Hi and thank you admin kalau sudi post cerita saya.
Hai semua, nama saya Nur (bukan nama sebenar, boleh jadi juga nama sebenar) dan saya nak cerita mengenai bahaya sosial media.
Kan kita semua dah sedia maklum bahawa sosial media ada bahaya ada juga faedahnya. Saya nak cerita bahaya sosial media dengan lebih detail sebab benda ni sudah mula menakutkan saya. So saya nak kongsi dengan pembaca-pembaca sekalian.
Beberapa minggu yang lepas, ada satu pos mengenai wanita yang berniqab di facebook. Post tersebut adalah screenshot dari wechat di mana para lelaki upload gambar perempuan yang berniqab dan post status yang kurang menyenangkan.
Sebagai contoh :
(gambar perempuan berniqab)
Status : Aku bukan apa, tapi bila tengok perempuan berniqab macam ni, terasa macam nak membuat hubungan kelamin dengan diorang ni. Terangsang tengok diorang post gambar-gambar macam ni.
PERHATIAN : Gambar-gambar yang dipost adalah gambar yang sopan habis. Like 100 percent sopan okay.
Saya tapis sikit ayat tersebut sebab kurang enak untuk public. So from that post, saya dah takut. Saya tak pakai niqab, dan saya tidak lah ada niat nak memburuk-burukkan mereka yang berniqab. Takde kena mengena pun. Tapi saya fikir, kalau yang berniqab pun ada lelaki yang terangsang, lagi lah kalau yang pakai tudung biasa. Dan saya mula fikir secara dalam. Bila kita upload gambar di sosial media, secara automatik kita akan menjadi objek.
Objek bahan bualan orang lelaki. Objek untuk mereka cuci mata. Mungkin juga boleh jadi objek untuk mereka masturbate. Lelaki bila berbual, I don’t think orang perempuan sanggup nak dengar. Bila kita post gambar-gambar yang lawa macam ootd ke selfie ke, mesti kita suka bila lawa and cantik, kan? Sama lah dengan lelaki. Bila mereka tengok gambar kita, tenang. Cuci mata before tidur. Cuci mata bila stress. Ok lah, tapi kalau dah tahap masturbate?
Masturbate sambil mata di gambar kita. Dan of course dia akan terbayang hubungan kelamin antara dia dan kita (yang ada dalam gambar tu). I don’t know bout you, tapi saya takut. Dulu saya suka post selfie, ootd dan segala jenis gambar yang saya rasa lawa. Tapi sekarang, bila saya fikir apa boleh terjadi dan macam mana gambar saya boleh dijadikan bahan objek, saya mula ubah cara hidup saya di sosial media. Saya tak lagi post benda-benda macam tu. Sebab saya takut. Saya ada maruah. Saya tak nak gambar saya jadi public. Saya tak nak gambar saya jatuh ke tangan mereka yang salah. Saya refuse untuk menjadi objek.
Sebenarnya benda ni tak apply kat perempuan je, kat lelaki pun boleh. Sebab perempuan zaman skrg bukan macam zaman dahulu. Tulang rusuk bergetar lah apa lah. Boleh jadi, kalau lelaki post. Perempuan pun terangsang. Maaf, tapi ni kenyataan.
Kedua, post mengenai makanan. Saya ada baca bahawa dosa kalau kita post gambar makanan and wajib kita offer makanan tersebut kepada mereka yang sudah terlihat akan makanan kita. Tapi zaman skrg saya tak tahu, ada je orang post gambar makanan sebab nak promote bisness mereka dan sebagainya. Wallahualam. Tapi sekarang, saya cuba sedapa upaya untuk tak post gambar makanan. Lagi satu, ada orang akan terliur. Kesian lah kan.
Ketiga, share fake news. Bukankah perkara-perkara seperti ini boleh jatuh fitnah? Jatuh fitnah dekat orang yang difitnah tu satu hal. Nak cari orang tersebut dan mohon maaf pun lagi satu hal. Mungkin sempat, kalau tak sempat? Kena cari merangkak di alam sana nanti. Goodluck. Jom try avoid perkara macam ni please.
Lepastu, keyboard wars. Kepada warriors di luar sana, kenapa perlu ada je komen negatif di public? I’m not talking about mereka yang yang beri nasihat. I’m talking about people yang beri negative comments di public berserta dengan cacian serta maki. Of course, kita boleh beri pendapat. Tapi janganlah sampai melukakan hati orang. Berdosa kalau sengaja melukakan hati orang. Dibuatnya dia menangis then bunuh diri. Mungkin kita boleh dapat saham juga.
Oh ya, road to popular. Yang ni memang tersangatlah viral. Berhenti membodohkan diri anda untuk menjadi famous please. Anda sengaja membuat orang maki anda supaya anda boleh jadi famous? Ok fine, nak jadi famous. But bangga ke kalau famous sebab benda macam ni? Orang kutuk, lagi post benda lebih teruk, boleh menyebabkan orang buat dosa di mana diorang akan maki dan gossip pasal kau. Lebih baik avoid dan berbahagia di dunia nyata bersama keluarga dan rakan-rakan. Famous2 ni mana ada freedom.
Lastly, penyumbang kepada dosa jariyah. Dosa jariyah ni adalah dosa yang mengalir lepas kita dah tiada di dunia ini. Macam pahala jariyah, kita bersedekah. Lepas meninggal pun, pahala tetap mengalir. Dosa jariyah? Di mana kita menjadi penyebab sesuatu perkara tak elok itu berlaku.
Ada cerita, seperti anak nabi Adam yang telah membuat dosa dengan membunuh. Dia merupakan manusia pertama yang telah mengambil nyawa manusia yang lain (membunuh). Siapa ingat cerita ni? Dosa jariyah. Dia masih dapat dosa sampai sekarang kerana perbuatan pembunuh-pembunuh sampai zaman skrg adalah dimulakan dengan dia.
Lepas saya baca benda ni, saya jadi takut. Saya mula berjaga-jaga supaya tidak akan melakukan dosa jariyah. Sebagai contoh, kalau saya tak jaga aurat dan orang yang jaga aurat mulai ikut saya, saya boleh dapat dosa. Dapat saham.
Tujee. Saya mohon maaf ye kalau ada yang tersinggung or tak puas hati dgn post saya atau terasa atau segala macam hal lah. Saya mohon maaf. Niat nak bagitahu je, tak nak gaduh pun. Apa-apa pun, peace. Saya doakan hidup kalian aman damai. Bye. Assalamualaikum.
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment