Assalaamualaikum wbt,
Terima kasih admin sekiranya confession ini disiarkan.
Beberapa bulan yang lepas aku pernah submit confession tentang kesilapan agung yang telah aku lakukan selepas grad (http://ift.tt/2xv1o3g) yakni membeli kereta myvi extreme full spec dengan bayaran bulanan RM857. Beli kereta tu tidak menjadi kesalahan tapi yang salah tu beli kereta mahal mahal.
Di confession kali ni aku ingin berkongsi apa yang aku lakukan untuk perbaiki kesilapan yang telah aku lakukan. Aku masih lagi bekerja di tempat yang sama tapi sekarang gaji aku telah dinaikkan kepada RM1,900 sebulan dan Boss bagi aku elaun minyak RM100 sebulan jadi kira aku dapat RM2,000 sebulan. Kalau di Sabah, dapat gaji sebanyak ini dengan lulusan degree sudah cukup bertuah sebab gaji di Sabah memang kecil. Lepas tolak EPF SOCSO gaji bersih aku tinggal RM1,681.75 sahaja. Setiap kali dapat gaji, benda pertama yang lakukan adalah allocate dalam RM100 untuk parents aku, bayar kereta RM857, simpan RM400 sebulan di Tabung Haji untuk cukupkan dana kecemasan 6 bulan gaji, allocate RM200 di BIMB untuk maintenance dan servis kereta. Setiap bulan lepas bayar itu ini gaji bersih aku cuma tinggal RM124.75, baki ni lah aku guna untuk keperluan peribadi contohnya barang mandian, reload handphone dan keinginan yang lain. Dalam berapa tahun ni aku lebih banyak korbankan kehendak diri aku. Aku lebih utamakan keperluan berbanding kehendak. Kalau aku terasa mahu beli pakaian pun aku akan pergi Bundle, memang jarang sudah pergi beli pakaian di shopping mall.
Alhamdulillah, tahun ni tahun kelima aku bekerja selepas aku grad, aku tidak lupa pada tanggungjawab, hutang PTPTN sudah aku langsaikan, hutang kereta pun In Shaa Allah kalau tiada halangan Julai 2019 akan habis bayar, dana kecemasan 6 bulan gaji pun akan cukup pada Jun 2018. Lepas selesai bayar hutang kereta dan dana kecemasan aku akan move ke next goal pula, aku akan fokus untuk pelaburan termasuk usaha untuk miliki rumah yang boleh menjana cash flow.
Sudah 5 tahun aku masih lagi bekerja di tempat yang sama, banyak orang sekeliling nasihatkan supaya aku cuba cari kerja lain, dengan pengalaman yang aku ada dorang cakap aku boleh dapat gaji RM2,500 sebulan . Guys, aku bukan tidak mahu cari kerja lain, aku ada isi SPA tapi masih belum ada rezeki, aku ada cari kerja lain juga tapi zaman sekarang susah untuk dapat kerja. Untuk cari kerja lain ada benda lain lagi perlu aku ambil kira, contohnya kalau kerja dibandar dengan gaji RM2,500 sebulan tapi kos minyak kereta pasti akan ikut naik juga, kos parking belum masuk lagi. Sekarang tempat aku kerja sangat dekat dengan rumah, aku tidak perlu hadap kesesakan lalulintas. Tambah lagi di tempat kerja aku sekarang Boss aku sudah sediakan satu surau untuk aku walaupun disini majoriti pekerjanya non muslim. Aku rasa sekarang aku sudah berada di zon selesa. Kadang aku tertanya tanya dengan diri aku, “apa sebenarnya yang kau kejar dalam hidup kau?” “ mana hala tuju hidup kau?”. Orang cakap, sia sia jak ada degree tapi masih lagi stay kerja di kilang dengan gaji begitu.
Aku pun macam orang lain juga, aku juga inginkan pendapatan yang lebih dari apa yang aku dapat sekarang. Aku sambil usaha juga untuk cari kerja lain. Cuma sementara belum ada rezeki ni aku akan fokus untuk langsaikan komitmen aku dulu. Semoga Allah SWT bukakan pintu rezki Nya seluas luasnya untuk kita semua, semoga kita semua dikurniakan rezki yang banyak lagi halal.
Sekian, terima kasih.
– aquqaiyimie
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment