Saturday, 28 October 2017

Fresh Grad Nak Pakai Kereta Apa?

PengakuanKu

Assalamulaikum followers IIUM, dengan admin.

Sekarang banyak betul kan confession pasal kawin, musim hujung tahun ni memang ramai nak kawin jadi yang tak dapat kawin tahun ini cuba lagi tahun depan termasuklah saya. Untungla siapa yang dah dapat jodoh tu, saya nak ucapkan taniah okey. Selamat memulakan hidup baru dengan pasangan.

Confession saya bukan pasal kawin tapi pasal kereta, mula ingat nak tanya dalam group kereta tapi kalau tanya dalam group kereta soal kewangan nanti memang lari jauh pula, jadi saya nak tahu pendapat orang yang sekitar umur baru kerja, baru nak mula hidup. Dah berpengalaman pun boleh bagi pendapat juga.Saya memang bukan pakar bab kereta dan bab kewangan sebab tu saya confess sini sebab nak tau apa kebiasaan orang yang sebaya dengan saya buat.

Saya baru mula kerja dalam 6 bulan, komitmen bulanan cuma bayar pinjaman pelajaran RM150 sebulan. Berulang alik kerja dari rumah milik mak ayah. Mula kerja pakai kereta ayah tapi sekarang dah makin masalah sebab pergerakkan mak ayah saya terbatas sebab saya guna kereta, ada memang sebiji saja kereta.

Lepas saya buat sikit survey ramai nasihatkan beli kereta jangan lebih setahun gaji. Jadi nilai kereta yang saya mampu saya cuma 38K dan kebawah. Saya ada cari dekat beberapa laman web jadi ini list kereta yang saya minat dan dalam bajet saya:

Honda City:

Bukan baru ya, memang ramai sebut fresh grad jangan pakai Honda, jangan tergedik pakai Honda, tapi kalau yang terpakai dikira ker? Tahun 2012 Honda city, RM37K. Saya dah cuba mesej dan nego, dia cakap boleh dapat 34K. Full specification dengan beberapa free gift macam beli kereta baru (Smarttag, baucer tinted, etc). Loan boleh 9 tahun bayaran bulanan dalam RM380++, bayaran muka bayar 4k. Saya belum tengok kereta atau test drive mana-mana Honda City.

Axia SE:

Kereta baru, saya dah tengok, saya suka keyless entry dengan push to start button. Model basic memang terlalu basic dan kualiti pun nampak lain jadi saya letak model SE dalam sini. Bagi orang yang selalu drive kereta model lama, manual, dengan radio pun pakai kaset lagi bila saya cuba test drive Axia saya memang rasa mewah. Harga 35k, tolak sikit down payment bulanan dalam RM400++.

Proton Saga FLX:

Kereta baru juga, RM38K, model executive. Harga bulanan lebih kurang dalam RM430++. Persepsi saya sama juga macam Axia bila drive, rasa sedap bawa berbanding kereta lama yang saya selalu drive, rasa lebih ruang berbanding Axia. Tapi tak pasti kenapa tak rasa ada yang special sangat.

Memang saya tahu ramai pesan jangan beli kereta dulu, tapi untuk masa sekarang saya perlukan kereta. Dan kereta yang saya nak beli saya nak gunakan untuk jangka masa yang lama.

Kepada yang sama situasi macam saya, macamna anda putuskan kereta yang anda nak beli? Mungkin boleh jadi panduan juga dengan orang lain, boleh bagi pendapat. Lagi satu, walaupun anda pakar kereta tapi kurangkan sikit bagi pendapat dari perspective peminat kereta, saya nak pendapat dari orang biasa biasa, pengguna normal.

Maaf, cuba tulis bahasa Melayu sepenuhnya tapi ada juga tercampur bahasa sikit sebab rasa sangat tak sesuai. Mungkin kena belajar tinggi lagi bahasa Melayu ni.

Terima kasih.

– Fresh Grad

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.