Wednesday, 25 October 2017

Was-was Dalam Kebersihan dan Solat

PengakuanKu

Was was dalam taharah dan ibadah solat

Assalamualaikum buat semua pembaca, firstly, aku tak pandai nak menyusun ayat dan bercerita, tapi aku cuba untuk menulis agar dapat difahami.

Lately ni aku hadapi 1 situasi di mana aku sering was was dalam solat, years back, aku pernah alami tapi aku dapat atasi dengan baik perasaan was was itu dengan Berjaya, Alhamdulillah.
Tapi kali ini aku di uji lagi. Sungguh, ia sangat mencabar emosiku. Orang yang pernah melalui sahaja yang memahami keadaan yang aku alami ini. Aku yakin kat luar sana ramai yang mengalami seperti apa yang aku alami, dan Alhamdulillah untuk mereka yang Berjaya keluar dari ‘perangkap’ was was ini. Doakan aku moga aku dapat keluar dari perangkap ini, seriously aku sampai menangis kerana hal ini, dan aku amat cemburu akan mereka yang dapat solat dengan sempurna dan tenang.
Mungkin ujian ini untuk mengajar aku untuk mendidik diri supaya sabar dan melawan bisikan syaiton itu sendiri. Moga Allah ampuni dosa-dosa aku.

***

Aku seorang perempuan dan perkara yang merunsingkan aku bab taharah(suci), kebiasaannya selepas membuang air kecil, aku akan mengelap di bahagian sulit tersebut dengan towel dan melapikkan seluar dalam ku dengan pantyliner, ketika mengelap aku was was merasakan seperti ada cecair yang mengalir, aku tak pasti sama ada air kencing, air wadi, keputihan, atau air hasil basuhan tadi. Apabila dah rasa was was ni, aku jadi risau dan aku basuh towel aku di penjuru yg aku khas kan untuk mengelap bahagian sulit dan aku bersihkan semula bahagian sulit aku. Perkara ini berulang2 sampai aku rasa betul yakin. Aku sampai pernah Tanya pada diriku, kenapa macam ni, cuba yakin dan jangan dilayan. Sometimes, ia Berjaya but ada jugak masa2 yang aku tak mampu nk tolak rasa was was tu.

Aku juga mengalami senang kentut ketika solat, sama ada dari qubul atau dubur, cumanya bahagian dubur aku jarang kena melainkan waktu tu aku rasa nak buang air besar dan tak berjaya melunaskan hajat. Memang aku akan rasa tak selesa perut dan akan kentut atau was2 sama ada angin dari dubur itu benar2 keluar atau tidak ketika solat. Aku pegang pendapat pada keluar angin pada bahagian faraj tidak membatalkan wudhu’ sebab aku memang akan sentiasa keluar bahagian angin di bahagian faraj, ada masa ia keluar angin, dan ada masa aku was was sama ada ia pergerakan otot di bahagian itu ataupun angin.

Ketika mengambil wudhu juga aku mengambil berulang kali kerana merasa seperti keluar air dan kentut. Sampai lencun baju aku. Moga Allah ampuni dosa dosa ku.

Ketika solat juga, kadang2 aku rasa seperti keluar air dari kemaluan, dari apa yang aku tahu kalau dah sering rasa mcm ni, abaikan dan teruskan solat sebab aku rasa aku ni memang selalu rasa macam tu.
Dan aku juga tahu, bahawa Dalam hadis al-Bukhari, “Seorang lelaki mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia merasa sesuatu semasa dalam solatnya, apakah dia patut berhenti?. Jawab Nabi s.a.w: “Jangan sehinggalah mendengar bunyi (kentut) atau mendapati bau (kentut)”.

Yang menjadi masalah pada aku adalah, adakah angin yang berbunyi dari faraj itu membatalkan atau tidak. Atau kadang2 aku dengar bunyi tapi aku tak yakin sama ada ia bunyi dari faraj atau dubur kerana aku tidak rasa pergerakan seperti kentut di bahagian qubul dan dubur. Kadang2 aku sabitkan bunyi itu dari pergerakan sendi2 ku yang berbunyi atau telekung ku atau bunyi dari sekeliling. Aku cuba aplikasikan kaedah fiqh di mana keyakinan tak boleh dihilangkan dengan syak. Ada masa aku Berjaya mengawal was was ku ini dengan kaedah ini, ada masa aku tak mampu menolak rasa was was itu. Aku rasa seperti bunyi itu datang dari faraj atau dubur dan aku mula was was. Apabila habis solat, aku berfikir kembali, kalau bunyi tu datang dari kemaluan ku, aku perlu solat semula, dan ini membuatkan aku menangis kerana perkara begini sering terjadi pada ku dan aku takut Allah tak terima solatku. Bagaimana nak atasi masalahku ini?

Yang ini kemuncak masalah aku, Disebabkan aku rasa keluar air ketika solat aku teruskan je sebab aku tak dapat nak kawal rasa itu, kalau terbatalnya solat ku di sebabkan aku kentut ketika solat atau was was tak yakin bunyi itu datang dari qubul atau dubur ataupun tidak, aku perlu buat dari mula dengan membersihkan semula bahagian sulit ku, lap, lapik dengan pantyliner, ambil wudhu dan solat semula. Perkara ini berulang2 sampai lebih 3x ke atas sampai aku menangis sebab stress kenapa aku begini. Di awalnya aku nak solat di awal waktu, di akhirnya aku lambat jugak. Pernah sekali aku bersiap untuk solat isyak 8+pm, akhirnya aku mampu solat pada pukul 1++am untuk solat isyak disebabkan perkara ini dan habis lencun baju, towel dan telekungku sebab buat step ni berulang2 dan aku banyak habiskan pantyliner aku untuk 1 solat fardhu. Aku menangis teresak2 tak tahu nak tanya siapa, moga Allah berikan aku petunjuk masalah aku ini.

1 lagi aku jadi low self esteem sebabkan ini, aku jadi trauma takut dan sedih tiap kali masuk waktu solat, aku takut kalau perkara itu berulang lagi. Aku tahu ini kewajipan dan aku selalu istighfar moga aku sabar dalam hadapi ujian ini. Kadang aku perhati orang yg boleh solat tanpa mengulangi, aku rasa seronoknya dia. Aku jeles dengan mereka yang boleh terus melakukan solat fardhu yang lain tanpa memperbaharui wudhu atau tanpa perlu membersihkan bahagian sulit terlebih dahulu. Tapi aku pujuk diri aku, Allah tahu apa yang aku alami, dan ambil wudhu tu kan boleh menggugurkan dosa2 kecil. Moga Allah ampuni aku.

Aku malu pada orang kalau solat kat mall atau rnr, kena ambil wudhu berkali2.
Aku rasa aku dah menyusahkan diri aku, aku tahu Islam tu mudah dan Allah taksuka aku layan rasa was was ini. Tapi aku takmampu nak tolak, aku tengah struggle utk lawan rasa ni.

***

Persoalan yang menjadi masalah aku sekarang ni, bagaimana nak solat jamak qasar ketika musafir? Adakah kena pergi toilet jauh2 kt rnr untuk bersihkan semula bahagian sulit(akibat rasa keluar air n terasa keluar kentut) lepas da buat solat zuhur jamak, dan untuk solat asar jamak taqdim perlu membersihkan bahagian sulit? Atau sekadar mengambil wudhu? Atau teruskan je solat asar taqdim?
Adakah aku perlu membuat step dari mula seperti membersihkan bahagian sulit refer pada kes aku yang kemuncak itu, apakah kaedah untuk masalah sepertiku ini.

Aku harap para asatizah mampu membantu aku untuk persoalan dan masalah yang aku hadapi ini.
Moga Allah ampuni dosa dosaku dan moga Allah redha usaha kalian untuk membantuku.

-Hamba yang lemah-

– hamba yang lemah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.