ayah ke ibu negara? itu perkara yang paling aku kesal tapi demi menjaga hati ibu, aku diamkan. walaupun arwah ayah terlalu inginkan isterinya sentiasa disisi, ( dia selalu cakap dengan anak-anak) tapi demi menjaga hati isteri, arwah ayah izinkan dia tggl dikampung atas alasan tak tahan duduk kl dgn kakak aku ( ayah aku tinggal di rumah kakak aku).
kakak aku dengan ibu memang sering selisih faham dan perang mulut. pada aku dua-dua silap, kakak aku silap kerana itu ibu , kita sebagai seorang anak kena sentiasa berlembut . dan ibu aku pula tidak pernah mendengar luahan anak atau ingin menerima pendapat, sebabtu bila kehilangan ayah kami sangat terasa. kerana walaupun mungkin pendapat kami salah , tapi sekurang-kurangnya ayah mendengar. atau mungkin ibu aku sentiasa mengeluarkan ayat anak derhaka itu membuatkan kami jauh dengan dia.
kalau dulu aku sering bercanggah pendapat bila sering memujuk ibu aku teman ayah aku di sana, aku diberikan tittle anak derhaka dan menyibuk hal orang-orang tua. untuk pegetahuan korang ibu aku seorang yang menjaga agama , dan solat tak pernah tinggal. tapi mungkin ibu lupa , tempatnya ketika itu disisi suami. mungkin ayah benarkan tapi dalam hati ? mungkin dia sedih. dan kami anak anak turut sedih melihat apabila ayah sentiasa bersendiri, sunyi. ibu hanya akan ikut arwah ayah kalau arwah ayah keluar dari rumah itu, kesian ayah, dia taknak keluar sebab nak bermain dengan cucunya, dan aku yakin atas satu perkara, dia risau anak perempuannya susah hidup di ibu negara, jadi bila dia ada duduk dekat rumah kakak aku, dia boleh tolong. (hati seorang ayah) kenapa ibu tak mengerti ?
sampailah hari kejadian apabila ayah pergi mengadap Allah SWT secara mengejut, ibu aku seorang isteri yang bertuah kerana ayah meninggalkan simpanan yang agak banyak, dan ibu aku bertuah kerana dia tahu pin untuk setiap bank yang ayah aku ada. ketika itu kami 4 beradik yang sedang sedih memang tak mengharapkan wang ringgit, dan ikhlas menyerahkan kesemua wang simpanan ayah kepada ibu. ibu menerangkan ketika itu ibu tak kan guna duit untuk duniawi sebab arwah ayah dah sediakan tempat tinggal dan kereta untuk ibu, duit ini akan menolong kami 4 beradik jika kami susah nanti. demi Allah kami ikhlaskan.
bukan hanya simpanan yang arwah ayah aku sediakan, bahkan insurans kematian juga banyak. pencen ayah setiap bulan pon ibu aku dapat , disebabkan dulu arwah ayah berkhidmat pangkat yang agak tinggi maka duit pencen pon agak tinggi boleh menampung hidup ibu. masa berganti masa , ibu sering mmbelanjakan wang dan harta pada arah yang agak membazir , disebabkan aku menetap dengan ibu , aku tau perbelanjaannya. (oh ye lupa nak bagitahu arwah ayah anak tunggal dan mempunyai ibunya sahaja). aku pernah menegur ibu jika benda yang tidak perlu atau tidak penting, tidak perlulah membelinya. ibu sangat menyayangi adik beradiknya jadi dia banyak belikan barang atau belanja adik beradiknya. katanya jangan kedekut dengan adik beradik, kita memberi inn shaa Allah dapat balik. tiba-tiba aku diberitahu oleh kakak aku,makcik aku mengatakan apa niat sebenar aku berhenti kerja, dan jangan marah ibu aku membeli , kerana itu adalah terapi , kata makcik aku ustaz yang memberitahu kalau ibu aku nak membeli atau apa , jangan halang. apa ustaz itu ajar membazir ke ? dan kenapa niat aku berhenti kerja dipertikaikan ? kononnya sebab kini aku telah berkahwin dan ada balik rumah family lelaki . apa aku salah jika balik rumah family suami ?
disebabkan itu aku suarakan kepada ibu , kenapa boleh terkeluar isu tu dari mulut makcik aku ? tapi hasilnya ? aku dimarahi dan kakak aku sekali lagi dapat tittle derhaka dan ingin memecah belahkan keluarga kerana kakak aku beritahu aku. ingin aku tanyakan pada korang yang membaca, siapa yang ingin memecah belahkan sebenarnya ? tapi ibu aku tidak akan pernah mendengar isi hati anak anak. yang dia tau apa yang diajar agama, ibu tidak akan mendengar anak , malah anak akan mendengar ibu.
itu sahaja. berkaitan isu faraid, ada sebilangan harta arwah daddy yang kami serahkan pada faraid. atau erti kata lain memang tak boleh keluarkan dan telah dibekukan. ibu memohon kami semua nanti di mahkamah untuk menyerahkan kesemua harta arwah kepadanya , apabila dah serahkan kepada ibu, maka nanti ibu sendiri yang akan agih-agihkan kepada kami semua. kerana katanya kalau tidak nanti ibu yang akan dapat lebih sebab ibu isteri. tapi setahu aku isteri akan dapat paling sedikit,. dan dlam isu aku ini , yang akan dapat portion banyak adalah nenek aku. betulkan kalau aku tersilap.
bukan masalah harta yang kami inginkan sekarang , tapi apa yang terbaik buat kami sebenarnya ? sesungguhnya kami buntu dengan perangai ibu yang kini lain dari ibu yang dulu , ingin tukar kereta yang lebih mewah dan semuanya bermewah. apabila aku cakap jangan beli, membazir. dia akan rujuk adik beradiknya dan adik beradiknya hanya akan suruh beli dan sejurus itu ibu ajak aku membeli , kerana nasihat adik beradiknya. contohnya kereta yang baru walaupun kereta arwah ayah dah banyak dan tak terpakai, dan apa jadi ? kereta-kereta arwah ayah dijual kepada anak anak. dijual ya, bukan diberikan.
kami faham demi membayar kereta baru. sejujurnya kami kenal ibu mcm mana, tapi makin lama ibu makin lain dengan anak-anak.
ada seorang ustaz ni tanya pada aku isu faraid dah settle ke belom ? dan aku mengatakan masih belum settle kerana tggu untuk naik ke mahkamah. tiba-tiba ustaz tu tanya apa semua okay ? saya rasa ibu kamu ini ada orang sering menghasut atau manipulasi fikirannya untuk jauh dengan anak-anak. walaupun tanpa aku cerita. wallahualam, aku tak mempercayai tapi memang sebelum ust tu bagitau pon kami terasa jauh dengan ibu. apa yang patut aku buat sebagai seorang anak ? kerana kata ustaz tu kalau kami tidak menerima cadangan ibu, tidak jatuh anak derhaka pon. tapi bila ibu yang mengatakannya aku tak tau apa aku patut buat. taknak ibu sering merasakan kami anak derhaka.
– anne
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment