Assalamualaikum dan Salam 1 Bajet 2018.
Semenjak 2 menjak ni, banyak pula orang berkongsi cerita mereka tentang ‘Fresh grad’ nak pakai kereta apa, itu dan ini. Hah, topik ni den gomar. Oleh itu, kawe pun nok cerito jugoklah pasal ni.
Aku Nora. Perempuan, fuh! Jangan mengata, k.Kih kih kih. Aku mula kerja awal tahun 2015. Gaji masa tu 3K. Mula-mula kerja, aku rasa semua orang sama, iaitu nak beli kereta. Ye idok? Maka, terbayang2lah kereta pelbagai pesen dan warna yang menjadi idaman kalbu termasuklah aku. Aku rasa semua budak zaman belajar sama, tak sabar nak kerja sebab selain nak balas jasa makayah, nak beli kereta, makan sedap-sedap. Kan? Aku pun.
Tapi, tahun ni masuk tahun ke-3 aku kerja, bayang kereta baharu pun tak nampak. Jeng jeng jeng. Adakah aku terlingkup dek hasutan MLM? Tidak! Aku masih Nora yang dulu. Haha. Di saat kawan-kawan sebaya yang lain asyik ‘updated’ gambar cuci kereta H di ‘carwash’, takpun selfie celah cermin sisi kereta masing-masing. Tak kurang juga ambil gambar stereng berlogo jenama kereta, aku hanya mampu sedekahkan ‘like’. Cemburu? Tercabar? Tak. Aku rasa tu cara mereka luahkan rasa bahagia mereka. Bahagia aku bila dapat makan apa aku nak. Eh!
Aku?
Berbekalkan motor yang dibawakan khas oleh poslaju dari kg (rembat abang aku punya) jauh lebih kurang 800 km dari awal kerja sampailah sekarang. Tiba-tiba, aku rasa kereta bukan keperluan lagi buat masa ni. Sebabnya, jarak aku ke tempat kerja 3.5 km je, tak sampai 10 minit pun. Perjalanan pun tak mencabar kewanitaanku. Sesekali je bila asyik berangan, orang belakang hon, mulalah penyakit mudah terkejut aku datang. Haha.
Dari awal 2015 sampai 2017 ni, aku masih bersih tanpa sebarang loan dan komitmen hutang. Malah, simpanan yang bertambah. Sekarang gaji aku lebih rm300 dari dulu. Macam mana aku urus gaji aku? Meh, telitikan ini.
Perkara pertama bila dapat gaji, mohon tunaikan ZAKAT PENDAPATAN. Ingat, bukan zakat fitrah setahun sekali tu je yang wajib. Ni pun wajib tau. Zakat untuk membersihkan harta, tak buat kita miskin pun. Aku senaraikan untuk mudahkan sel-sel otak anda berhubung.
1) ZAKAT PENDAPATAN (2.5 % dari pendapatan gaji, sama ada dengan tolakan ptongan kwsp, ibu bapa, anak, isteri, diri sendiri @ tanpa tolakan) Aku bayar melalui M2U. Boleh je nak buat melalui potongan gaji. Sekarang senang, boleh google je, ada kalkulator zakat pendapatan online.
http://ift.tt/2ie89jq
2) IBU BAPA. Aku ada ibu je. Aku bagi rm1000 berserta belanja rumah di kg sekali) kami adik beradik kongsi tau bayar bil atau barangan dapur rumah di kg walau kami jauh kerja di luar negeri asal.
3) Rumah sewa + bil air, api = rm300 (aku bujang lagi, jadi kongsi rumah dengan kawan-kawan)
4) Simpanan ASB = rm 800
5) Tabung haji =rm 200
6) Adik-adik = rm200
7) Bil internet =rm50
Total lebih kurang rm2650. Bakinya? Hah, yang bakinya tulah aku guna untuk keperluan lain-lain. Nasib aku bukan kaki wayang, kaki shopping pun tak. Tapi aku masih macam perempuan normal yang lain. suka ‘online shopping’ tapi sekadar berpada-pada. ‘Food hunter’juga tapi masih berpada-pada.
Cukup tak sampai hujung bulan? Cukup sangat wei. Tak pernah rasa semput. Mungkin sebab aku dahulukan rezeki aku dengan zakat dan orang sekeliling aku. Ingat, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Jangan ingat semua harta Ahmad Albab tu dia sorang yang punya. Dia pun kongsi juga dengan orang lain. Ok, melalut. Haha.
Baiklah, ni sajalah perkongsian aku. Memandangkan aku masih bujang, tinggal pula berkongsi rumah sewa, tak ada komitmen apa-apa loan lagi. Jadi, inilah belanjawan aku bulan-bulan. Pastinya ada rombakan belanjawan nanti bila aku dah bertukar status atau apabila aku memuatnaik gambar kunci kereta yang berlogo ’H’, rimau atau ‘P’ ‘2’ hijau merah. Jeng jeng jeng. Haha. Tu tunggulah bila aku rasa ia dah jadi keperluan nanti.
Buat masa sekarang, biarlah aku bermotosikal dahulu. Tak payah fikir simpanan duit ‘roadtax’, minyak dan lain-lain. Jimat banyak wei. Setakat sumbat minyak macam sumbat burger sebiji dalam mulut. Minyak hitam 2,3 bulan sekali baru belas-belas ringgit. Setakat nak pergi ‘meeting’ @ lain-lain urusan luar kawasan tu, abam uber/grab kan ada. Bukannya kena p hari-hari pun, nak kena ada kereta.
Tapi jangan kata aku suruh engkorang perempuan naik motor juga p kerja. Tengoklah keadaan dan cabaran perjalanan kau juga. Kalau kau boleh berjimat, kenapa nak membazir? Biar papa asal bergaya, tak relevan dah zaman ni.
Kalau ikutkan malu memang malu. Yelah, aku je tempat kerja aku yang bawa motor. Lepas tu, parking pula setempat dengan tukang cuci dan tukang kebun tempat kerja aku. Kau rasa? Haha
Paling penting, urus gaji kau sebaiknya. Jangan biarkan diri anda diselubungi MLM/ loan atas angin. Kurangkan berpeleseran. Masa kerja, tingkatkan prestasi kurangkan korupsi. Eh eh eh!
– Nora
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment