Saturday, 28 October 2017

Biadapnya Kita Dengan Allah

PengakuanKu

Assalamualaikum semua, saya bukanlah seorang yang tinggi ilmunya dan juga bukannya banyak amalnya. Tapi saya nak tulis juga dengan harapan kita semua semakin mengenal Allah dan semakin dekat dengan Allah melebihi segala-galanya.

Kita dari kecil sehinggalah besar, sudah dididik dengan usaha kemudian tawakal. Maksudnya kita perlu usaha dahulu barulah serahkan segalanya kepada Allah. Contoh yang boleh saya katakan semua lalui situasi ni, bila? Sewaktu tiba time nak UPSR/PMR/SPM/STAM/ dan yang ada kaitan denagn akademik. Bukan sahaja guru malah ibu kita sendiri menekankan usaha dahulu untuk ,mencapai kejayaan. Contoh? Inilah yang kita selalu telinga kita terima dari guru-guru dan ibu bapa kita.

“Pergi la baca buku,tak baca buku macam mana nak pandai?”

“Lepas sekolah,pergi tuisyen pulak,baru pandai.”

Kita sering meletakkan usaha yang kita buat itulah yang akan menberikan kejayaan kepada kita.Masalah ini bukan saja berlaku dalam urusan akademik dan nak berjaya dalam pelajaran. Dalam dunia perniagaan juga berlaku, bagaimana orang-orang yang berbisnes ini sentiasa bernaggapan usaha dulu,nanti Allah bagi lah rezeki.

Saya nak tanya, pernah tak kita pergi satu rumah yang semak samun, tanpa minta izin kita terus kemas dan bersihkan segala semak samun yang ada. Sesudah kita selesai,kita pergi jumpa tuan punya rumah dan minta duit upah. Tuan rumah tu nak bagi ka tak?

Kita sentiasa dan selalu meletakkan usaha sebagai syarat untuk berjaya, jika ini pegangan kita, maka dimana perginya iman yang Rasulullah perjuangkan selama ini? Allahhu,sedih bila kita memikirkan perkara ini yang sudah menjadi lumrah dalam masyarakat melayu islam di Malaysia.

Kenapa kita sentiasa tidak bersykur? Tidak boleh terima sesuatu yang kita tak suka?

Anak-anak pergi tuisyen setiap hari,pergi sekolah setiap hari,keluarkan duit beribu-ribu semata yang dapatkan keputusan yang cemerlang tetapi akhirnya dapat keputusan tidak memberangsangkan sehinggakan kita menjadi kecewa dan tidak bersyukur. Pada masa itu mulalah kita nak menyalahkan orang itu,orang ini.

Kita berniaga setiap hari, untung hanya RM20 ja sehari, kita target RM100 sehari. Dahla habis duit buat marketing,bayar itu bayar ini. Hasilnya RM20 ja profit yang dapat? Marketing dah gempak, packaging dah baik, masakan restoran sedap, kedai cantik..Tapi masih tidak maju?

Dua situasi ni sering kita dengar, ada yang jatuh dan kecewa dengan hidup disebabkan perkera sebigini. Dimana salahnya?

Kita biadap dengan ALLAH. Itulah yang selayaknya kita gelar kepada diri kita sendiri.

Hakikatnya, usaha itu perlu dikemudiankan selepas kita tawakal. Dalam apa jua perbuatan kita, tawakal dalam perkara yang paling utama. Selepas daripada tawakal,barulan kita berusaha. Kenapa saya katakan begitu? Kerana setiap usaha yang kita lakukan adalan atas keizinan daripada Allah, Dia lah yang menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu.Dengan tawakal sebagai kekuatan kita, harapnya Allah menggerakkan setiap apa yang kita lakukan dan redha dengan kita. Kita sendiri akan sentiasa berserah kepada Allah. Biarpun apa yang berlaku sepanjang kita berusaha selepas,kita akan lebih tenang kerana itu adalah perjalanan yang Allah aturkan untuk kita. Dan hasil yang kita dapat,kita akan lebih bersyukur dan redha dengan keyakinan Allah yang memberikan setiap sesuatu dan pastinya ada hikmah.

Semoga kita ubah mentaliti kita, letakkan tawakal dahulu sebelum kita berusaha agar Allah memberikan kita usaha-usaha yang baik dan hasil yang baik.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.